Entry: Year 2001 May 26, 2004



YEAR 2001

1/1/2001 – Kita lunch di “Octopus” Japanese Restaurant di Ampang Point. Kakak Sha seronok manakala Kakak Marris pula tak lalu nak makan. Adique seperti biasa…….NO PROBLEM. Apa-apa pun boleh makan ! Sebab tulah badannya bulat . Kakak Marris mengantuk sebab tidur lewat menanti pertunjukan bunga api malam tadi.
Jam 10.20 malam , kakak pulang ke Kuantan dari KLIA…….Hari Rabu sekolah nak di buka semula !

3/1/2001 – Dari rumah nenek, kita beraya pulak ke rumah atok Arshad. Cantik rumah dia selepas di ubahsuai. Nampak luas dan kemas. Sambil makan kita sibuk tengok persiapan atok nak naik Haji. Kalau panjanag umur dan murah rezeki, Atok Nin, nenek Mun, Atok Arshad dan Nenek Win akan ke tanah suci pada 20/2/2001. Semuga hajat mereka akan tercapai……..Dalam kesibukan….”PRANGGG………Mangkuk kuih pecah dan Adique lari lintang pukang terus peluk abah ! Rupanya dia lepaskan mangkuk tu sebelum Kakak Syiera sempat sambut. Ada–ada saja Adique ni……..

4/1/2001 – Mama kembali bekerja selepas seminggu bercuti. Pasti Adique terasa kehilangan sebab dah seronok “berkepit” dengan mama sejak Hari Raya lagi. Pagi ni tentu dia melalak cari mama. “ni…mama ?
(maknanya “mana mama ?)

6/1/2001 - Adique suka menyanyi dan sukakan lagu Britney Spears . Dia akan menyanyi sama dan cuba mengikut sebutan lagu asal. Ada satu lagu favourite dan dia kan minta lagu “I…..I …..” kerana chorus lagu tu sebut “I’m…I’m ….Stronger” . Apabila ada musik dia akan capai kayu hoki dan berlagak seperti orang main gitar ! Pernah dalam perjalanan nak balik kampung, Adique leka menyanyi “la…la…la…” Bila mama tanya dia nyanyi lagu apa, dengan selamba adique kata dia nyanyi lagu “la,la,la”. Betul jugak ! Terasa bodoh nya mama . Kakak ,abang dan abah semuanya gelakkan mama !

7/1/2001 – Kita ke Toys R Us dan belikan adique Fire Truck dan Forklift. Seperti biasanya Adique akan buat pilihan sendiri. Please…please…..Adique merayu. Tapi kalau dia tak suka dia kan terus kata “NO” sekalipun di tawarkan berkali-kali. Malangnya kalau dia dah buat keputusan , jangan harap dia akan dengar cakap abah sekalipun di pujuk berkali-kali ! Lepas minum petang di situ, tiba-tiba Adique merengek minta di belikan gitar sedangkan tadi dia tak mahu. Terpaksa lah kami berpatah balik ke Toys R Us ……





8/1/2001 – “Mama je ? Abah je ? (mama kerja ?abah kerja ?) Adique bertanya setiap kali mama talipon dari pejabat. Itulah alasan yang mama berikan supaya dia berhenti berborak di talipon! Boraknya bukan kepalang tapi sebenarnya mama tak faham ! Cuma yang jelas dia akan beritahu senarai barangan yang perlu di beli termasuk susu,gula-gula,batteri,mainan dan macam-macam lagi. Mama jawab ‘ye’ saja supaya dia tak meradang !
12/1/2001- Mama, Adique nak beli “birday to you” ! Adique minta di belikan kek lengkap dengan lilin “ birthday to you “ !!! Dia ingat hari jadi di sambut hari-hari dan ikut suka saja !

15/1/2001 – “Adique nunuh mama……ati ! “ (Adique bunuh mama…mati ! ) Marah sangat adique sampai nak di bunuhnya mama. Semuanya gara-gara marahkan mama gosok kepala dia dengan towel lepas mandi. Sekarang ini adique dah pandai cakap macam-macam samada meniru cakap kami ataupun dari televisyen. Pernah mama marah adique lekitkan kereta dengan gula-gula dan dia menjawab – “kotor eh..eh..(kereta) adique, adique ashuh (basuh) eh..eh..adique !! Betul jugak kata dia, kalau kotor basuh je lah !!

