<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31



Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed

blogdrive

Jan 5, 2005
YEAR 2005

1/1/05 - Pemulaan tahun yang masih sugul . Berita tsunami masih terpampang di dada setiap akhbar. Berita TV masih terus menunjuk keadaan mangsa yang masih merempat tiada tempat tinggal , kekurangan makanan dan ubatan.....Derma semakin mencurah-curah tapi penghantarannya masih lembab. Mujurlah Malaysia tidak seteruk negara yang lain seperti Indonesia, Sri Lanka dan Thailand ... Belikan baju dan beg sekolah Imran...

3/1/05 - Imran naik tahun dua 'Wawasan'. Dari Tahun Satu 'Harapan' dia beralih ke Wawasan - satu kemajuan ! Nampaknya dia pun dah cekap membaca . jam 7.10 pagi Imran dah kesekolah. So far tak ada masalah. Dania kononnya nak pergi sekolah juga tapi tak boleh bangun pagi . Abah kata kita cuba later...lagipun dia masih pakai pampers ! Abah sibuk dengan tetamu dari Dubai Islamic Bank - Mr Rahman Ansari. Mama pula bercuti sehingga esok. Pergi shopping beli kain nak tempah baju maternity........... daftar kelas mengaji terpaksa postponed esok sebab Imran dan mama tergolek keletihan.

5/1/05 - Jam 7 pagi mama dan abah dah keluar. Abah rushing to Putrajaya ....meeting dengan Menteri . Goodluck babah...

15/1/05 - "Nak tengok baby ! " pinta Dania. Begitulah setiap hari. Dia akan bercakap dan mencium perut mama . "goodnight baby...." Paling lucu bila Dania kata cinen kiri "Milo" dan cinen kanan pula "susu" dan sambil memegang kedua-dua cinen mama - "Ini susu milo nya ! "

21/1/05 - Kita bercuti ke Pulau Pinang. Kita tinggal di Paradise Sandy Bay - dekat dengan kawasan berlakunya kerosakan Tsunami. Malah kami lalu di kawasan itu setiap hari- sudah seperti sediakala tapi terdapat aktiviti pemulihan kawasan pantai. Hotel selesa dan cantik. Swimming pool kanak-kanak berbumbung, jadi sakanlah si Imran dan Dania mandi tanpa perlu risau tentang terik matahari. Semasa di Gurney Drive, Abah longgokkan segala apa yang mama teringin nak makan . Dari pasembor , rojak buah, popiah, pai tee, char kueytiaw ....sehingga tak termakan dan terpaksa bungkus bawa pulang ke hotel. Malam nya kita lepak tepi pantai sambil main Bubbles dan tengok bunga api. Lepas anak dah tidur, mama dan abah pekena nasi kandar di Subaidah sambil menonton ManU lawan Astonvilla.

29/1/05 - Abah went against mama's advice not to allow driving without licence - whilst I was still talking about it ! Such an insult and blatant disrespect. ....

3/2/05- Jadi ke kita ke London ???

5/2/05 - Tickets dah ada dalam tangan. Imran masih menganggap mama bergurau sehinggalah mama tunjukkan tiket yang tertera nama semua orang.  Dia pun terus jadi excited !!!! Esok kita berangkat ke Dubai dan selepas itu terus ke London pula. Dulu Imran ke London masa masih dalam kandungan, kali ini mama ke London lagi dengan Imran, Dania dan baby dalam perut !

6/2/05 - 5 buah teksi berebut nak hantar kita ke Airport !!! 2 buah teksi masih tak muat nak masukkan semua beg sehingga bonet taxi terpaksa di ikat dengan tali...Ya Allah...pram Dania tertinggal !
Tiba di Dubai jam 12 malam dan terus ke Apartment ..bangun pagi terus breakfast dan pergi shopping. 1st  thing we bought was Dania's pram. Terpaksa - siapa larat nak dukung ? Berat macam sekampit beras !!

7/2/05 - merayap shopping, singgah berkelah di pantai Jumeirah,charter teksi pusing-pusing lihat Burj Al Arab, Dubai Marina , The Palm site, Wadi-Wadi....dan berakhir di Night Bazaar. Tapi kami frust sebab barangan yang banyak terjual hanyalah kain baju...

8/2/05 - Flight jam 4.30 petang ke London. Sekali lagi gamat dengan beg yang bertimbun-timbun.Tiba London jam 8.30 malam...terus naik Heathrow Express ke Hilton, Padington...Semua orang rehat - charge bateri untuk esok ! 

9/2/05 - Abah naik angin sebab mama marahkan Imran yang terlalu nakal dan galak. Tergamak abah kata pada mama " next time never ikut-duduk rumah!" . Kecil betul hati mama tapi mama diam je...Abah sangka mama ada hidden agenda padahal mama cuma tak tahan dengan gelagat Imran yang terlalu nakal. Dah lah mama pregnant, perut berat - bertambah berat dengan gelagat nakal dia...

Sepanjang berada di kota London, kita sempat melawat - British Museum, Madame Tussauds , Planetarium , Harrods, London Tower, London Bridge, Buckingham Palace, Oxford Street and London Eye on the last day....Kononnya abah nak bawa mama dinner (valentines day 14/2/05) tapi terpaksa di batalkan kerana Dania dan Imran masih belum tidur walaupun dah lewat malam....
padahal selalunya mereka lelap jam 6 petang dan bangun pada 6 pagi esoknya ! Saja - bukan rezeki mama.

16/2/05 - Pulang ke Malaysia....via Dubai . Tiba di Dubai jam 8 malam dan connecting flight pula jam 2.30 pagi-apa lagi, terpaksa jadi 'pelarian' didalam airport. Tapi sementara shopping dan makan, tahu-tahu waktu check-in dah pun tiba....

25/2/05 - Niat nak bercuti/shopping ke Jakarta ikut abah tapi last minute terpaksa batalkan sebab  coincide dengan Hari Sukan Imran. Masih belum puas bercuti ? Pergi London bukan cuti, tapi bekerja - jaga dan melayan karenah anak-anak...sampai bergaduh lah........

11/3/05 - Birthday abah...yang ke 48 ! Semalam kita dah makan malam bersama dan tengahari tadi abah sempat ajak mama makan tengahari bersama. Malamnya abah berlepas ke Singapore/Pakistan/Dubai. Tinggallah kita dirumah sepanjang cuti sekolah........

18/3/05 - Abah pulang dari Pakistan. Tak sempat 24 jam, Dania dah pecahkan coasters batu mamar yang abah beli dari sana. Gara-gara Dania yang merajuk dan menghempasnya ke lantai...Eeee

24/3/05 - Mama batuk teruk - rupa-rupanya kena Asthma. First time mama kena gunakan 'nebuliser'  dan Oxygen mask. Itulah...gara-gara suka gelakkan abah ! Doktor kata baby mungkin 'girl' tapi kurang jelas akibat kedudukan bayi yang songsang dan uri pula terletak di bawah (placenta previa). 

25/3/05 - Sambut harijadi atok yang ke 70 - makan-makan di Restoren Sari Ratu.........

26/3/05 - "Mama tendangkan ! " kata Dania sambil menunjuk kearah selimut . "Kenapa nak tendang?" tanya mama
"Dania sejuk.........." Rupa-rupanya Dania maksudkan 'bentangkan' !  Malah kalau dia sikatkan rambut mama, Dania akan menyuruh mama 'tanduk' ( yang di maksudkan sebenarnya adalah 'tunduk'..)

31/3/05 - Abah ke Dubai  & Pakistan lagi......Kita lepak rumah nenek dan Pak Teh tolong hantar kereta ke workshop. Kereta kita meragam lagi...terhenjut-henjut macam naik kapal !

6/4/05 - Dari Sentral, abah terus naik teksi jemput mama di office . Tiba-tiba abah baru teringat yang dia belum ambil bag dari locker di stesen Sentral - biasalah abah tu ! Kami terpaksa berpatah balik ke KL Sentral , ambil bag dan terus bekejar ke workshop untuk ambil kereta sebelum workshop tutup jam 6 petang....... Sampai rumah, Imran had a pleasant surprise - LEGO robot yang di idamkan. Seronok tak terkata. mama memang dah tahu tapi enggan beritahu Imran sebab nanti dia 'tension' menunggu abah pulang dari Pakistan. Dania pula seronok dapat gelang tangan 'ala hindustan' gitu. Tersengeh-sengeh..buat masa ini masih mudah nak 'satisfy' Dania. Dia masih belum pandai 'order'......Mama dapat bathrobe (buah tangan dari kawan abah yang sememangnya supplier towels ..etc) , shawl and perfume PRADA - wangi ! Pandai abah beli.

 13/4/05 - 1st check-up di Ampang Puteri Hospital. Mama masih terbatuk-batuk dan ditegur oleh doktor Jemilah  kerana Asthmatic . Mama terus di 'refer' kepada doktor Wahab pula. Masalah lelah mama mesti di atasi sebelum melalui pembedahan cesarian nanti. Ini kali ke3 mama di bedah - tak boleh beranak lagi ...

18/4/05 - Dalam briefing oleh CEO, mama disahkan naik pangkat ke Assistant Vice President  Grade 5 mulai 1/6/05 - Alhamdullillah.....rezeki baby dalam perut . Mama akan dapat kereta baru , fly business class , naik gaji, elaun perjalanan yang lebih tinggi .....best ! Nak beli kereta apa ye ? Budget RM 125,000 - Baby nak kereta apa ? Mama suka HONDA CRV  (SUV) atau Accord........kita fikir dulu....

21/4/05 - Kita bercuti di Langkawi - seronok sangat sebab kebetulan dah tahu nak naik pangkat !

28/5/05 - Ultra sound oleh Doktor Ashar mengesahkan baby perempuan ! Mama menang besar sebab mama sorang je yang vote for baby perempuan - sebab anak bongsu mesti manja terperuk. Buruk kalau anak lelaki terlalu manja !.

3/5/05 - Dania kena sergah kerana asyik melalak pantang terusik sikit. Abah dah hilang sabar dengan karenah Imran yang suka menyakat dan Dania pula yang kuat melalak..Teresak-esak menangis dan mama tak boleh pujuk kerana di larang abah. Abah suruh biarkan saja - terlalu manja dan mengada-ngada. 

5/5/05 - Abah ke Karachi/Islamabab/Dubai lagi. Mama charter teksi tapi terpaksa naik bas untuk pulang kerana tak ada teksi yang sanggup jemput . Kawasan office mama tu selalu jam....

6/5/05 - Perut sakit...mama pulang awal naik teksi. Malam jam 11.30 kita di jemput Pak Cu kerumah nenek. Mama tak boleh tidur ....perut terlalu senak dan berpeluh peluh...

8/5/04  - "Happy Mother's Day" ucap Imran pada mama. Imran kata dia akan tolong mama buat segala kerja hari ni memandangkan dia tak boleh "ganggu" mama on this special day. Tercungap-cungap dia membawa beg baju naik ke tingkat 3 ketika kita pulang dari rumah nenek....Abah kini berada di Karachi , so Imranlah jadi 'ketua rumah'...boleh harap dah. Dania pula sibuk dengan mainan nya yang berlambak....

Kenapa Baby mama tak keluar lagi ? tanya Dania sebelum tidur. Seperti biasa dia akan tanya soalan 'cepu emas' satu persatu hingga mama tak boleh jawab....Bila mam beritahu yang doktor akan belah perut mama untuk keluarkan baby, Imran terjerit ngeri ! Dia memang ngilu setiap kali mama sebut pasal operation. "Lucky I am not a girl - tak payah ada baby dalam perut!" kata Imran lagi...

10/5/05 - Bila mama masuk rumah , Imran terus peluk and said thank you for the computer ( baru sampai tengahari tadi) tapi Dania refused to hug . Dengan muka panjang dan jelingan maut, dia tanya "you tak beli satu untuk i ke? I pun nak tekan-tekan (keyboard) , nak main game...bla..bla...jenuh mama kena pujuk. Bila mama kata dia kena kongsi gilir-gilir dengan Imran, dia diam tapi masih menjeling maut dan muncung semakin panjang...
Begitulah Dania, apa saja yang di beli mesti ada dua set-kalau tidak, pasti "terpeleot". Colour Pencil , gam , brush....semua kena beli double.

19/5/05 - Bayar booking fee RM100 untuk kereta baru !!! Within 10 working days we should get our car...

25/5/05 - Mama saja tanya pada salesgirl kalau-kalau ada masalah..rupanya kereta dah pun ada ! ...cuma menanti cheque bayaran penuh sahaja lagi. Mama terpaksa tunggu hingga 1/6/05 - tarikh rasmi kenaikan pangkat !! Nenek & Atok masih belum tahu..he..he

21/5/05 - Abah terpaksa ke Karachi lagi walaupun baru sahaja pulang minggu lepas....

1/6/05- Tension betul ! Cheque dah keluar tapi HONDA kena tunggu sampai cheque itu 'clear' dulu....

3/6/05 - Semasa di rumah nenek, mama nampak surat berisi resit rasmi dari HONDA untuk RM 1000 (booking fee) yang mama bayar . Alamak..rahsia dah pecah ke...??!!

6/6/05 - Mama ke JPJ Wangsa Maju untuk pendaftaran. Hajat hati nak pilih 'nombor cantik' tapi terpaksa batalkan niat sebab manusia meremut sedang beratur. Lepas bincang dengan abah, kami buat keputusan untuk register 'running number' je...Jam 4 petang, Kellie (sales rep beritahu no kereta baru kita ialah WMY 468 - cantik gitu !!! Jimat duit mama...kalu tidak - kena beratur berjam-jam dan terbang 350 ringgit !

12/6/05 - The beginning of the END ?? Spending one night ? Joining overseas trip ? Denials...have I been so naive, so stupid to trust blindly ? Everybody knows and I didn't ! Who to believe now ? It is driving me nuts...I devoted my life entirely but............
Dinner at D'Chieng Mai Sungai Buloh....but that feeling just won't go away......

13/6/05 - Abah will be leaving for Dubai/Karachi/Islamabad/Dubai/KL at 11 pm tonight. Pagi tadi sempat pergi check-up (alone) and operation fixed on 12/7/05. Admission letter pun dah di berikan. Nothing beats the joy of watching your children sleep at night and now we are expecting a new member.......Mama is so blessed - syukur alhamdullilah. Tiada harta yang lebih bermakna dari kasih sayang anak-anak........

22/07/05 - Abah pulang dari Pakistan. Dania dapat Barbie Doll dan Imran dapat LEGO Star Wars... Tak tentu arah kami jadinya - 10 hari tak jumpa abah. Imran kuat merengek dan Dania pula pantang di tegah...melalak lah dia..Airmata tiba-tiba jadi terlalu murah....rindu.

23/6/05 - Mama ke Isetan Sale untuk beli barangan baby yang masih belum lengkap. Mama turut beli 2 bantal biasa dan 2 bantal peluk besar....biar Imran dan Dania tak berperang lagi. Tak kan 4 bantal peluk masih tak cukup ! Sewaktu nak bayar di kaunter , mama ternampak set LEGO Racing lengkap dengan tracknya sekali...harga biasa hampir RM 600 (sebab tu mama tak sanggup nak beli) tapi hari ini di jual pada harga istimewa RM 200 sahaja. Abah larang mama beli sebab Imran baru saja dapat buah tangan dari abah 2 hari lepas....tapi mama berkeras nak beli juga sebab itulah yang Imran idamkan selama ini. Abah terpaksa mengaku kalah, itupun selepas mama berjanji akan sorokkan dulu.... 

25/6/05 - Kita balik kampung Pilah . Perjalanan paling jauh naik kereta baru....KIta sempat beli sembilang salai , gula kabung ...durian. Best ! Kali ni mama tak ikut you all ke jeram...dah sarat sangat. Mujur pun tak ikut sebab mama cirit birit makan lauk kenduri ..

29/6/05 - Bibiq dengar Imran dan Dania terkekeh-kekeh gelak dalam bilik. Rupanya Dania ternampak LEGO yang mama sorokkan dan terus memanggil Imran. Rosak ! Imran terus memeluk mama dan abah sebaik saja kami masuk pintu rumah. Tak ada yang lebih seronok dari melihat anak-anak yang kegembiraan ...

1/7/05 - Tarikh rasmi mama bertukar ke bahagian Facultative Domestic & Overseas berikutan kenaikan pangkat tempohari. ..

4/7/05 - Imran dan Dania turut serta ke Hospital untuk the final check-up sebelum mama masuk wad Isnin depan 11/7/05. Insyaallah, pembedahan akan di lakukan pada jam 9 pagi Selasa....Sah , baby kita perempuan. "Oh....not again..."  keluh Imran di sambut ketawa dari kami dan juga doktor !! 8/7/05 - Mama cuba nak habiskan semua kerja tetapi ada 6 files yang tak sempat mama selesaikan , itupun kerana semuanya kes baru dan info dalam fail agak kelam kabut dan mama tak sempat nak susun semula.. 11/7/05 - Kita ke Ampang Puteri jam 7 malam. Walau pun mama dah membayar deposit awal-awal lagi , tapi masih di katakan belum bayar. Rasa nak saja mama maki tapi terpaksa bersabar memandangkan keadaan mama yang sarat. Bilik pula penuh dan terpaksa berkongsi !!! Oh...tidak... Kita terpaksa ke bilik 321 (2 orang sebilik) sementara menunggu bilik single ada. Nombor bilik "321" pun dah semacam 'countdown' juga. Patient sebilik mama baru lepas operation...mesti dia 'tension' dengan kegamatan anak-anak mama yang kecoh bagai di rumah sendiri. Berkali-kali mama meminta maaf , tapi dia nampak cool saja.....baik orangnya. 12/7/05- Seawal 7 pagi mama dah ready. Penantian memanglah satu penyiksaan . Abah sempat ambil gambar perut mama sebagai bukti betapa besarnya hingga ramai yang menyangka anak mama kembar...Akhirnya jam 9.40 pagi nurse tiba dan minta mama salin baju. Abah juga dah ready nak 'shoot' pembedahan mama secara 'live'. 10.15 am - dah 4 orang datang bertanya dan mengesahkan pembedahan mama. Tapi samada abah boleh masuk ke bilik bedah masih menjadi tanda tanya. 10.30 am-mama di bawa masuk ke bilik bedah. Nurse sempat memberitahu yang abah akan di benarkan masuk . Katanya 'special' memandangkan mama tidak akan beranak lagi. Mama terlentang sambil memerhatikan doktor dan nurse memasang peralatan di badan mama-menanti saat mereka menyuruh mama bernafas melalui corong oksijen , mengucap dan mengira 1,2,3,...... 12.30 tgh- mama dibangunkan...tahu tahu segalanya dah selesai. Mama tak ingat pun disuruh bernafas melalui serkup ? Agaknya mereka suntik melalui saluran intravenous tanpa mama ketahui. Apapun , alhamdullilah semua selamat . Baby ok dan agak sedap saiznya 3.13 kg. Nampaknya baby semakin kecil ...dari 3.5 ke 3.25 dan akhir sekali 3.13 kg sahaja. Kalau tengok perut , harus babynya seberat 5 kg !! Mujurlah roommate mama dah discharged, jadi we had the entire room to ourselves. Bilik single masih belum ada...menjelang petang barulah mama berpindah ke bilik 330 di bantu Cik Na dan nenek. Bilik sempit sekali dan alat penggerak katilnya pula rosak ! Very depressing.... Badan terasa ok dan gagah kerana morfin penahan sakit masih banyak. ... 14/7/05 - Hari pertama turun katil. setelah 3 hari dua malam tak boleh makan. Nurse kata dah kentut baru boleh makan . Sejak bila kentut menjadi isu sangat penting ???!!! Mulalah rasa nak marah sebab terasa haus dan lapar. Badan dah terasa melekit..puas dapat mandi sekalipun terasa sakit yang amat sangat . Nurse terpaksa bantu mama di tandas kerana mama masih tak boleh tunduk...aduh seksanya. Ramai yang bertanya mengapa mama sanggup menjalani pembedahan buat kali yang ke 3 ? Memang seksa, memang sakit tapi lebih baik mama menanggung sakit dari terkilan tidak mengambil peluang untuk dapatkan anak yang ke 3 . Harta paling berharga pada mama adalah anak-anak mama... 15/7/05 -Selepas lima hari, akhirnya mama boleh pulang tapi baby terpaksa di tahan kerana jaundice yang agak teruk. Agaknya abah pun terasa sangat lega selepas terpaksa berulang alik bersama Imran dan Dania dan terpaksa pula menemani mama tidur di hospital diatas katil yang melendut ke bawah ! Imran dan Dania pun seronok sakan ....tapi Dania nampaknya 'super sensitive' perasaannya. Silap sikit , mudah sangat terpeleot ! Maklumlah orang manja dapat adik... 17/7/05 - Baby pulang !! Masih terasa sakitnya di perut dan mama masih terbongkok-bongkok berjalan. Kawan-kawan abah Uncle Yusof dan Uncle Nik bersama keluarga datang melawat . Kita hidangkan bubur kacang durian dan order "pizza" untuk makan malam...meriah. 20/7/05 - masih belum decide nak bubuh nama apa....beratus-ratus nama bermain di kepala. Mula terasa boring terperap di rumah. 26/7/05 - 14 hari umur baby. "Sara' dah pasti, tapi Sara apa ? Kami ambil keputusan untuk membayar denda (RM 5 sahaja) dan fikirkan lebih serius...Bila mama cadangkan nama "Aleeya", abah kata dia nak anak yang baik , bukan yang 'liar" - loyar buruk ! *** Abah jumpa pusat Sara ...dah tanggal ! 27/7/05 - Dania terpijak sendeng lantai di swimming pool dan pulang dengan kaki berlumuran darah. Mama jadi panik kerana tak mampu nak berbuat apa-apa dengan keadaan mama yang masih belum gagah. Darah mengalir keluar dari bawah ibu jari kaki kiri dan Dania enggan benarkan mama melihatnya. Kami talipon abah dan suruh abang Zeck hantarkan ke klinik. Panik mama tengok Dania terjerit pekik... Doktor sekadar membersih dan membalut luka nya. Tak perlu di jahit kerana lukanya agak kecil. Semasa di Klinik , Dania tak meraung pun....mungkin doktor pandai melayan atau pun dia sedar orang tak kuasa nak layan raungan nya....Kalau di rumah, manja terlebih-lebih ! 3/8/05 - Jerebu teruk ! Mata pedih, nafas sesak. Imran dan abah nampak terseksa. Dania pula merungut tak boleh main di luar atau pergi swimming. Bila mama katakan jerebu tebal hingga KLCC pun tak kelihatan, dia tunjuk pula blok rumah flats yang berdekatan. "Yang tu boleh nampak, boleh main kat padang lah...". 12/8/08 - 1st time mama jejak tanah sejak 32 hari pulang kerumah. Kita pergi makan satay di Kajang - cepat-cepat pergi dan cepat-cepat pulang sebab 'boss' menanti cinen. Lagipun, masih tak sanggup nak berpisah dengan baby. 13/8/05 - Cuaca kembali segar setelah sepuluh hari di selubungi asap jerebu sampaikan KLCC pun tak nampak dari balkoni rumah. Bayangkan boringnya mama, dah lah tak boleh keluar, duduk di balkoni pula sesak nafas dengan bau asap dan tak nampak skyline ! Baby Sara 1st visit to rumah Atok Ampang ..... Imran dan Dania pula tidur di rumah Mak Ngah Melepas kan geram setelah lama terkurung. 18/8/05 - Baby Sara di serang selsema. 19/8/05 - Nama baby "Sara Marsya" di daftarkan dengan rasminya setelah 39 hari berfikir ! Abah sukakan nama Marsya kerana dekat dengan nama dia.
Malam nya kita pergi dinner di Hyatt Subang - bertemakan "Wild Wild West" . Berkali-kali mama bertukar baju kerana semuanya tak muat ! Imran macam Cowboy dan Dania pula kelihatan seperti mexican girl lengkap dengan topi lebar. Imran seronok dapat mug manakal Dania pula dapat teddy bear , mugs and chocolates. Mama pula dapat hadiah lucky draw Thermo Pot - sesuai buat baby Marsya..On top of that dapat pula fondue grill sebagai door gift. Imran paling seronok menyertai dance "Rock & Roll" berpasangan dengan Munira (anak auntie Madihah ). Mulanya malu....Mereka berdua adalah pasangan favourite tapi sepasang anak kecil yang menang (anak CEO & secreatary).
1 am....Marsya menjerit jerit sakit perut kerana alah dengan susu lembu. Esok kita akan beli susu soya Nursoy macam abang Imran...
20/8/05 - Abah ke Dubai lagi...
27/8/05 - Marsya minum susu soya Isomil for the first time. Hopefully semua akan ok.
               "Pooooot" Marsya kentut dengan 'cute' nya sambil menggeliat ! Kerap
               kami di kentutkan. Marsya dengan talent terkentutnya , manakala Dania pula menggunakan bahasa tunggang langgang. "Berdegil","Berjatuh",  luar jadi dalam dan dalam pula terbalik jadi luar. Puas mama mengajar tapi dia berdegil tak mahu dengar.
28/8/05 -  Dania beli set Barbie Doll. Ada t-shirt, skirt,kasut dan pink bag. Then she asked - wallet ?  Next time...jawap abah.
31/8/06 - Mama meeting di Labuan........mission nak beli kain ....dan wallet buat Dania ! At the same time abah pula ke Jakarta- tinggallah anak-anak mama bersama bibiq.
2/9/05 Abah dah pulang, tapi mama akan tiba awal pagi esok.
3/9/05 Mama tiba dari Labuan bersama excess baggage - kain baju ! Mujur boss tolong, kalau tidak pasti teruk bayar penalty. Rindu betul mama pada anak-anak mama. Marsya tersenyum tapi bibiq bilang dia tak yak sejak dari tarikh mama ke Labuan.
4/9/05 - Abah masukkan ubat dan Marsya yak keras hingga berdarah sedikit. The 'grand Finale' was a strong shoot memancut hingga ke cadar. Abah terkejut dan kami ketawa terkekeh-kekeh. Lepas tu Marsya tidur nyenyak sekali.
13/9/05 - Mama tak jadi ke Singapore , sekadar ke Bali sahaja.
17/9/05- Abah ke Dubai dan PASkistan (sebutan Dania) sehingga Rabu depan.
20/9/05- Mam asyik melayan Marsya bila tiba-tiba Imran complained - "rasa macam you ni sayang Marsya banyak sangat....tapi Dania dengan I tinggal sikit ....je". Rupanya you all berdua kecil hati melihat baby dapat attention lebih !
25/9/05-Abah drop the good and bad news. His JV might be witnessed by PM on 2/10 but our family trip to Bali has to be cancelled sebab tarikh nya bertembung dengan conference yang akan mama hadiri....
30/9 Berangkatlah mama seorang didi ke Bali - frust betul.So far so good, Dania tak melalak dan Imran dah besar - dah faham. Marsya pula masih tak mengerti apa-apa.
Tiba di Ngurah Rai terus naik coach yang disediakan ke Santika Beach Hotel di Kuta. Sempat merayap jeling-jeling apa yang patut di beli nanti.
1/10/05 - Enak sarapan tepi pantai tapi juadah yang boleh dimakan agak terhad kerana daging babi turut di hidang sama.
Petang kami ke pekan lagi. Memang 'gila' tengok kraftangan yang sememangnya murah. Niat kami nak ke Complex Matahari di batalkan kerana memikirkan yang kami tidak boleh tawar - menawar. Lebih baik beli di bazaar saja.
Asyik seronok bershopping hingga tak sedar masa dah lewat ! Tergopoh gapah pulang ke hotel  yang agak dekat dengan bazaar...Malam tu kami dinner di Alam Kul Kul , JImbaran. Memang 'happening' sebab ada konsert di kawasan berdekatan. Sedang enak menjamu selera , tiba-tiba konsert berhenti. Suasana jadi sunyi. Makanan semuanya halal , jadi sakan lah kami menjamu selera.
10 pm- dalam perjalanan pulang, En Ismail(boss) memgumumkan perihal kejadian 'bom' di complex Matahari. Suasana ceria dalam bas bertukar agak cemas...patutlah ada SMS dari KL bertanyakan khabar kami ! Orang KL dah tahu tapi kami tak sedar..Kononnya 'business rivalry' bukan terrorism attack. Agak melegakan..Kami terperngakap dalam kekecohan...ambulance, red cross, volunteers , askar, polis....jalan jam. Siren melaung-laung ! Ribut dong !!
Tiba di hotel, staff pukul tak tahu bila ditanya apa sebenarnya yang terjadi. Bila buka TV , barulah terasa betapa dasyatnya kejadian. Kepala lutut mama menggigil melihat badan yang berkecai dan kepala yang tercabut ! Ya Allah...mujur anak -anak tiada di sisi. Malam tu puas kami cuba menalipon Kl tapi line "barred" kerana pengebom menggunakan handphone untuk meledakkkan bom. Lebih ngeri bila mama fikirkan yang siang tadi kami berda di kawasan itu sakan bershopping..kalau tak kerana "Welcoming Dinner" , pasti salah seorang dari kami akan terlibat!!
Malamnya mama tidur di bilik Puan Norhashimah  , lengkap berpakaian dan semua dokumen perjalan dah tersedia - in case of emergency.
2/10/05 - Kami melancung ke kawasan gunung berapi lebih kurang 2 jam perjalanan dari Kuta....jauh dari segala kekecohan. Nenek menangis bila dapat bercakap dengan mama di talipon kerana semalam suntuk dia mencuba tapi tak lepas. 
.......mama kena tipu Rupiah 50,000 sewaktu membeli selendang.
3/10 - Sempat ke Sukmawati membeli belah kerana takut nak shopping di kawasan Kuta.
4/10 - Selamat pulang ke KL tapi hilang suara...panas.
5/10/05- Abah pula ke Jakarta. Mama risau kerana Indonesia is on terrorist attack alert. Mama pesan abah jangan tinggal di hotel kepunyaan American to avoid being tagetted.


 

Posted at 12:16 pm by mazni


May 26, 2004
Year 2004

YEAR 2004

1/1/2004 – Sehari suntuk abah menguruskan kereta. Gear reverse sahaja yang boleh masuk, jadi kereta tak boleh jalan langsung. Spoiled New Year kita ! Imran kata “boring day”……….Dania pula ,happy saja. Best jadi baby, tak ada masalah langsung dalam kepala otak. Tidur, makan, minum dan “yak” ! Lepas tu menyanyi…. Dania semakin pandai melaram. Nak pakai baju cantik, nak pakai rantai dan nak pakai lipstick . Mujur mama ada lip gloss …itulah yang jadi ‘lipstick’ Dania tapi dia selalu hairan kenapa tak merah ?! Bukan main panjang munjung dia bila menyapu lipstick. Bial dah siap semua, dia akan tanya “ana beg nyanya” (mana beg Dania?)…..kena pula carikan handbag kecil…!

3/1/2004 – Orientasi Tahun Satu S.K. Taman Setiawangsa. Gamat ! 761 yang mendaftar cuma 461 yang di terima masuk. Setiap kelas ada 46 orang. Yang kelakarnya Cuma Imran seorang yang pakai seluar pendek. Gara-gara kedegilan abah . Sudah mama beritahu beli seluar panjang tapi abah berdegil nak beli seluar pendek juga. Imran nampak nervous tapi masih ok. Dia seronok sebab Amar dan Adam pun ada. Malah kawan lamanya Abrar pun ada cuma masih rasa malu-malu sebab dah lama tak jumpa. Melihatkan terlalu ramai yang nak bayar yuran, kami batalkan niat nak jelaskan hari ini. Nanti saja bayar pada guru kelas….

- Abah silap lagi, Imran sekolah petang bukan pagi ! Hari Isnin kena tukar sessi sekolah agama pula.

– Terpaksa ke KLCC nak beli seluar panjang. Mungkin boleh tukar , jadi kami akan datang lagi esok.

4/1/2004 – Mujur dapat tukar kepada seluar panjang cuma tambah duitnya.
Tidaklah membazir….Kami belikan beg tanpa roda kerana
menurut kajian cikgu sekolah, beg ini berat dan ada yang sampai 6
Kilo tanpa buku !

- Kenduri rumah nenek Busu Hanim yang nak ke Mekah 18/1/04.


5/1/2004 – Imran mula bersekolah. Abah saja yang hantar kerana mama
tergolek kena “food poisoning”. Sendi-sendi mama rasa kejang
dan ceret beret hingga nak pitam . Itupun mama gagahkan
berjalan kesekolah waktu rehat jam 3.10 pm kerana takut Imran
tak tahu nak beli makanan di kantin memandangkan terlalu ramai
murid yang berebut-rebut. Selesai makan bekalan roti yang mama
bawakan, Imran balik kekelas di tingkat 3. Baru saja mama nak
berehat, tiba-tiba terdengar suara sebak Imran memanggil
mama. Rupa-rupanya dia termuntah habis seluruh baju. Puas mama pujuk tapi Imran terus menangis nak balik walaupun mama dah bersihkan baju nya. Akhirnya mama terus dapatkan kebenaran guru untuk bawa Imran pulang atas alasan dia “kurang sihat”. Sebenarnya, Imran takut……….

“boleh Imran pergi main rumah kawan?” tanya Imran dalam perjalanan pulang.
“tadi kurang sihat, tapi nak main boleh pulak?”
“orang tak sihat kena main lah…”
“No way. You tak sihat , rest. Duduk rumah diam-diam”
“Boring,boring…!!!” bentak Imran

panjang betul akal ! You are definitely going to school tommorow !!!!

6/1/2004 – “Kenapa tak makan bekalan nasi goreng masa rehat ? “ tanya
mama
“Imran pergi kantin,tapi tak ada tempat duduk”
“ Kenapa tak duduk tepi longkang ?”
“kan mama kata longkang kotor…”

- betul jugak. Imran, Imran… lurus bendol. Kena ajar ‘kemahiran hidup’ sikit …

8/1/04 – Imran dan pergi balik dari kelas ugama tapi sekarang melalak tak mahu ke sekolah. Puas mama cuba pujuk dalam talipon tapi tangisan nya begitu sebak hingga tak boleh bercakap. Akhirnya kami gave up dan Imran ponteng sekolah. Imran terlalu takut kesekolah hingga sering terasa nak muntah. Mama siap bekalkan tissue roll, beg plastic dan towel kecil – takut dia termuntah lagi….Dia masih belum boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah yang terlalu ramai murid. Selama ini kelas tadika Imran cuma ada 10 orang , sekarang satu kelas kena share dengan 45 orang murid yang lain. Guru pulak agak tegas !

9/1/2004 – Lepas abah talipon dari Jakarta malam tadi, barulah Imran mahu ke sekolah. Mama akan gertak yang abah akan ‘get very upset’ setiap kali Imran ‘negotiate’ nak ponteng sekolah !

14/1/04 – Tiket abah dah uruskan. Insyaallah , kita sekeluarga akan ke Tehran,Iran sabtu ini. Mama dapat bayangkan kekecohan menguruskan 5 orang anak. Dania pasti akan boring dan merayap dalam plane………oh pening !!! Imran pula mesti bawa ‘gameboy’ to keep him occupied.

-Dah dua minggu mama kena naik train. Seksa hidup rasanya. Bila lah kereta nak siap…!?

16/1/04 –Mama dan abah jemput kakak di KL Sentral. Esok kita akan ke Tehran.

17/1/04 – Pagi-pagi lagi kita dah sampai di KLCC nak beli stokin , sarung tangan dan segala yang perlu. Di pasaraya, kita borong segala barang kering seperti rempah ratus dan maggi buat bekalan di sana. Kata abah masakan di sana kurang sedap.

Berlepas ke Tehran flight Iran Air jam 11.30 pm. Pukul 8 malam kita dah bertolak ke KLIA dengan dua buah teksi. Di passenger seats pun ada beg ! Dalam plane kita terkurung setengah jam sebelum berlepas kerana ada masalah teknikal. Mama tidur atas lantai sepanjang perjalanan kerana beralah dengan Dania yang nyenyak tidur….Tak apalah asalkan dia selesa dan tak meragam….

18/1/04 - Tiba di Tehran selepas 8 jam dan terkurung lagi setengah jam kerana tangga belum ada !! Waktu baru 5 pagi . Abah tak sempat ambil address kawannya Yusof dan waktu pula terlalu awal untuk talipon. Tersadailah kita sekejap. Mujur ada Internet café dan abah dapat ambil adress dari email . Kita berdedai naik dua buah teksi dan driver teksi pun sama sesat barat mencari tempat.

Ketibaan kita agak mengejutkan kerana kawan abah tak pasti waktu dan tarikh sebenar kita akan tiba di Tehran. Abah never failed to create havoc !
Rumah mereka cantik sekali dan terletak di kawasa elit - kira macam Damansara Heights di KL. Petang itu kita kepasar mencari lauk pauk.

19/1/04 - Berjalan ke Istana Shah Iran. Ada lapan istana semuanya dan kita pilih dua istana utama sahaja. Rupa-rupanya jarak antara istana agak jauh dan jalannya berbukit-bukit. Dania tak mahu di dukung sesiapa kecuali mama. Rasa nak tercabut nyawa mendukung Dania yang sudah besar dan berat !!! Mujur cuma bayar untuk dua istana, kalau tidak rugi sahaja ….Kalau abah dengar cakap mama supaya belikan pram , tentu mama tak teruk begini.

Dari situ kita pergi makan di restoran Iran. Kita pesan makanan agak sedikit tapi masih tak boleh habis kerana bahagiannya sangat besar. Kita bungkus bawa balik . Elok kita habis makan, hujan turun dan diikuti dengan snow !!! Seronok sakan you all bermain sambil menadah tangan menyambut snow. Pekerja disitu tersenyum simpul melihat gelagat kita semua …

Dah kenyang, kita ke pergunungan Tochal. Dalam perjalanan , snow turun lebih lebat .
“siapa hantar snow, mama ? “ tanya Imran
“god sent the snow” jawab mama
“oh..thank you god, thank you god !!! “ kata Imran seronok tak terhingga.
Semua orang dah tak sabar nak bermain salji. Dalam cable car, Imran gayat dan agak takut setiap kali ia bergegar. “Nak putus ke mama ? “ tanya Imran agak runsing. Bila mama jelaskan ia bergegar kerana roda-roda ‘puley’, Imran kembali tenang tapi masih berpaut erat pada tangan mama yang diletakkan pada dadanya. Dania happy belaka . “Wow…! Kata Dania setiap kali dia nampak sesuatu dan akan melambai setiap cable car yang berselisih. Sejuknya semakin menusuk tulang ! Kita berhenti di station ke 5 . Kata tour guide Mr Sayed, bahagian lebih atas agak merbahaya. Mama dan Dania duduk dalam restoren sementara yang lain bermain salji. Bila hampir nak pulang barulah mama bawa Dania keluar. Dia terkekeh-kekeh tergelak melihat you all tunggang terbalik bermain gelunsur. “Z…buat agi…!” jerit Dania menyuruh abang Zeck menggelunsur. Tiba-tiba salji turun lebat dan Mr Sayed minta kita balik segera. Dia khuatir cuaca akan berubah menjadi ribut…Imran merungut tak mahu balik kerana belum puas. ….

20/1/04 – Mama tak kemana-mana kerana Dania nampak letih. Malah mama sendiri juga sangat letih. Kita masih ikut waktu Malaysia dan terjaga seawal jam 3 pagi. Mama akan terus mandi dan sediakan sarapan sementara Dania masih tidur. Kain baju bersidaian di kerusi . Diang api membuatkan kain baju cepat kering. Abang dan kakak sempat merayap ke kawasan berdekatan. Mereka pulang membawa berbagai manisan dan roti. Disini pastries agak murah dan sangat manis. Nampaknya kapalterbang akan senget !
Sebelah petang kita ke bazaar. Membeli sejadah buat bibiq di Kuantan dan di KL. Kakak pula sibuk membeli gelang buat kawan-kawan , Imran dan Dania leka bergaduh berebut bola getah . Mama beli beberapa helai tudung sebagai buah tangan. Kita makan di restoran Iran lagi. Abah nak tunjuk pada mama “Kalepachi” (rebusan kepala kambing) malangnya mereka hanya hidang waktu sarapan sahaja. Mama tak terkilan pun…….Mesti tak sedap sebab mereka tak bubuh sebarang rempah pun !

22/1/04 – Membeli barangan kraf tangan . Mama beli Jam dinding dan frame gambar. Lepas tu kita minum juice buahan dan makan ice-cream – in winter ! Sejuk gila ! Kita berdiang dekat tong api yang memang di sediakan…

Masih mencari “game boy” Imran yang hilang gara-gara nak sorokkkan dari adik kononnya . Macam orang tua - pelupa ! Umur tujuh tahun tapi macam tujuh puluh tahun….

23/1/04 – Abah bawa you all ke Dizin Ski Resort. Jam 7 pagi bertolak dan di jangka sampai dalam masa 2 jam. Mama dan Dania tak ikut kerana takut Dania tak tahan. Kita bersama Uncle Yusof dan Auntie Siti ke flea market. Macam-macam barangan antik pun ada. Mama seronok membeli alas meja yang sangat murah. Carpetnya cantik-cantik tapi tak cukup duit. Dalam perjalanan pulang, kita singgah minum juice dan mama cuba ‘makjun”. Bunyinya macam rempah tapi sedap . Ada pisang, pistacio, walnut,raisin . dates dan susu. Sampai di rumah tak lalu makan kerana terasa kenyang di buatnya.

Sedang leka menidurkan Dania, riuh rendah terdengar abah dan rombongannya pulang. Awal dah pulang –baru jam dua petang. Dah memang mama jangka mereka tak akan bertahan lama kerana kesejukan…Semua letih dan kelaparan. Betul jangkaan Auntie Siti yang semua makanan yang banyak tu akan habis nanti ! Mulanya mama risau melihatkan begitu banyak makanan sedia terhidang menanti kepulangan you all…susah payah Auntie Siti menyediakannya.

Jam 7 malam kita ke rumah Auntie Siti dari Malaysian embassy, ada jemputan dinner. Gara-gara miscommunication, kita terpaksa berjalan kaki – uncle yusof suruh driver datang pukul 7 (malam) tapi dia sangka 7 pagi untuk ke airport. Semput mama dan abah bergilir mendukung Dania – naik bukit pulak tu ! Baru abah tahu betapa siksanya mama kerana tak bawa pram!

Malam tu kita sibuk menyusun beg……………mungkin perlu pinjam beg uncle Yusof ?! Sumbat punya sumbat akhirnya kita berjaya dan cuma perlu pinjam sebuah beg kecil sahaja untuk simpan jackets…Dan mama terjumpa Game Boy dalam beg hitam ! Baru lega hati Imran…..

24/1/04. Jam 5.30 mama dan abah dah bangun. Pukul 7 pagi semua orang dah ready dan sempat bergambar sebelum bertolak ke airport. Kita ke airport di hantar driver uncle yusof bersama sebuah teksi. Seronok nak balik tapi sedih meninggalkan Tehran….Kesian Dania, baru nak settle down, kita dah nak balik KL. Dia nampak segar dan aktif berbanding hari-hari sebelumnya.

Kecoh dalam plane kerana tempat duduk asing-asing. Cuma mama dan Dania je yang dapat duduk sama. Kita cuba minta tukar dengan penumpang bersebelahan tapi mereka tak mahu. Lepas satu jam, orang lelaki sebelah Dania beralih tempat. Padan muka dia ! Disuruh tukar tempat duduk, eksyen…Akhirnya sendiri tak tahan dengan gelagat Dania yang tak mahu diam. Mujurlah wanita tua yang duduk sebelah Dania sangat understanding dan sentiasa tersenyum sambil berkata “never mine” setiap kali di tendang Dania yang nyenyak tidur…Dania lelap most of the time dan cuma terjaga satu jam sebelum mendarat di KLIA. Mama sangka Dania akan buat kecoh, tapi anak arab LAGI kecoh dan gamat ! Terpekik-pekik dan berlari kesana-sini. Dania cuma tergelak-gelak ( sesekali merengek) dan berlari antara deretan kerusi mama dan kakak Mariss.

25/1/04- Semua orang terlelap sampai jam 12 tengahari (baru jam 7.30 pagi di Iran). Kakak bangun lebih lewat dan bertolak pulang ke Kuantan flight jam 6.30petang. Lebih teruk lagi bila Dania tidur jam 6.30 petang hingga 9.30 malam dan lepas tu terus berjaga sampai pukul 2 pagi ! Dania masih ikut waktu Iran …

26/1/04 - Mengantuknya mama bila ke office. Imran nak cuba ‘cuti’ tapi no way ! Semua orang mesti pergi kerja/sekolah. Dah sedap bercuti sakan, cuba nak sambung lagi konon…Hari-hari dia bertanya bila sekolah nak cuti lagi sampai mama naik bengang!

28-29/1/04 – Mama tergolek demam-cuti dua hari. Tekak terlalu sakit hingga tak boleh menelan. Sesekali terasa demam dan selsema. Mujur Dania dan Imran ok. Cuma Dania seorang yang masih lagi memgekalkan waktu Iran dan tegak berjaga masa orang lain dah mengantuk tak tahan nak tidur !!

30/1/04 – Kerja sehari , lepas tu sambung cuti lagi ( Raya Haji & Hari Wilayah) . Cuti ganti campur semua sekali office tutup straight dari hari Sabtu hingga Selasa manakala sekolah tutup sampai hari Khamis . Seronok sakan si Imran !

31/1/04 – Lepak rumah Mak Ngah dan lepas dah puas main pasir, kita singgah rumah nenek.

1/2/04 Raya Haji. Jam 12.30 pm bertolak pulang ke Kuala Pilah. Esok atuk Aji nak korban lembu seekor. Imran dan Dania sempat mandi di jeram bersama Munir dan Nazrin setelah abah tak tahan mendengar rengekan dan rintihan Imran..

2/2/04- Pagi-pagi lagi semua orang dah bangun menanti ‘ketibaan’ lembu. Terkejut bila tengok 5 ekor lembu di bawa masuk ke kebun. Rupa-rupa nya hanya seekor yang nak di korbankan dan yang ramai tu adalah ‘ahli keluarga’ lembu yang sama mengiring perjalanan terakhir saudaranya…….Mama agak takut nak benarkan Imran melihat orang menyembelih lembu tapi rupanya dia lebih berani dari yang mama sangkakan. Petang itu ada kenduri kecil bersama orang kampung yang membantu menyempurnakan daging lembu siang tadi.,..

4/2/04 – Abah ke Jakarta lagi. Kata abah , Malaysia dah jadi tempat persinggahan pulak kerana abah sering ke Jakarta dan Tehran . Kita selalu kena tinggal…….kesian kita.

14/2/04- Abah talipon pukul 12.30 tengahari memberitahu yang dia akan ke Tehran penerbangan jam 3.15 pm ! Macam ribut mama packing baju abah. Abah terpaksa ke Tehran dengan jalan mana sekalipun. Mujur Emirates ada tempat tapi terpaksa mengikut jalan panjang melalui Bangkok dan Dubai. Letih lah badan……

16/2/04 – Baru terima talipon dari abah. Roaming service tak ada dan internet connection agak sukar. Di tambah pula dengan jadual meeting yang ketat. “Baba ? tanya Dania setiap kali mama pulang dari office. Bila mama beritahu yang abah kerja, “OOOoooo….” Jawab Dania. Macam biasa , setiap malam mama dan Imran sibuk dengan kerja sekolah. Hari ini Imran megah kerana dapat 2 bintang dan 5 “good”. Sebenarnya Imran boleh menulis dengan cantik tapi terpaksa ikut ‘mood’ dia . Dania pula sibuk nak belajar sama terutama bab mengeja. Kadang-kadang dia pulak yang ‘mengajar’ Imran membuatkan Imran bengang ! Berbaloi papan hitam yang mama belikan. Dua-dua suka menulis…….berangan jadi cikgu agaknya.

17/2/04 – Berkesan pujukan mama.Imran lebih rajin belajar sekarang . Mungkin dia pun serik mendengar mama mengamuk dan berleter. Setiap kali lepas menjerit pada Imran mama rasa bersalah. Kadang-kadang mengalir airmata mama…Dulu mama selalu hilang sabar bila dia terus terusan merengek tak mahu belajar dan nak ponteng sekolah. Malah nak start buat homework pun kena paksa. Guru yang garang dan homework yang banyak membuatkan Imran rasa tertekan. Kesian anak mama….

DiTehran,projek shopping Mall Sharvand di lancarkan. Sayangnya rombongan D8 dari Malaysia tak dapat menghadiri majlis hingga selesai kerana Datuk Bandar Tehran datang lewat dan mereka terpaksa bergegas ke Airport menyambut PM Pak Lah yang akan tiba untuk menghadiri D8 Summit.

18/2/04 – Terkejut kami melihat letupan di Khorazan, Iran. Lebih dari 200 penduduk kampung mati akibat keretapi yang membawa gasoline,sulphur,baja dan kapas meletup. Betul kata abah…setiap kali dia berada di sesuatu tempat, mesti ada sesuatu yang gempar berlaku. Mama nak hantar email suruh abah balik !

19/2/04 – Pagi-pagi lagi abah dah call. Senang hati mama. Abah tak jadi pulang hari Jumaat sebab ada meeting lagi. Dia akan cuba pulang hari Ahad ini.

4/3/04 – Abah terpaksa bergegas ke Jakarta pulak. Mama paksa abah pulang hari Jumaat supaya dia sempat jumpa kita sebelum berlepas ke Tehran pula pada hari sabtu nanti.

6/3/04 - Mujur flight tengah malam, itupun masih sibuk ke pejabat hingga jam 6.30 baru pulang ! Jam 8.30 sudah bertolak ke KLIA….
KL dah jadi tempat persinggahan sahaja nampaknya. Tehran dan Jakarta dah jadi rumah abah..

11/3/04 – Mungkin abah tak sempat pulang Sabtu ini. Rosaklah rancangan kita nak ke Melaka..

14/3/04 – Alhamdullilah, kita sampai di Melaka jam 2 petang. Abah baru saja pulang dari Tehran jumaat malam . Imran kurang sihat kerana cirit birit dan muntah-muntah. Malah dia tidak kesekolah sejak hari Khamis lagi. Dia tambah frust bila kakak Shah dan Mariss tak jadi datang kerana ada kelas tambahan. Dania walaubagaimanapun nampak sangat ceria dan berselera sekali bila makan ! Sepanjang jalan asyik menyanyi…lepas tu mama pula yang jadi ‘Juke box’ menyanyikan lagu-lagu permintaan Dania seperti;

“ittle-ittle” (twinkle-twinkle little star)
“bani” (Barnie)
“Ee Ii Oo (Old Mc Donald)
”Tot tet, tot tet “ (Hot cake,hot cake)
“Be be bell” (Jingle bell)

15/3/04 – Pergi Zoo Melaka. Cantik dari Zoo KL. Dania seronok berlari kesana kemari dan sesekali meraung bila kehendaknya tak di turuti-spoilt ! Di tambah pula dengan Imran yang kuat menyakat. Boleh hilang sabar di buatnya. “Babang(abang)…jangan lali (lari). Jalan ! “ warning Dania pada Imran siap dengan menunding jari telunjuknya dan jelingan tajam !

Cakap pun pelat lagi, ada hati nak marah orang ! Ada tokoh yang Dania akan ‘take over’ jadi BIG sister nanti….

Petangnya semua orang tergolek. Bila mama kejutkan nak keluar makan, Dania berkeras tak mahu bangun. “Nanak (tak hendak) ! Nyanya (Dania) nak tidur !!!” Tapi dia bingkas bangun bila mama gertak “bye…….” Kita makan ikan bakar di Umbai –sedap makan kepah dan sotong goreng tepung bersama ikan bakar dan nasi lemak….Ooo la la..Dania melalak bila di larang bermain dengan kucing yang berkeliaran…kecoh !

16/3/04 –Lepas check out , kita bertemu dengan keluarga Uncle Yusof (Tehran) dan makan tengahari lauk asam pedas ! Dania kurang sihat dan merengek. Malah sebelum check-out tadi, dia dan muntah beberapa kali. Nampaknya dia berjangkit dari abang Imran dan turut cirit birit.

Selesai makan dan dalam perjalanan menuju ke kereta , Dania tiba-tiba muntah dan baju mama habis lencun. Mujur pekerja restoren yang kebetulan sedang membasuh pinggan turut membantu dengan membenarkan kami gunakan getah paip. Mama salin baju dalam kereta…



Sempat singgah ke Muzium Maritime berbentuk kapal layar Portugis terletak di depan Bangunan Stadhuys. Imran seronok tapi Dania tidur nyenyak. Pasti pelawat-pelawat berasa hairan dengan bau masam (muntah)…!!!

Abah terlalu mengantuk dan terpaksa tidur ditepi highway. Dania pula cirit birit hingga basah seluar. Mujur kemudahan di lebuhraya sangat baik dan kami tidak menghadapi sebarang masalah untuk mencuci. Bila dah bersih dan selesa, Dania kembali tidur… Imran memang dah tidur macam batang kayu..

19/3/04 – Demam pilihan Raya semakin hangat. Kita sekeluarga tidur rumah nenek yang sesak macam asrama. Malam nya agak sunyi kerana Imran ikut mak Ngah pulang ke rumahnya.

20/3/04 – Kalau di tanya mana selipar atau mainan dia, Dania akan jawab “bawak bird…” (maksudnya telah di bawa lari oleh burung !) Gara-gara kami dan bibique selalu tipu macam tu pada dia kalau nak sorokkan sesuatu..

21/3/04 - Mama beratur 3 jam nak mengundi ! Kali ini pilihan raya agak kecoh kerana banyak nama “hilang” dari register walaupun nama kita ada dalam computer-gara-gara tindakan SPR menyusun semula senarai nama-nama….Mujur nama mama dan Cik Na ada. Waktu mengundi di Sek. Lembah Jaya di lanjutkan sampai jam 7 malam……..

Yahoo…Terengganu jatuh ke tangan UMNO semula !! Sayang UMNO kalah di Kelantan dengan perbezaan undi yang amat sedikit……..next year maybe ?

22/3/04 - Computer crashed ! Rasa nak menangis bila di beritahu segala files yang mama simpan dalam hard-drive tak boleh di selamatkan lagi ! Mama tak kisah fail tu semua ….yang penting adalah ‘diary’ kamu berdua yang mama catat sejak tahun 2000. Terkedu mama hingga tak terluah kata-kata. Mujurlah ada copy dalam public drive tapi setakat bulan February. Dapat lah mama sambung semula berdasarkan memori saja…….

Dulu semasa bekerja di UMBC, diary Imran sejak lahir jadi rosak sebelum sempat mama transfer gara-gara systems upgrading dari Window 95 ke Window 2000 .. kali ini ke XP systems pulak !

27/3/04 – Mama potong rambut pendek… “Amoi…! “ ejek abah kerana rupa ‘cina’ mama semakin terserlah. Imran nampak cool je… Everything seems to be ok….


29/3/04 – Abah ke Kuantan urus soal passport/tax. Seperti biasa, mama terkocoh-kocoh mengemaskan bajunya. Silap-silap dia akan terus ke Jakarta kalau tak sempat pulang ke KL.

“I don’t like your hair ma….! “ tiba-tiba Imran komplen sebelum tidur . Ingatkan dia ok, rupanya dia memendam perasaan. Dah tiga hari baru keluar.

31/3/04 – 11.30 malam tadi baru pulang dari Kuantan, 7.30 pagi ini dah ke Jakarta pula. Sampai malam pun abah masih belum call. …

Imran complained lagi pasal rambut mama yang pendek. Padahal bukan lah pendek macam jantan .

“I don’t like your hair at the back…” rungut Imran tentang rambut mama yang melentik berekor di belakang. Tak habis-habis marah dia. Entah macamana kalau dia ada girlfriend esok……….Baru nak masuk tujuh tahun dah nak control mama. Abah pun tak kisah, dia pulak yang lebih !

1/4/04 – Rupanya abah terlepas flight (biasalah tu….) ! Sangkanya flight pukul 9.30 am rupa-rupanya jam 9.15 am. Tersadailah abah di KLIA selama 4 jam. By the time dia selesai meeting di Jakarta, hari dah lewat malam- sebab itulah dia tak nak call mengganggu kita tidur. Abah akan pulang petang nanti jam 6.30 pm – jangan terlepas flight lagi !

“Mana babah ? “
“ilan…(Iran) “ jawab Dania . Walau kemana pun abah pergi, Dania tetap kata abah pergi Iran !
Dia tak kisah sangat kalau abah tak ada, tapi Imran nampak runsing kalau abah overseas….

2/4/04 – Imran nampak semakin bersemangat bersekolah dan lebih bertanggung jawab buat homework . Dia sendiri risau kalau homework tak siap. Malah akan melalak kalau mama pulang lewat. Tepat 5.30 pm mama akan keluar dari office . Imran pulang antara jam 6.20 pm – 7.00 pm. Rehat sekejap, mandi, makan dan buat homework bersama mama. Sesekali berperang dengan Dania yang sama menyibuk nak buat “homework”. Mama belikan satu set colour pencils untuk Dania tapi dia tetap nak yang Imran punya. Asyik bergaduh sampai mama hilang sabar dan terjerit-jerit jadi ‘Tarzan’. Akhirnya bibique kena duduk dalam bilik temankan Dania tengok VCD ‘Barney’ sementara kami selesaikan homework.

“Siapa lukis ni…?” mama tanya Dania sambil menunjuk dinding
“Nyanya……” jawab Dania dengan penuh bangga.
“No (jangan) tulis dinding…!” mama melarang
“nak tulis….!” Dania melawan siap dengan jelingan .
“No tulis dinding, tulis atas kertas…”
Mulanya dia menjeling, tapi kemudian terhangguk-hangguk setuju….
Harap-harap lepas ini tak adalah lukisan di atas dinding….kena cat lagi !

Bibique leka memasak , Dania leka melukis …….

Lepas tu bila mama minta bibique buatkan mama secawan kopi…
“No kopi ! “ jerit Dania membalas dendam.
Bila Imran minta nasi… “No nasi, no kasi (jangan kasi) bibique !! Dania melarang…Garang bukan main ! Pandai berdendam tak padan kecil……..

4/4/04 – Pergi KLCC. Imran pula buat kecoh nak ‘yak’ lepas makan. Terpaksa mama suruh abah tamatkan meeting dan bawa Imran ke toilet…….

Dania yang dah sememangnya mengantuk sebelum kesana, terus ‘lentok’ dalam pram selepas satu jam bermain , makan di Burger King dan habis sebotol susu. Mama heret pram macam orang heret troli golf supaya Dania dapat berbaring. Hiruk pikuk KLCC lansung tak ada effect pada Dania.

8/4/04 – Confirmed mama akan ke Vietnam dan Cambodia- seminar dan lawatan ke pejabat clients. Sebelum ini, lawatan mama ke Bangkok bulan November di batalkan dan di tukar ke Bali pula pada Oktober nanti. Tak sangka dapat pula rezeki untuk ke Hanoi dan Phnom Penh. Kalau ada rezeki lagi, dapat ke Bangkok juga July ini…Kesian anak mama kena tinggal. Abah kena tunggu rumah pulak ! Sebelum ke luar Negara , mama akan bawa you all bercuti di Cameron Highlands…fair ?!

9/4/04 – Hari sukan SK Taman Setiawangsa. Imran ambil bahagian dalam acara “Bola Dragon Ball”. Lari ok…tapi baling bola tak masuk bakul ! Kena ulang 3 kali. Dania tak sempat tengok abang kerana leka tidur . Masa abang Imran sedang berlumba, Dania masih nyenyak tidur di rumah. Abah pun tak dapat tengok kerana tak tahu dah masih berada di Iran. Abah hantar email rasa kesal tak dapat tengok Imran sukan. Malah mama sendiri pun baru tahu .

Lepas tu kita tersadai di klinik nak ambil antibiotic untuk bisul Imran manakala selsema & demam buat Dania.

10/4/04 - Mama pulak yang demam. Abah masih belum pulang, Abang dah balik Kuantan cuti semester. Akhirnya kita talipon Pak Cu suruh drive kita kerumah nenek . Nasib baik Pak Cu pun dah pulang bercuti, kalau tidak mati kutu kita duduk rumah – kereta ada tapi mama tak boleh drive !

12/4/04 – 6.30 am , Abang Aziz pulak tak timbul kerana kurang sihat . Mama SMS abah suruh jemput nanti petang kerana hamper setiap petang hujan lebat dan tak di duga abah jawab balik ! Rupanya dia dah tiba di Dubai…dan sedang minum kopi sementara menunggu flight ke KL….

Imran yang kebetulan tak sekolah hari ini (kerana sukan) bertambah excited menanti di rumah..Abah akan tiba jam 2.15 petang nanti.

13/4/04 – Gelihati melihat Dania berlari kehulu-kehilir diiringi lagu “Wee Willie Winkie” yang mama di paksa nyanyikan. Dia meniru aksi Willie Winkie berlari-lari memeriksa bilik tidur…….Kemudian ambil kain buruk di dapur suruh pakaikan scarf seperti mana Willie pakai. Lepas tu suruh mama nyanyi lagu “Thumbkin” pulak…

“Where is Thumbkin?
Here I am…here I am….
How are you today sir
Very well and thank you
Run away, run away ….”

Dania pun sama menyanyi siap meliuk lentok jari jemari dan bontotnya…

18/4/04-Mujur mama tak jadi tinggalkan Dania dengan Bibique dan abang Imran di rumah Mak Ngah . Dia bantai mengamuk histerical dari tengah malam sampai ke subuh. 5 kali mama kena bangun memujuk hingga hilang sabar di buatnya ! Dan puas melalak dia akan minta sesuatu dan terus berhenti menangis ! Yang tak tahannya, Dania ambil masa yang lama untuk ‘reda’….

25/4/04 – Jam menunjukkan pukul 10.30 malam. “How am I going to school tomorrow, ma ?” tanya Imran.
“Why?”
“I think I am going to be sick….”
Mama dan abah tersenyum. Esok nak deman, hari ini dah tahu !

11.30 malam…badan Imran terasa panas bila mama nak tukarkan baju tidur. Memang betul dia demam rupanya ....

26/4/04 Jam 3 pagi Imran bangun dan tanya lagi macamana dia nak pergi sekolah..
“ok….you tak payah pergi sekolah esok kerana you demam..”
“tapi mama kena hantar dan bagi surat..”
“ok nanti mama buatkan surat”
barulah Imran boleh tidur dengan tenang……………

2.00 petang - mama talipon kerumah . Terdengar Dania dan Imran terjerit pekik berebut talipon. “Hai mama !” sapa Dania
“Mana Milan (panggilan Dania pada Imran)”
“main Keelan” (main dengan Keelan- anak jiran sebelah rumah).
“mama nak cakap dengan Milan, please ”
“tak payah, Nyanya nak tutup….” jawab Dania , tak kasi mama cakap dengan Imran. Selepas beberapa kali di pujuk baru dia pass talipon pada Imran. Imran sounds happy je…macam orang tak sakit pun !

30/4/04 - Kakak Sha dan Mariss tiba dari Kuantan. Esok nak ke Cameron Highlands sempena cuti 4 hari (Wesak & Maulud Nabi).

1/5/04 – 7 jam baru sampai Cameron ! Jalan jam bagai nak rak bermula dari tol Damansara sehinggalah ke Simpang Pulai. Silap besar ! Kakak Sha nak kencing pun terpaksa postponed ! Bertolak jam 10 pagi, jam 5 petang baru sampai…Di Cameron pun jam hingga stesen minyak pun habis minyak !! Kita terus ke hotel, makan dan tidur keletihan………

2/5/04 – Hajat di hati nak jalan-jalan tapi jalan tetap jam. Terpaksa pergi ke kebun sayur yang jauh dari pekan Tanah Rata. Dah petang barulah kita dapat bersiar-siar ke Taman Rama-Rama. Dania terjerit pekik seronok. Masa kita pergi tahun lepas, dia masih terlalu kecil…
Hajat nak makan steam boat pun tak kesampaian kerana restoren tak cukup dapur ! malah kalau datang lambat pun makanan dah habis ..

3/5/04 – Sakan membeli sayur dan bunga. Buah strawberi dengan jamnya sekali. Kalau boleh nak bawa balik aiskrim strawberi tapi apakan daya…….. Distesen minyak terpaksa beratur hampir 20 minute baru sampai turn kita. Perjalanan pulang agak ok walaupun jalanraya masih sibuk dan tak boleh pandu laju (elok jugak). Abah tersilap beli pau , nak beli pau Tanjung Malim tapi terbeli pau Tapah !!!

9/5/04 – Mama ke Vietnam . Airport nya cantik di kelilingi sawah padi yang sedang menghijau. Cuaca juga nyaman sekadar 25 darjah celcius. Cuma suasana bising kerana semua orang suka bunyikan hon !! Rupanya kebanyakan simpang tak ada traffic light jadi mereka terpaksa bunyikan hon sebagai amaran…….Banyak betul motosikal dan kenderaan di pandu agak perlahan di bandingkan dengan Malaysia…….Bangunan cantik - di pengaruhi penjajah Peranchis. Jadual kerja mama agat ketat jadi tak berpeluang melancong. Sekadar membeli sedikit buah tangan..

12/5/04 – Mama ke Cambodia. Sempat transit di Vientienne selama 45 minit dan tak di benarkan keluar. Walaubagaimanapun, dapat jejak kaki di bumi Laos semasa keluar dari kapal terbang. Nothing interesting to buy from the airport though.

Cambodia lebih teratur dan tenang. Tiada lagi bunyi bingit orang hon ….Kawasan juga lebih bersih di bandingkan dengan Vietnam. Namun mama sedih melihatkan kesusahan mereka. Betapa mewahnya kita hidup di Malaysia…Airmata mama mengalir bila 2 orang kanak-kanak merayu-rayu mama membeli buku dari mereka. Mama sudah pun membeli 3 buah buku dari seorang lelaki yang putus kaki akibat perang. …Malah boss mama dan memberi USD 1 dollar seorang-agak banyak bila di tukarkan ke matawang Riel.

19/5/04 – Abah pula ke Iran jam 11.30 malam. Tinggallah kita berperang bertiga…Sekarang mama kerap ke luar negara dan terpaksa bergilir dengan abah. Mujur cuma untuk jangkawaktu yang pendek. Kata abah dia mungkin balik hari Sabtu depan – 10 hari di Iran. Abah perlu ke Dubai dan Esfahan..Bila abah balik kita akan bercuti di PD dan lepas tu mama akan berlepas ke Singapore selama 5 hari... turn abah jaga anak !!

26/5/04 - Dania suka sangat menyanyi...terpekik-pekik ! Cuci bobot (bontot) pun boleh jadi lirik dalam lagu ciptaan dia sendiri....Geli hati di buatnya.

28/5/04 - Gempa bumi di Tehran ! Mama terima SMS dari abah dan terus buka CNN. Kering darah dan menggigil lutut mama - panik. Tapi mengenangkan abah yang hantar message memberitahu, he should be ok. Lagi pun abah akan berlepas pulang malamnya nanti...