16/1/2001 – One, two, three…..siji , lolo (loro), papat !! Waduh……aduh-aduh….antara loghat jawa yang adique tiru dari bibique !

18/1/2001 – “ma….papa…..ibu…..adique nak mandi “ semua nama di panggil kerana mama enggan jawab ! Dia bukan nak mandi tapi nak main air . Macam-macam alasan di berikan termasuk “nak ashuh tangan” , “adique nanas (panas)” dan “adique nak “piss” ( kencing)……bab “panas” tu mama masih boleh buat pekak tapi bila dia kata nak “piss” mama terpaksa bawa dia ke bilik air takut dia betul-betul nak kencing !! Tiba masa nya dia kencing sikit saja dan terus capai botol main air sambil tersenyum. Nak kena budak ni….kecil lagi dah pandai trick mama .

20/1/2001 – Bila di minta tunjukkan arah ke rumah nenek ….inilah jawapan Adique ;

“Atash (atas)…..tush (terus)…..pushing (pusing)…..walaupun pelat tapi banyak perkataan yang dia dah tahu ! Abah kata adique ni pelat sebab manja sangat …

21/1/2001 – “Adique beli otan (rotan) …..otan bibique ! Adique ubit (cubit) bibique ! Setiap kali bibique ugut nak rotan….adique akan ugut bibique balik ! Sudah pandai menjawab dan berdalih…….

22/1/2001 – Bila di tanya samada Adique bergaduh dengan kakak atau tidak……Anis “ish” (pukul ) bobot (bontot) ! jawab Adique. Dia dah pandai mengadu…….siap di tonggengkan punggungnya untuk tunjukkan pada mama tempat dia kena pukul ! Rupa-rupanya mereka main perang-perang dan Anis tertembak punggung adique !! Kakak Sha pula ceritakan hal Adique yang asyik menonggeng dan bila di tanya samada dia nak “yak” dia jawab “no”. Sebentar kemudian dia beritahu……..Sha, Adique “pooch” (kentut)……
“ushuk” (busuk) dan terus tergelak nakal ! Macam tulah dia…….dajal !! Baru 3 tahun dah pandai menyakat kakak…….pernah dia menceritakan dengan bangga kepada mama ……Adique “pooch” Anis …Ha…ha…ha….!!!


24/1/2001 – Cadangan kita nak ke Cameron Highlands terpaksa di batalkan sebab tak dapat hotel. Last minute booking- mana boleh ! Hari ini dan esok adalah raya china…….mestilah penuh ! Akhirnya kita picnic di Ulu Yam…..seronok jugak. Tapi Adique yang leceh sikit……dia tak mahu cecah pasir sungai kerana geli ! Kami terpaksa dudukkan dia atas batu-batu dan dukung dia…kalau ringan tak apa juga…! Dah dekat waktu nak balik barulah dia mahu jejak kaki …..

25/1/20011- Lepas shopping di Carrefour, kita hantar abang dan kakak di stesen LRT untuk ke Pasar Seni. Semua orang minta duit belanja termasuk Adique. Kita cuba tipu Adique kononnya nak ke sekolah tapi Adique kata dia pun nak pergi sekolah jugak ! Apa lagi……..meraunglah !!!!!

27/1/2001 – Kenduri doa selamat di rumah atok Ampang . Insyaalah, 20/2/2001 nenek dan atok akan ke Mekah. Mama sibuk bekerja…adique sibuk menyalak ajak balik sejak malam tadi. Pasal itulah mama malas nak bermalam di rumah orang !

3/2/2001 – Giliran Nenek Win dan Atok Arshad pula buat kenduri. Hati mama senang memikirkan mereka akan menemani atok dan nenek di tanah suci. Mula-mula Adique elok duduk di atas riba abah …..tapi sedang tetamu sibuk membaca doa dia pun sibuk merengek cari mama ! Tak sudah-sudah berkepit dengan mama…..sampai bila nak macam ni ?

5/2/2001 - Adique menangis sedih sambil melambai mama. Buat pertama kalinya dia tak
minta nak ikut…nampaknya Adique dah mula faham yang mama kena pergi kerja.

6/2/2001 – Hari ini Adique tak nangis pun bila mama pergi kerja……tapi dia tak mahu tengok mama lama-lama. Menahan airmata agaknya. Abah cepat-cepat halau mama keluar……takut empangan airmata Adique pecah !!!