31/5/04 - Abah baru pulang dari Iran...lamanya ! Imran kata mama penipu setiap kali jadual abah di tukar . Sepatutnya kita dah berada di PD hari ini tapi terpaksa tangguh hingga esok kerana abah baru saja pulang....dan terpaksa ke office .

Imran happy dengan Skate Board baru, Dania dapat Teddy Bear, mama dapat subang dan perfume dan abang Zeck dengan perfume baru juga...Abah pun tak kurang shopping beli baju di Singapore semasa stranded di sana akibat flight delayed dari Dubai..

Semasa gempa berlaku, abah dalam dapur di rumah uncle Yusoff. Lampu chandelier berayun-ayun dan kepala terasa pening. Tak sempat nak lari turun dari tingkat 6. Mujur semua berlaku sekejap aje dan cuma tingkap di tingkat bawah sekali yang pecah ! Hai abah....kalau terjadi apa-apa, mama tak tahu nak buat macamana. Masa tu kepala mama dah berserabut gila...

1/6/04- Imran meraung-raung marahkan abah yang pulang lewat dari office. Abah janji nak bertolak ke PD jam 3 petang tapi tertunda lagi hingga jam 7 malam. Sampai PD sudah jam 9 malam , kita jalan-jalan dan pulang ke hotel -tidur !

2/6/04- Sakan bermain pasir di hotel- aktiviti kegemaran...Waktu petang kita makan durian di pekan batu 3 dan sambung lagi bermain pasir di tepi pantai. Sampai senja baru nak pulang ! Seronok mama dan abah melepak atas tikar sambil memerhatikan you all berdua yang sesekali tergelak dan sesekali terpekik terlolong bergaduh !

4/6/04 - Balik kampung Kuala Pilah pulak. Esok Pak Uda nak kahwin dan kita akan mengiring ke rumah pengantin perempuan di Melaka ....

6/6/04 - Mama ke Singapura hingga Jumaat . Business visit dan kursus. Dania ok tapi Imran sedikit distraught.

11/6/04 - Baru tiba dari KLIA jam 6.30 petang, berehat satu jam , keluar makan dan terus bertolak ke Kuala Pilah lagi. Kali ini kenduri di rumah atok Aji pulak.
   
23/6/04 - Abah masih di Iran sejak 21/6/04 .
"Mummy....I got something for you......" kata Imran. Dia keluarkan satu kertas siap berekor-ekor...
"layang-layang ke? tanya mama.
"No . This is Happy Mother's Day...." rupanya Imran buatkan kad ucapan untuk mama. Ada tulisan 'hepi..bebe.....' sebab dia masih belum cekap mengeja.
"Imran terlupa nak kasi mama. Imran buat sendiri. Tak tiru kawan pun" kata Imran penuh bangga.
Mengalir airmata mama ....its not the gift, its the thought that counts. How true ! 
Hanya pelukan dapat mama berikan tanda terima kasih kerana mama tak terkata apa-apa. ...tersentuh hati mama. Anak-anaklah yang membuat seorang ibu terasa begitu bahagia...

28/6/04 - Babah balik dari Iran, lebih awal dari jangkaan. Mama dapat "surprise" -perfume Issey Miyake. Nice !  Kata abah perfume tu paling popular in Europe. Tak kisahlah....yang penting abah ingat kat mama. Mama dah ada 7 botol perfume (tapi abah tak tahu...he...he...) Dania dapat Barney ........ 

4/7/04 - Giliran mama - ke Bangkok pulak untuklima hari. Imran sedikit upset tapi Dania selamba je.......

8/7/04 - Letihnya pulang dari Bangkok kerana jadual meeting yang ketat dan cuaca yang panas. Untuk mengelakkan traffic jam yang sememangnya sangat hebat di Bangkok, kami terpaksa menggunakan MRT. Baju mama sampai basah dek peluh. Shopping sikit-sikit . Tahun ni semuaorang pakai Thai silk !

14/7/04 - Abang Aziz tak datang jadi Pak Lang Atan yang hantar mama ke office kerana abah dah bertolak ke Jakarta subuh tadi. Abah pergi berapa hari ? tanya Imran . Bila mama kata cuma satu malam sahaja, dia tanya pula "kenapa sekejap sangat" ? Pergi lama complain ,pergi kejappun complain. Dania yang best - tak kisah. Sesekali baru tanya. asalkan dapat turun main di padang dia dah cukup happy.

25/7/04- Siang tadi Imran dan Dania dapat basikal baru kerana dua-dua nampak macam 'kartun' bila mengayuh basikal . Kaki masing-masing dah panjang , basikal pula dah terlalu kecil ! Imran dapat mountain bike dan Danii pula dapat basikal roda empat . Sangka mama dia tak pandai kayuh, rupa-rupanya bukan main confident dan laju di mengayuh dalam Carrefour. Tak kasi mama pegang pulak tu ! Mama risau di langgar barang-barang dan orang yang lalu lalang....Bila sampai di kaunter, basikal Danii yang bertayar mati sama mahal dengan basikal abang Imran !  Basikal abang dapat harga istimewa kerana ada sale...Nak tak hendak terpaksa bayar jugalah....tak sanggup nak dengar Dania menjerit satu carrefour !!!

Abah transfer RM 6000/-


28/7/04 - Imran minta sambung cuti "demam". Banyak cantik ! Dia seronok dapat ponteng mengaji dah dua hari . Kata kawan dia Adik/abang (sikembar) , "kalau demam kenapa boleh main basikal?" Imran bengang ! Esok nak ponteng, hari ini Imran dan bagi 'notice' in advance. Alasan nya....nak tidur supaya tak ngantuk bila tengok concert Barney .

Concert Barney amat mengecewakan. Imran dan Dania nampak boring. Dania pula menangis nak turun ketingkat bawah sebab dia nak jumpa Barney sedangkan tiket kita cuma RM 70(itupun dah mahal!) dan terpaksa duduk di tingkat atas yang curam dan menggayatkan ! Stage agak kosong sahaja.........tak banyak props pun.

7/8/04 - Atok Aji "ditabalkan" sebagai "Datok Seri Amar Menteri" satu pangkat dalam adat Negeri Sembilan. Ada tembakan senapang 10 das lagi ! Kita usik atok macam pengantin kerana siap berkompang....

8/8/04 - Mimpi ngeri mama pun bermula. 22 delegasi dari serata dunia akan tiba di Istana Hotel menyertai kursus yang di tanggung oleh office mama . Letihlah berulang alik kesana....

14/8/04 - Mama bawa Imran ke Genting Highlands bersama semua delegasi . Selepas sakan bermain di Snow World (teringat percutian kita di tehran, Iran) Imran ajak mama naik "the Flying Dragon" -dalam hati mama it should be ok kalau Imran pun berani  naik - tapi  ternyata sangkaan mama sangat silap ! Kering darah mama bila roller coaster tu 'corner baring' - macam nak mati rasanya. Mama peluk Imran kuat-kuat-  Ya Allah...kenapalah aku naik tadi !!!! Mama yang takut pun terpaksa buat-buat berani kerana kalau mama nampak takut, pasti Imran akan lebih takut. Imran sendiri pun nampak menyesal naik train tu... 
Lepas train 'maut' kita naik train 'ulat bulu' yang sangat lembab pulak...kemudian Imran naik 'bumper car' dua kali. Kita sambung dengan  Gondola atas air dan yang terapung dan akhir sekali suffer pening kepala atas Ferris Wheel kerana pusingan nya yang terlalu lama. Letih mama mendengar Imran winging .....

Sebelum pulang , Imran sempat belit mama belikan dia Water Gun....tak sampai hati mama nak menolak permintaan Imran. Tak kan selepas sehari suntuk berseronok , mama nak biarkan anak mama pulang dengan airmata berlinangan....

"Thank you for taking me to genting highlands ma...Thank you for the games, buying me the water gun, the icecream , the candyfloss ...everything that Imran nak..." kata Imran sebelum tidur. Sejuk hati mama dan hilang rasa letih.......

15/8/04- "Nyanya nak!" kata Dania sambil menunding kearah barang kemas dalam showcase. mujurlah kami memang ada niat nak membelikan dia gelang. Tanpa banyak karenah, Dania duduk di kerusi sambil mencuba satu persatu. Abah pesan cuba satu saja at a time - takut dia tak mahu bukak...! Kami belikan gelang loceng RM 250 ...kemudian makan Mc Donald (permintaan Dania) dan beli groceries di Giant. Sampai rumah , mama tidur hingga di kejutkan abah jam 6.30 petang - keletihan selepas selesaikan  semua urusan delegasi dari overseas tu...........  

21/8/04- Cuti sekolah bermula dan kita bercuti di Kuantan. Mujr dapat bilik di MS Garden kerana semua hotel berdekatan pantai penuh kerana sambutan Hari kemerdekaan akan di sambut di bandar Kuantan pada tahun ini. Guna lebuhraya baru yang sememangnya cantik dan cepat. Perjalanan sepatutnya cuma 2.5 jam tapi jadi lewat kerana ada lori terbalik berdekatan Genting highlands.

22/8/04 - Kita ke Kemaman makan seafood di Restoren Malaysia. Lapar gila menunggu lama kerana
terlalu ramai pelanggan waktu cuti sekolah....tak kan nak patah balik ke Kuantan kerana hajat kita sememangnya nak makan di sini. Petang, kita ke pantai pula...

23/8/04 - Balik KL. Dari Tol ke Tol cuma 2.5 jam - best !! Boleh lah kita ke Kuantan dan Terengganu selalu........Next trip - Awana Kijal ! Kakak Sha pun kata kita dah lama tak kesana.

24/8/04 - tidur rumah nenek pulak.

25/8/04 - Kakak Syiera dan Syafika ikut kita balik. Seronok sakan Imran dan Dania ada kawan. Hari hari nak swimming , main basikal dan merayap . Sesekali bergaduh !

27/8/04 - Kakak Syiera dan Fika dah balik. Dah puas swimming (termasuk di KLCC) , kulit you all semua dah gelap macam anak India ...Fika yang dulunya menangis nak balik tapi sekarang merengek nak tidur rumah kita lebih lama lagi .  Siapa tak seronok asyik bermain setiap hari , main dan swimming ikut suka di KLCc dan pergi makan burger !!!

8.30 pm - Abah bertolak ke KLIA untuk ke Iran lagi ....

31/8/04 - Kita semua berkumpul di rumah nenek, macam hari raya pulak . Esok nenek dan Atok akan ikut keluarga Atok Chad pulang ke Miri. Dari Mama hinggalah ke baby Kasih semuanya memakai inai yang di lukis oleh kakak Shafina . Imran pun tulis namanya atas lengan. Adam menunggu inai kering sampai tertidur, Pak teh pula sanggup memegang tangan baby Kasih sampai inai nya kering !!!  Elok juga kalau kita pakaikan inai pada semua anak-anak yang nakal  setiap minggu biar dia orang semua duduk diam-diam kurang-kurang setengah jam menunggu inai kering !

Malamnya, Dania, Syafika & Kasih dapat cincin dari Nenek Win....Dania punyalah bangga pakai cincin- sesuatu yang memang di idamkan tapi belum sempat mama belikan. Malah dia dah pun minta mama belikan rantai, gelang kaki , subang......matilah kami !

1-5/9/04 - Mati kutu tak kemana. Pak Cu ke Miri ikut Atuk, jadi tak ada siapa nak drive us around.


2/9/04 - Ex Timbalan Menteri Anwar Ibrahim di bebaskan....apa akan jadi nanti ?!

4/9/04 - Nyanya penatlah....rungut Dania bila kena naik tangga....

6/9/04 - Abah pulang dari Iran. Mama ambil cuti setengah hari.  Abang Zeck dapat talipon baru, Mariss dapat Gameboy, Imran dapat LEGO , Mama dapat perfume dan Dania pula dapat Spider yang sentitive kepada bunyi - sesuai dengan Dania yang kuat menjerit !!! Mula-mula Dania takut , lepas tu dia asyik terjerit pekik dan terkekeh ketawa setiap kali Spider tu bergerak akibat jeritannya...

Imran pula leka dengan Racer Car LEGO nya............ lepas itu semua orang tidur petang- macam abah yang jet-lagged.

Petangnya Dania ajak pergi jalan-jalan naik kereta sambil menggayakan baju baru yang mama beli di KL Sentral semasa menunggu abah tiba. "Nyanya tidur boleh ?" tanya Dania yang memang nampak mengantuk. Belum sempat kemana , Dania dah lelap....

12/9/04 - Projek masak lobster ! Atok beli 3 ekor lobsters dari Miri . Terkial-kial mama nak membelah kepalanya yang sangat keras dan tambah susah kerana jari mama sememangnya perit akibat luka. Akhirnya kita minta pertolongan si 'pakar' - En Mazlan Duaji yang kata nya pernah bekerja di restoran semasa di Australia dan antara tugas dia ialah membersihkan lobsters...perfect !!!  Malam tu kita jamu selera beramai -ramai - lobster kukus berkuah sweet sour..yummy !

17/9/04- Imran nak pergi Toy R Us , Dania nak jalan-jalan naik kereta.......semuanya akan abah turutkan kerana mama akan ke Melaka hingga Ahad....giliran abah jaga anak !  Baru sekejap tadi mama call ke rumah, semua sounds ok. Imran sedang makan nasi lemak , Dania dah mandi ....

19/9/04 - Walaupun mama di kelilingi kawan-kawan sepejabat termasuk dari Labuan, rasa sunyi kerana famili tidak ada bersama. Semasa di Water World, mama cuma joined the telematch - jangan staff  menganggap mama sombong....Sedang orang lain bermandi manda , mama cuma duduk sorang-sorang baca surat khabar. kalau anak-anak mama ada bersama, pasti seronok dan gamat swimming !! Mama belikan Milan dan Dania sehelai tshirt buat souvenir ...Hujan lebat dalam perjalanan pulang. Tak sabar nak balik rumah.

29/9/04 - Sejak minggu lepas, Milan dan Dania complained mama balik lambat. Bulan ni jadual mama penuh dengan meeting dan kursus kerana nak mengelak bulan puasa. Apakan daya, kita makan gaji. Kalau boleh, mama lagi nak duduk rumah jaga you all berdua...Masa berlalu terlalu cepat. Tahu-tahu Milan dan sekolah, Dania dah keletah bercakap. Mama harap you all akan kenang saat-saat kami bawa you all bercuti, picnic , shopping dan bermain di KLCC.....setiap hujung minggu. Mama dan abah "spoil" kan kamu berdua setiap hujung minggu kerana hari-hari yang lain kami sangat sibuk bekerja mencari rezeki...

2/10/04 - Imran dan Dania merengek tak dapat berjalan-jalan. Abah demam dah seminggu - semput betul. Setiap beberapa langkah, abah kena berhenti tarik nafas. Ventolin pun dah tak berkesan kerana batuk abah agak teruk sekali ni....Imran mengungkit janji abah nak bermain layang-layang...Dania pula sibuk nak kerumah nenek .


5/10/04- Dania terliuk lentok atas meja makan menggayakan spec hitam .....kami risau dia terjatuh kerana leka bergaya ! Pernah dia pakai spec dan kasut tinggi mama dan bila di tanya nak kemana, dia kata nak pergi sekolah...bukan main eksyen, kata abang Zeck !

Sekarang ini, rambut berikat, pakai "cilip-cilip" (klip rambut) , spec hitam dan minyak wangi sebelum turun ke padang !!! Habislah minyak wangi mama....
Lebih lucu lagi bila dia sapu gel atas rambut dan tanya samada "macho" atau tidak (ikut abang Imran) !!

7/10/04 - Petang semalam dah pergi ke site 'Ukay Perdana" dan setuju nak book rumah superlink 2.5 tingkat type 'C' lot 209 - rumah di lereng bukit mengadap ke KL Skyline , tapi lepas mama dah beritahu salesman , faxed the details to Talam Corporation office dan dapatkan  Undertaking letter for housing loan dari Labuan Re.....abah tukar fikiran lagi ! Mama faham Abah nak yang terbaik, tapi I couldn't help but feel frustrated yet again.....Kami bertelagah sikit. Abah marah sebab mama diam dan masam muka. Mama tak reti nak marah-marah....lebih suka berdiam dari membebel secara irrational . Orang sedang marah pasti akan mengeluarkan kata-kata yang tak sedap. Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata buruk padahnya. Sekalipun di ucapkan "sorry" , hati yang terguris akan ingat sampai bila-bila.....maka itulah mama lebih suka berdiam diri sehingga rasa marah hilang dan fikiran lebih rational.  

Rasa sedih yang teramat....

8/10/04 - Salesman dah tanya. Abah minta dia kurangkan "fee" untuk lot 001 (ada tanah di tepinya) Mereka minta duit 'kopi' RM 30,000 kalau nak lot yang satu ni....

13/10/04 - Semalam mama buat iklan dalam internet dan hari ini seorang ajen hartanah dari WTW responded. Abah dah tengok bungalow  lot seluas 7500 kaki persegi - besar ! Dalam kawasan Gombak - Taman Harmonis. Very good price at only RM 30 per sq ft.  Nampak nya abah pun terpikat dan terus pergi tengok.

Jam 5 petang, mama pula pergi tengok. Sebelah kiri tanah dah banyak bungalow, sebelah belakang ada bungalow jutawan - besar nak mampus ! Rumah kita (kalau jadi) pasti namapak macam reban ayam nanti ....he ...he


14/10/04 - Emergency leave - balik Kuantan kerana abah ada urusan dengan income tax. Selesai urusan rasmi, kita ke Swiss Garden sementara tunggu kakak pulang dari sekolah. Jam 2.30 petang ., mama dah jadi "life guard" di swimming pool, lepas tu beralih pulak bermain pasir pantai, kemudian main tepi pantai, balik semula dalam swimming pool , keluar swimming pool main pula di playground. Abah tiba bersama kakak dan keropok leko panas ... Sambung lagi ke tepi pantai dan sampai hajat Imran nak main layang-layang ! Mula-mula kita semua hampir give-up kerana layang-layang tak boleh naik, rupa-rupanya abah pasang terbalik ! After 15 minutes berusaha, layang-layang  terbang megah di angkasa . Pernah tersangkut di pokok tapi mujur dapat lepas kembali.....
Seronok sakan semuanya- 3 jam tersadai di pantai. Jam 6 petang kita check-out , terus dinner di MIDO dan hantar kakak pulang. Hujan lebat sepanjang jalan dan kita berhenti "tidur" 3 kali ! Tepat jam 12 tiba di Setiawangsa. Esok hari pertama berpuasa...............

15/10/04 - Semua orang berpuasa kecuali Dania. Imran berpuasa sampai Zohor - dia sendiri panggil "PUASA ZOHOR" . Bila mama suggested dia "puasa Asar" - Imran panik. "Macam mana nak pergi sekolah kalu perut Imran lapar???" dia terus bertanya sampai mama beri 'greenlight' puasa sampai Zohor sahaja....Orang semakin kurus, tapi Imran semakin montel dan boroi-selera bukan main besar sekarang ini !

Hujan lebat sangat dan kami tiba dari office jam 6.45 minit . Tak sempat nak membeli belah.Mujur bibiq dah masak dan kami berbuka ala kadar dengan apa yang ada sahaja...Imran dan Dania pun sama menyibuk...

20/10/04 -Abah jumpa lawyer untuk urusan pembelian tanah di Taman Harmonis. Kalau semua ok, insyallah kita akan bina bungalow idaman mama....Kalau ini benar-benar terjadi, termakbullah doa mama untuk memiliki rumah by the time i turn 40. This will be one of the best birthday celebration   !!!  Dulu mama sambut hari jadi yang ke 32 dengan berkursus di London, kenaikan pangkat dan  berkahwin.....

Kita melawat anak uncle Atan yang baru saja pulih dari pembedahan appendix. Kuku Dania warna pink (guna magic colour) - kononnya nail polish , mata purple - guna eye shadow mama  dan leher pula bersalut rantai emas . Rambut lengkap dengan cilip-cilip(klip rambut). Mak Lang pun geli hati melihat gelagat Dania yang 'kaki melaram'. Esok mama nak belikan satu utas rantai biasa supaya dia tak minta rantai mama lagi..

22/10/04 - Imran tidur rumah uncle Rosli ......
23/10/04 - Imran ikut uncle Rosli balik Kuala Pilah...
24/10/04 - Imran pulang dari kampung jam 12.30 tengahari......selsema dan pening kepala....naik tangga tercungap-cungap tapi masih gagah bermain . Jam 9 malam kita keklinik kerana Imran nampak sukar bernafas dan dadanya bergerak kencang...nak bercakap pun tak boleh kerana terbatuk-batuk...

Jam 4 pagi kita berulang ke klinik ....sekali lagi di berikan nebuliser...

25/10/04 - 8 pagi kita keklinik mendapatkan surat doktor dan terus ke Hospital Ampang Puteri. Doktor terus nasihatkan Imran di masukkan ke hospital sebaik sahaja di periksa..Imran ketakutan - takut injection. Lepas rawatan oxygen/nebuliser mask, nurse ajak Imran berborak sambil memasukkan jarum di atas tapak tangan kiri....Semua berjalan lancar, Imran sedikit sakit tapi tidak menangis pun - Bravo !!! Kita di berikan bilik 646 dan mama pun akan tidur hospital sama...

Boringnya....tak ada Astro, berpuasa dan aircon sejuk sangat ! Sesekali kita turun ke kedai runcit di tingkat satu sekadar menghilang kan rasa boring Imran yang jelas 'tersiksa' terkurung dalam bilik. Berkali-kali dia minta nak pulang kerumah - tapi macamana mama nak rawat kalau Imran lelah lagi ? Mama dah cukup panik semasa melalui saat-saat Imran di serang Asthma di rumah hari tu...........

Bila Imran tidur, mama tengoklah segala drama swasta yang tersiar di TV - tak kira bahasa apa, sekalipun mama tak tahu hujung pangkal ceritanya! Mama memang tak boleh tidur siang meskipun berguling atas katil berjam-jam.

26/10/04 - Doktor nasihatkan Imran tinggal di Wad sehari lagi...kerana wheezing nya masih kuat , kahak masih terkumpul dan pernafasan belum lancar...

Setiap pagi dan petang, Imran kena tepuk di belakang (theraphy) untuk memudahkan pengeluaran lendir kahak yang terkumpul....

Kita sempat berbuka di rumah nenek dan balik kerumah sekejap - menjemput Dania ! Begitulah tugas abah sejak isnin , berulang-alik ke Ampang Puteri. Kalau abah tak ada tak tahu macam mana ...

Malam ini meriah ...Imran dan Dania bergaduh, berebut LEGO ....Dania pula menyibuk setiapkali Nurse dan doktor datang....

27/10/04 - Yahoo... ! boleh balik rumah . Bill RM 2,300 untuk 2 hari  !! .....tapi mujur majikan mama akan ganti balik. Hospital swasta memang charge gila-gila. Ubat sahaja dah RM 800 ! kalau mama tak bekerja....ke hospital kerajaan lah kita . Tak mampu nak duduk bilik 'private' macam di Ampang Puteri...

Jam 3.00 petang kita sampai rumah. Imran masih 'terseksa' kerana abah tak kasi dia bermain di luar....

30/10/04 - Abah Ke Dubai dan Iran dan di jangka pulang 5/11/04 ...Pak Cu akan ambil alih tugas menjemput mama dari office kerana musim hujan dan mama masih belum boleh memandu lagi !!!!

4/11/04 - Abah tak jadi pulang seperti yang di jadualkan. Dia terpaksa ke Nousha (utara Iran) dan akan cuba pulang hari sabtu (tiba di KL hari Ahad tengahari)...Imran pun dah 'gagah' semula dan bertambah gagah kerana mama benarkan dia ponteng sekolah ! Peperiksaan dah habis, pergi sekolah pun sekadar bermain dan tidur- malah cikgunya sendiri galakkan murid-murid ponteng !

6/11/04 - 12.30 abah tiba di KLIA . Abah pulang dari Nousha jam 4 pagi untuk dapatkan flight jam 11 pagi ke Dubai. Mujur meeting tidak berlanjutan , kalau tidak abah masih berada di Tehran....

7/11/04 - Pergi potong rambut bersama Dania. Buat pertama kali Dania potong rambut di Salon ! Elok dia duduk diam , tak seperti di rumah ! Senget menget kalau mama yang potongkan rambutnya kerana Dania tak mahu duduk diam. Hari Raya ini biarlah rambut Dania nampak senonoh sikit ...

Dari salon, kita semua ke KLCC nak beli kasut . Imran dan selesai, Dania pula masih kecoh memilih kasut sendiri. Asal ada manik dan labuci dia akan jadi tak tentu arah seronok-semua nak di belinya. Bila dah pakai, tak mahu buka sekalipun kasut tu ketat. Bila salesgirl tunjukkan yang baru , barulah Dania nak tanggalkan kasut manik yang sebelah putih dan sebelah lagi biru !!! Dia pakai terus......
Akibat mengantuk, Dania merengek nak berdukung. Kami cuma belikan baju Imran dan terus beredar pulang dengan tujuan nak beli baju Dania nanti esok saja bila pulang dari office kerana susah nak memilih bajunya kerana asyik berdukung. Sedang abah singgah membeli pastry , Dania menangis teresak-esak sambil bertanya kenapa tak belikan baju nya . Rupanya anak sekecil ini pun dah tahu berkecil hati...Mama pujuk supaya dia setuju duduk atas pram  untuk memudahkan mama memilih bajunya dan kami masuk ke kedai semula. 

Dalam kereta, Dania minta di pakaikan baju raya pula. Tersenyum-senyum begaya dengan baju dan kasut baru..........

11/11/04 - Mama mula bercuti sehingga 21/11/04 - 11 hari untuk beraya sakan ! Kita ke Kuantan jemput kakak.

12/11/04 - Selamat Harijadi yang ke 3 dan 7 buat Dania dan Imran !!

                 9 am - kita ke hospital dan doktor kata Imran dah sihat cuma sedikit batuk dan di
                 bekalkan dengan antibiotik.  
                 7 pm- Celebrate di Road house Grill . Dania tersentak bila waiters nyanyikan lagu buat Imran dahulu. Kami pun silap. Sepatutnya mesti nyanyikan untuk Dania (Miss terpeliot) dulu....

13/11/04 - Oven buat hal. Cuma sempat masak kek buah, chocolate chips cookies dan mixed fruit cookies.....Terbantut rancangan nak buat cookies banyak-banyak.

14/11/04 - Lepas beraya rumah nenek Ampang, kita pulang ke Kuala Pilah. Nasib malang- abang Faiz(taukeh mercun) dah balik Seremban. Depan rumah penuh dengan serpihan kertas mercun yang mereka bakar malam tadi. Hampa hajat semua orang nak bermain sakan dengan bunga api..

15/11/04 - mana boleh tak mandi Jeram ! Sempat masak mee hoon buat bekalan makan di tebing sungai...

16/11/04 - Pulang ke KL. Kakak pulang ke Kuantan dulu bersama ibunya....

17/11/04 - Lepas rehat sehari di KL, kita bertolak ke Awana Kijal , Trengganu.  Tiba di hotel, terus ke swimming pool, main pasir pantai dan mandi laut. Celik mata , Dania dah ke swimming pool sambil makan roti di tepi pool. Mama dan abah terpaksa bergilir bersarapan. Sementara kita tersadai di pool dan pantai, abah pergi ke Kuantan menjemput kakak...

19/11/04 - Dania meraung tak mahu balik ke KL. Katanya bilik hotel itu adalah rumah dia ! Gamat ...

20/11/04 - Pergi beraya rumah uncle Yusof. dania tertidur-masih keletihan . Bial nak pulang...dia meraung lagi !!

21/11/04 - Beraya rumah nenek embun, semua ok - tengok ayam, burung , ikan dan tortoise . tapi bila nak balik , Dania buat hal lagi. Dia tak mahu balik ! Nenek embun boleh 'baca' kehendak Dania. Dia suruh bawa balik tortoise dan akan belikan uncle Amin yang lain...Baru settled masalah.

 22/11/04 - Perang dingin bermula....

25/11/04 Mama belikan Imran X-Box....Mulanya nak beli Playstation 2 tapi berubah fikiran bila tengok kecanggihan X-Box.  

26/11/04 - Pak Ngah seleluarga , Atok dan nenek datang berhari raya. Abah keluar meeting...sampai mereka balik masih belum pulang.

28/11/04 - Mama apologised. Semua ok tapi abah masih  tak ada mood nak cakap dengan mama.....

30/11/04 - Kami bawa doktor kerumah atok-barulah dia nak ke hospital selepas "dileteri" oleh doktor sendiri ! Lututnya dah bengkak akibat terjatuh di rumah Mak Ngah tapi masih berdegil...Atok dapat 'kasut raya' baru - simen fibreglass biru dari pangkal peha hingga buku lali ! Bila Dania tanya kenapa kaki atok bersimen , mama kata atok naughty - asyik loncat-loncat sampai kaki patah! Dania menganguk tanda setuju....!

2/12/04 - Abah ke jakarta. Kata abah dia sangsi nak naik Lion Air sebab baru saja kes terhempas dan 31 orang mati di Solo...EEee nauzubillah ! Ya Allah panjangkan umur kami berdua...biarlah sempat sekurang-kurangnya kami tengok Imran dan Dania graduate...
 
4/12/04 - Abah call dari Jakarta ucap happy birthday buat mama ! First time dia teringat on time - selalunya missed ! Setiba dari Jakarta, Abah bawa mama dinner di Concorde sehingga jam 1 pagi ....seronok-terasa diri di hargai ! Kami makan malam sambil di serenade oleh band music. Abah minta lagu 'Teluk Bayu' manakala mama pula minta lagu 'Bessame Mucho" .  Dah 40 tahun umur mama !!!  Imran dan Dania nyenyak tidur di rumah....

8/12/04 - Abah missed Anniversary ke 8  - biasalahkan...Tapi abah bawa mama lunch di Hilton -Sentral. Nasib malang- restoren penuh. Jadi kami makan di hotel bersebelahan - Le Meridien. Sedap, cuma steak nya tiba agak lewat. Tapi kami dapat cookies dan pastries percuma sementara menanti...ok jugak !

17/12/04 - Abah ke Dubai/Tehran/Dubai/Bangladesh/Dubai/KL dalam masa 5 hari - terbarai badan ! 25/12/04 - Kita balik Kuantan . Mama dengan rasminya memberitahu bahawasanya mama pregnant ! Tidur satu malam di MS Garden, makan sedap di "Phuket" Tom Yam, makan sakan keropok lekor, satar dan otak-otak dan singgah Pantai Teluk Cempedak sementara tunggu kakak ambil baju nak ikut pulang ke KL. Ombak di pantai agak ganas dan mama terjerit pekik melarang Imran dan Dania dari bermain ke tengah pantai. Mulanya nak main pasir saja, lepas tu cecah kaki dalam air saja...tahu-tahu dah mandi laut. Abah kata tak dapat nak larang bila Imran merungut-rungut dan Dania merengek-rengek nak mandi "vich" (beach) .... 26/12/04 - Tsunami melanda Asia !!! Di Kuala Muda,Kedah dan Penang ramai yang mati dan tercedera. Semua orang terkejut - tak sangka Malaysia boleh mengalami Tsunami....Rasa macam dalam movie . Gempa bumi di banda Acek berskala Richter 9.0 . yang ke 4 terkuat sejak 1900 !! Di Phuket,Thailand mayat bergelimpangan di pantai kerana ramai pelancong sedang bercuti/berkelah di pantai sempena cuti Krismas... 31/12/04 - Seluruh negara suram. PM arahkan semua majlis keraian di batalkan. No parties, no bunga api. Sebaliknya sembahyang khas di adakan buat semua mangsa gempa dan tsunami. ........Penutup tahun yang sungguh menyayat hati..........Selamat tinggal 2004. Semoga tahun depan keceriaan akan kembali.....

Posted at 04:57 pm by mazni
Comments (2)

Year 2003

YEAR 2003

01/01/2003 – Mama dah 38 tahun. Imran dah 5 tahun dan Dania pula dah 1 tahun . Abah yang banyak sekali – 46 tahun !! Mama dan abah makin tua (di badan tapi muda di hati) , Imran dan Dania makin nakal !

3/1/2003 – Kita ke sekolah tadika “Kindicare” . Mula nya Imran tak mahu masuk tapi akhirnya terpikat juga hatinya nak tengok sekolah baru. Dari kindicare kita ke sekolah rendah Setiawangsa pula. Cepat-cepat Imran kata dia nak sekolah di Kindicare bukan di sekolah rendah. Padahal tadi dia beria-ria tak mahu sekolah. Agaknya dia panic bila kami daftarkan namanya di situ dan kebetulan pula murid darjah satu sedang sibuk dengan orientasi mereka.

6/1/2003 – Imran ke Tadika. Kata abah, semua ok ! Mama tak dapat hantar kerana terlibat dengan Management meeting .

20/1/2003 – “You speak English “…kata Imran . Perkembangan yang menggalakkan kerana baru dua minggu bersekolah, Imran dah sibuk berbahasa inggeris hinggakan kami kena “warning” kalau bercakap melayu. Walau pun ‘broken” dia tetap mahu bercakap inggeris dan tak rasa takut-takut. Lega hati mama sebab mulanya mama risau dia akan terasa tersisih. Bila kami tanya tentang sekolah, Imran kata sekolahnya best dan auntienya baik . Alhamdullilah, semua berjalan lancar……..

24/1/2003 – SKP Project confirmed deferred. The end or the beginning….?!

1/2/2003 – Cuti tahun baru Cina bersambung dengan Hari Wilayah . Cuti dari Sabtu sampai selasa. Anak kawan abah (Husna) semasa di Australia meninggal dunia kerana accident di Kesas highway. Seorang lagi masih dalam ICU. Sedih mengenangkan nasib mereka kehilangan anak ……….

Anak-anak mama yang dua orang ni asyik “membuli” mama sepanjang cuti . Kalau di marah, Imran akan membebel-bebel dan mengungkit segala kisah lama yang dia teringat . Kisah bulan lepas pun kadang-kadang “di baca” semula. Dari marah , kami bertukar jadi gelihati ! Antara leteran Imran ialah;

“siapa ajar buat anak macam ni ? Tak ada anak baru tahu ! “
“kalau Imran mengamuk, macam mana ?”
“ you jahat ya..Imran letak dekat luar baru tahu ! “
“Kalau you tak bagi tengok kartun, Imran tak kasi you masuk bilik!
Dania pula leka berjalan dan dia seronok dengar bunyi yang terkeluar dari kasutnya. Pernah dia ketuk kasutnya pada muka mama semasa mama sedang tidur ! Terus duduk atas riba dan hulurkan kakinya . Lepas tu jarinya menunding ke pintu ajak jalan-jalan….
Begitulah setiap petang …….

4/2/2003 Imran sanggup tak ikut shopping kerana takut terlepas peluang nak berenang kalau kami balik lambat. Selalunya dia akan meraung tapi kali ini Imran for the first time volunteer tak mahu ikut ! Pulang dari kedai kami ikut berjemur di swimming pool. Abah berenang sama dan Imran pula menunjukkan aksi “octopus” nya ……..” Mama, ini octopus busuk……..(Imran pun membiarkan dirinya hanyut…). Loyar buruk !

5/2/2003 – Satu scorpion jantan dan satu lagi scorpion betina . Kalau bergaduh memang hebat . Tak padan dengan saiz kecil, Dania akan bergumpal dengan Imran berebut mainan. Babak jerit-menjerit tak payah nak cerita……….Sesekali Imran pula yang meraung bila Dania “pukul curi” !!!

26/2/2003 – Dania kena tinggal tapi Imran ikut mama ke Genting Highlands . Bibiq tak kasi bawa Dania sebab sejuk dan lagi pun mama pergi satu malam sahaja. Satu hari suntuk abah melayan Imran di “Funtasy Land” ketika mama menghadiri meeting. Petang sambung lagi sebelum bertolak pulang ke KL. Imran minta abah binakan rumah secantik bilik hotel lengkap dengan taman permainannya sekali….. !!!.

“Abang missed you”………kata Imran sambil memeluk Dania. Dania pun cute memeluk Imran dan meletakkan pipi nya ke pipi Imran. Dania semakin aktif dan cerdik. Kalau dengar musik, dia akan melonjak-lonjak dan menggoyangkan badan menari . Lagu “Ase lehe” (les ketchup song) tak usah cerita…….macam Saloma !! Cuma lebih laju…


10/3/2003 – Kami gelar Dania “anak buaya” sebab dia suka ‘bercakap’ macam anak buaya baru lahir “Eeiak “ . Kalau dia nampak sesuatu dia akan ‘bertanya’ eeiak ? Dia juga hairan melihat bird-bird abang Imran !

16/3/2003 – Dania adalah kanak-kanak pertama yang makan dalam bathtub ! Mama buka pintu bilik air supaya terang kerana lampu dalam bilik dah terbakar tapi Dania yang pantang nampak bilik air terus terkedek-kedek masuk. Dia menjerit sakan bila mama suruh keluar . Abah pun terpaksa mengalah dan biarkan dia main dalam bilik air . Sudahnya mama terpaksa suapkan makan sambil Dania “beristirehat” dalam bath tub !! Lepas tu mama terus mandikan dia dan Bibiq bawa berjalan-jalan di swimming pool …

23/3/2003 – Dulu mama yang tepuk-tepuk lantai suruh Dania berbaring tapi sekarang, Dania pula yang tepuk-tepuk lantai suruh mama baring sebab dia nak cinen….!

26/3/2003 – Bila kami pergi kerja Dania akan flying kiss siap dengan bunyi “cup” sekali ! Bila kami pulang, dia akan terlonjak-lonjak lepas itu samada dia akan tarik baju mama mencari cinen atau heret handbag mama masuk bilik – tugas baru ! Malah dah pandai akan tangan bila ditanya “siapa Alisya Dania ? “
Imran pula dah fasih berbahasa Inggeris walaupun masih belum betul grammarnya . Dia berani ……..langsung tak menunjukkan bahasa inggeris itu satu masalah pada dia. Berbaloi mama hantar ke sekolah Kindicare. Dulu panggil kami mama dan abah tapi sekarang dah tukar “Mummy and Daddy” pulak ! Bila kami tak menyahut, baru dia tukar semula.. Favourite word Imran ialah “why” - letih mama menjawab soalan “cepu emas” tanpa henti……

27/3/2003 – Mama dah beli kesemua lapan siri buku belajar membaca untuk Imran. Mama risau sangat biala cikgu kata Imran selalu cendekil bila bab belajar . Sakit perut lah, mengantuk lah , demam lah……….tapi bab bermain dia sihat pulak ! Malah kalau belajar dengan mama pun Imran akan cuba cengkelat . Siap “tawar-menawar” dengan mama. “Boleh tak satu hari belajar , satu hari cuti ?” tanya Imran. “Abah rotan baru tahu ! “ jawab mama. “Mama ni…!!! jerit si Imran lagi………

Si Dania pun dah dajal. Dia akan tarik wayar Astro dan bertepuk tangan bila gambar hilang ! Lagak macam jantan – memanjat, melompat sampai tertonggeng-tonggeng . Tak tahu serik. Langgar dinding entah berapa kali . Dania tak suka berjalan , dia suka berlari dan berjenkit kaki macam orang menari ballet…..

31/3/2003 – Makin di suruh sebut “mama” makin kuat Dania menjerit “abah” ! Dia lebih suka meleser pada abah dari mama . Kalau hisap susu, dia akan menyelit atas ribaan abah. Tapi abah tetap kalah - sebab mama ada cinen……..!

Petang ini kita ke Fun Fair . Dah seminggu Imran mengamuk bila kami tak jadi kesana kerana hujan hampir setiap hari . Abah ‘pentipu’ ! . Imran nak hantar masuk “meraka”. Gasak, tak tahu ……abah kena bakar ! Macam-macam dia membebel. “Everytime I want something , your turn, your turn only………!!!” antara ayat paling popular….

1/4/2003 – Mama mula ambil alih tugas baru. Pening kepala sebab tak pernah buat sebelum ini. Zaman balik jam 5.30 dah berakhir ……kena biasakan balik selepas pukul 6.30pm pulak. Mesti Imran dan Dania akan complain . Cinen lambat sikit lah Dania !!

3/3/2003 – Genap 3 tahun mama bekerja di Labuan Re . Dari Assistant Manager naik pangkat ke Manager dalam masa 10 bulan. Bila nak jadi Senior Manager pulak ? Semoga murah rezeki ……bukan tak bersyukur, cuma sekadar merancang masa depan.

Abah ke Jakarta lagi. Cadang mama nak ikut tapi tak sampai hati nak tinggalkan anak kesayangan mama yang dua orang ni . Abah akan buat kan passport dan bawa you all pergi on the next trip !

6/4/2003 – Kita ke KLCC nak beli LEGO untuk Imran (sebab abah tak sempat nak beli di Jakarta) , kasut untuk Dania dan repair spec. abah yang pecah kerana terpijak. Imran pilih robot ‘transformer’ dan Dania sibuk mencuba semua kasut yang dia boleh capai ! Akhirnya kami belikan kasut kulit warna putih yang di pakai terus . Lepas itu Dania tak mahu naik pram , nak jalan sendiri kemudian terus berlari. Mama dan Imran pun terpaksa berlari sama. Mencurah-curah peluh mama di buatnya.

10/4/2003 – Jam 2 pagi Dania bangun menangis terjerit-jerit. Mama panik . Abah baru saja ke Kuantan malam tadi. Mama kejutkan bibiq dan sama-sama kami cuba pujuk Dania. Kami urut punggung dia yang di suntik semalam, mama berikan Gripe Water kalau-kalau Dania kembung . Mungkin sakit gigi ? selepas hampir setengah jam barulah Dania diam dan mahu cinen dan tidur nyenyak sampai pagi..Sakit perut agaknya.

18/4/2003 – “Mummy,mummy,mummy………” Dania membebel sorang-sorang. Dia ikut abang Imran yang dah jadi mat salleh panggil mama dan abah “Mummy and Daddy” sekarang. Bahasa Inggeris Imran semakin lancar dan dah pandai menjawab dalam bahasa Inggeris lagi ! Bila mama suruh Dania panggil “baba” , dia sebut “babi,babi,babi” pulak !! Ha…ha…ha…

20/4/2003 – Dania nampaknya dah pandai membezakan antara mama dan abah . Dulu dia tetap nak panggil mama “abah” walaupun berkali-kali di ajar. Dia juga suka dengar musik , menari dan kadang kala “menyanyi” dengan gaya tersendiri. Tangan meliuk lentuk , bahu kekiri kekanan dan leher pula terlentuk ! Dia suka sangat tengok binatang dan suka memeluk anak pantung sambil ditepuk-tepuk tanda sayang.

21/4/2003 – Bila Imran berborak sambil menyebut perkataan “cantik” , tiba-tiba Dania pun menyebut “chitik” . Dia dah mula nak bercakap sambil meniru . Malah dah pandai tunjuk kucing dan sebut “tat” (cat). Tapi gaya berjalan masih macam orang mabuk todi ! Kadang-kadang terlanggar meja dan pernah merempuh dinding kerana tak sempat brek ! Mana tidak nya, tak tahu berjalan -asyik berlari ke hulu ke hilir !!!

25/4/2003 – “ Mama….tolong sikit , computer ni dah menaip sendiri lagi ! laung abah . Imran yang sedang tengok TV pun cepat –cepat menyibuk nak tolong konon. Dalam kami sibuk-sibuk mencuba , Imran terus kata “V” abah, “V” mama ! Abah yang dah tension , suruh Imran duduk diam-diam . Alangkah kami terkejut rupa-rupa “V” yang di maksudkan oleh Imran ialah “View” dan memang betul pun kami kena masuk screen ‘view’ dan “unchecked” the “speech” tool !!! Kami terpaksa minta maaf pada Imran . Walaupun dia belum pandai membaca tapi dia dah kenal huruf pangkalnya. Rupa-rupanya dia hafal cara kami buat sebelum ini ……….Computer savy betul anak mama ini…

1/5/2003 – Kenduri di Pilah sempena perlantikan Atuk Aji sebagai ketua suku “Tiga Batu” . Atuk sekarang bergelar “ Datuk Amar Menteri “ ? Mama pun tak berapa pasti.


7/5/2003 – Ma…don’t sit like that. Your blood cannot “walk” …tegur Imran bila melihat mama duduk bersimpuh. Nak tergelak mama tapi buat selamba saja takut Imran rasa malu. Bukan cannot “walk” , cannot “flow” sayang ooi ! Dia translate “jalan” kepada “walk”. He…He…

12/5/2003 – Dania yang baru baik demam , merengek sakit nak tumbuh gigi pulak. Selera makan baru nak datang semula tapi sekarang dah tak boleh makan pulak, malah minum susu atau cinen pun dia tak mahu. Bertambah kurus kering anak dara mama. Dia lebih suka minum air kosong dari cawan ....

15/5/2003 – Imran pulak yang demam. Dia menangis kesakitan kerana tekaknya tak boleh menelan. Bergilir-gilir anak mama sakit.

17/5/2003 – Abah,mama dan Imran berjumpa guru darjah – Auntie Shanti . Katanya , Imran berani mencuba apa saja . Semua orang puji Imran cepat pandai bercakap bahasa Inggeris kerana berani bertutur walaupun sebelum ini langsung tak pandai. Tapi dia agak cengkelat bila tiba bab belajar. Macam macam alasan-mengantuk , letih….Orang lain dah pandai membaca tapi Imran masih belum boleh lagi. Sedih mama tengok anak mama yang masih terkial-kial belajar. Tapi bila dia cuba cengkelat , mama pun naik darah juga. Airmata Imran yang meleleh menghiris hati mama tapi mama terpaksa berkeras juga supaya dia tumpukan perhatian. Adakah Imran anak masalah belajar atau saja nakal ?

18/5/2003 – Nampaknya dua-dua dah gagah semula. Kita semua ke taman permainan di KLCC. Dania seronok sungguh dapat berlari merayap kesana sini.Imran pula battery belum fully charged….masih agak monyok.

21/5/2003 – Expedisi mencari durian di Kampung Pandan . Agak sukar mencari kerana durian masih belum masuk musim tapi demi Imran kami merayau mencari . Akhirnya kami belikan sebiji- RM 24 !! Isi nya besar tapi cuma 6 biji.
2 untuk Imran, 2 mama , 1 abah dan satu untuk abang Zeck.

Bila dah tinggal sebiji untuk abang Zeck , Imran bertanya “Kenapa Imran dapat dua? “

“sebab you baby abah” jawab Abah
“ kenapa tak bagi 3 biji ? Abang Zeck tak payah lah…….”

Soalan yang berisi……………

24/5/2003 – Dania semakin ketagih “menyinen”. Kalau bukan kedua-dua tangan yang menggentel, kakinya pulak yang akan di angkat ke cinen mama ! Memang sukar nak percaya tapi itulah keunikan cara Dania cinen. Malah dia boleh “cubit” cinen antara jejari kakinya !!! Abah kata nak ambil satu gambar buat bukti …

25/5/2003 -Kita lepak dekat KLCC . Orang tak ramai dan Dania sakan bermain buaian hingga tak mahu turun. Waktu nak balik, Dania facinated pulak dengan lampu-lampu dalam pavement. Satu-satu di sentuhnya . Sampai hujung, dia patah balik dan ulang semula ! Jenuh kami memujuk ajak balik. Dania tak mahu di dukung kerana nak bebas. Terpaksa lah kami mengikut di belakang Dania yang terkedek-kedek.

26/5/2003 - Menangis, merajuk ……..hampir setiap malam. Tak pasal-pasal Dania akan terjerit pekik mengamuk di tengah malam. Tak lain tak bukan gara-gara bergaduh siang tadi. Kadang-kadang bila Dania membaling badan, mama akan sergah dan letakkan di atas tilam supaya dia berhenti ‘tantrum’. Malangnya, abang Imran yang super-protective pulak yang tension.

“Imran geram ni…….! Jerit Imran sampai mengetap bibir
“Kenapa pulak ? tanya mama
“Dah ada baby tak tahu nak jaga. Buat dia nangis-nangis !
“You selalu sakat dia sampai nangis tu ?
“Imran tak apalah…….gurau je !

Gelihati tengok Imran yang marah-marah melihat mama sergah Dania. Begitulah Imran, kalau dia yang buat tak apa. Tapi kalau orang lain yang buat adik dia, macam ayam sabung dia marah ..Pernah ada baby yang datang menyentuh Dania semasa bermain di KLCC dan tiba-tiba Imran terus datang macam ayam sabung terus memeluk Dania. Dania yang tak tahu apa-apa hanya tersengeh-sengeh . Mama terpaksa explained pada Imran yang baby tu bukan nak usik adik dia tapi nak ajak bermain sama-sama. Lepas tu baru dia “cool” sikit.

30/5/2003 – Cuti sekolah dah bermula sejak semalam. Kakak Sha dan Marriss tiba di KL Sentral tepat jam 11.15 malam tadi. Malam ini kita makan besar di Taman Cahaya . Ketam nya besar dan berkulit keras . Abang Zeck pun tak boleh pecahkan claws nya ! Nampaknya abang kena tambah “work-out” di gym kerana dah dikalahkan olen si ketam !

31/5/2003 – Ke Port Dickson . Walaupun hanya sekejap sahaja tapi Imran seronok sakan menggali lubang air bersama kakak. Dania pula cepat-cepat duduk didalamnya ! A-eh …a- eh….. (air,air) kata Dania sambil mengocak air dengan kakinya. Terjerit-jerit kami melarang kerana habis pasir naik ke muka..

2/5/2003 – Kakak pulang ke Kuantan di hantar abang Aziz. Tinggallah Imran dan Dania berdua. Imran pernah bertanya “kenapa abah Shasha dah mati?” . Mama jelaskan yang abah Mazlan tu abah Shasha jugak . “Tapi kenapa?” tanya Imran lagi . You dan Shasha share abah Mazlan, tapi mama lain-lain . “kalau macam tu campur-campurlah….” Imran bertambah confused. Semakin besar semakin curious dia……..

3/6/2003 – Imran menonton wayang buat pertama kali . Kita tengok “Finding Nemo’ di TGV di KLCC . Terkekeh-kekeh Imran tergelak dan sesekali menguap kerana mengantuk. Apakan daya, abah cuma dapat beli tiket untuk tayangan jam 9.30 malam kerana yang lain dah kehabisan. Pulang kerumah abah sempat menyakat halang Imran naik tangga dulu. “I am the leader ! “ kata Imran dan berebut rebut naik tangga. …

5/6/2003 – Malam tadi Kakak Syiera dan Syafika tidur dirumah kita buat pertama kali. Syafika telah “diluluskan” kerana tak merengek lagi. Dulu semua orang takut nak bawa Fika berjalan kerana kuat melalak. Malah Imran pun belum berani sangat ikut sesiapa berjalan jauh tanpa mama. Paling tidak, Imran minta bibiq temankan. Selepas bermain sakan, berendam dua jam di swimming pool, makan curry puff , makan nasi goreng , makan kuih kacang…………mereka pulang jam 10 malam. Syafiaka dah nampak monyok kerana tak biasa berenggang dari famili …

18/6/2003 – Abah sibuk bertanya pada Imran apa dia buat di sekolah hari ini , dengan selamba dia jawab “I don’t need to tell you……” Terkedu abah.

19/6/2003 – Abah ke Jakarta lagi……Seperti biasa Imran terasa kehilangan . Malah Dania pun dah pandai miss abah. Bila dengar pintu di buka, Dania akan bertanya…Babah ? Dania kurang sihat , siang dia aktif tapi malam nanti dia tergolek demam..Mama baru bercadang nak bawa you all untuk injection !

20/6/2003 – “Penangih cinen” semakin teruk . Sejak dah pandai cakap , cepat saja dia menyebut “nak !” sambil menunjuk dada mama. Khayal menyinen sambil menggentel dengan KAKI ! Imran suka menyakat pura-pura nak cinen – apalagi, menjeritlah Dania. Episod tarik-menarik dan tolak-menolak pun bermula…….Dania pun semakin cheeky……dia akan singkap bajunya dan tanya “nak ?” Mama dan abah akan cuit cinen dia dan Dania pun terkekeh-kekeh ketawa !!! Bukan main loyar buruk…

28/6/2003 – Kita kerumah nenek nak tengok Pak Cu berangkat ke Politeknik Ungku Omar, Kelantan. Sampai juga hajat Pak Cu nak sambung belajar selepas dua tahun menunggu . Dania pula sibuk bersalaman dan meniup “flying kisses” sambil tersenyum menampakkan gigi ‘bunny’ nya………Dia dah tak takut lagi. Imran pula leka bermain sakan dan bergaduh dengan anak Mak Ngah !



1/7/2003 – “Bibik…Bibik….! “ sudah jelas betul sebutan Dania sekarang. Kalau bibik tutup pintu, dia akan sibuk mengetuk sambil terjerit pekik memanggil. Tapi perkataan yang dia tahu masih terhad kepada :-

‘nak” (nak cinen !)
‘mamam’ (makan)
‘nanak’ (tak hendak)
‘tat’ (cat)
‘a..er’ (air)
‘night..night’ (nak tidur)
‘angan aah………(jangan lah)
‘citik’ (cantik)
‘caceh” (terima kasih)
‘wa….’ (keluar)

7/7/2003 – “Imran F1 , mama F- Zero “ kata Imran pada Abah.
Bila ditanya kenapa, jawab Imran “because you are girl – slow !! “
Umur baru 5 tahun setengah dah jadi Male Chauvanist !
“Calit sikit ! “ abah dan Imran menyakitkan hati mama……..

13/7/2003 – Kita ke Kuantan dan tinggal di Glory Apartments Cherating. Abang Aziz dan Bibiq Alis ikut sekali. Seronok tinggal disana kerana apartmentnya besar (3 bilik) dan pantainya dekat malah bersebelahan dengan tempat nelayan menurunkan tangkapan ikan. Sedang kita semua leka tengok ikan, Dania pula sibuk mengejar lembu sambil menunding jari “cat” !! . Sebelah petang, kita main pasir di pantai - dimulai dengan pergaduhan berebut alat-alat pengorek antara Dania dan Imran . Terpaksa mama jarakkan antara kamu berdua ……..barulah aman. Imran seronok menapis air mencari sea shells dan sesekali mengejar ketam yang lari lintang pukang . Bila Imran tengok yang shells tu sebenarnya hidup dan bergerak-gerak, dia jadi panik bila terasa sesuatu di bawah tapak kaki. Sangka Imran ketam nak gigit dia !

Air surut jauh sekali dan sangat cetek . Dania berlari-lari keseronokan . Kadang-kadang dia melompat-lompat dalam air. Merah padam muka dia bila tertonggeng dan tertelan air masin tapi tak juga serik-serik.

15/7/2003 – Senang hati kami bila terima pengesahan dari Kementerian yang Imran di terima masuk ke Sek. Kebangsaan Setiawangsa. Dekat dengan rumah dan tak payahlah Imran bangun terlalu awal untuk ke sekolah…….

19/7/2003 – Imran menuntut abah menjemput kak Syiera dan Fika seperti yang di janjikan minggu lepas . Selepas sakan mandi di swimming pool (dimana Dania pun sama berenang bersendirian) , sambung pula dengan main basikal lepas tu mandi, makan , buat homework…..sampai akhirnya bateri masing-masing padam ! Dania terlalu seronok sampai mengigau manakala yang lain tergolek berdengkur. Hari ini Dania tak mahu di pimpin lagi ketika dalam kolam. Dia confident berdiri dalam air yang sedikit rendah dari dagunya. Sesekali tenggelam , tapi tetap tak takut !

20/7/2003 – Rumah sepi kerana kakak Syiera dan Fika dah balik dan Imran pula ikut kerumah Mak Ngah. Menjelang petang mama ‘miss’ sangat abang Imran . Terbayang-bayang dia turun naik mencari kawan-kawannya. Kalau ada rumah asyik bergaduh ………tapi bila tak ada terasa sunyi sangat…….

Dania pula rasmi di putuskan dari “cinen” hari ini. Bila dia terasa garam yang mama letakkan di cinen, dia terkejut dan terus menangis sedih…………..Mama pun turut kesian tapi kalau lebih lama di biarkan, lagi susah nak berhenti. Sepanjang hari Dania bersedih. Nampak saja muka mama, air mata pun berjujuran……Bila mama cuba ‘offer’ , Dania terus menggeleng ‘nanak’ !!

21/7/2003 – Mama kalah dengan airmata Dania. Dia tak boleh tidur dan menangis histerical. Akhirnya mama berikan juga cinen. Dia terus lelap dengan nyenyaknya……..

28/7/2003 – Abah ke Jakarta lagi. Mama cuti kerana Dania demam lengkap dengan mata yang merah kerana jangkitan. Imran pun kurang sihat tapi masih aktif bermain di luar sekalipun mama larang. Bila dimarah, mama pulak yang kena jerit. Geram betul di buatnya……

Sebelum tidur, Imran bertanya kenapa mama “asyik beranak tapi suka marah anak ? “
“sebab you nakal dan degil” jawab mama
“kalau Imran dengan Dania lari, you tak ada baby macam mana ?”
“you nak lari ke mana ?”
“ larilah jauh-jauh…….”
“ok lah….you pergi cari mama yang suka anaknya nakal dan degil”
“Tak nak lah………!!!” jerit Imran

Dania terkejut dari tidur bila Imran menjerit. Apa lagi, dia pulaklah yang menjerit…….

30/7/2003 – “Daddy lied ! “
“why you said that ? “
“he said 3 days, he still don’t come home yet ! ”
“I think he will buy me present…….”

Oh…o ….mama kena hantar message pada abah

31/7/2003 – Abah tiba hampir tengah malam. Hadiah untuk Imran ? Setokin Spiderman……..! Sebenarnya abah tak sempat nak cari mainan dan bila tiba di KLIA, kedai pulak dah tutup. Itupun mujur abah dapat balik KL setelah menjumpai Passport yang tercicir dalam teksi di Jakarta ! Saja nasib abah baik kerana kawannya teringat nama pemandu teksi tu……

1/8/2003 – Menyertai school excursion ke Zoo Negara. Imran excited naik bas sekolah . Mama , abah dan Dania pula naik kereta dan bertemu di pintu masuk. Zoo agak lengang kerana hari Jumaat…tapi jadi gamat kerana gelagat anak-anak kecil dari Kindicare ! Sewaktu makan tengahari di Mary Brown , abah pasangkan lagu ‘Les Ketchup’ dan kelihatan seorang anak kecil dan Dania menari dengan tangan mereka macam Saloma……..

2/8/2003- Bibiq di rumah nenek bantu nenek masak . Dirumah kita pulak macam kapal pecah. Abah cuba daftarkan Imran di sekolah agama tapi dah penuh. Masaalah ni…………….

4/8/2003 – Abah berulang ke sekolah agama lagi dengan harapan akan di buka kelas tambahan tapi nampaknya tak ada….Kita cuba ke sekolah yang satu lagi tapi sessinya sebelah petang pulak . Tak sesuai kerana Imran bersekolah pagi…..Macamana ni ..?

5/8/2003 – Dania semakin rancak menyanyi. Malah dia boleh ikut rentak lagu “happy birthday” yang mama ajarkan. Gian cinen pun dah nampak berkurangan . Bila mama acah nak bagi cinen, dia pulak yang kata “uwek!”

Ada beberapa perkataan baru yang di sebut , seperti ;

“ pah”..(tumpah)
“no..no” (jangan)
“teh” (air teh ‘o’) – bertambah seorang lagi peminat teh-o !

• abah ke Kuantan tengok kakak Sha yang tak sihat dan muntah-
muntah

• JW Marriot di Jakarta kena bom ! 14 orang di sahkan mati dan beratus yang lain cedera , malah ada yang parah………

6/8/2003-Anak dara dah pandai bergaya…..suka pakai kasut tinggi mama, minta nak pakai rantai, berangan gunakan make-up dan lipstick ! Pernah Dania sapukan glue stick ke bibirnya kerana dia sangka hujungnya yang warna merah tu adalah lipstick ! Mujurlah isinya dah habis, jadi kami biarkan saja. Tersenyum simpul dia……. lepas mandi, dia akan pilih baju sendiri . Kalau kombinasi pakaian itu nampak lucu, tahu lah siapa yang pilih….Kalau bergaya dengan handphone nampak macam ‘real’ mengalahkan business woman. Dia suka tiru gaya abah bercakap di talipon, berjalan kehulu ke hilir , tergelak-gelak dan suka kata “ya..ya…” berkali-kali seolah-olah bersetuju…….padahal bukan ada orang di talian ! Mama belikan dia selipar berbunga warna pink . Dia seronok dan kata “satik” (cantik) !

10/8/2003 – Hantar Imran ke Megakidz di Megamall, Bangsar menghadiri majlis harijadi Hidayat rakan sekelas di Kindicare. Meremut manusia kerana musim Megasales……..abah tak dapat masuk parking area dan terpaksa tunggu sahaja di dalam kereta sementara mama dan Dania menunggu Imran didalam kompleks. Satu lagi bala – rupanya bau masam dalam kereta yang di cari selama ini datang dari botol berisi susu basi (yang dah jadi keju) di celah pram Dania . Botol tu tertinggal di situ sewaktu pulang dari zoo tempohari. Sewaktu dalam lif, semua orang nampak hairan dengan bau yang tersangat masam . Mama dan Imran buat tak faham je……..he..he… Setelah dua jam, akhirnya Dania pun resah dan terpaksa mama bawa masuk ke dalam Megakidz juga. Dia leka bermain gelongsor ……..Habis majlis, Imran pulak leka bermain bersama Hidayat hingga tak ingat nak balik. Mujur kebetulan ada announcement dan mama terpaksa “menipu” kononnya mereka kata Megakidz nak tutup……Di satu sudut, kelihatan seorang lagi kawan Imran berguling atas lantai tak mahu balik !!

13/8/2003 – Imran mendaftar disekolah kebangsaan. Hari ini Imran potong rambut buat pertama kalinya di kedai mamak ! Dia takut tapi akhirnya relax bila mama terus pujuk …..Nampak smart . Patutnya kita potong rambut dulu sebelum ambil gambar untuk sekolah tadi !

Dania semakin becok dan dah pandai meniru gaya orang bercakap. Malah pandai mengikut rentak lagu “happy birthday” . Abah pada mulanya tak percaya tapi Dania dengan bangganya tunjuk talent dia... Pasal berjoget tak payah cerita. Pandai tengok TV dan ketawa berdekah-dekah. Yang tak best nya , dia pun dah pandai mengajuk cakap mama (macam abang Imran) bila mama marah dia. Manja terperok…….cenggeng sangat, melalak saja kalau kena tegur ! Abah kata seorang lagi anak dia di jangkiti penyakit “mama laitis”.

18/8/2002 – Mama dah tak ‘wise’ lagi sebab wisdom tooth mama terpaksa di cabut ! Sudahlah demam, selsema dan batuk ditambah pula dengan sakit gigi. Nak jadi cerita , nurse pula beritahu doktor tak dapat datang waktu pagi kerana keretanya rosak ! Sikit punya malang nasib mama ……….Imran dengan Dania pula semakin kronik penyakit “mamalaitis” mereka. Melekat dengan mama 24 jam - bertambah demam di buatnya !

19/8/2003 – Semakin lucu gelagat Dania bila menyanyi dan menari…”Bah bi bah…to ya….(happy birthday to you…) . Gasaklah…janji dapat nyanyi ! Dia pun akan sama menyanyikan lagu tema pertandingan nyanyian “Akademi Fantasia” (style dia sendirilah….) dan yang hampir sama hanya bunyi hujungnya saja..Orang bertepuk dia pun sama bertepuk siap dengan sorakan sekali….Kalau di suruh tunjukkan gigi, dengan bangga dia akan tersenyum dari telinga ke telinga menunjukkan barisan gigi-gigi kecil dan gigi ‘bunnies’ nya yang empat batang tu….Gigi dan penuh tapi bercakap belum jugak lagi…
Pantang dapat keluar , dia tak akan mahu masuk rumah sampai kena paksa. Terpekik terlolong macam orang kena seksa. Kadang-kadang siap berguling atas lantai……..eee….

20/8/2003-Pukul 6.30 pagi Dania buat hal melalak mengamuk-ngamuk . Macam tu lah dia kalau terlalu excited siang tadi. Jam 7.30 pulak mama terima call dari abah memberitahu tayar belakang pecah terlanggar sesuatu (batu?)di jalan raya. Tak sempat nak cakap habis, abah terpaksa bergegas nak berlepas ke Jakarta..Yang tak bestnya, dia bawak kereta abang Aziz ! Aduh…gi mana ini sih….?
7.50 pagi Imran pulak melalak liat nak ke sekolah kerana mengantuk. Bila suruh tidur awal, banyak songelnya…macam-macam alasannya…Ikutkan hati semua orang kena jerit nanti ! Tension betul..

24/8/2003- Abah, Mama dan Imran ke Pasar Dato’ Keramat. Tengahari itu kita makan lauk ketam masak lemak cili api , sup ayam , kerang rebus , sayur campur dan sambal belacan……..
“lama mama tak masak steak…” kata Imran.
Potong steam betul………mama dah penat masak macam-macam, dia mintak steak pulak !


29/8/2003 – Mama demam. Cuti panjang hingga kehari Isnin tak bermakna lagi. Hidung tersumbat, kepala pening dan tekak pula teramat sakit akibat batuk yang teruk . Imran bersama Bibiq pula tidur di rumah nenek…Tinggallah Dania bersama kami , aman damai tak bergaduh tapi leka merengek dan bergayut “cinen”.

30/8/2003 – Abah mengamuk bila mama mintak tolong kemaskan makanan di dapur. Kecil betul hati mama di buatnya………Baru sekali mintak tolong dah buat macam tu. Itupun kerana mama demam, kalau tidak tak adalah mama nak mintak tolong langsung !

31/8/2003 – Hari Merdeka yang di cela dengan amukan abah . Mama cuba lupakan, tapi hati kecil ini tetap terguris. Hanya gelagat Dania dan Imran yang mengubat hati…Kedua-dua anak mama yang sangat mama sayangi – harta pemberian tuhan yang tak ternilai buat mama..

2/9/2003 – Mama masih MC. Demam belum kebah dan badan masih terasa lemah . Batuk mama agak teruk hinggakan Imran melarang mama baring di sebelahnya kerana dia terkejut setiap kali mama terbatuk. Dania pun akan menangis bila terkejut oleh batukan mama. Mama terpaksa sembamkam muka ke bantal …….

3/9/2003 – Dania dah mula nak bercakap. Antaranya;
“Oooo dap” (oh sedap)
“ma…pat” (mama cepat)
“ya awa” (Ya Allah !)
“Jatuh”
“Atid” (sakit)
“nyanyi nyanyi” (piano)
“uwar” (keluar)
“tacut” (kasut)

7/8/2003 – Lepas Imran tidur di rumah nenek/mak ngah, giliran Syiera dan Fika pula bermalam di Setiawangsa. Mulanya semua ok. Pergi swimming, main basikal dan dinner di Mc Donald. Ketika semua orang berbaringan depan TV, tiba-tiba Fika melalak nak balik. Puas kita semua memujuk tapi tak laku. Dia miss ketiak abah nya…Akhirnya terpaksalah Pak Ngah jemput balik. Mujur rumah dekat !