9/2/2001 – Adique makan “Yee Sang” dengan chop stick ! Best……….itulah komen dia.
Pasal makan ….semuanya best walaupun terkial-kial dia memegang chop stick ! Tiada siapa yang ajar adique gunakan chop stick …dia sendiri yang nak cuba bila tengok kami . “Yee sang” tu mama bawa balik dari Hilton sempena sambutan Gongxi Raya office mama. Tak sangka abah,abang dan adique suka.

12/2/2001 – Sah mama di naikkan pangkat Manager . Seronok dan rasa nak nangis bila di umumkan dalam management meeting. Tapi surat belum dapat lagi . Semoga rezeki kita sekeluarga akan lebih murah lagi……..Insyaalah , projek lebuhraya Seremban – Kuala Pilah abah juga akan bermula tahun ini…….. Mama suruh abah namakan project itu “SPHINX” - Seremban-Pilah Intra -state New X-pressway………sedapkan ?

20/2/2001 – Atok,nenek, atok Chad dan nenek Win berlepas ke Mekah. Semoga selamat pergi dan selamat kembali……Kata Adique, Atok pergi “azan” (sembahyang) sebab semasa mereka mendaftar, azan Asar sedang berkumandang.

22/2/2001 – Dah dapat surat pengesahan naik pangkat !! Senang hati…Jom celebrate !!!.

27/2/2001 – “Adique panggil polis tangkap mama !” Ada ke seorang anak cakap macam tu pada mama dia ?! Bila kami balas dengan mengatakan nak beli rotan, cepat-cepat adique jawab …. “kedai dah tutup!” …

9/3/2001 – Pintu dapur berdentum tertutup di tiup angin. Adique pun terus merungut “ Sakit telinga Adique…pintu apo (dapur) tumpp !! ………sakit hati orang ! tambahnya lagi . Sebenarnya dia maksudkan “sakit jantung” tapi di sebutnya “hati” ……..
10/3/2001 – Kita buat “surprise” birthday untuk abah semasa di MS Garden, Kuantan. Mama dan Kakak Sha berpakat untuk beli kek senyap-senyap dan kek di beli semasa kita turun swimming. Mujurlah shopping kompleks bersebelahan dengan hotel. Lepas tu kita terpaksa balut kotak kek dengan tuala dan seludup masuk bilik. Yang kami risau ialah bila Adique sibuk menyebut “birthday to you” bila dia nampak kami beli kek ! Mujurlah abah tak perasan sebab adique selalu minta di buatkan kek “birthday to you”. Semasa abah sedang mandi, mama cepat-cepat pasang lilin dan simpan dalam almari . Mulut Adique dah kecoh bila nampak lilin tapi abah tak dengar sebab leka mandi. Sebaik saja abah buka pintu bilik air, mama tutup lampu dan semua orang nyanyikan
abah . Yang paling sibuk nak tiup lilin pastilah adique ! Mama bubuh empat batang lilin saja sebab kalau mama nak letak 44 batang…hancur kek…ha…ha…ha !!

13/3/2001 – Adique dah pandai menyakitkan hati orang dan sambil berlagak dia kata “ini mama Adique…….” pada abah ! Bermulalah episod balas membalas antara abah dan adique. Yang teruk ialah mama kerana di tarik kekiri dan ke kanan !


30/3/2001- Mama seminar di Awana Genting , Adique pula ke Kuantan dengan abah sempena hari “jualan” di sekolah kakak Sha dan Anis. Adique kurang sihat dan meragam sedikit. Dalam perjalanan pulang dari Kuantan , Adique jemput mama di Genting. Belum sempat habis makan, adique dah meragam ajak balik. Biasalah…….

4/4/2001 - Malam ni kita tidur rumah nenek sebab nak bersedia menyambut atok dan nenek pulang dari Mekah . Kita nak “operasi” bersihkan rumah sebab dah lama di tinggalkan . Biar nenek dan Atok lega………..Kecoh sekejap bila mendengar berita kononnya penerbangan nenek akan tiba lewat !

5/4/2001 - Pagi-pagi lagi mama dah contact Tabung Haji dan KLIA untuk mengesahkan waktu ketibaan dan syukurlah semuanya seperti yang di jadualkan. Jam 4.00 petang Nenek, Atok, Atok Chad dan Nenek Win tiba di sambut dengan airmata kegembiraan. Dah tertunai hajat mereka untuk menunaikan fardu haji dan alhamdullilah mereka dapat menjalankan nya dengan lancar. Mereka kelihatan riang dan berseri…..