Malam tu Imran bertanyakan soalan ‘cepu emas’ lagi. Sedang kita semua menonton National Geographic, Imran bertanya “ Sekarang ni tak ada apa-apa…Zero kan. Macam mana ada telur ular? “

Mama serahkan pada abah untuk menjawabnya…pandailah abah nak menyelesaikan kemusykilan Imran….

8/8/2003 – Kita ajak Kak Syiera ke KLCC. Rupanya dia tak pernah kesana dan rasa seronok sangat tengok padang permainan yang sangat luas. “Rugi tak bawa baju mandi ! “ rungut Syiera…Rugi Kak ngah (Fika) !
Tak sempat sampai rumah, dua-dua dah tergolek dalam kereta. Cuma Dania yang masih segar dan sibuk menyanyi lagu “Mat Cool”. “Mak..mak…mak……kata Dania. Lucu sekali ! Lepas hantar kakak Syiera, Dania pula “out” dalam perjalanan pulang..

11/9/2003 – Abah ke Jakarta. Ulang tahun ke 2 tragedi WTC. Risau jugak. Mama berdoa semuanya selamat….Mama paksa abah pulang awal sebab mama nak ke Labuan..

14/9/2003 – Mama berlepas ke Labuan. Imran ‘cool’ saja, tak macam dulu lagi. Cuma syaratnya agak ketat- mesti beli LEGO “plane”..

17/9/2003 – Dah puas mencari tapi masih tak jumpa LEGO yang Imran hendak. Terpaksalah main tipu…….mama suruh abah beli di KLCC dan sorokkan ! Tiba di rumah , Imran seolah-olah boleh “baca” rahsia di sebalik pembelian LEGO tu. “Siapa beli LEGO ni mama ? “ Bila mama mengaku, dia terus kata “hari tu mama kata LEGO tak ada dekat Labuan . Mama tipu ye ? “ Mama terus potong cakap dia dan tanya samada dia suka atau tidak. “Thank you ma…….I like it ! “ Selesai satu masalah………..

Dania pula seronok sakan dapat cinen……..dan cawan LEGO (sebenarnya dapat free). Imran pun turut memeluk mama .”I missed you ma…” Itulah kelebihan ada anak-anak menanti kepulangan…
Imran , Dania………….mama sayang you !!! dan abah juga .

19/9/2003 – Bertolak ke Bukit Tinggi , Pahang . Mama ada seminar di Colmar Tropicale manakala you all semua merayau sakan……Sempat tengok “magic Show” pada malam nya. Dania pula kena cakar rabbit ketika di Rabbit Farm sebab dia tak mahu lepaskan bila rabbit tu meronta-ronta. Swimming pula sekejap aje kerana menggigil kesejukan…Ada gambar lucu abah mengendong Dania dengan kain batik jawa ketika mendaki tangga di Japanese Tea House…Dalam hutan tu Dania sakan menyanyi………

23/9/2003 – Hari tu Imran yang sakit telinga , hari ini Dania pula . Kata doktor, kedua-dua belah telinga Dania ada “compacted ear wax” . Sebab tu lah dia rasa tak selesa dan tak balance. Di tambah pula dengan selsema. Cranky ……….tapi masih boleh menyanyi ! Sesekali menyanyi , sesekali merengek…

Semalam , ketika menonton National Geographic kita semua terpegun tengok ikan yang cantik berwarna warni di dasar laut. “Oooo….banyaknya ikan ‘Finding Nemo’ – tapi tak best lah “ jerit Imran. Bila ditanya kenapa , dia jawab “sebab tak boleh bercakap” ! Kita semua ketawa lepas tu..

26/9/2003 – Sejak semalam Imran merengek nak cuti sekolah. Siap ‘tawar-menawar” dengan abah. Tak sihatlah…, satu hari sajalah…dia nak buat something lah….Pagi ni betul-betul dia tak pergi ke sekolah akibat cirit-birit. Kesian dia,,,,,,,,,,,,,,

5/10/2003 – Mama ke Singapore pula. Imran cool saja tapi dah siap berikan mama code number LEGO yang dia nak. Sepanjang hari mama menghafal nombor nya…..4094 !

Conference bermula esok, jadi petangnya sebaik tiba di Singapore, mama terus kekedai mencari LEGO idaman. Mission accomplished. 4094 dah jumpa ! Dania pula mama belikan anak patung lion lengkap dengan baby nya sekali.

8/10/2003 – Dari airport , mama terus ke office. Jam tiga mama pulang kerumah kerana malam nanti ada dinner pula di Prince Hotel dan terpaksa keluar awal kerana jalan akan ditutup sempena raptai OIC. Dalam kereta Imran dah terlelap menunggu mama . Bila di kejutkan , Imran tersenyum. “I missed you ma……..”

Ikutkan hati tak mahu pergi dinner. Letih nya tak terkata………..Kesian anak mama , kena tinggal lagi !

Dinner start lewat tapi jam 10 malam mama dah pulang. Lebih baik mama balik tengok anak-anak kesayangan mama yang sudah empat hari kena tinggal. Tiba depan pintu, Imran dan Dania sudah menunggu. Masih belum tidur rupanya. Dania menggosok-gosok mata kerana mengantuk tapi masih tersenyum……..Cinen sekejap, Dania terus lelap. Imran sempat berborak…..lepas mama peluk dan cium “nite-nite” , tahu tahu dah senyap.

11/10/2003 – Concert Imran di Kindicare . Berbagai gelagat hinggakan mengalir airmata mama kerana terlalu banyak tergelak. Ada yang melalak di sebalik tabir sebelum concert bermula ! “I want my mummy ………..!” Lepas tu berdiri tercegat, meraung , sedangkan orang lain sibuk bernyanyi. Ada juga yang seronok sakan, menari dan bergaya habis ! Imran cool saja dan terus tersenyum bila nampak mama berdiri di barisan depan. Sayang sekali video kita rosak….Pagi itu fahamlah kami kenapa Imran complained pada Bibiq, partnernya ‘tak cantik’ . Rupa-rupanya, pasangan dia anak negro…….tapi manis juga ! Tak padan dengan kecil , pandai pulak memilih……….

12/10/2003 – Kita kerumah Zariq dan Fuliya untuk birthday party. Mama belikan Fuliya basikal. Dania pun kena beli juga supaya tak berebut. Tapi tiba di sana, ramai yang nak naik basikal Dania hinggakan dia tension. Akhirnya mama cinenkan dan dia tertidur dalam kereta. Kita singgah bermain di rumah nenek selepas majlis selesai dan pulang kerumah jam 7.30 malam. Rupa-rupanya marah Dania masih belum habis . Pantang silap sikit, dia mengamuk berguling-guling lebih satu jam. Akhirnya abah sergah……..barulah berhenti.

21/10/2003 – Mama dan abah ke Masjid India nak cari “Kurta” buat Imran. Esok Kindicare nak sambut “Children’s day sekali gus Deepavali . Lepas beli baju, kami sakan beli kuih-kuih/manisan India mengalahkan orang India yang nak beraya ! Agak sukar nak cari kuih-kuih tu masa hari biasa…

Tiba dirumah mama terus suruh Imran cuba sebelum mama cuci. Sedang sibuk memakaikan Imran baju baru, Dania pula datang bertanya “ cantik?” . Sudah…………kami tak belikan ‘baju cantik’ untuk dia ! Apa lagi tercebik lah minah yang kuat terpeleot tu…….Mujurlah kami dapat pujuk dengan ‘umpan’ kuih yang kami beli tadi. Dia dah pandai jealous…….kalau beli untuk abang, mesti beli something untuk di juga. .. We learnt our lesson, alright !

24/10/2003 – Cuti Deepavali. Abah di Kuantan sejak malam tadi . Kita pula akan bertolak balik Pilah esok.

25/10/2003 – Tiba di Pilah jam 3 petang . Rumah atok sedang kecoh dengan renovation works. Habuk merata tempat tapi Imran seronok sakan main pasir bersama Munir dan Nazrin. Walau mama takutkan kononnya ada tahi kucing pun , tak jalan juga. Orang jarang dapat main pasir ! Dania seperti biasa sibuk dengan ayam dan kucingnya. Subuh hari Dania terjaga dan tergelak-gelak meniru ayam berkokok.


26/10/2003 – Mulanya sibuk nak balik kerana tak ada ‘aircon’ tapi selepas mandi dijeram dan bermain pasir, Imran minta tidur semalam lagi. Malangnya esok nak sekolah jadi kena blaik jugalah. Sempat singgah di Langat beli durian. Mama dan bibiq pening………….bau durian !

31/10/2003 – Tun Mahathir bersara jadi PM………..Toh Puan Dania pula bersara cinen! Berkesan akhirnya teknik meletakkan garam pada puting susu. ”Uwekk……..bucuk !” kata Dania. Setiap kali mama offer cinen, dia akan mengeluarkan lidah uwekk…!

2/11/2003 – “Apa burung tu buat ?” tanya Imran pada abah bila dia nampak burung jantan bertengek atas burung betina. “Dia nak bertelur” jawap abah.

“Mama….you pun naik atas badan orang ke bila you nak bertelur ?” tanya Imran lagi.
“Tak…..mama bawa baby dalam perut” kami cuba mengelak. Mujur Imran tak bertanya lebih lanjut.
Wow ! soalan cepu emas lagi !!! You were too young for us to explain.

4/11/2002 – Mama belikan seluar raya buat Imran. Ketika memakaikan seluar Imran, Dania pula datang bertanya- “cantik?” dan terus menanggalkan seluar. Mujur mama ada belikan untuk dia juga. Dah pakai, langsung tak mahu buka lagi ! Niat di hati nak carikan anak dara mama sepasang baju kurung…..Imran memang kena beli baju melayu kerana nak mula mengaji. Mama bercuti 6/11 semata-mata nak pergi shopping …

6/11/2003 – Dah beli baju anak-anak kesayangan mama. Dania nampak cute berbaju kurung warna pink ! Tapii malangnya saiz kasut pula terlalu besar…….terpaksa berulang ke KLCC lah nampaknya.


12/11/2003 You berdua genap 6 dan 2 tahun. Kebetulan Kindicare cuti Nuzul Quran . Bibiq teman you berdua tidur rumah nenek. Sakan bermain bunga api…….gamat kerana semua cucu nenek berkumpul. Cuma baby Danial yang tersengeh-sengeh tak mengerti. Kami serba salah, kalau di beritahu, Imran akan minta hadiah , teruklah kami kena beli hingga tiga kali !

- sambutan di sekolah
- sambutan di rumah nenek
- sambutan malam ini ? Puasa lah……

22/11/2003 –Mengecat rumah. Sejak minggu lepas lagi nak cat tapi
abah suruh tangguhkan. Last minute baru nak sibuk segala-
galanya. Itupun selepas bertekak ! Mana nak kemas rumah, nak
pasang langsir, nak masak kuih………….eee…geramnya. Tapi mama
berterima kasih kerana abah membantu. Dia rasa bersalah
agaknya?

25/11/2003 – Hari Raya Puasa . Konon nak pergi masjid, tapi sudahnya
sembahyang atas katil ! Pukul 10 pagi kita ke rumah atok
ampang dan kemudian bertolak ke kampung. Seronok sakan.

Main bunga api ‘missile’ 36 das…gamat satu kampung . Macam
pertunjukkan bunga api di KLCC…….Tapi Dania ketakutan
walaupun dia sempat mengajuk bunyinya…”eeeaaak….bom !

29/11/2003- BBQ di rumah nenek sempena hari jadi Imran dan Dania.
Semuanya mama masak sendiri termasuk kek–perisa
strawberri lagi ! Dalam perjalanan terpaksa ditatang oleh bibiq
takut terlangkup. Setiap kali abah corner, kita semua akan
bersiap sedia. Biar bibiq yang jatuh, tapi jangan kek nya ! Dania
dah sibuk practice lagu Happy birthday to you dalam
perjalanan. Macam tu lah dia…suka menyanyi. Waktu kita semua
menyanyi , Dania seronok sangat dan bertepuk tangan . Mana
yang baru tahu birthday you berdua adalah hari yang sama,
semuanya terkejut !

4/12/2003- Imran sambut birthday di sekolah pula.Setiap orang mama
sediakan satu pack cokelat dan magic colours.
Malam dinner di Road House Grill dengan kakak syiera- birthday
mama. Dania buat sepah……..sebab tulah mama pilih Road House
Grill. Buatlah sepah sebanyak mana , tak ada siapa nak
marah………Kulit kacang merata-rata …




5/12/2003 – Last day Imran ke tadika. Pakai baju Melayu lengkap sempena
Raya Puasa dan bawa hadiah buat Auntie Shanti sempena
Christmas. Semalam mama dah berikan hadiah buat Imran untuk
di letakkan bawah christmas tree. Somehow……..Imran tahu
hadiah itu dari mama …

06/12/2003 – Kami ke Kindicare-report card day. “Imran is a very sweet
boy” komen cikgu Shanti. Jam 12 tengahari, rumah penuh
dengan keluarga uncle Atan dan Mak ngah. Pak Teh dan Pak Chu
pun ada. Semua orang pergi swimming……..lepas tu makan
tengahari. Imran , Dania , Adam, Syiera, Fika, Aiman, Uncle
Atan anak beranak semua swimming. Semua jadi anak Hindu
berjemur dan mandi tengah panas ! Dipanggil abah suruh
makan tengahari pun tak ada siapa yang peduli...

7/12/2003 – Wedding Anniversary yang ke 7. Seperti biasanya, abah tak
ingat.

14/12/2003 – Kita makan kenduri kahwin. Anak kawan abah (Dr Rahman) di
Universiti Malaya dan sepupu mama Karmila di Pantai Dalam.
Semasa di Universiti Malaya , Imran nampak tasik dan canoe.
“Boleh Imran sekolah kat sini ?”
“Bila dah besar nanti dan belajar rajin-rajin…bolehlah”
“Lama nya ….not fair !!!”

16/12/2003 – “No fun….so boring !” komplen Imran. Jadi abah hantarkan
kerumah mak ngah.

Dania pula leka menyanyi. TV dirumah dah kena conquered by
Dania dengan CD “EIEIO………..(Old Mc Donald).
Kadang kadang dia suruh mama nyanyi kan. Bila salah pilih lagu ,
cepat- cepat dia suruh “stop”. “Ikel…ikel…” . Puas lah kami
mencuba lepas satu lagu ke satu lagu tapi semua salah ! Rupa-
rupanya, Twinkle,twinkle !!

Cara Dania nyanyi;

Itel…itel ……(twinkle,twinkle)
Up…up..up (up above the world so high…) tergelak besar kami
semua-macam bunyi rekod rosak !
20/12/2003 – High Tea di KL Tower . Imran minta sushi tapi malangnya tak ada. Dania pula leka menyanyi dan bercakap sambil melecek makanan. Lepas tu main pula dengan butter. Bila dah boring, Imran main game boy , Dania pula sibuk berlari kehulu ke hilir. Gamat KL tower dengan anak-anak staff Labuan Re ! Abah pun join sama sebelum berlepas ke Iran malam nanti…

25/12/2003 – Imran ikut mama ke pejabat. Gamat dengan soalan soalan ‘cepu emas’. Mulut bising hinggakan mama susah nak buat kerja. Kejap dia main Game Boy, conteng-conteng dan akhir sekali main baling roket kertas. Kawan mama di sebelah pasti bengang ! Yang nyata Imran seronok dan nak ikut lagi . Cuma leceh sikit kena turun naik bas, teksi dan LRT kerana abang Aziz cuti, abah overseas dan mama tak boleh drive……….Imran sempat berleter bila mama beritahu yang kita kena naik bas. Mujur Dania tak ikut sama ,kalau tidak lagi gamat dunia !!! Jam 1 tengahari dari office kita ke KLCC pula. Ramainya manusia sempena cuti Krismas…Lepas makan Kentucky, Imran ajak balik sebelum sempat mama nak beli apa-apa. Dalam teksi, Imran berdengkur…..

26/12/2003 – Abah landed in KLIA pukul 10 malam dan tiba di rumah hampir jam 12 tengah malam. Kami tidur lewat kerana abah masih jet- lagged dan bayangkan apabila mama bangun pagi, muka hadapan akhbar mengatakan 5,000 ribu orang mati kerana gempa bumi di bandar Bam, Iran ! Kawan mama Auntie Liza pun talipon bertanyakan kabar. Semua orang yang tahu abah ke Iran jadi risau. Harus mama mati sakit jantung kalau abah masih di sana. Syukur abah dah pulang…..Walaupun gempa bumi itu berlaku 1000 km dari Teheran, mungkin abah tak dapat pulang kerana flight mungkin kena cancel. Menjelang tengahari, berita mengatakan 20,000 orang terbunuh. Kejadian berlaku waktu subuh semasa ramai masih tidur dan mereka terperangkap dalam runtuhan bangunan. Hati mama terusik melihat ibu-ibu menangisi kematian anak-anak mereka………

Masa abah pulang dari Yemen, perang berlaku. Kami pulang dari London, Lady Diana mati accident . Abah pergi Jakarta, Hotel Mandarin kena bom. Mama pulang dari Europe, Euro tunnel terbakar, mama pulang dari Bali, Kuta kena bom ! Nauzubillah………..jauhkan kami dari sebarang bencana…Ya allah, panjangkan umur kami. Mama nak lihat anak-anak kesayangan mama membesar . Mama sangat sayang kan you all berdua. Jadilah anak-anak yang baik….

31/12/2003 – Walaupun office tutup setengah hari, mama terpaksa terus bekerja sampai petang macam biasa. Dah lah lewat, kereta pulak rosak ! Bila abah talipon tow truck AAM, tak ada siapa yang jawab talipon – semua dah celebrate new year agaknya !!!! Malam tu kita tawakal saja tinggalkan kereta di tepi Jalan Kg Bharu ….

Bila suruh tidur awal, semua tidur lewat . Bila mama suruh tidur lewat, pukul 10.00 malam Imran dan Dania dah berdengkur. Tinggal lah mama berdua dengan abah tengok bunga api. Tergerak mama nak kejutkan you all tapi abah kata lupakan saja – nanti melalak cranky ..


Posted at 04:55 pm by mazni
Make a comment

Year 2002

YEAR 2002

1/1/2002 - “Open House” di rumah kita pula ..ala kadar sahaja. Mama cuma jemput kawan-kawan semasa di UMBC dulu. Tiga antaranya bekerja dengan mama di Labuan Re sekarang ! Kawan-kawan mama kata , mama ada ramai “cronies” !

11/1/2002 - Mama mula berkerja dan Adique pula pergi kesekolah buat kali pertama.
Mama dapat lapuran Adique melalak sakan cari mama . Selepas kena sergah dengan abah, barulah Adique bersiap nak ke sekolah . Adique tension …….dahlah di tinggalkan mama , lepas itu kena pergi ke sekolah buat pertama kalinya.

Dahnia pun tak kurang hebatnya. Dia dah pandai repond…….suka tersenyum bila di tegur dan kadang kala dia pula yang menegur. Sampai herot-herot bibir dia nak mengeluarkan suara. Adique sangat excited.


15/1/2002 - Baru Jumaat lepas start kerja, hari ini mama terpaksa cuti emergency kerana Adique demam. Demam sebab kena belajar ? Nampak gayanya adique tak suka ke sekolah. Sangka adique sekolah tu tempat nak bermain dengan kawan-kawan. Bila kena belajar , terus demam terkejut !!!

9/2/2002 - Mama cuti panjang sampai 17/2/2002. Sekolah tutup seminggu dan serentak dengan Tahun Baru Cina. Kakak Sha dan Mariss akan sampai esok.

11/2/2002 - Dania genap 3 bulan. Dah mula mengereng badan dan mulutnya bising macam anak kucing ! Imran ( sebagaimana Adique di kenali di sekolah) rajin melayan Dania “berborak”. Dania pula becok dan murah senyuman…Berbanding dengan Imran, Dania jarang bangun malam , setakat sekejap untuk menyusu sahaja. Lepas tu tidur semula. Mama panggil dia “Angel”….sebab dia baik sangat. Jarang menangis dan suka tengok TV !

19/2/2002 - Mama masih demam. Sambung cuti sakit dua hari tapi sempat ke IKEA beli perabut ! Dua almari untuk abang Zeck dan mama, sofa bed untuk Imran dan cabinet kasut untuk semua. Next nak beli kotak plastik besar untuk mainan Imran. Rumah kita dah sarat dengan barang-barang terutama mainan Adique. Sekarang di tambah pula dengan mainan Dania !

20/2/2002 - Pagi-pagi lagi Abah dah ke Airport untuk ke Alor Setar. Mama pula bertolak ke office jam 7.00 pagi. Kami berdebar menantikan reaksi Adique bila dia sedar yang kami berdua tiada dirumah. Selalunya Abah akan hantar Adique ke sekolah sebelum ke pejabat. Hari ini Bibiq Alis dan abang Aziz sahaja…. Pukul 9.00 tepat mama talipon bibiq di rumah. Katanya Adique nangis sikit saja dan dah pun kesekolah, malah keluar awal dari biasa ! Macam tu lah si Adique ini…..kalau kami ada manjanya berlebih-lebih. Kalau kami tiada pandai pula dia membawa diri Mama selalu risaukan si Imran….bukan Dania.
Sewaktu mama talipon Adique lepas pulang dari sekolah, dia terus bertanya mama dan abah di mana serta pukul berapa nak balik. Balik “gelap” atau “terang” ? Bila mama kata yang mama balik “terang” dan Abah pula balik “gelap” dia terus memberi tahu bibiq yang Abah balik malam dan mama pula balik pagi !

21/2/2002 - Ukuran yang Adique tahu hanyalah “kilo” , “terang” (siang) dan “gelap” (malam) . Pernah Adique meminta di belikan buku cerita dan dia merungut “dah berapa kilo Adique baca buku yang sama je…..” Kami terus tergelak !


22/2/2002 - Kita ke majlis Tahun Baru Cina di rumah kawan abah Uncle Chua di PJ. Mulanya Adique enggan ikut dan paksa pula mama duduk dirumah saja. “Biar abah saja yang pergi !” marah Adique. Lepas di pujuk barulah dia nak ikut, itu pun selepas merempan merenyuk hinggakan mama hampir hilang sabar. Lepas makan dia terus nak balik. Mujurlah ada kolam renang, jadi dapatlah mama “distract” Adique sambil berjalan-jalan di taman sementara abah berbual dengan rakan-rakannya.

23/2/2002 - Pukul 6.30 pagi mama dah bangun berkemas kain baju nak balik kampung Hari Raya Haji. Dulu kena siapkan pakaian Imran, kini bertambah pula dengan keperluan Dania. Macam nak pindah banyaknya kain baju yang hendak di bekal. Kalau tak bawa banyak-banyak , takut tak cukup ! Di tambah pula dengan karenah Imran yang kuat muntah. Satu beg plastic besar pula di penuhi dengan trucks !

Auntie Lina beritahu yang Munir dulu pun selalu menangis bila bersekolah di Q-Dees sewaktu abah menceritakan hal Imran yang meraung setiap kali nak ke sekolah. Kami sepakat beranggapan yang kurikulum di Q-Dees terlalu serius buat kanak-kanak sebaya Imran. Malah Mak Long yang merupakan seorang guru pun bersetuju. Kata Mak Long, biasanya kanak-kanak sebaya Imran di biarkan lebih bermain dari belajar. Jadi tidaklah terasa terlalu tertekan dengan homework dan nak belajar menulis.

Ooops ! Botol susu Imran tinggal di kampung. Abah kata tak payah risau sebab dah memang nak putuskan Imran dari botol susu ! Imran memang malu minum susu depan orang yang tak di kenali tapi tak boleh tidur selagi tak dapat puting !

25/2/2002 - Imran tak kesekolah . Mulanya menangis, tapi bila di beritahu yang dia tak payah ke sekolah hari ini , terus diam. Abah nak carikan Tadika baru untuknya.

Imran kata dia tak suka sekolah “chu-dis” (Q-Dees). Malah dia tak suka kawan-kawannya. Kononnya kawan-kawan suka “buat” dia, computer rosak dan swimming pool kotor ! Macam-macam alasan. Semuanya negatif….maklumlah , orang dah tak suka.

26/2/2002 - Tadika Afdal dah penuh, tak boleh terima pelajar baru lagi. Abah cuba di “Putera puteri” pula dan alhamdullilah Imran boleh mula belajar esok. Bila mama tanya tentang sekolah baru, Imran kata “sekolah tu belajar sikit-sikit saja” . Dia lah yang tahu !!! Semoga lepas ini Imran tak melalak ke sekolah.

27/2/2002 - Mama dah pasang kusyen pengadang pada katil. Dania lasak , suka menendang hinggakan kepala selalu terhantuk pada dinding katil. Bakul tidur pula dah mama simpankan kerana Dania dah terlalu panjang. Kepala dan hujung kaki dah hampir mencecah dinding bakul. Dia selalu menendang-nendang dan mengangkat punggung. Kalau di baringkan di bantal, dia akan mengereng dan jatuh terlangkup ! Seperti biasanya dia tak akan menangis, sekadar merungut-rungut . Malah bila terjaga malam pun dia tak akan menangis . Kadang-kadang mama sengaja jengah katil Dania dan dia akan tersenyum. Kalau di biarkan , dia akan main sorang-sorang sampai boring…..baru nangis ! Mama rasa macam tak ada baby…tak perlu kerap berjaga malam. Malah sampai sekarang pun abah tak perlu bergilir jaga malam .

28/1/2002 - “Hari ini Adique sekolah best Ma ! “ Belumpun di tanya , Imran dah beritahu mama. Nampaknya dia dah seronok dengan sekolah baru. Katanya lagi hari ini main padang….ada bola kecil, ada bola besar, makan mee sedap dan belajar Aa Bi Ci (A,B,C) . Kawan mama Auntie Kamaryah pun talipon pagi tadi terkejut nampak Imran di “Putera Puteri” sebab dia tahu Imran bersekolah di Q-Dees. Bila mama beritahu yang Imran dah pun berhenti dari Q-Dees sejak kelmarin, dia tak hairan malah bersetuju yang syllabus pelajaran di Q-Dees terlalu serius untuk kanak-kanak sebaya Imran.

Harap-harap masalah sekolah dah selesai !

2/3/2002 - Sementara abah bertukang di rumah, kita bertiga ke rumah nenek. Dania membuat satu kejutan…..dia meniarap ! Nenek pun terkejut memandangkan Dania baru berumur 3 ½ bulan. Cepat betul . Mungkin kerana badan dia kecil , jadi punggung tak berat ! Dia akan menangis bila tangan nya tersepit dan terasa letih. Sampai merah padam muka Dania tergesel dengan lantai. Lehernya masih belum kuat lagi . Pulang ke rumah, Dania pun tunjuk talent pada abah. “Bertambah kemek lah hidung ! “ kata abah……… Imran pula sibuk nak “membantu” Dania. Terjerit-jerit kami risaukan Dania terseliuh tangan.

3/3/2002 - “Ada apa-apa nak beli mama ? “ tanya abah sebelum ke Ampang Point . Belum pun sempat mama menjawap, Imran dah mencelah…….”beli nenan (mainan) !” Abah tersenyum. Kata abah “ cubaan yang bagus tapi cuba lagi lain kali !!! “ Imran pun tersenyum juga. Dia pun tahu - cuba-cuba nasib …
Untung-untung dapat….

5/3/2002 - Masalah lagi……….Imran meraung merayu-rayu tak mahu kesekolah. Kata gurunya dia tak suka bila di alihkan ke kelas tahun 5 . Patutlah malam tadi dia merungut yang kelas sekarang di tingkat bawah, bukan tingkat atas lagi. Rupa-rupanya dia dah kena transfer . Imran baru saja berumur 4 tahun bila masuk sekolah tapi di anggap berumur 5 tahun mengikut tahun kelahiran 1997. Mujur cikgu boleh bertolak ansur dan akan membenarkan Imran duduk di kelas tahun 4 buat seketika. Tapi………Bibiq Alis perlu ke sekolah lagilah nampaknya..!!

7/3/2002 - Semalam happy pergi sekolah,tapi hari ini meraung lagi.Mujurlah masih mahu ke sekolah selepas abah pujuk. Entah sampai bila Imran nak
meraung ?! Dania pun nampaknya dah pandai meraung juga. Kalau dah lapar, tak boleh mandi dan tak boleh pakai baju. Mesti beri susu dulu . Dah kenyang baru boleh mandi dan pakai baju dengan aman. Belajar dari abang Imran lah ni……Tak dapat megiring pun dia akan marah !

8/3/2002 - Dania dan Imran kena inject . Dua-dua meraung . Imran kena “trick” kononnya doctor nak check “bobot” (bontot) dia. Doktor beri isyarat supaya abah pegang tangan Imran dan terus inject. Terkejut beruk dia !! Sampai di rumah , dia kata “Adique tak mahu pergi klinik lagi….benci ! “ Marah betul dia. Malam tu Dania demam…..

10/3/2002 - Kelmarin, doctor kata Dania agak pendek walaupun berat badan dia ok. Tapi doctor terkejut bila mama beritahu yang Dania dah meniarap memandangkan lehernya masih lembik..

Tapi hari ini Dania buat kejutan lagi. Lehernya tegak memandang sekeliling ! Marah doctor kutuk dia tak kuat, agaknya.

11/3/2002 - Hari Jadi Abah yang ke 45 . Dania pula genap empat bulan. Mama, Abah , Imran dan abang Zeck makan besar di Victoria Station (Dania belum boleh join lagi ! ). Imran minta duduk dalam “coach” keretapi. Sempat dia komen yang pembinaan “coach” keretapi tu tak betul ! Konon nya tingkap di pasang tak betul , tak ada skrew dan macam-macam lagi .. Lepas tu dia sibuk tanya kenapa Fish & Chips tak sampai lagi. Kecoh.

Penuh satu meja. Ada Lobster, Oyster , Scallop , Steak , Salad , Mushroom soup…….Abah kata kita cendekel…dia yang punya birthday tapi kita pulak yang makan besar . Lepas tu dia pulak yang bayar !! Sampai di rumah , mama pening kepala kerana makan terlalu banyak lemak. Sewaktu kami sedang nak naik tangga , tiba-tiba Imran suruh berhenti. “Berhenti…..semua berhenti! “ Kami semua pun terus berhenti tercegat mengikut perintah.

“OK……tunggu situ sampai besok ! “ kata Imran dan terus menaiki tangga . Abah jeling Imran…. Loyar buruk betul kau ni ya……..!!

13/3/2002 - Abah ke Pulau Pinang. Jadi mama pulang naik train dan singgah di KLCC. Mama belikan Dania “Minnie Mouse”, “Beanie Bear” dan “Winnie the Pooh”.
Seronok tengok anak patung. Cantik-cantik,rasa nak beli semua !

14/3/2002 - “Kenapa abah tak balik?Kenapa abah tidur sana? …..tak berhenti-henti Imran bertanya. Sedih hati sebab jarang berenggang . Mama terpaksa memujuk dan dia diam bila di beritahu yang abah akan pulang malam nanti. Jam lima pagi Imran terjaga dan terus di tegur abah. Barulah tersenyum……..

15/3/2002 - Cuti awal muharram. Abah main golf dan kita pula ke rumah nenek , biar Imran bermain puas-puas. Malamnya kita dinner di restoren Siam pilihan mama……uwek ! tak sedap langsung ! Menyesal tak sudah. Gara-gara terpikat dengan hiasan kedai…….

16/3/2002- Dania makan kentang bercampur carrot lecek. Abah sempat ambil gambar untuk mengabadikan hari istimewa ini ! Lepas tu mama dan Imran berebut pulak nak suapkan Dania. Dania pula sibuk meronta-ronta. Gamat !

21/3/2002- Malam tadi Imran meraung sebab abah habiskan tembikai dia. Macam drama “batu belah batu bertangkup”…….berjam-jam tak henti menangis. Akhirnya mama jeritkan ! Kena lepuk dengan bantal , baru senyap. Abah gantikan dengan satu biji tembikai yang besar…..makan sampai puas !


Sekarang ini Imran dah masuk episod kuat melalak pulak. Pantang silap sikit , melalak. Banyak kali abah hampir hilang sabar. Abah kalau marah..mama pun takut ! Satu lagi, dia suka terjerit-pekik. Dania sampai menangis ketakutan. Kadang-kadang sampai mengigau……Sabar je lah…..

26/3/2002-“Imran sayang mama tak ?”
“ Sayang…..”kata Imran.
“ Banyak ke sikit ? tanya mama lagi.
“ Penuh -penuh…….sampai atas , sampai tumpah ! “ jawab Imran . Mama tergelak, macam isi dalam botol bunyi nya………

30/3/2002-Dania ikut shopping di KLCC. Melalak……..tak selesa. Tambahan pula hidungnya yang tersumbat berjangkit selsema dari abang Imran. Kita yang lain pun selsema juga tapi kerana kepedasan makan ayam panggang “Nandos”. Memanglah pedas , kata abang Zeck. Mama dah beri amaran tapi semua nak cuba konon………

Dalam ribut-ribut membeli cokelat, Imran dah cicirkan beg shopping berisi cekak dan kelip rambut kakak Sha………. Rugi RM 38 ! Tambah beli cokelat lagi baik……Bila kami tanya, selamba je dia jawab “tak tahu…”. Nak marah pun tak patut. Dia dah tentu budak kecil, kita yang dewasa lah yang cuai ..