7/4/2001 - Sah mama mengandung ! Gembiranya tak terkata……..semoga mama di kurniakan anak perempuan walaupun mama akan tetap gembira sekalipun ia lelaki. Mama terus peluk Adique………nampaknya “adique” dah nak jadi “abang”…..Tapi mama janji akan tetap manjakan Adique seperti biasanya…..


19/4/2001 - Mama jumpa doctor dan lihat denyutan jantung baby buat pertama kali. Mama di jangka bersalin pada 29/11/2001. Sempatlah kita sambut harijadi Adique yang ke 4 . Mesti lebih gamat !!!

25/4/2001 - “Mama…..apa ni ? “ Pantang jumpa benda pelik sikit, Adique pasti akan bertanya. Lepas mama jelaskan, adique akan menjawab ooooooh……..! Tak tahulah samada dia benar-benar faham atau tidak ! Sejak dah pandai bercakap , loya buruknya bukan main lagi. Ada saja alasan yang di beri. Kadang-kadang tu logic , kadang-kadang nampak sangat dia menipu !

27/4/2001 -Kita ke Kuantan . Waktu makan malam di restoren , Adique buat kecoh macam restoren tu abah dia yang punya ! Gelak nya sekuat-kuat hati sampaikan pelayan di restoren pun menggelengkan kepala.

28/4/2001 - Kita naik boat cruising sungai Kuantan. Seperti biasa, Adique melalak ajak balik. Dalam hutan paya bakau pun suara dia yang lantang kedengaran. Sewaktu dalam pelayaran pulang, kita dapat saksikan burung helang menangkap ular. Kecoh Adique !!!

12/5/2001 - Adique beli “pet” yang pertama………ikan emas . Modal kesemuanya
RM 100 . Ingatkan bela ikan lebih murah ! Tapi sekurang-kurangnya tak perlu menghidu bau busuk tahi kucing !

………..malangnya setiap pagi Adique akan menjerit memberitahu ikannya dah mati. Lepas empat hari……….keenam-enam ekor dah mati ! Sedih hati Adique dan dia minta di belikan yang baru……..

25/5/2001 - Cuti sekolah bermula dan kita jemput kakak di KLIA. Kita tak pasti nak bercuti kemana……hotel semua penuh. Angan-angan nak ke Cameron Highlands.

1/6/2001 - Bercuti di Frasers Hills. Kakak Mariss tergolek kena Chicken Pox……penuh bintik-bintik di muka. Apartment tempat kita menginap pula jadi kecoh bila kita sekeluarga kena “sampuk” hantu Rasputin. Seorang demi seorang akan naik pentas ( tepi fire place ) dan mempersembahkan tarian “Rasputin” di ketuai oleh Kakak Sha . Yang paling lucu bila Adique cuba meniru gaya kakak menari.!!!

12/6/2001 - “Mama……Adique nak piss ! Nee…No….Nee…No….” Begitulah kalau dia nak kencing…..siap dengan bunyi ambulance … emergency !!! Tapi bila nak “yak” Adique enggan ke toilet…..masih minta di pakaikan pampers. (Ooops…sorry , terpecah rahsia !)

15/6/2001 - Adique pulak yang kena chicken pox ! Kelmarin kakak Farisha . Berbintik -bintik badan Adique. Yang geli hatinya…….adique menyalahkan nyamuk ! “Nyamuk yayat (jahat) lah ma……..dia jijit (gigit) Adique ! rungut nya setiap kali terasa gatal.

21/6/2001 - Sebelum ke MII, mama ke klinik untuk ‘check-up’……..ada problem sikit. Uri mama terletek di bahagian bawah perut, sebab itulah mama selalu terasa sakit terutama bila nak berdiri. Doktor nasihatkan mama supaya berjaga-jaga takut berlaku pendarahan . Kata doctor kandungan mama masih di peringkat awal…..harap-harap baby akan berpusing dan uri akan beralih. Mama berdoa agar semua selamat……..


1/7/2001 - “Besar bobot (bontot) mama……..ipi itit (tepi sikit) ! Adique nak tengok
VT (tv) .” Bukan main lagi Adique mengutuk bontot mama gara-gara mama terlindung TV . Sejak dah pandai cakap……..macam-macam dia komen !

7/7/2001 - Ketika sedang makan malam di Hyatt Hotel (birthday Kakak Sha) tiba-tiba Adique menjerit “Mama…….orang tu shame-shame tak pakai baju ! …. sambil menunjuk ke arah seorang wanita yang seksi berpakaian “bare-back” ! Cepat-cepat mama suruh Adique diam. Mama katakan orang tu nak pergi swim-swim…….. Kalaulah orang tu dengar !