19/4/2002- Bibiq Umi pulang ke Medan. Bermulalah episod “ Titanic “ …….rumah macam kapal pecah ! Dania melalak selsema , aircon di bilik rosak , kain baju satu lori , ruang tamu berselerak dengan tilam dan bantal , burung riuh berkicau ……gamat !!!

4/5/2002 – Filem “ Spiderman “ sedang galak di tayangkan di pawagam. Kita pula hanya menonton VCD di rumah. Sedang kami leka menonton, tiba-tiba Imran mengatakan yang dia pun dah jadi “spiderman”. Bila di tanya bila masanya, dia jawap “ hari tu……..tapi bila Adique lompat, eh…tak lekat !” Berdekah-dekah kami semua ketawa…

7/5/2002 – Dania masuk hospital kerana Bronchitis. Imran pun turut tidur hospital dengan mama. Bertambah pening pesakit di wad bila orang “yang tak sakit” seperti Imran buat kecoh seumpama hospital itu rumahnya sendiri ! Kebetulan bilik bermain bertentangan dengan bilik Dania dan dapat pula kawan yang di gelar “spiderman” yang tak kurang hebat kenakalan nya. “Spiderman” namanya Safuan dan dia cedera terbakar . Dah sebulan tinggal di hospital untuk pembedahan plastic. Ampang Puteri dah jadi rumah dia dan semua orang dah kenal. Malah dia akan ikut nurse dari bilik ke bilik melawat pesakit hingga tengah malam ! Boring agaknya….

Dua kali sehari , Dania akan di beri Nebuliser dan di ikuti dengan Fisioterapi (sedut lendir). Kesian mama lihat setiap kali badannya yang kecil di tepuk kuat dan tiub getah pula di masukkan melalui hidung dan tekak. Terjerit pekik dia menahan sakit . Rasa nak menangis bila mama melihat keadaan Dania begitu. Kali pertama , mama tak berani nak pegang tapi lepas itu mama yang pegang sendiri kerana kurang yakin dengan orang lain. Takut dia pegang terlalu kuat sehingga menyakitkan baby Dania.


11/5/2002- Hari Sukan Tahunan Tadika Putera Puteri. Imran masuk acara “jalan kura-kura” dan “bump the ball”. Yang lebih gamat adalah ibu bapa yang terjerit pekik seronok. Lucu menyaksikan karenah anak-anak yang kadang kalanya terpinga-pinga tak tahu nak buat apa. Imran pula “cool” sahaja. Sesekali menggosok mata kerana mengantuk. Ada seorang murid yang jalan terlalu perlahan – memang macam kura-kura !!! Gambar video yang mama ambil pun bergoyang-goyang sebab tergelak…

13/5/2002- Dania keluar hospital, Fulya pula yang masuk hospital kerana ceret-beret. Nenek kata kaki Fulya yang macam “Kentucky Fried Chicken” dah hilang. Dulu mama suka usik nak “goreng tepung”. Aiman ok tapi kakak Syiera pula kena chicken pox. Nenek pulak kena darah tinggi dan hamper-hampir masuk hospital juga . Manakala bibiq masing-masing masih belum pulang dari Medan. Bayangkan lah kecohnya !


15/5/2002 – Dania dah nampak ceria tapi masih terjerit ketakutan bila terjaga dari tidur. Masih teringat dia di debuk dan di sedut agaknya sampai jadi phobia. Mama ada lagu untuk Dania…


“siapa senyum manis……….semut datang, teng..teng..teng !!!

22/5/2002 – Bibiq Umi dah selamat pulang ke KL semula. Semua orang lega…..terutama bibiq Alice yang demam tapi terpaksa terus bekerja kerana bibiq Umi belum pulang lagi….

24/5/2002 – Keluar hospital terpaksa menangung sakit nak tumbuh gigi pula. Tapi hari ini senyuman Dania semakin manis dengan satu batang gigi yang dah jelas nampak hujungnya. Bila kami sentuh gusinya, Dania akan terus gigit ! Cinen mama dah banyak kali jadi “mangsa”. Lepas dah gigit dia senyum pula…seronok !

25/5/2002 – Dania nak pegang botol sendiri sampai terjolok mata. Apa lagi…terpekiklah. Nampak gayanya Dania ni baby baran . Jangan sesekali ambil barang dari tangan nya , pasti menjerit marah ! Permainan kegemaran ialah beg plastik ! Dania suka kan bunyi plastik bergesel . Lagi pun dia tak rasa sakit bila menggigitnya…..

29/5/2002 – Dania “fly” ke Kuantan buat pertama kali. Tapi Imran pula yang gayat bila kapalterbang terlanggar awan. Terpaksalah mama memeluk kedua-dua. Lepas cinen, Dania lelap hingga tiba di Kuantan !

31/5/2002 – Pulang ke KL dan Imran masih gayat. Masa kecil dulu tak pernah pula dia takut ‘flying’ …..Semua orang dah cuti sakan dan shopping sakan. Sha dapat basikal baru, baju baru dan jeans “Levis” lagi ! Mama dan Marris pula sakan membeli kasut..

8/6/2002 – Dania mula “mengensot” . Masa meniarap dulu pun dia ‘start’ di rumah nenek. Mengensot pun di rumah nenek ! Geli hati bila melihat Dania angkat punggung tinggi-tinggi dan terus tertonggeng !

17/6/2002- Mama seronok membeli baju Dania. “Gasaklah …….anak belum pandai apa-apa , mama dah gila melaramkan anak dara dia…….” kutuk abah !

20/6/202 – Dania dah nak merangkak. Dia akan melutut dan cuba bergerak tapi tak kemana ! Bergoyang-goyang kedepan kebelakang macam anak rusa baru lahir , lepas tu tergolek. Bila dapat gerak, dia mengundur………

27/6/2002 – “semut manis” dah merayap satu rumah. Laju pulak tu ! Di halang dengan bantal pun dah tak berguna sebab Dania boleh “cross” bantal tu. Abang Imran akan terjerit pekik bila Dania datang mengacau. Tapi dia tetap sabar dan tak marah Dania , sebaliknya hanya mengangkat mainan nya jauh-jauh. Tapi sekejap saja Dania datang lagi ..!

2/7/2002 – Abang Imran sangat sayangkan Dania . Di cium, dipeluk dan selalu di agah . Malah Dania akan melonjak keseronokan setiap kali nampak Imran. Imran kata dia sayang Dania sangat banyak, sampai atas, sampai penuh , sampai tumpah …

4/7/2002 – “Hai…Ma !” tegur Imran semasa mama sedang nak keluar pintu untuk ke pejabat. Berderau darah mama…habislah, mesti meraung ! Tapi Imran senyum sambil bertanya pukul berapa mama akan balik. Mama terus peluk Imran . Dia dah tak menangis lagi……….! Kebetulan hari ini adalah hari kemerdekaan America. Imran pun dah merdeka nampak nya !! Tak lagi meraung setiap kali mama pergi kerja.

8/7/2002 – Mama silap. Imran masih meraung bila tersedar dari tidur dan nampak mama nak pergi kerja. Sepanjang mama mandi, dia terus menangis …..


Hari ini kita dapat kereta baru….Ford Escape . Satu hari suntuk di JPJ kerana komputer rosak . Tahun lepas , mama dapat road tax dalam masa dua jam tapi kali ini nasib kurang baik. “Imran nak pergi sekolah naik kereta baru. Nanti malu orang tengok kereta satu lagi dah busuk “ eksyen Imran. Bukan ‘busuk” …….. “buruk” !!! Imran senyum tersipu-sipu…

11/7/2002 – Dania dah mula nak duduk…tapi merangkak belum pandai lagi ! Silap-silap boleh terbalik . Mama terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga…..letakkan bantal atau tunggu di sebelah. Pantang nampak sesuatu, dia akan tersenyum “excited” dan terus meluru kearah nya. Laju ! walaupun hanya mengensot saja……..Bila tersenyum, nampak gigi tiga batang yang tak sama tinggi !

12/7/2002 – Imran hantar mama ke pejabat. Dalam perjalanan sempat minum susu tapi bila mama usik suruh bawa susu kesekolah, dia senyum “Nanti teacher Imran marah ! “ katanya… Tahu pun malu !

13/7/2002 – Sah Dania dah pandai duduk. Seharian dia leka duduk walaupun belum tegak betul. Badan Dania lembut macam ahli Gymnastic….kadang-kadang rasa ngeri bila lihat kakinya satu kedepan dan satu lagi ke belakang – lurus macam aksi “split” seorang ahli jimnastik !! Ketawa pun dah terkekeh-kekeh bila mama ‘punchau’ pusat dia…

17/7/2002- “Adique nak jadi ‘transformers’ besar , nak pijak mama !! “ Begitulah marahnya Imran bila mama tak kasi dia tukar channel Cartoon. Network. Cepat-cepat mama tutup muka dengan bantal kerana nak tergelak. Abah jegah di pintu dan katanya inilah kes paling buruk pernah terjadi seorang emak bergaduh dengan anak kecilnya ………

21/7/2002 – Beli TV Sony 21 “ dan DVD Player untuk bilik tidur. Imran tak perlu lagi nak bergaduh dengan abah bila nak tengok “transformers dan “ultraman” . Sorang tengok sports, sorang tengok cartoon…………….habis, mama nak tengok apa ? Beli TV satu lagi ?!!

28/7/2002 – Dania suka menonggeng dan merayap bawah meja. Dah pandai tunduk bila nak masuk bawah palang kerusi. Tetapi kadang-kadang menjerit bila tersangkut. Susah abah nak ambil gambar Dania menonggeng sebab dia akan meluru kearah abah bila nampak kamera. Mulut pun becok…malam tadi jelas dengar Dania sebut “abah” dan “mama”…………

20/7/2002 – Seperti biasa, Imran mesti bawa tidur setiap mainan baru tapi basikal terlalu besar nak letak atas katil . Jadi tidurlah si Imran bersama kunci basikal sahaja !!! Rancangan mama nak shopping siang tadi terpaksa di batalkan apabila Imran tetap bertegas nak balik rumah kerana nak cuba basikal baru. Abah kopak RM 215 /=

21/7/2002 – Imran beli kasut baru (RM 99 ) , colour pencils (RM 18) dan bubbles satu
botol besar (RM 20).
Abah beli TV dan VCD player baru . (RM 1,670)
Mama ..? Tengok-tengok saja……..
Dania .. ? Belum pandai lagi……(nasib baik!)

23/7/2002 – Mama beli frying pan dan Imran terus minta nasi goreng telur sebab nak main “masak-masak” . Tapi kali ini tak perlu bubuh bawang, hanya nasi dan telur sahaja. Imran yang tuang minyak, pecahkan telur , kacau dan tuang nasi. Masa dia kecil , Bibique sampai luka tangan mencincang bawang. Cincang bukan sebarang cincang, kena laju-laju dan bunyi kuat-kuat “macam mama buat” kata Imran.

31/7/2002 – Abah pesan mama mesti rekodkan yang Dania dah duduk tegak tanpa terbalik ke belakang lagi ! Abah pula terkejut bila mama beritahu yang Dania pandai main mata ! Kejam kelip dan terus tersenyum……….gatal !

1/8/2002 –Sejak hari Isnin, abang Imran ikut hantar mama ke pejabat. Sanggup bangun awal . Lepas beli kuih dekat office mama , terus di hantar abang Aziz kesekolah. Selalunya tertidur dalam perjalanan. Setiap malam sebelum tidur, Imran akan pesan mama jangan tinggalkan dia esok pagi !! Dania pula akan terkebil-kebil bila kami ucap “bye-bye” dan cium dia. Kadang – kadang dia melonjak keseronokan, kadang-kadang dia buat muka “puzzled”.

4/8/2002 - Sejak pagi lagi Imran dah meraung bila di beritahu yang mama nak pergi kerja jauh-jauh ke Labuan . Dia resah melihat mama susun pakaian. Kali ini abah suruh mama beritahu perkara yang sebenar dan jangan menyorok lagi. Kata abah Imran dah cukup besar dan dah patut faham. Tapi Imran tetap melalak jugak !! Mujurlah dia tak meraung semasa di airport. Buat pertama kali Imran hantar mama ke airport dan mama tahu dia sedang “berperang” dengan perasaan. Bila mama ucap bye-bye , Imran tak mahu tengok muka mama……..



8/8/2002 – Imran menangis sebak di talipon suruh mama balik “sekarang jugak” . Tiba-tiba dia kata bye-bye dan terus terdengar suara Imran meraung…Sayu rasa hati mama tapi mujurlah Dania belum pandai apa-apa dan asyik leka tersenyum saja …

12/8/2002 – Dania masuk hospital lagi. Kali ini , dia kelihatan kuning seluruh badan macam kena jaundice. Terjerit pekik bila kena cucuk ambil darah . Mama yang tengok pun terasa bersalah.

13/8/2002 - Jantung , hati dan buah pinggang Dania semua ok. Cuma nak tunggu keputusan pemeriksaan darah , minggu depan. Malam ini kita boleh balik. Tak selesa tidur di hospital………..sejuk !!

20/8/2002 – Mama ke Singapore pulak selama 4 hari. Imran menangis lagi bila teksi dah tiba. Tapi tangisannya tak sekuat selalu, dah reda sikit. Mama dah janji akan belikan LEGO .

23/8/2002 – Sakit jiwa shopping di Singapore. Setiap dollar Singapore, kita kena bayar RM 2.20 . Dua kali ganda !! Baik shopping di KL saja bila ada MEGA SALE-dah tentu murah. Mujurlah mama terjumpa LEGO “FI” offer separuh harga (tapi sebenarnya sama harga kalau dalam ringgit Malaysia). Terus mama beli . Imran pasti happy !

24/8/2002 – Tension betul terperangkap dalam jam. Dahlah rindu pada keluarga, lambat pula nak sampai rumah !! Seronok tengok Imran yang happy sangat bila dapat LEGO , terus buka kotak …………..Dania pula seronok dapat cinen !! Mama belikan baby Dania stoking dan topi ….

5/9/2002 – Conference di Bali sampai 8/9/2002. Tinggalkan famili lagi. Kebetulan semuanya berturut-turut. Rancangan kita nak bercuti ke Australia terpaksa di batalkan sebab abang exam. Nak ke Bali pula tak sempat sebab abah belum buat passport.

8/9/2002 – Pulang dari Bali naik ERL bersama Abah dan Imran. Kakak Sha dan Mariss dah tiba sejak Jumaat lagi bersama ibunya dan di jemput abah dari airport.

9/9/2002 – Bertolak ke Cameron Highlands. Sejuknya !!! Bercuti sakan – minum Devonshire Tea bersama fresh scones di Bala’s chalet dengan strawberry jam, butter dan cream……..enaknya tapi mahal sekali ! Hujan dan angin yang kuat membuatkan kita semua menggigil. Ada yang tak mandi….Ssssshh. Dania di bawa keluar waktu pagi sahaja kerana kurang sejuk. Itupun bajunya mama pakaikan berlapis-lapis. Malam-malam kita merayap ke bandar , singgah di pasar malam dan borong bunga !

11/9/2002 – Bertolak pulang ke KL pukul 3 petang. Kereta sarat dengan sayuran dan bunga-bungaan. Imran leka bergaduh dengan kakak , Dania pula leka nak korek barang-barang ………….gamat .

• 1st anniversary Sept 11 Twin Towers collapsed.

12/9/2002 – Melawat Nenek Edah di University Hospital – stroke. Kakak Sha dan Mariss ke KLIA naik ERL dengan abah for the first time.

15/9/2002 – Kita balik kampong tengok pakcik Nizam bertunang. Seperti biasa, Imran “cancelled” nak “yak”. Adique boleh tahan ma………… Kesian dia. Sebelum ini , Imran lebih rela ‘yak’ di longkang sambil di tertawakan oleh semua orang !!!

16/9/2002 – “Nak kena sayang atau nak kena marah ? “ mama akan tanya Imran setiap kali mama nak naik darah kerana kenakalan nya . “Nak kena marah ! – jawab Imran-si loyar buruk. Abah tersenyum. Gene loyar buruk siapa agaknya yang Imran bawa ???? Dania pula semakin lasak dan garang. Tak pandan dengan badannya yang kecil, suara bukan main lantang dan pandai melawan ! Jangan di halang dan jangan ambil barang dari genggaman dia. Alamat menjerit lah si kurus tu dan bila kita pulangkan- dia akan campakkan……………! Tiga kali mama pulangkan, tiga kalilah kena baling !

17/9/2002 – Setiap pulang dari pejabat, Dania akan excited dan menegur dengan suara “ah”. Lepas tu dia kan merangkak laju minta di dukung. Pandai jealous kalau nampak abang Imran di dukung , dia akan meronta-ronta minta di dukung juga. Abah suka sakat ! Yang bestnya dua-dua bibique tak laku bila dah ada mama.. Dania tak mahu ikut bibique tapi akan “tergoda” bila bibique acah kononnya nak pergi jalan-jalan.

22/9/2002 – Dah pandai melolong ! Mama nak ke toilet pun, Dania nak ikut ! Airmata sangatlah murah , baru menangis tak sampai seminit pun dah teresak-esak. Bergumpal dengan Imran berebut mainan pun dah jadi perkara biasa. Seronok tengok Dania “curi” susu Imran. Dania akan menerpa dan terus rampas botol Imran. Lepas tu dia dengan happy nya akan berbaring sambil hisap susu…..! Imran apa lagi, terjeri-jeritlah…….

23/9/2002 – Dah bermula episode pecah lutut, pecah bibir dan pecah kepala. Baju Imran berdarah tapi dia selamba saja terus kan bermain. Bila kita tanya “siapa buat?” , dia jawab “orang cina”……….(musuh ketat dia , tapi sampai sekarang kami tak tahu yang mana satu.) Imran suka buat cerita khayalan, jadi terpaksalah kami tapis halus-halus……….. Tapi kata bibique memang ada budak cina yang suka kacau geng Imran……..

25/9/2002 – Geli hati tengok Dania mengejek Imran melalak. Imran leka meraung nak ikut mama, Dania leka meniru gaya Imran menangis. Herot-berot bibir Dania bila meniru tangisan Imran. Sebenarnya si Imran tu cranky mengantuk…………

12/10/2002 – “Sari Pub” di Bali kena bom ! Lebih dari 180 orang mati dan kebanyakannya Australian.

18/10/2002 – Dania jatuh dari kerusi ! Kami panic dan terus ke Ampang Puteri . Benjol di dahi baru nak kelihatan semasa dalam perjalanan ke hospital. Abah memang dah pegang Dania tapi tiba-tiba dia melonjak dan abah terlepas. Mama yang ada dekat situ pula tak sempat nak sambut. Lega hati kami bila doctor sah kan tak ada apa-apa. (Mana tak panic. Lepas menangis sekuat hatinya, Dania terus tidur !) .

Doktor di unit kecemasan tu kata file Dania sangat tebal , tapi orangnya kecil saja……..

22/10/2002 – Sekali lagi panic bila Dania tiba-tiba demam dan timbul benjol baru yang lebih besar !! Dah lima hari berlalu , malah benjol yang lepas dah pun hilang. Dania was the first patient jumpa doctor pakar Haliza pagi tu. Lepas buat
x-ray pada kepala ( dan Dania terpekik-pekik takut) , tenyata tempurung kepala dia cantik bersih tak ada keretakan. Benjol tu disebabkan salur darah yang halus pecah dah darah berkumpul secara sedikit demi sedikit. Sebab itulah lepas 5 hari baru timbul benjolnya. Doktor kata mungkin makan masa nak hilang dan kadang-kadang sampai 6 minggu.

27/10/2002 – Kita balik Pilah . Asalnya kita tangguhkan nak balik kampung sebab Imran demam tapi di ganti pula oleh Dania. Bertambah kurus anak dara mama ! Selalu merengek tapi mujur masih lalu makan walaupun tak seperti selalu.

Dalam perjalanan Imran sibuk mengira……bila mama tanya 5 + 5 jadi berapa , Imran jawab jadi “banyak” ! “pandai anak abah ! kata abah yang sedang memandu dan di sambut dengan ketawa besar !!!!

Bila di suruh baca alfatihah , dia main langkah bacaan sesuka hati , bercampur dengan kula’uzubirabbinnas dan tak jumpa hujung ayat. Abah kata Imran macam “rekod rosak” berulang-ulang ! Of course kami tak boleh betulkan sebab Imran kata “teacher ajar macam tu “.

29/10/2002 – Kereta Ford Escape kena lentung depan mini market JSS jam 7.30 malam oleh sebuah lori barang warna putih di pandu seorang wanita ! Mama dan abah sedang sibuk memilih barang dapur, tiba-tiba abang Aziz talipon . Koyak bumper depan sebelah kiri tapi mujur body kereta tak kena apa-apa. Abah “cool” berurusan dengan dia………mama , bengang betul ! Tapi tak cakap apa-apa.

30/10/2002 – Entah kenapa Dania asyik menangis sejak mama balik dari kerja jam 6.45 pm hingga abah pulang jam 9.30 malam. Demamnya nampak dah sembuh tapi dia terus merengek. Mungkin kerana hidung yang tersumbat, nak tumbuh gigi atau kembong perut ? Yang peliknya bila abah balik , dia terus reda dari menangis. Keletihan dan mengantuk atau cari abah ?

31/10/2002 – Abah dah dapat passport baru pagi tadi. Tiba-tiba jam 1.00 tengahari dia talipon beritahu nak ke Perth , Australia ! Dania dan Imran tak ada passport , macam mana nak ikut ?

1/11/2002 – Pukul 6.30 pagi abah dah bertolak ke airport untuk ke Australia. Jam 10.30 malam kita pula “berangkut” ke rumah nenek. Habis segala tikar bantal mama bawa kesana . Biar senang dan biar Imran tak complain ! Dia selalu merungut bantal nenek keras ! Tak lupa mama bawakan “Playstation” sekali !

2/11/2002 – Atok give-up sebab cucu-cucu nya dah conquer television kerana bermain Playstation. Dania pula sibuk menukar channel TV bila dapat remote control. Terpekik-pekik Imran mengamuk sebab tak boleh concentrate pada Game . Bayangkan lima orang cucu bertempiaran dalam rumah ! Yang dua orang lagi belum sampai ! Ada yang main Game , yang main remote controlled car dan yang leka bergaduh ! Sesekali melalak dan terdengar Pak ngah membebel sebab asyik bergaduh.

6/11/2002 – Mula berpuasa .

9/11/2002 – Dah empat hari berturut-turut hujan lebat . Tak dapat pergi beli kuih lagi ! Elok juga ,kalau di fikirkan. Selalu membazir bila membeli-belah dengan keadaan perut yang lapar. Tambahan pula yang berbuka Cuma empat orang-mama, abah , bibique Umi dan abang Zeck.( Tapi selalu jadi lima orang sebab Imran yang tak puasa pun menyibuk sama. Itupun abang Zeck selalu beli kuih-muih ketika pulang dari kolej. Kakak Sha kena tunggu kakinya yang patah sembuh dulu sebelum boleh travel. Kuranglah kemeriahan berbuka puasa tahun ini….

12/11/2002 – SELAMAT HARI JADI !! Imran 5 tahun dan Dania genap setahun. Mulanya Imran merengek tak mahu kesekolah kerana selsema tapi berubah fikiran bila mama ingatkan tentang kek dan cokelat yang mama sediakan untuk di bawa ke sekolah. Sengaja Mama lewat pergi kerja untuk menghantar Imran ke sekolah. Abah masih belum pulang dari Jakarta. Imran ‘cool’ saja tapi dia nampak seronok bila bercerita tentang sambutan harijadi bersama kawan-kawan….Tak lupa dia kata “sorry” pada kedua-dua bibique kerana tak dapat bawa kek pulang untuk mereka. “Habis kawan adique makan” , katanya.

Dania tak tahu apa-apa…….yang penting dapat dukung dan cinen mama……Happy dah !!!

Abah pulang dari Jakarta jam 2 pagi. Imran dan Dania yang dah tidur awal terus terjaga langsung ajak mama bermain. Tersenggut-senggut mama menahan mengantuk. Akhirnya abah tutupkan lampu dan paksa semua orang tidur! “Berdosa buat anak macam tu tau ! , rungut Imran.

13/11/2002 – Sejak beberapa hari ni, Dania eksyen berdiri tanpa berpaut pada apa-apa ! Tapi bila mama acah , dia takut nak melangkah .. Kadang-kadang dunia aman damai bila mereka berdua bermain tanpa sebarang “masalah”. Ada kalanya terpekik lalang bergaduh. Imran tak suka di ganggu , Dania pula tak mahu kalah. Berebut-rebut . tarik menarik ! Satu hari mama balik-lebam di muka . Hari yang lain , calar pulak. Kata bibiq , Dania akan mengamuk dan sembamkan mukanya ke lantai ! Garang tak pandan dengan saiz. Sesekali mama sergah, Dania akan terdiam dan memalingkan muka – takut ! Lepas tu empangan pun pecahlah……………

18/11/2002 – Dania dah tahu makna “cinen”. Walau sedang menangis mengamuk pun dia akan diam bila mama sebut “nak cinen?” . Dia akan terus menarik baju mama dan merengek pula ! Sambil cinen, kaki Dania akan terhayun ke kiri dan ke kanan . Mama mesti letakkan bantal untuk dia “parking” kaki. Mula pula bising macam baung !

20/11/2002 – “Ba.. ba..” sebut Dania bila bibiq suruh dia bye-bye mama nak ke pejabat.
Dah pandai memanggil walaupun sekadar bunyi “ah…!” sambil tangan menggamit . Kalau mahukan sesuatu, dia akan menghulurkan tangan macam orang nak minta duit !

21/11/2002 – Kakak Sha dan Mariss akan tiba flight 4.30 pm ! Mama dan abah kelam-kabut nail ERL . Nyaris lagi bag kakak hilang kerana ada penumpang tersalah ambil ! Waktu kami tiba di KLIA jam 6.30, bag kakak dah pun di pulangkan semula……..

22/11/2002 – Berbuka puasa di Concorde . Mahal tapi tak sedap ! Cuma seronok kerana cukup quorum – abah, mama dan kelima-lima anak . Kakak Sha jadi “princess” kerana masih belum boleh berjalan kuat (kaki retak). Marriss pula jadi “personal assistant” !

24/11/2002 – Kecoh lagi - abang Aziz di syaki demam denggi ! Abang Aziz sakit , bibiq Alice pun tak datanglah…..Rumah macam kapal pecah ! Bibiq Umi kelam kabut melayan karenah lima orang anak dan tambah teruk bila Dania nak berdukung sentiasa.

26/11/2002 – Abah cranky…….agaknya tension kena drive sendiri di saat kerja tengah banyak. Yang jadi mangsa ? siapa lagi kalau bukan mama. Tak pasal-pasal kena sergah. Tak pa……………..berdosa buat isteri macam tu. Kecil hati mama………..

03/12/2002 – Abang dan kakak pulang beraya di Kuantan pulak . Rumah kembali sunyi…..Imran “mati kutu’ tak ada orang nak ajak bergaduh !


04/12/2002 Harijadi mama yang ke 38 ……tak ada siapapun yang ingat . Abah apatah lagi…….. Pukul 7 pagi mama terima ucapan melalui SMS dari Auntie Maziah dan Liza. Mama ke pejabat macam biasa . Yang menceriakan adalah senyuman innocent dari Dania dan rengekan dari Imran. Biasalah tu, tak jumpa “stesen”.

6/12/2002 – Hari Raya puasa . Tengahari beraya diAmpang dan petang pula bertolak ke Batu Kikir. Yang ada cuma uncle Atan dan famili. Yang lain belum sampai lagi. Dania leka berdukung nak tengok ayam ……Imran pula mengendeng bunga api dari Pak Lang Ariffin. Bila mereka dah balik……Imran bergaduh dengan Atok Aji .

14/12/2002 – Birthday celebration di rumah Atok Ampang. Panik bila “black-out” ! Imran bertambah seronok terjerit pekik dalan gelap bersama cousins kakak Syiera, Syafika , Zariq dan makcik Safiah . Mama risau sampai lupa nak hidangkan makanan . Abah cool saja sibuk barbeque . Terasa macam di tepi pantai pulak ……..Bulan terang dan bintang berkelipan. Mujurlah ada kawan Pak cu dapat betulkan. Sayangnya mama tak dapat rakamkan Imran main bunga api (dan Pak The bakar mercun 8 kaki panjang !) Gara – gara abah tak mahu beli batteri video camera yang dah rosak. Menyesal tak sudah ! Abah selalu tak endah cakap mama .

“Seronoklah Mak long…macam Raya Cina ! “ kata kakak Syiera. Lepas bakar mercun, kita tiup lilin . Tiba-tiba lampu padam lagi dan semua orang bersorak lagi ! Suasana jadi gamat tapi seronok. Dania pula tetap terlentok mengantuk !

22/12/2002 – Dania berjalan 4 langkah dan tertonggeng ! Yahoo……….dia dah nak berjalan walaupun masih takut-takut. Orang lain dah pandai berlari tapi Dania masih manja terperok . Mungkin dia fikir tak perlulah nak berjalan sebab tukang dukongnya ramai !

25/12/2002 – Dania dah jadi “official tukang pasang dan tutup kipas “. Mama dah tinggikan sampai maximum tapi Dania pun dah tinggi jugak. Setiap kali kita pasang kipas dia cepat-cepat datang tutup dan akan bertepuk tangan bangga ! Jangan sekali-kali di halang- nanti dia berguling-guling mengamuk dan lebih teruk lagi bila Dania menghantukkan kepala nya ke lantai berkali-kali !!! Baran. Pasal merajuk , bagi pada Dania ….

31/12/2003 – Open house/barbeque di rumah nenek lagi. Kali ini untuk Pak Lang, Pak Cu dan Pak Teh . Makan besar lagi. Baju raya rasa dah ketat. Imran seronok sakan bermain dan tepat jam 12 malam kita dapat tengok bunga api dari jauh. Walau pun tak seberapa tapi tak kurang seronoknya.




Posted at 04:31 pm by mazni
Make a comment

Year 2001

YEAR 2001

1/1/2001 – Kita lunch di “Octopus” Japanese Restaurant di Ampang Point. Kakak Sha seronok manakala Kakak Marris pula tak lalu nak makan. Adique seperti biasa…….NO PROBLEM. Apa-apa pun boleh makan ! Sebab tulah badannya bulat . Kakak Marris mengantuk sebab tidur lewat menanti pertunjukan bunga api malam tadi.
Jam 10.20 malam , kakak pulang ke Kuantan dari KLIA…….Hari Rabu sekolah nak di buka semula !

3/1/2001 – Dari rumah nenek, kita beraya pulak ke rumah atok Arshad. Cantik rumah dia selepas di ubahsuai. Nampak luas dan kemas. Sambil makan kita sibuk tengok persiapan atok nak naik Haji. Kalau panjanag umur dan murah rezeki, Atok Nin, nenek Mun, Atok Arshad dan Nenek Win akan ke tanah suci pada 20/2/2001. Semuga hajat mereka akan tercapai……..Dalam kesibukan….”PRANGGG………Mangkuk kuih pecah dan Adique lari lintang pukang terus peluk abah ! Rupanya dia lepaskan mangkuk tu sebelum Kakak Syiera sempat sambut. Ada–ada saja Adique ni……..

4/1/2001 – Mama kembali bekerja selepas seminggu bercuti. Pasti Adique terasa kehilangan sebab dah seronok “berkepit” dengan mama sejak Hari Raya lagi. Pagi ni tentu dia melalak cari mama. “ni…mama ?
(maknanya “mana mama ?)

6/1/2001 - Adique suka menyanyi dan sukakan lagu Britney Spears . Dia akan menyanyi sama dan cuba mengikut sebutan lagu asal. Ada satu lagu favourite dan dia kan minta lagu “I…..I …..” kerana chorus lagu tu sebut “I’m…I’m ….Stronger” . Apabila ada musik dia akan capai kayu hoki dan berlagak seperti orang main gitar ! Pernah dalam perjalanan nak balik kampung, Adique leka menyanyi “la…la…la…” Bila mama tanya dia nyanyi lagu apa, dengan selamba adique kata dia nyanyi lagu “la,la,la”. Betul jugak ! Terasa bodoh nya mama . Kakak ,abang dan abah semuanya gelakkan mama !

7/1/2001 – Kita ke Toys R Us dan belikan adique Fire Truck dan Forklift. Seperti biasanya Adique akan buat pilihan sendiri. Please…please…..Adique merayu. Tapi kalau dia tak suka dia kan terus kata “NO” sekalipun di tawarkan berkali-kali. Malangnya kalau dia dah buat keputusan , jangan harap dia akan dengar cakap abah sekalipun di pujuk berkali-kali ! Lepas minum petang di situ, tiba-tiba Adique merengek minta di belikan gitar sedangkan tadi dia tak mahu. Terpaksa lah kami berpatah balik ke Toys R Us ……





8/1/2001 – “Mama je ? Abah je ? (mama kerja ?abah kerja ?) Adique bertanya setiap kali mama talipon dari pejabat. Itulah alasan yang mama berikan supaya dia berhenti berborak di talipon! Boraknya bukan kepalang tapi sebenarnya mama tak faham ! Cuma yang jelas dia akan beritahu senarai barangan yang perlu di beli termasuk susu,gula-gula,batteri,mainan dan macam-macam lagi. Mama jawab ‘ye’ saja supaya dia tak meradang !
12/1/2001- Mama, Adique nak beli “birday to you” ! Adique minta di belikan kek lengkap dengan lilin “ birthday to you “ !!! Dia ingat hari jadi di sambut hari-hari dan ikut suka saja !

15/1/2001 – “Adique nunuh mama……ati ! “ (Adique bunuh mama…mati ! ) Marah sangat adique sampai nak di bunuhnya mama. Semuanya gara-gara marahkan mama gosok kepala dia dengan towel lepas mandi. Sekarang ini adique dah pandai cakap macam-macam samada meniru cakap kami ataupun dari televisyen. Pernah mama marah adique lekitkan kereta dengan gula-gula dan dia menjawab – “kotor eh..eh..(kereta) adique, adique ashuh (basuh) eh..eh..adique !! Betul jugak kata dia, kalau kotor basuh je lah !!

16/1/2001 – One, two, three…..siji , lolo (loro), papat !! Waduh……aduh-aduh….antara loghat jawa yang adique tiru dari bibique !

18/1/2001 – “ma….papa…..ibu…..adique nak mandi “ semua nama di panggil kerana mama enggan jawab ! Dia bukan nak mandi tapi nak main air . Macam-macam alasan di berikan termasuk “nak ashuh tangan” , “adique nanas (panas)” dan “adique nak “piss” ( kencing)……bab “panas” tu mama masih boleh buat pekak tapi bila dia kata nak “piss” mama terpaksa bawa dia ke bilik air takut dia betul-betul nak kencing !! Tiba masa nya dia kencing sikit saja dan terus capai botol main air sambil tersenyum. Nak kena budak ni….kecil lagi dah pandai trick mama .

20/1/2001 – Bila di minta tunjukkan arah ke rumah nenek ….inilah jawapan Adique ;

“Atash (atas)…..tush (terus)…..pushing (pusing)…..walaupun pelat tapi banyak perkataan yang dia dah tahu ! Abah kata adique ni pelat sebab manja sangat …

21/1/2001 – “Adique beli otan (rotan) …..otan bibique ! Adique ubit (cubit) bibique ! Setiap kali bibique ugut nak rotan….adique akan ugut bibique balik ! Sudah pandai menjawab dan berdalih…….

22/1/2001 – Bila di tanya samada Adique bergaduh dengan kakak atau tidak……Anis “ish” (pukul ) bobot (bontot) ! jawab Adique. Dia dah pandai mengadu…….siap di tonggengkan punggungnya untuk tunjukkan pada mama tempat dia kena pukul ! Rupa-rupanya mereka main perang-perang dan Anis tertembak punggung adique !! Kakak Sha pula ceritakan hal Adique yang asyik menonggeng dan bila di tanya samada dia nak “yak” dia jawab “no”. Sebentar kemudian dia beritahu……..Sha, Adique “pooch” (kentut)……
“ushuk” (busuk) dan terus tergelak nakal ! Macam tulah dia…….dajal !! Baru 3 tahun dah pandai menyakat kakak…….pernah dia menceritakan dengan bangga kepada mama ……Adique “pooch” Anis …Ha…ha…ha….!!!


24/1/2001 – Cadangan kita nak ke Cameron Highlands terpaksa di batalkan sebab tak dapat hotel. Last minute booking- mana boleh ! Hari ini dan esok adalah raya china…….mestilah penuh ! Akhirnya kita picnic di Ulu Yam…..seronok jugak. Tapi Adique yang leceh sikit……dia tak mahu cecah pasir sungai kerana geli ! Kami terpaksa dudukkan dia atas batu-batu dan dukung dia…kalau ringan tak apa juga…! Dah dekat waktu nak balik barulah dia mahu jejak kaki …..

25/1/20011- Lepas shopping di Carrefour, kita hantar abang dan kakak di stesen LRT untuk ke Pasar Seni. Semua orang minta duit belanja termasuk Adique. Kita cuba tipu Adique kononnya nak ke sekolah tapi Adique kata dia pun nak pergi sekolah jugak ! Apa lagi……..meraunglah !!!!!

27/1/2001 – Kenduri doa selamat di rumah atok Ampang . Insyaalah, 20/2/2001 nenek dan atok akan ke Mekah. Mama sibuk bekerja…adique sibuk menyalak ajak balik sejak malam tadi. Pasal itulah mama malas nak bermalam di rumah orang !

3/2/2001 – Giliran Nenek Win dan Atok Arshad pula buat kenduri. Hati mama senang memikirkan mereka akan menemani atok dan nenek di tanah suci. Mula-mula Adique elok duduk di atas riba abah …..tapi sedang tetamu sibuk membaca doa dia pun sibuk merengek cari mama ! Tak sudah-sudah berkepit dengan mama…..sampai bila nak macam ni ?

5/2/2001 - Adique menangis sedih sambil melambai mama. Buat pertama kalinya dia tak
minta nak ikut…nampaknya Adique dah mula faham yang mama kena pergi kerja.

6/2/2001 – Hari ini Adique tak nangis pun bila mama pergi kerja……tapi dia tak mahu tengok mama lama-lama. Menahan airmata agaknya. Abah cepat-cepat halau mama keluar……takut empangan airmata Adique pecah !!!



9/2/2001 – Adique makan “Yee Sang” dengan chop stick ! Best……….itulah komen dia.
Pasal makan ….semuanya best walaupun terkial-kial dia memegang chop stick ! Tiada siapa yang ajar adique gunakan chop stick …dia sendiri yang nak cuba bila tengok kami . “Yee sang” tu mama bawa balik dari Hilton sempena sambutan Gongxi Raya office mama. Tak sangka abah,abang dan adique suka.

12/2/2001 – Sah mama di naikkan pangkat Manager . Seronok dan rasa nak nangis bila di umumkan dalam management meeting. Tapi surat belum dapat lagi . Semoga rezeki kita sekeluarga akan lebih murah lagi……..Insyaalah , projek lebuhraya Seremban – Kuala Pilah abah juga akan bermula tahun ini…….. Mama suruh abah namakan project itu “SPHINX” - Seremban-Pilah Intra -state New X-pressway………sedapkan ?

20/2/2001 – Atok,nenek, atok Chad dan nenek Win berlepas ke Mekah. Semoga selamat pergi dan selamat kembali……Kata Adique, Atok pergi “azan” (sembahyang) sebab semasa mereka mendaftar, azan Asar sedang berkumandang.

22/2/2001 – Dah dapat surat pengesahan naik pangkat !! Senang hati…Jom celebrate !!!.

27/2/2001 – “Adique panggil polis tangkap mama !” Ada ke seorang anak cakap macam tu pada mama dia ?! Bila kami balas dengan mengatakan nak beli rotan, cepat-cepat adique jawab …. “kedai dah tutup!” …

9/3/2001 – Pintu dapur berdentum tertutup di tiup angin. Adique pun terus merungut “ Sakit telinga Adique…pintu apo (dapur) tumpp !! ………sakit hati orang ! tambahnya lagi . Sebenarnya dia maksudkan “sakit jantung” tapi di sebutnya “hati” ……..
10/3/2001 – Kita buat “surprise” birthday untuk abah semasa di MS Garden, Kuantan. Mama dan Kakak Sha berpakat untuk beli kek senyap-senyap dan kek di beli semasa kita turun swimming. Mujurlah shopping kompleks bersebelahan dengan hotel. Lepas tu kita terpaksa balut kotak kek dengan tuala dan seludup masuk bilik. Yang kami risau ialah bila Adique sibuk menyebut “birthday to you” bila dia nampak kami beli kek ! Mujurlah abah tak perasan sebab adique selalu minta di buatkan kek “birthday to you”. Semasa abah sedang mandi, mama cepat-cepat pasang lilin dan simpan dalam almari . Mulut Adique dah kecoh bila nampak lilin tapi abah tak dengar sebab leka mandi. Sebaik saja abah buka pintu bilik air, mama tutup lampu dan semua orang nyanyikan
abah . Yang paling sibuk nak tiup lilin pastilah adique ! Mama bubuh empat batang lilin saja sebab kalau mama nak letak 44 batang…hancur kek…ha…ha…ha !!

13/3/2001 – Adique dah pandai menyakitkan hati orang dan sambil berlagak dia kata “ini mama Adique…….” pada abah ! Bermulalah episod balas membalas antara abah dan adique. Yang teruk ialah mama kerana di tarik kekiri dan ke kanan !


30/3/2001- Mama seminar di Awana Genting , Adique pula ke Kuantan dengan abah sempena hari “jualan” di sekolah kakak Sha dan Anis. Adique kurang sihat dan meragam sedikit. Dalam perjalanan pulang dari Kuantan , Adique jemput mama di Genting. Belum sempat habis makan, adique dah meragam ajak balik. Biasalah…….

4/4/2001 - Malam ni kita tidur rumah nenek sebab nak bersedia menyambut atok dan nenek pulang dari Mekah . Kita nak “operasi” bersihkan rumah sebab dah lama di tinggalkan . Biar nenek dan Atok lega………..Kecoh sekejap bila mendengar berita kononnya penerbangan nenek akan tiba lewat !

5/4/2001 - Pagi-pagi lagi mama dah contact Tabung Haji dan KLIA untuk mengesahkan waktu ketibaan dan syukurlah semuanya seperti yang di jadualkan. Jam 4.00 petang Nenek, Atok, Atok Chad dan Nenek Win tiba di sambut dengan airmata kegembiraan. Dah tertunai hajat mereka untuk menunaikan fardu haji dan alhamdullilah mereka dapat menjalankan nya dengan lancar. Mereka kelihatan riang dan berseri…..

7/4/2001 - Sah mama mengandung ! Gembiranya tak terkata……..semoga mama di kurniakan anak perempuan walaupun mama akan tetap gembira sekalipun ia lelaki. Mama terus peluk Adique………nampaknya “adique” dah nak jadi “abang”…..Tapi mama janji akan tetap manjakan Adique seperti biasanya…..


19/4/2001 - Mama jumpa doctor dan lihat denyutan jantung baby buat pertama kali. Mama di jangka bersalin pada 29/11/2001. Sempatlah kita sambut harijadi Adique yang ke 4 . Mesti lebih gamat !!!

25/4/2001 - “Mama…..apa ni ? “ Pantang jumpa benda pelik sikit, Adique pasti akan bertanya. Lepas mama jelaskan, adique akan menjawab ooooooh……..! Tak tahulah samada dia benar-benar faham atau tidak ! Sejak dah pandai bercakap , loya buruknya bukan main lagi. Ada saja alasan yang di beri. Kadang-kadang tu logic , kadang-kadang nampak sangat dia menipu !

27/4/2001 -Kita ke Kuantan . Waktu makan malam di restoren , Adique buat kecoh macam restoren tu abah dia yang punya ! Gelak nya sekuat-kuat hati sampaikan pelayan di restoren pun menggelengkan kepala.

28/4/2001 - Kita naik boat cruising sungai Kuantan. Seperti biasa, Adique melalak ajak balik. Dalam hutan paya bakau pun suara dia yang lantang kedengaran. Sewaktu dalam pelayaran pulang, kita dapat saksikan burung helang menangkap ular. Kecoh Adique !!!

12/5/2001 - Adique beli “pet” yang pertama………ikan emas . Modal kesemuanya
RM 100 . Ingatkan bela ikan lebih murah ! Tapi sekurang-kurangnya tak perlu menghidu bau busuk tahi kucing !

………..malangnya setiap pagi Adique akan menjerit memberitahu ikannya dah mati. Lepas empat hari……….keenam-enam ekor dah mati ! Sedih hati Adique dan dia minta di belikan yang baru……..

25/5/2001 - Cuti sekolah bermula dan kita jemput kakak di KLIA. Kita tak pasti nak bercuti kemana……hotel semua penuh. Angan-angan nak ke Cameron Highlands.

1/6/2001 - Bercuti di Frasers Hills. Kakak Mariss tergolek kena Chicken Pox……penuh bintik-bintik di muka. Apartment tempat kita menginap pula jadi kecoh bila kita sekeluarga kena “sampuk” hantu Rasputin. Seorang demi seorang akan naik pentas ( tepi fire place ) dan mempersembahkan tarian “Rasputin” di ketuai oleh Kakak Sha . Yang paling lucu bila Adique cuba meniru gaya kakak menari.!!!

12/6/2001 - “Mama……Adique nak piss ! Nee…No….Nee…No….” Begitulah kalau dia nak kencing…..siap dengan bunyi ambulance … emergency !!! Tapi bila nak “yak” Adique enggan ke toilet…..masih minta di pakaikan pampers. (Ooops…sorry , terpecah rahsia !)

15/6/2001 - Adique pulak yang kena chicken pox ! Kelmarin kakak Farisha . Berbintik -bintik badan Adique. Yang geli hatinya…….adique menyalahkan nyamuk ! “Nyamuk yayat (jahat) lah ma……..dia jijit (gigit) Adique ! rungut nya setiap kali terasa gatal.

21/6/2001 - Sebelum ke MII, mama ke klinik untuk ‘check-up’……..ada problem sikit. Uri mama terletek di bahagian bawah perut, sebab itulah mama selalu terasa sakit terutama bila nak berdiri. Doktor nasihatkan mama supaya berjaga-jaga takut berlaku pendarahan . Kata doctor kandungan mama masih di peringkat awal…..harap-harap baby akan berpusing dan uri akan beralih. Mama berdoa agar semua selamat……..


1/7/2001 - “Besar bobot (bontot) mama……..ipi itit (tepi sikit) ! Adique nak tengok
VT (tv) .” Bukan main lagi Adique mengutuk bontot mama gara-gara mama terlindung TV . Sejak dah pandai cakap……..macam-macam dia komen !

7/7/2001 - Ketika sedang makan malam di Hyatt Hotel (birthday Kakak Sha) tiba-tiba Adique menjerit “Mama…….orang tu shame-shame tak pakai baju ! …. sambil menunjuk ke arah seorang wanita yang seksi berpakaian “bare-back” ! Cepat-cepat mama suruh Adique diam. Mama katakan orang tu nak pergi swim-swim…….. Kalaulah orang tu dengar !

8/7/2001 - Abah larang Adique beli party -pack sebab baru semalam dia dah beli satu packet. Hampir satu jam Adique bersedih dengan linangan airmata hinggakan mama pun menangis sama. Kakak Sha pun turut cuba memujuk tapi adique tetap bersedih. Kecil benar hati dia……

Akhirnya Abah mengalah dan belikan Adique sebuah excavator kecil. Baru lah Adique kelihatan ceria semula. Memanglah tujuan Abah nak mengajar Adique supaya berdisiplin sikit dan bukan membeli sesuka hati……tapi siapa sanggup melihat anak bersedih begitu ? Mama tak sanggup . Malah sekeras-keras hati abah pun akhirnya kalah juga……

9/7/2001- “latttttt………na ! jerit Adique bila di suruh sebut “Ratna”. Susah betul nak menyebut huruf “R” . Yang lucunya dia tetap kata dia sebut tu dah betul . Dengan bangga Adique beritahu “ tu………Adique boleh cacap (cakap) ! “

16/7/2001 - Sejak dua hari yang lepas, mama tak boleh berjalan hinggakan terpaksa di papah oleh abah atau berpaut pada kerusi. Kaki terasa lemah dan punggung mama teramat sakit. Kata doctor Mama ok - cuma perut mama yang sedang membesar menyebabkan urat mama tertekan langsung terasa sengal. Kali ini mama terasa badan agak lemah sedikit jika di bandingkan sewaktu mengandungkan Faris dahulu…

30/7/2001 - Jam 6.00 pagi mama dah ke KLIA untuk penerbangan ke Labuan. Sedih rasa hati mama tinggalkan Adique terlalu lama , malah lebih lama dari trip yang sebelumnya. Mama akan berada di Labuan sehingga 5/8/2001. Seminggu genap tak jumpa Adique. Setiap hari mama akan talipon dan Adique akan bertanya kenapa mama “kerja jauh-jauh “ dan bila mama nak balik. Kata bibique adique mula terasa sensitive selepas tiga hari…..

5/8/2001 - Mama bawa hadiah istimewa buat Adique - TRUCK SAMPAH ! Kawan mama gelakkan mama …..kata mereka macamlah di KL tak ada ! Mereka tak tahu yang abah dan mama dah puas mencari di merata tempat di KL tapi memang tak jumpa ! Biarlah mereka gelakkan mama…..yang penting anak mama pasti happy bila dapat truck sampah yang di idamkam selama ini… Hampir setiap hari adique berpesan belikan dia truck sampah. Kali ini hajat dia dah pun terkabul .

Hari pertama seperti lazimnya adique bawa mainan baru tidur bersama. Jadi , tidurlah mama di apit oleh Adique dan truck sampahnya !


19/8/2001 - Kita melawat Auntie Izat yang baru bersalin. Dalam perjalanan kita singgah di Ampang Point untuk belikan hadiah . Adique sempat bertanya kenapa mama tak belikan toy untuk baby dia ? Dia juga tanya kenapa baby mama tak keluar lagi….”lambat sangat lah ! “ kata Adique lagi.

Sebelum sampai ke rumah Auntie Izat, kebetulan kita melintasi kawasan projek perumahan dan Adique minta abah berhenti kerana dia nak turun dari kereta. Bila di tanya kenapa, “Adique nak tengok, Adique nak tanya orang tu dah siap ke belum ? “ Kami berdua tersenyum mendengar jawapan dari Adique. Nampaknya Adique ni memang ada talent nak jadi mandor di tapak projek. Dah start training sejak kecil lagi !! Abah tak perlu bimbang…..dah ada calun pengganti. Minat adique pada construction memang “natural” saja. Malah setiap kali nampak peralatan construction , dia akan menjerit “adique nak beli …….habis,ha……bis,habis, habis !! (maknanya nak beli semua sekali lah……) “

27/8/2001 - Kami bawa Adique bersama ke klinik untuk “scan” baby . Tercengang adique tengok komputer dan sesekali nampak gelisah. Adique ni memang tak gemar ke klinik sejak peristiwa dia kena cucuk ubat di buntut kerana demam.
Sengaja mama bawa adique bersama biar dia faham yang dia akan jadi abang tak lama lagi. So far, adique nampak seronok nak dapat baby…Dia suka lekapkan telinga ke perut mama. “Baby nangis ma….” kata Adique !

1/9/2001 - Kita ke Zoo Negara……Mulanya mama tak mahu ikut sebab dah sarat tapi bila adique dah meraung terpaksalah semua orang tunggu mama bersiap. Itupun bila sampai di Zoo Negara, mama “melarikan diri” tanpa adique sedari. Duduklah mama di depan sangkar monyet sementara menunggu you all merayap. Dah tak ada pilihan lain sebab di situ saja kerusi yang terdekat. Kalau mama ikut you all berjalan..harus beranak dalam zoo. Bolehlah letak nama Siti ZOOrina !!! Pagi tu bukan mama tengok monyet tapi monyet tu yang terpaksa tengok mama…..Lawatan ke Zoo negara terpaksa di sambung naik keretapi…..sebab mama tak larat.

3/9/2001 - “Mama….adique sayang mama . Adique nak ‘tiss’ (kiss) mama please “ pinta adique dengan penuh kemanjaan. Buah hati mama ni kalau baik macam ‘angel’ tapi kalau nakal macam @#$)&8* !!!

4/9/2001 - “Nanti adique ‘mam’ (makan) sayur baru tahu “ Begitulah ugutan adique setiap kali di usik . Gara-gara menonton cerita Popeye ! Lucu bila dia bergurau dengan abah dan masing-masing berebut nak makan sayur (kononnya) dan terus melepaskan tumbukan berputar !! Sakit badan abah bila kena tumbuk sebab adique akan lakukan dengan sepenuh hati ! Tambahan pula dengan badan adique yang solid tu .

11/9/2001 - Kita sama-sama menonton tragedy menara kembar pusat dagangan dunia
New York di rempuh kapal terbang. Selalunya Adique akan marah bila
channel TV di tukar tapi kali ini dia pun turut kecoh melihat letupan dan
bangunan runtuh . Malang nya mulut adique terlalu riuh bercerita hinggakan
kami tak boleh dengar apa kata pemberita CNN ! Yang lucunya adique kata dia “no (tak) jadi balik Kuantan sebab plane dah letup” !! Abah pula nak panggil Adique “Osama Bin Laden” sempena nama pengganas yang di syaki memandangkan adique terlalu nakal.

17/9/2001 - Ma………bila baby nak keluar ? Itulah pertanyaan adique setiap kali dia cium perut mama. Hampir setiap petang adique akan cium perut mama dan kata “baby…..adique sayang you ….” Dia tetap pertahankan dirinya sebagai “adique” walaupun berkali mama suruh panggil dirinya “abang”. Bila mama kata tunggu baby besar dulu, adique merayu “kecil pun tak apa lah……”.
Katanya kawan-kawan dia semua dah ada baby.

24/9/2001 - Adique melompat dari kerusi keatas karpet dengan aksi “Ultraman”. Abah yang terkejut terus melarang sambil memberitahu yang kaki adique mungkin terseliuh dan sakit nanti. Dengan selamba Adique menjawab “tak apalah, sakit kaki boleh urut……” . Bengang abah mendengar jawapan dari adique dan dia hanya mampu tersenyum . Orang dah pandai cakap !

Dengan napkin yang di ikat di bahu seperti sayap , Adique meneruskan aksi “Ultraman” di perhatikan oleh abah tanpa sepatah kata…….

27/9/2001 - Doktor Jemilah pula mengesahkan kandungan mama baby perempuan. Seronok tak terkata. Bolehlah beritahu Kakak Sha …..dia kan nak jadi “fashion designer” untuk baby. Mama nak namakan baby “Mira Alisya” tapi tentulah kena tunggu approval dari abah…….

29/9/2001 - Kita ke KLCC nak belikan kasut untuk Adique. Abah hampir hilang sabar kerana Adique enggan mencuba dengan memberikan berbagai-bagai alasan. Belum pun sempat kasut di sarungkan , adique dah kata sakit ! Dia lebih suka ke kaunter stokin dan memilih stokin gambar “Ultraman” . Lepas satu-satu kami tunjukkan design kasut dan tiba-tiba dia berkenan kasut boot kulit warna biru gelap dan terus minta di pakaikan. Dah pandai memilih anak bujang mama rupanya…….

30/9/2001 - Bertepatan dengan gelaran “little tyke” , Adique sempat berpesan pada Abang Zeck sebelum keluar shopping . “Abang Zeck jangan pergi mana-mana……duduk munah (rumah) saja ! Siapa ‘abang’ dan siapa pula ‘adik’ ? Dunia dah terbalik……!!!

2/10/2001 - Auntie Nurul pula bersalin . Bertambah kecoh Adique bertanyakan bila baby dia pula nak keluar. Adique suka betul dengan baby…..Dia dah tak sabar kerana Kakak Syira dan Zariq dah dapat baby masing-masing. Nampaknya kita kena cari nama lain sebab Auntie Nurul dah pun namakan baby dia “Alisya”. Mungkin kita bubuh Misya Dhania ? Annissa Dhania ? Anissa Hanis ? Alisya Hanis /

10/10/2001 - “Adique sayang baby…..abah tu jahat ! “ bisik adique pada perut mama.
Bila mama tanya kenapa dia kata abah jahat ……jawab adique “abah tu…..dia kata nanti baby dah keluar dia nangis uwek….uwek….” Mama pesan abah supaya berhati-hati sikit…….Abang Fariz bukan main “protective” dengan baby dia !

19/10/2001 - Management meeting di Guoman Resort,PD sejak semalam. Petang nya Abah, Sha,Marriss dan Adique tiba. Keadaan mula gamat……mujurlah bibique ada membantu. Kalau tidak ….harus terberanak mama melayan karenah masing-masing !! Setiba di bilik, adique terus bertanya kenapa mama tak balik semalam. Bial mama kata sebab adique “buat” mama, terus dia jawab “Adique shorry lah……….”.

21/10/2001 - Lepas tiga hari berjemur , semua orang macam anak Hindu ! Abah terbakar kulit kerana golf manakala yang lain terbakar kerana swimming berjam-jam lamanya . Tapi semua orang enjoy. Sha dapat pakej percutian, Mariss dapat vase dan Adique happy dengan lampu kecilnya. Semasa lucky draw, nama mama yang pertama di panggil……jadi hadiah nya pun yang terkecil lah !

22/10/2001 - Mama ke hospital untuk routine check-up. Alhamdullilah confirmed tak ada kencing manis. Doktor juga mengesahkan yang anak mama itu perempuan…..”hamburger sign” nampak jelas sekali.

31/10/2001 - Tak puas hati…….mama suruh doctor confirm sekali lagi. Sahih perempuan dan dia print sekali image scanning yang di lakukan. Siap di tanda kan anak panah menunjukkan jantina baby ! Kita dah tetapkan 12/11/2001 untuk pembedahan……..sama dengan birthday Adique . Mama berdoa semuanya berjalan lancar dan di kurniakan anak yang sihat dan sempurna….
Selesai jumpa doctor……tiba-tiba Adique merengek sambil marah-marah . Rupa-rupanya dia sangka mama dah nak keluarkan baby ! Patient lain yang berada di bilik menunggu pun tersenyum melihat mama memujuk Adique yang dah tak sabar lagi nak tengok baby . Kata Adique kawan-kawan nya semua dah ada baby, jadi kenapa baby dia belum juga keluar-keluar ? Lambat sangat , kata Adique lagi.

4/11/2001- Kita sarapan di kedai tosei dekat Ampang Point dan terus kerumah nenek sementara abah pula ada meeting. Petang itu kita ke Supermarket Giant pula bersama famili Mak Ngah dan nenek. Pukul 9.30 malam barulah abah jemput kita pulang. Dalam perjalanan pulang, Adique meleteri abah bila di beritahu yang dia masih ada meeting. “dah malam pun tak habis-habis kerja. Tak payah, duduk munah (rumah) saja. Nanti adique kunci pintu…..adique buang kunci hilang ! “

Mama tergelak…….padan muka abah ! Anak pun dah pandai complain. “Tolong lah Dik…jangan garang sangat…..abah takut !!!

5/11/2001 - Bila di beritahu yang mama akan namakan baby girl “Alisya Dhania”……Adique komen “macam nama kawan Adique, Daniel je……apa sama saja ? “ Tak sangka Adique nak komen macam tu ! Bukan main lagi anak mama seorang ni…….Tentang nama Alisya tu dia tak komen pulak . Dah setuju agaknya ?

7/11/2001 - Last day sebelum cuti panjang……..meja di office sudah “clear” . Esok mula bercuti untuk berehat sebelum operation pagi Isnin 12./11/2001.

11/11/01 - “Lapur diri” di Ampang Puteri . Adique kelihatan riang bila di beritahu yang mama nak “keluarkan “ baby walaupun sesekali dia akan bertanya kenapa kita semua ke hospital. Bermulalah episod tidur di Wad/bilik 317…..mama atas katil manakala Abah dan Adique tidur di lantai beralas selimut tebal dan tilam bujang. Kali ini kita tak dapat katil extra…….tak cukup ! Mama resah tak boleh tidur - tension, takut ! Bilik ini cuma selang beberapa pintu dari bilik 323 - bilik Faris dulu…….


12/11/01 - Pukul 1.30 tengahari troli sampai di bilik . Mama dah bersiap sejak awal pagi kerana operation asalnya di jangkakan pukul 9.00 pagi tetapi tertangguh akibat patient terlalu ramai . Sementara menunggu doctor sampai, mama sempat melihat keadaan dalam bilik pembedahan. Berderet patient terbaring…ada yang menunggu giliran , ada yang masih belum sedar dari pembedahan. Makin kecut perut mama. Inilah yang di maksudkan “penantian itu satu penyiksaan” !
Jam 2.00 petang mama sudah terbaring “bersedia” di meja pembedahan. Tangan dah tersedia di suntik cuma menunggu masa untuk di bius. “Doktor dah datang “ nurse beritahu.

“Ini oksigen, sedut perlahan-lahan, mengucap” kata-kata akhir dari nurse sebelum mama lelap …………………………….

Hari dah petang barulah mama tersedar. Kecewa dan berdebar bila di beritahu yang baby tak boleh menangis semasa di lahirkan dan terpaksa di simpan dalam incubator . Hasrat mama nak tengok baby sebaik saja tersedar , macam waktu mama melahirkan Adique dulu. Sudahlah badan lemah…..bertambah lemah bila tak dapat tengok anak mama.

Kakak Sha dan Kakak Marris yang baru tiba dari Kuantan pun rasa kecewa kerana tak dapat tengok baby……..

13/11/2001 - Hanya abah yang berulang alik ke nursery mengikuti perkembangan baby. Kata abah pernafasan baby terpaksa di bantu dengan corong oksigen. Paru-paru baby di penuhi cecair hinggakan dia tak boleh bernafas . Baby tak boleh di bawa keluar dari nursery, jadi terpaksalah mama bersabar dan tunggu hingga terdaya turun dari katil. Kali ini mama rasa lebih gagah dari sewaktu kelahiran Fariz. Doktor pun terkejut kerana mama tidak banyak menggunakan morphine yang di sediakan untuk menahan sakit.

14/11/2001 - Dengan perlahan-lahan mama turun dari katil. Sakitnya tuhan sahaja yang tahu. Mama ke nursery dan melihat baby buat pertama kali. Merah kulit baby terbaring dalam incubator. Rasa terharu tengok tangan nya bercucuk jarum dan termengah-mengah bernafas. Mama Cuma dapat memegang baby tapi tak dapat nak peluk. Air mata mama mengalir deras tapi mama bersyukur kerana baby selamat walaupun ada sedikit kesulitan. Bersyukur sangat kerana di kurniakan sepasang anak sekalipun amat seksa…….

15/11/2001 - Mama keluar dari hospital . Baby masih perlukan rawatan dan pengawasan jadi terpaksa di tinggalkan di hospital buat seketika. Rasa “kosong” bila balik tanpa baby . Kini tahulah mama apa perasaan seorang ibu bila kehilangan anak…… Walaupun mama tahu anak mama selamat di hospital, airmata mama tetap mengalir bila nak pulang.






16/11/2001 - Susu mama membengkak kerana tidak di hisap baby. Puas mama cuba memerah gunakan pump, tapi tak berhasil. Akhirnya tiada jalan lain melainkan “pinjam” baby Aiman , anak Mak Ngah. Selepas Aiman menyusu barulah susu mudah mengalir dan boleh di pam keluar. Kiranya Aiman dah jadi anak mama jugalah………walaupun hanya menyusu sebelah kanan sahaja.

Tiap-tiap hari mama perah susu dan abah akan hantar ke hospital . Baby tetap di berikan susu badan walaupun mama tiada di hospital. Hati mama puas walaupun tak dapat susukan sendiri.

17/11/2001 - Kata abah baby dah nampak lebih kuat…..mungkin akan discharged tak lama lagi. Mama dah tak sabar menunggu .

19/11/2001 - Baby tiba di rumah jam 3.15 petang . Seronok bukan kepalang dan terus mama sambut dari pelukan abah. Itulah pertama kali mama dapat peluk dan cium baby. Kami letakkan baby di sebelah abang Fariz yang nyenyak tidur . Bila tersedar, Fariz terus cium baby. Terubat lah hatinya…….lama sangat tunggu baby nak balik dari hospital.

4/12/2001 - Umur mama genap 37 tahun dan mama dapat hadiah harijadi istimewa…. anak perempuan yang mama hajat kan ! Termakmul doa mama selama ini. Walaupun tak ada celebration dan abah pula ada jemputan berbuka puasa diluar, mama tetap happy makan ayam panggang “Kenny Rogers” bersama kentang bakar yang abah belikan.

7/12/2001- Ulang tahun perkahwinan yang ke 5. Ada peristiwa hebat………Adique “yak” di toilet buat pertama kalinya ! Selama ini dia enggan walaupun di paksa. Macam-macam alasan yang akan di berikan setiap kali bila di suruh. Satu masalah dah selesai, tapi ada satu lagi……..macam mana nak putus dari botol susu ?

16/12/2001 - Hari Raya Puasa. Kita beraya di Ampang sahaja. Doktor tak galakkan travelling kerana Dania masih under observation. Lagi pun dia baru saja berumur 35 hari ! Imran seronok sakan collect duit raya. Rezeki Dania pun murah . Di celah bakul tidur sentiasa ada Ang Pow !

20/12/2001 - Mama sendiri terasa yang mama dah jadi panas baran. Abah kata mama kena “post natal” blues. Adique selalu kena marah dengan mama apabila nakal sedikit…..Apakah kesakitan yang mama tanggung membuatkan mama cepat marah ? Sedih hati mama bila lihat Fariz tertidur. Rasa bersalah yang teramat bila mengenangkan yang mama telah memarahi nya sebelum ini….
Adique………bila Adique baca ini nanti, Adique tahukan yang mama sangat sayang you……


31/12/2001 “Open House” di rumah nenek . Mama “sorok” Dania dalam bilik kerana ada tetamu yang demam dan ramai yang merokok. Mama takut Dania lemas dan sesak nafas. Terpaksa pulang awal kerana rumah nenek dah sesak dengan tetamu.

Sempat tengok bunga api di KLCC dari balkoni …….Tahun baru lagi …..

Posted at 04:29 pm by mazni
Make a comment

Year 2000

Year 2000

18/5/2000-Lamanya mama tak tulis diary Adique……..tapi hari ini mama sambung semula . Mama mesti tulis kenangan ini . Waktu Mama sedang study, Adique tiba-tiba datang sambil mengepit “Bird”. “Mama….Pis ! Mama… pis…” Sangka mama Adique minta spray nyamuk macam selalu, tapi rupa-rupanya nak kencing ! Kelam kabut mama dukung Adique ke bilik air ! Dah pandai rupanya anak mama , tapi malangnya Adique akan beritahu mengikut sedap rasa. Adakalanya , Adique akan selamba pancut atas lantai……..