8/7/2001 - Abah larang Adique beli party -pack sebab baru semalam dia dah beli satu packet. Hampir satu jam Adique bersedih dengan linangan airmata hinggakan mama pun menangis sama. Kakak Sha pun turut cuba memujuk tapi adique tetap bersedih. Kecil benar hati dia……

Akhirnya Abah mengalah dan belikan Adique sebuah excavator kecil. Baru lah Adique kelihatan ceria semula. Memanglah tujuan Abah nak mengajar Adique supaya berdisiplin sikit dan bukan membeli sesuka hati……tapi siapa sanggup melihat anak bersedih begitu ? Mama tak sanggup . Malah sekeras-keras hati abah pun akhirnya kalah juga……

9/7/2001- “latttttt………na ! jerit Adique bila di suruh sebut “Ratna”. Susah betul nak menyebut huruf “R” . Yang lucunya dia tetap kata dia sebut tu dah betul . Dengan bangga Adique beritahu “ tu………Adique boleh cacap (cakap) ! “

16/7/2001 - Sejak dua hari yang lepas, mama tak boleh berjalan hinggakan terpaksa di papah oleh abah atau berpaut pada kerusi. Kaki terasa lemah dan punggung mama teramat sakit. Kata doctor Mama ok - cuma perut mama yang sedang membesar menyebabkan urat mama tertekan langsung terasa sengal. Kali ini mama terasa badan agak lemah sedikit jika di bandingkan sewaktu mengandungkan Faris dahulu…

30/7/2001 - Jam 6.00 pagi mama dah ke KLIA untuk penerbangan ke Labuan. Sedih rasa hati mama tinggalkan Adique terlalu lama , malah lebih lama dari trip yang sebelumnya. Mama akan berada di Labuan sehingga 5/8/2001. Seminggu genap tak jumpa Adique. Setiap hari mama akan talipon dan Adique akan bertanya kenapa mama “kerja jauh-jauh “ dan bila mama nak balik. Kata bibique adique mula terasa sensitive selepas tiga hari…..

5/8/2001 - Mama bawa hadiah istimewa buat Adique - TRUCK SAMPAH ! Kawan mama gelakkan mama …..kata mereka macamlah di KL tak ada ! Mereka tak tahu yang abah dan mama dah puas mencari di merata tempat di KL tapi memang tak jumpa ! Biarlah mereka gelakkan mama…..yang penting anak mama pasti happy bila dapat truck sampah yang di idamkam selama ini… Hampir setiap hari adique berpesan belikan dia truck sampah. Kali ini hajat dia dah pun terkabul .

Hari pertama seperti lazimnya adique bawa mainan baru tidur bersama. Jadi , tidurlah mama di apit oleh Adique dan truck sampahnya !


19/8/2001 - Kita melawat Auntie Izat yang baru bersalin. Dalam perjalanan kita singgah di Ampang Point untuk belikan hadiah . Adique sempat bertanya kenapa mama tak belikan toy untuk baby dia ? Dia juga tanya kenapa baby mama tak keluar lagi….”lambat sangat lah ! “ kata Adique lagi.

Sebelum sampai ke rumah Auntie Izat, kebetulan kita melintasi kawasan projek perumahan dan Adique minta abah berhenti kerana dia nak turun dari kereta. Bila di tanya kenapa, “Adique nak tengok, Adique nak tanya orang tu dah siap ke belum ? “ Kami berdua tersenyum mendengar jawapan dari Adique. Nampaknya Adique ni memang ada talent nak jadi mandor di tapak projek. Dah start training sejak kecil lagi !! Abah tak perlu bimbang…..dah ada calun pengganti. Minat adique pada construction memang “natural” saja. Malah setiap kali nampak peralatan construction , dia akan menjerit “adique nak beli …….habis,ha……bis,habis, habis !! (maknanya nak beli semua sekali lah……) “

27/8/2001 - Kami bawa Adique bersama ke klinik untuk “scan” baby . Tercengang adique tengok komputer dan sesekali nampak gelisah. Adique ni memang tak gemar ke klinik sejak peristiwa dia kena cucuk ubat di buntut kerana demam.
Sengaja mama bawa adique bersama biar dia faham yang dia akan jadi abang tak lama lagi. So far, adique nampak seronok nak dapat baby…Dia suka lekapkan telinga ke perut mama. “Baby nangis ma….” kata Adique !