26/5/2000 - Mula-mula Adique ambil club, kemudian bola , lepas tu topi dan akhir sekali kasut………terus menuju ke pintu. Nak pergi main golf !! Dari hari itu bermulalah episod main golf setiap pagi. Bila abah talipon dari pejabat bertanyakan Adique, mama kata Adique tak ada..sibuk main golf ! Abah tergelak….

27/5/2000 – Abah belikan club plastic dari pasar malam. Malam tu jugak club tu retak ! Dengan gaya yang mengalahkan professionals, Adique hayun club terlalu kuat. Mujurlah bola yang di gunakan hanya bola Ping Pong..kalau tidak, pasti banyak benda yang berderai.

28/5/2000 – Pukul 7.00 pagi Adique dah celik mata main golf. Sedang asyik bermain, tiba-tiba adique teringatkan abah dan terus kebilik mengejutkan abah dari tidur - ajak main golf ! Abah merungut……..kena dera bangun awal. Selalu bangun pagi.tee-off pukul 7.00, tak kan tak boleh bangun pukul 7.00 tee-off dengan Adique ? Ha…ha…ha…Nanti abah boleh beritahu yang anak dia mula main golf sewaktu berumur dua setengah tahun. Tepi sikit “Tiger Woods”…ini dia “Lion Iron” ……..

29/5/2000 – Mama mula exam……..harap-harap boleh lulus. Kalau lepas, mama grad hujung tahun ini. Dugaan paling hebat bukan examnya, tapi Adique ! Asyik merengek hinggakan mama terpaksa menyorok didalam bilik. Adique extra mengada-ngada kalau mama ada. Kalau dia tak nampak atau tak tahu yang mama sebenarnya ada dirumah, .elok saja dia bergurau senda dengan bibique * Majlis perkahwinan Auntie Nina di Kelantan . Apakan daya kita tak dapat datang sebab Mama exam.

1/6/2000 - Merdeka……..mama dah habis final exam ! Petang tu jugak mama bawa Adique lepak di KLCC. Kita makan Kentucky Fried Chicken di tepi air pancut sambil menunggu abah tiba. Macam-macam yang Adique beli. Aiskrim, gula-gula, fries & coke. Badan Adique semakin bulat !! Hari-hari beli aiskrim.

2/6/2000 - Mama baru booked flight ke Kuantan untuk tengah malam ini. Malangnya bilik hotel penuh sebab cuti sekolah. Macam mana ni….?

3/6/2000 – Check-in di Hotel Classic pukul 1.30 pagi. Mujurlah kawan abah Uncle Kamalruddin tolong tempah bilik, kalau tidk terpaksa berkemahlah…..Tujuh hotel di bandar Kuantan mama cuba dapatkan bilik tapi semua sudah penuh ! Maklumlah cuti sekolah…Itupun nasib baik kita tak drive. Boleh tanggal lutut abah tersangkut dalam jam !!! Nanti kita juga yang teruk kena urut ! Adique tidur macam kayu . Semasa dalam flight bukan main aktif lagi. Tak mahu pakai seat-belt dan tak mahu duduk diam. Adique excited nampak “plame”……susah betul nak menyebut “plane” ! Pagi-pagi lagi Adique dah bangun dan pergi sarapan dengan abah. Dah jadi “orang bujang” ! Lebih kurang jam 9.30 pagi, kakak dan abang tiba di bilik hotel di sambut dengan peluk cium dari Adique tanpa di suruh. Rindu benar ……..Terjerit pekik keseronokan. Lepas sarapan di bandar Kuantan, kita terus ke Chukai, Trengganu dan makan ketam bakar . Lepas tu bersambung pula ke Cherating lengkap dengan bekalan buah-buahan , keropok lekor dan satar. Sempat tengok orang jala ikan di pantai. Adique yang tak pernah tengok ikan hidup sebanyak itu terus jadi bisu terpegun . Mama pun jadi macam sakai exited tengok ikan yang banyak. Bukan Adique saja yang terpegun..mama pun menjerit terlalu seronok. Dari Cherating kita pulang makan malam di pantai Teluk Chempedak. Malam tu…..semua orang tergolek keletihan tapi seronok !

4/6/2000 – Masih ada banyak masa sebab flight pulang pukul 9.00 malam. Abang ada Card competition, kita pula ke Sungai Lembing. Sempat bergambar di jambatan gantung ! Sangka kami Adique akan takut dan gayat tapi rupa-rupanya dia lebih berani dari semua…..Sedikit pun Adique tak gayat malah sempat berposing depan camera ! Hajat nak mandi di air terjun terpaksa di lupakan kerana abah sakit perut gara-gara makan kerang rebus di pantai Teluk Chempedak malam tadi. Memang kerang nya kurang segar tapi abah makan juga ! Abah sempat buang air di tepi sungai di sambut gelak ketawa dari kita semua….. Sebelum ke airport, kita belikan basikal Kakak Farisha dan hantar kerumah dengan kereta Pajero yang di pinjamkan Uncle Kamalruddin. Adique menangis merayu-rayu minta basikal tapi macamana nak bawa naik kapal terbang ? Mujurlah Adique nampak “Excavator” dan tukar fikiran. Sewaktu menunggu luggage di airport , semua orang hairan tengok “excavator’ dan tertanya-tanya siapa yang punya. Tiba-tiba terdengar suara Adique menjerit sambil menunjuk kearah “excavator”……………kecoh ! Sebelum tidur abah dan mama sempat “pekena” kopi yang di beli di Chukai. Wangi sungguh hinggakan terkecur air liur ! Lepas tu sambung tengok VCD dengan TV baru………

5/6/2000 - Satu hari suntuk bibiq tak boleh tutup TV sebab Adique nak tengok “Teletubbies”. Abah dah buat kesilapan besar belikan Adique VCD. Kami pun terpaksa tunngu sampai Adique dah tidur baru dapat tengok rancangan TV yang lain ! Sangka mama lepas exam dapatlah tengok video…..rupa-rupanya tengok “telletubies” ! Mampui lah…….

10/7/2000 – Lamanya mama tak menulis diari. Mama talipon MII dan mereka confirmed mama lulus pengajian Cuma keputusan rasmi akan di keluarkan pada penghujung bulan ini. Tercapai juga hasrat mama untuk dapatkan sekurang-kurangnya Diploma . Sekarang ini mama nak fikir samada nak sambung buat ijazah atau tidak ?

13/7/2000 – Sekaranag Adique sibuk tengok cerita “Chicken Run” selepas dah boring dengan “Tarzan”, “Bug’s Life” , “Tigger” dan Ants”. Dah pandai minta CD cerita tembak-tembak ! Adique paling suka cerita kelakar hinggakan tercungap-cungap tergelak ! Tapi Adique selalu menangis marah bila kami tak faham cerita apa yang dia mahu. Bayangkanlah……..Adique tak pandai cakap jadi dia bercakap dalam “bahasa” dia yang tersendiri. Cuma ada beberapa perkataan saja yang jelas seperti “ayam” , “habis” , “ayuh” . Adique dah pandai ke toilet tapi setiap kali hendak buang air…..kecoh satu rumah. Adique very conscious dan tak terkencing atau buang air besar merata-rata. Malah dia akan menangis minta dipakaikan pampers bila hendak tidur. Mungkin dia takut tak boleh control kencing waktu tidur………

14 /7/2000 – He…He…Mama ambil gambar Adique sedang Ok..Ok. ...!! Pasti Adique dah tengok gambar tu kan ? Tersenyum bangga - maklumlah, dah pandai ke toilet. Tapi malam tadi habis tilam basah lencun dengan kencing adique. Paip Adique bocor lah !!! 15/7/2000 - Adique suka berlagak jadi “baby”. Kadang-kadang Adique akan bergolek atas lantai sambil menendang-nendang-macam baby baru lahir. Sesekali Adique akan merangkak dalam rumah. Adique memang suka di manjakan. Adique akan tersenyum simpul setiap kali abah dan mama kata “ Adique………..mama sayang you …” . Terserlah gigi Adique yang ‘bunny’ itu………

18/7 2000 – Wedding reception Auntie Nina di Seremban . Nenek dan Atuk pun ikut sama dan kita sempat singgah di rumah Mak Long Dillah. Adique leka mengejar kucing – antara berani dan takut ! Harap badan je besar.

19/7/2000 – Rumah kita dah jadi “Art Gallery” . Ada banyak lukisan orang “zaman batu” di dinding setiap bilik . Dulu , Adique lukis belakang langsir jadi tak lah ketara sangat tapi sekarang di merata-rata tempat ! Apa nak buat ? Sabar je..lah…

20/7/2000 – Rumah Atok Ampang terpaksa di baiki semalam kerana 10 keping asbestos pecah di pukul angin kencang. Sepanjang jalan kerumah atok, kelihatan banyak pokok tumbang. Memanglah Ampang kecoh dengan angin ribut. Walaupun menakutkan, tapi ramai yang rasa bersyukur hujan turun sebab jerebu semakin tebal dan menyesakkan. Dua tahun yang lepas pun kita mengalami masaalah yang sama. Selain kecoh dengan kes ribut, dalam rumah pun “ribut” bila Adique bergaduh dengan Syiera !!

21/7/2000 – Dari sumber-sumber yang boleh di percayai, Result rasmi Mama akan keluar bila-bila masa sekarang. Jantung Mama berdegup kencang……kalau mama tiba-tiba mati hari ini, tentu kerana serangan jantung ! Tapi mama pohon pada tuhan di panjangkan umur sekurang-kurangnya dapat tengok Adique graduate…..Mama sayang Adique. Tiada kata-kata yang boleh mama huraikan betapa sayangnya mama pada Adique. Adiquelah racun, Adiquelah penawar. Mama berdoa Adique jadi anak yang baik dan nanti jadi seorang ayah yang baik dan penyayang seperti abah juga.

23/7/2000 –Dalam perjalanan ke KLIA, kita singgah di “Toys R Us “ beli mainan. Adique jadi tak tentu arah melihatkan permainan yang sangat banyak ! Berkali-kali Adique tukar fikiran dan kelihatan susah untuk buat keputusan. Tapi Adique seolah dah tahu yang dia hanya boleh beli satu mainan sahaja dan buat pilihan sendiri. Selepas empat kali bertukar fikiran, akhirnya Adique beli keretapi berpusing yang ada loceng. Bising !! Kakak Mariss beli “sofa” dan Kakak Sha beli “Barbie” . Mulanya Abah cuba larang Kakak Sha beli Barbie Doll sebab dia dah dewasa dan baru saja abah belikan mountain-bike tapi abah cair bila tengok kakak Sha menangis! Kakak Mariss pun semalam dah beli Roller blade dan Adique pula dah dapat basikal .Di Airport, kecoh Adique terkencing dalam seluar. Itupun mujur sempat tiba dalam toilet , kalau tidak teruklah mama nak mengesat lantai restoren…..Lepas tu “yak” pulak di tempat menunggu ! Aduh……………

27/7/2000 – Mulai hari ini sehingga Ahad 30/7/200 Mama tinggalkan Adique dengan Bibiq dan Abah kerana berkursus di Gunung Ledang , Melaka. Walaupun Mama akan kesana tengahari nanti, tapi terpaksa bawa beg siap-siap dalam kereta macam pencuri………takut Adique meraung !

29/7/2000 – Terasa rindu sangat pada Adique dan Abah. Aktiviti kursus sangat ketat dan mama hanya dapat talipon sebelum tidur. Waktu lain, Mama sering terkejar-kejar kerana kesuntukan masa. Lepas keluar dari campsite, terus ke dewan makan , mandi cepat-cepat dan masuk campsite semula. Yang menyedihkan lagi, Mama tak dapat cakap dengan Adique sebab dah tidur. Malah Bibiq pun tak galakkan Mama cakap dengan Adique sebab Adique sering merengek mencari Mama………Kesian anak Mama.

30/7/2000 – Setiba di rumah pukul 7.30 malam, Mama terus cari Adique. Selalunya Adique akan beri Mama “Bear Hug” setiap kali pulang dari pejabat, tapi kali ini Adique senyum saja . Walaupun Mama minta pelukan, Adique buat tak tahu saja………..marah agaknya ? 3

31/7/2000 – Mama memang dah mohon bercuti dan hari ini kita duduk di rumah nenek Ampang sementara Abah ke pejabat. Mama turut sama mandi dalam wading pool bersama Adique dan Syahira. Habis porch basah dengan pancutan air dari Adique . Macam tu lah Adique kalau dapat swimming……..seronok sakan. Kira mama bayar hutang lah ni…

4/8/2000 - Seperti biasanya, kita berlepas ke Kuantan pukul 12.00 tengah malam melalui penerbangan terakhir dari KLIA. Kita naik coach dari Stesen LRT Chan Sow Lin sebab abah letih nak drive ke KLIA. Walaupun terpaksa memikul beg tapi mendukung Adique sebenarnya lebih berat dari beg ! Dalam coach Adique minta susu dan terus tidur……..tiada masalah travelling dengan you ! Tiba di hotel jam 1.30 pagi dan bangun tidur pukul 9.30 pagi. Apa lagi, kelam kabut lah talipon abang dan kakak untuk breakfast !

5/8/2000 – Kita ke project site di Gebeng dengan Pajero uncle Kamalruddin. Melopong dan kecoh Adique bila nampak Excavator dan Crane . Uncle Kamalruddin pun geli hati tengok Adique yang begitu berminat dengan peralatan construction. Dia tak tahu yang Adique ini kontraktor Class “A”. “A” untuk “Anak” kontraktor ! Lepas itu kita terus ke Terengganu makan Satar , mee calung dan keropok lekor. Adique jadi tukang kutip sampah dedaun kelapa dan pisang … “Mister perfect” ! Dalam perjalanan pulang kita sempat singgah menunggang kuda dan mandi di Pantai Cherating. Semua chalet penuh jadi tak dapatlah nak lepak –lepak.

6/8/2000 – Pukul 7.00 pagi abah dan kakak Sha dah bangun bersiap untuk ke Hotel Swiss Garden ,ada ceramah motivasi . Pagi itu kita sarapan roti canai dan nasi lemak bungkus dalam bilik hotel. Tak cukup korum nak makan luar sebab kakak Sha dan Abang tak ada. Adique dan kakak Mariss pula leka bergaduh ! Satu bungsu lelaki , satu bungsu perempuan. Dua-dua cengeng ! Lepas check-out dari City View Hotel jam 5.00 petang, kita terus jemput Kakak Sha nak minum petang di pantai Batu Hitam. Sekali lagi Adique melalak nak “Sweeim” ………. Di airport lain pulak jadinya. Penerbangan lewat dari jadual sebab tayar kapalterbang pancit. Sementara menuggu di balai berlepas, Adique order dua aiskrim Conetto RM 6/=. Boleh bankrup kalau penerbangan selalu lewat ! Jam 10.30 barulah berlepas dan kita terpaksa berbaris pulak menunggu limousine. Adique berat macam sekampit beras dan mama terpaksa baringkan di kerusi……..boleh patah pinggang.

11/8/2000 – Mama terima panggilan dari Bibiq dan di sambungkan pula kepada Adique. Sedang rancak “berbual” dengan Adique (walaupun sebenarnya mama tak faham apa yang adique cakap) tiba-tiba Adique menjerit “Mama Piss !! “ Talian terus terputus……..apa lagi kalau bukan kerana Adique ‘emergency’ nak terkencing……….EEEeee budak sorang ni…kecoh !

14/8/2000 – Semalamam Adique merengek hidung tersumbat kerana selsema. Bibique pun “tergolek” demam………Abah pula dah macam ayam sakit. Cuma mama saja yang masih gagah tapi menunggu masa nak “tergolek’ sama…Kesian Adique…….tercungap-cungap nak minum susu. Masalah nya Adique takut makan ubat. Malah kalau di bawa ke klinik, adique akan peluk mama bila nampak doctor……..musuh ! Mama tinggikan bantal supaya adique boleh bernafas itupun berkali-kali adique terjaga dan menangis….Yang geli hatinya, walaupun demam, adique tetap nak tidur telanjang. Tahu-tahu seluar mama basah kena pancutan kencing adique. Ni yang leceh ni……….

17/8/2000 – Terdengar suara Adique ketawa berdekah-dekah di taman permainan. Entah apa yang lucu. Hampir setiap pagi Adique akan turun main dengan Bibique supaya tak nampak mama pergi kerja. Biasalah. Adique ni kaki melalak !

21/8/2000 – Abah dan mama bertengkar, Adique yang mengigau semalamam. Sekejap-sekejap Adique akan menjerit Abah ! Mama ! dan terus menangis. Kesian Adique………Selepas mama peluk dan pujuk barulah Adique boleh tidur semula. Punca kami bertengkar kerana mama kata “jangan beritahu I lah ……….orang suruh pergi hospital degil ! “ bila Abah mengadu kencing tak lawas. Malam tu jamuan satay kita spoilt……

23/8/2000 – Mama tarik diri dari hadiri kelas malam tapi tetap akan ambil periksa bulan Oktober nanti. Mama belajar sendiri…….kasihan pada Adique yang cuma dapat jumpa mama pada waktu malam sahaja. Pagi-pagi lagi Mama sudah ke pejabat dan pukul 10.00 malam baru sampai rumah kalau ada kelas. Agaknya pasal tulah Abah dan Adique cranky ! Dua-dua cranky, susahlah mama…Jadi hari ini mama terus batalkan pendaftaran…Abah belum tahu lagi ! Esok kita akan ke Awana Kijal-mama ada Management meeting . Seronoklah Adique dapat jumpa kakak………

24/8/2000 – Macam biasalah …abah janji nak bertolak ke Terengganu pukul 2.00 petang tapi jam 3.00 baru balik. Mama dah risau takut tak sempat sebab dinner bermula jam 8.00 di ikuti dengan meeting jam 9.00. Kita tiba tepat jam lapan malam . Mama terus mandi dan turun makan. Kerana terlalu kelam kabut, hilang selera……….Mama tinggalkan abah dengan Adique dan terus ke dewan mesyuarat.

25/8/2000 – Awana Kijal meriah kerana kebetulan ada pertandingan Wau. Abah pula seronok dapat jumpa kawan lama yang datang ke Kijal untuk pertandingan Golf ahli kelab pelajar MCKK (MCOBA). Jadi abah pun join sama esok. Bagus juga…tak lah abah boring nanti.

31/8/2000 – Kita jemput kakak Sha dan Mariss di KLIA. Suasana lengang kerana cuti Hari Merdeka. Adique seronok sekali nampak kakak bila terjaga dari tidur. 1/9/2000 - Shopping di Reject Shop, Ampang Point. Kakak Sha dan Marrss memborong pakaian. Kakak Sha dengan fesyen “Bell bottom” tapi Kakak Mariss fesyen biasa saja……..Berbeza citarasa !

5/9/2000 - Pagi-pagi lagi Mama dah masak pulut durian buat minum petang dan kek untuk bekalkan abang Zeck. Kakak Sha terpaksa pulang malam ini walaupun cuti masih panjang kerana ada kelas tambahn untuk peperiksaan darjah enam. Abang Zeck pula tak dapat datang sebab peperiksaan percubaan SPM akan bermula sebaik saja sekolah di buka semula. Kakak Mariss saja yang masih relax tapi tak mahu tinggal di KL sebab takut pulang Kuantan seorang diri….Sebaik saja Kakak masuk dalam balai berlepas, Fariz meraung lagi…..

6/9/2000 – Rumah kembali sunyi….Adique main seorang diri……Kesian dia. Sekarang ini Adique sibuk belajar bercakap. Lega hati mama sebab umur Adique sudah hampir mencecah 3 tahun tapi masih belum petah bercakap. Adique selalu menangis marah bila kami tak faham apa yang dia mahu. “Abah amik pepers” (abah ambil pampers) . “Abah beli shushu (susu) ……..habish (habis) ! “ Amik oba” (ambil ubat)” “ Portish (polis) “ “ Shi (kerusi)” “fishy (fish) “ “ chi..chi (chicken) “ “VT” (sebenarnya “TV”) tapi Adique tetap kata dia yang betul ! “abah amik bupu (buku) “ “ Ula-la (gula-gula)” Pantang tersilap sikit , Adique akan menepuk dahi dan sebut “Allah…………”

11/9/2000 – Kita keluar makan di Sea Food Terminal, Kampung Pandan. Abah suka makan “steam boat”, Ikan kukus dan seafood bakar di situ kerana rasanya sedap dan berbeza dengan tempat lain. Adique pun tak kurang seronok dapat main masak-masak. Habis semangkuk marjerin di tuangnya. Kami geli hati dan kagum dengan kebolehan Adique menggunakan chop-stick. Sangka kami hanya secara tak sengaja saja dia dapat kepit makanan tapi habis semua makanan di atas dapur dapat di ambilnya. Memang hebat anak mama ni kalau pasal makan !

13/9/2000 – Jam 11.00 malam Mama dan Abah melawat Uncle Rosli di Hospital Gleneagles . Dia mengidap Hepatitis B macam arwah Wan, ibu abah. Kesian dia kesakitan kerana sendi-sendi badannya semua berdenyut. Sampai di rumah Adique dah tidur… Abah kata Adique kalau dah tidur macam “angel” ! Bila dah terjaga macam …..(tak payah cakaplah…) Jam 12.30 malam Adique terjaga dan terus ajak masuk bilik. Macam itu lah Adique sekarang, tak selesa tidur tempat lain kecuali tilam dia sendiri. Kadang-kadang Adique teragak nak tidur atas katil mama tapi selepas lima minit Adique akan ajak mama baring di tilam dia …….minta susu dan tidur semula. Cerewet sangat. Nak terkencing pun satu masalah kerana Adique tak mahu masuk public toilet atau toilet di rumah sesiapa. Dia lebih rela kencing di tepi longkang !! Pernah Adique terkencing dalam seluar sewaktu di KLIA kerana tak tertahan lagi menahan kencing. Dia tak mahu masuk dalam toilet walaupun toiletnya bersih. Pekerja disitu pun tergelak melihat perangai Adique.

24/9/2000- Kita hantar Abang dan Kakak ke KLIA. Mereka datang naik bas hari Jumaat ke KL kerana abang ada pertandingan “Magic-The gathering” di Sunway Lagoon. Abang menang seri dan dapat hadiah “Booster” . Jangan tanya mama apa bendanya sebab mama pun tak tahu. Sebelum balik, kita sempat main-main di Sunway Lagoon sambil nonton Kakak Sha ice-skating. “Sha…….Adique nak…….” rayu Adique Faris. Ada hati nak main ice-skating konon….

25/9/2000 – “LO ta to……..kata Adique. Selepas berkali- kali barulah Adique dapat sebut “POTATO” ! Memang lucu bila dengar Adique bercakap. Yang paling best bila mama suruh sebut “satu” . Adique tetap akan sebut “siji” (satu- dalam bahasa Jawa) . Dia tetap kata Bibique yang betul ! Setiap kali kami cuba ajar………Adique cepat-cepat kata “habis”…………Liat betul !

26/9/2000 – Sebelum turun ke padang, adique akan buka laci almari make-up dan kutip semua duit yang dia jumpa. Bila mama tanya untuk apa, adique jawab “beli ai.. ..blim (ice cream)…..dai (kedai) . Cukup pandai berbelanja. Dia ingat duit tu mama yang cetak agaknya ? Pantang nampak mama buka handbag dia akan cepat menadah tangan dan sebut “beli…!” nak duit lah tu….

29/9/2000 – “Yoo…hooo….!” , “Allo……” dan “hai ! “ adalah diantara berbagai cara Adique menegur. Kadang-kadang bunyinya macam Cowboy bila Adique jerit “yooo…hooo…” ! Pantang lambat jawab,dia akan jerit “hey “! Mama selalu ugut tak mahu buatkan susu sampai Adique sebut “please ….” Tapi biasalah…….dia akan buat degil dan lebih rela menangis dari sebut “please….” Kepala batu betul. Kalau di usik barang kepunyaan nya, adique akan jerit WHY ?!

2/10/2000 – “Ayam,susu,fishy,papers……” Adique tulis atas kertas. Senarai nak pergi shopping ! Macamlah dia pandai tulis.

3/10/2000 – “NO..no…no…! Adique marah bila mama tunjuk botol susu yang buruk. Memilih ! Dia akan pilih botol favourite dan pastikan yang putingnya juga betul…Bila mama tanya sekali lagi sambil tunjuk botol yang baru, sambil tersenyum Adique jawab boleh…boleh…boleh…Orang dah pandai cakaplah katakan…!

12/10/2000 - Kuat betul dugaan nak belajar ni……kalau ikutkan rasa memang tak kuasa nak mengharung baca buku tapi demi masa depan, mama gagahkan juga. Dugaan paling kuat ialah Adique. Kadang-kadang mama menyorok dalam bilik dan Bibique akan tipu yang mama dah pergi kerja. Malangnya Adique akan menangis sayu sambil memanggil mama……….Ibu mana yang tahan dengar anaknya menangis macam tu ? Sudahnya mama akan keluar dan pujuk Adique……study terpaksa di tangguhkan dulu…….

13/10/2000 – Suasana di rumah akan meriah lagi. Kakak Sha dan Mariss akan tiba di KLIA jam 8.00 malam ini……..Nampaknya Abah saja yang akan jemput di airport sebab tak ada kereta ………

15/10/2000 – Kita ke airport naik teksi. Kali ini kecoh sekejap sebab Adique muntah depan kaunter check-in. Terpaksalah abah mencari cleener kerana risau ada yang terpijak nanti ! EEEeee…………Lepas hantar kakak ke dewan berlepas, mama dan abah terus ke bilik air mandikan Adique !! Kita pulang ke KL naik coach……..seperti biasa, Adique minum susu dan terus tidur . Best !

20/10/2000 – Jam 7.30 pagi mama dan abah dah tercegat di JPJ nak daftar kereta baru kita. Kita beli nombor pendaftaran WHV 5005 dengan harga RM 310/-. Abah suka nombornya kerana sama dengan kereta lama abah. Proton Aeroback 1.6 pilihan kita………Best ! ….kata Adique.

6/10/2000 –Kita bercadang nak duduk di Kuantan sampai Isnin tapi terpaksa balik malam semalam kerana abah ada urusan penting. Kali ini kita naik kereta sebab nak tunjuk kereta baru pada kakak dan abang. Hari ini Mama relax di rumah sahaja sebab dah sememangnya minta cuti. Apa lagi…..jadi tawanan Adique lah !

7/10/2000 – Kakak Sha dapat 4 - A dan 1 – B dalam peperiksaan UPSR . Seronok dia ! Bolehlah kita celebrate sekali dengan birthday Adique yang ke 3 malam sabtu nanti !!! Nak beli hadiah apa ya ?!

11/11/2000 – Sejak semalam lagi mama dan bibique sibuk menyediakan makanan. Pukul 2.00 tengahari kita tiba di rumah nenek dengan segala barangan keperluan macam nak pindah rumah ! Lepas itu abah bergegas ke Subang Airport nak jemput kakak . Abang tak dapat datang sebab Isnin nanti peperiksaan SPM bermula. Mama dan Cik Na menyorok dalam bilik nak tiup belon ! Masa nak gantung belon, Adique pun menyalaklah nak satu ! Majlis bermula jam 8.45 malam. Belum sempat tiup kek, Adique dah buka hadiah! Seronok nya adique sampai menjerit “Yoo….Hooo….!!! Air liur pun kena pada kek ! Tak caya cuba tengok dalam gambar

12/11/2000- Kita balik kampung Pilah. Sepatutnya semalam tapi terpaksa tunda kerana majlis harijadi Adique. Atuk Aji masak lemang dan rending sempena menyambut puasa. Cepat betul setahun berlalu…….

25/11/2000 – Hari Isnin nanti kita akan mula berpuasa jadi minggu ini adalah minggu terakhir nak bercuti . Cadangan asal nak ke Desa Water Park tapi last minute abah kata “jom pergi A’ Famosa Water Park, Melaka !”. Kelam kabut kita pack baju . Dari jam 3.30 hingga 6.30 petang semua berendam kecuali mama. Panas, mama tak tahan. Dalam perjalanan pulang , Kakak Sha nak nangis sebab tak sempat ke Taman Buaya. Semua hotel yang abah talipon dah penuh. Maklum sajalah…..cuti sekolah. Mujurlah kita dapat bilik di Hotel City Bayview dan esok bolehlah kita melawat saudara kakak Sha……buaya !!

26/11/2000 – Bukan setakat tengok buaya, tunggang kuda lagi ! Adique pun naik kuda . Macam tu lah Adique..berani ! Kita sampai waktu tengahari bila semua buaya sedang tidur. Bila buaya bergerak sesekali, kecoh Adique menunjuk !

27/11/2000 – Hari pertama berpuasa. Bila berbuka , Adiquelah yang kecoh dulu. Dia tarik tangan mama suruh “Mam (makan)” bila tengok nasi dah terhidang di meja…..Bila Azan berbunyi……..”Ajan “ ! kata Adique .

4/12/2000 – Umur Mama genap 36 tahun . Sambut harijadi terbaring sakit perut gara-gara beli kuih di pasar Ramadan. Esok pula mama ada exam Liability Insurance. Macam mana ni…….buku belum baca lagi ! Adique pulak sibuk mengacau dan bila mama marah dia akan peluk cium seluruh muka mama …….pandai betul memujuk ! Kalau mama terus marah, tercebek-cebek bibir dia menahan tangisan…. Tapi yang tak best sekali ialah Adique tunjuk penumbuk pada mama ! Amboi…..dia pulak yang lebih samseng !!!

11/12/2000 – Abah kehilangan wallet lagi. Adique pun sama kecoh mencari……Akhirnya abah terjumpa di lantai bilik tidur. Rupa-rupanya wallet tu terjatuh keluar dari poket abah. “Alah……….abah !! kata Adique sambil menepuk dahi .

18/11/2000 – “Mama………Oyee……” (Mama …sorry….) kata Adique setiap kali dia buat nakal. Abah yang ajar suruh kata “sorry” bila mama marah tapi Adique telah menyalah gunakan nya. Dia akan sengaja buat nakal dan cepat-cepat kata “sorry” . Pada Adique……its ok tu buat jahat asalkan kata “sorry” !!!

25/12/2000 – Cuti Krismas dan kita jalan-jalan ke kampung Pilah. Mama salai daging, Adique pula sibuk main pasir…..maklumlah orang jarang jumpa pasir ! Puas kami takutkan Adique dengan mengatakan ada “yak” ayam (tahi ayam) tapi dia tak perduli langsung. Lagi rancak main pasir adalah ! Meriah sekali waktu berbuka puasa sebab keluarga Uncle Atan pun ada. Ada rending ayam, kari daging, sup ekor/tulang , bubur mee loka , durian, manggis, rambutan, langsat, limau bali ……….hingga tak termakan. Lepas berbuka, riuh rendah pulak dengan mercun dan bunga api di selangi bunyi meriam buluh dari kawasan berhampiran……

27/12/2000 – Jam 8.30 pagi kita tiba di rumah nenek Ampang. Sembahyang raya baru saja bermula dan abang Zahir terpaksa bergegas ke masjid. Niat Abah nak keluar awal tapi dalam kekecohan “menyiapkan” 4 orang anak…..langsung terlewat ! Jam 2.30 petang kita tiba di kampung Pilah pulak. Sakan kita makan rendang ayam kampung sama lemang. Abah dan abang Zeck pulak dah jadi “cannibals” meratah sup tulang. Tulangnya besar-besar pulak tu ! Abah sibuk bertukang dengan pisau nak korek sum-sum ! Malam tu suasana meriah dengan bunga api. Mama kesian tengok anak-anak tak dapat bunga api . Sebenarnya mama sudah buat pesanan, malangnya “ejen” bunga api tak datang pun….Mujurlah Pak Cik Rosli bawa banyak bunga api dan dapatlah you all Adique beradik menumpang main…….jam 9.30 malam kita bertolak pulang ke KL.

28/12/2000 – Abang dan kakak beraya di rumah Mummy Ani pulak sebab ibu dan atoknya ada di sana. 29/12/2000 – Abang pulang dulu ke Kuantan naik kereta ibunya . Bila Abah tanya kenapa nak pulang awal ……”tak tahan dengan Adique” jawapan kakak Sha ! Adique memang kaki buli. Semua barang dia nak bolot dan kakak teruk di tumbuk dan di pukul nya. Paling tidak adique akan cucuk badan kakak sambil lalu. Mangsa favourite adique ialah “anis” atau kakak Marriss sebab dia kuat nangis ! Adique seronok bila “anis” respond ! Nama “Anis” itu pun Adique sendiri yang beri gelaran supaya mudah dia membezakan kakak-kakaknya. Adique susah nak sebut “Marriss”. Bergulung lidah dia !!!

31/12/2000 – Kita jalan-jalan di KLCC. Ramai sekali orang datang berkumpul sempena tahun baru. Abah terpaksa parking kereta jauh di Ampang Park dan naik LRT ke KLCC semula. Padang letak kereta di tutup untuk pertunjukan bunga api malam nanti. Sementara menunggu abah, kita lepak di tepi kolam. Adique pulak leka menyakat kakak Mariss. Di pijaknya kaki kakak Mariss, di cucuknya badan kakak Mariss hingga mama terpaksa “larikan” Adique dengan alasan nak jalan-jalan tepi kolam ! Dah puas bermain, kita makan malam di KLCC dan pulang kerumah jam 9.30 malam. Adique terus tidur tergolek keletihan…..Tepat jam 12.00 malam, Kakak Sha kejutkan kita untuk tengok pertunjukan bunga api. Adique cuma tengok sekejap saja dan menggeleng kepala kerana mengantuk. Tak sampai beberapa minit, Adique dah berdengkur semula……

Posted at 03:23 pm by mazni
Comments (67)