1/9/2001 - Kita ke Zoo Negara……Mulanya mama tak mahu ikut sebab dah sarat tapi bila adique dah meraung terpaksalah semua orang tunggu mama bersiap. Itupun bila sampai di Zoo Negara, mama “melarikan diri” tanpa adique sedari. Duduklah mama di depan sangkar monyet sementara menunggu you all merayap. Dah tak ada pilihan lain sebab di situ saja kerusi yang terdekat. Kalau mama ikut you all berjalan..harus beranak dalam zoo. Bolehlah letak nama Siti ZOOrina !!! Pagi tu bukan mama tengok monyet tapi monyet tu yang terpaksa tengok mama…..Lawatan ke Zoo negara terpaksa di sambung naik keretapi…..sebab mama tak larat.

3/9/2001 - “Mama….adique sayang mama . Adique nak ‘tiss’ (kiss) mama please “ pinta adique dengan penuh kemanjaan. Buah hati mama ni kalau baik macam ‘angel’ tapi kalau nakal macam @#$)&8* !!!

4/9/2001 - “Nanti adique ‘mam’ (makan) sayur baru tahu “ Begitulah ugutan adique setiap kali di usik . Gara-gara menonton cerita Popeye ! Lucu bila dia bergurau dengan abah dan masing-masing berebut nak makan sayur (kononnya) dan terus melepaskan tumbukan berputar !! Sakit badan abah bila kena tumbuk sebab adique akan lakukan dengan sepenuh hati ! Tambahan pula dengan badan adique yang solid tu .

11/9/2001 - Kita sama-sama menonton tragedy menara kembar pusat dagangan dunia
New York di rempuh kapal terbang. Selalunya Adique akan marah bila
channel TV di tukar tapi kali ini dia pun turut kecoh melihat letupan dan
bangunan runtuh . Malang nya mulut adique terlalu riuh bercerita hinggakan
kami tak boleh dengar apa kata pemberita CNN ! Yang lucunya adique kata dia “no (tak) jadi balik Kuantan sebab plane dah letup” !! Abah pula nak panggil Adique “Osama Bin Laden” sempena nama pengganas yang di syaki memandangkan adique terlalu nakal.

17/9/2001 - Ma………bila baby nak keluar ? Itulah pertanyaan adique setiap kali dia cium perut mama. Hampir setiap petang adique akan cium perut mama dan kata “baby…..adique sayang you ….” Dia tetap pertahankan dirinya sebagai “adique” walaupun berkali mama suruh panggil dirinya “abang”. Bila mama kata tunggu baby besar dulu, adique merayu “kecil pun tak apa lah……”.
Katanya kawan-kawan dia semua dah ada baby.

24/9/2001 - Adique melompat dari kerusi keatas karpet dengan aksi “Ultraman”. Abah yang terkejut terus melarang sambil memberitahu yang kaki adique mungkin terseliuh dan sakit nanti. Dengan selamba Adique menjawab “tak apalah, sakit kaki boleh urut……” . Bengang abah mendengar jawapan dari adique dan dia hanya mampu tersenyum . Orang dah pandai cakap !

Dengan napkin yang di ikat di bahu seperti sayap , Adique meneruskan aksi “Ultraman” di perhatikan oleh abah tanpa sepatah kata…….

27/9/2001 - Doktor Jemilah pula mengesahkan kandungan mama baby perempuan. Seronok tak terkata. Bolehlah beritahu Kakak Sha …..dia kan nak jadi “fashion designer” untuk baby. Mama nak namakan baby “Mira Alisya” tapi tentulah kena tunggu approval dari abah…….

29/9/2001 - Kita ke KLCC nak belikan kasut untuk Adique. Abah hampir hilang sabar kerana Adique enggan mencuba dengan memberikan berbagai-bagai alasan. Belum pun sempat kasut di sarungkan , adique dah kata sakit ! Dia lebih suka ke kaunter stokin dan memilih stokin gambar “Ultraman” . Lepas satu-satu kami tunjukkan design kasut dan tiba-tiba dia berkenan kasut boot kulit warna biru gelap dan terus minta di pakaikan. Dah pandai memilih anak bujang mama rupanya…….

30/9/2001 - Bertepatan dengan gelaran “little tyke” , Adique sempat berpesan pada Abang Zeck sebelum keluar shopping . “Abang Zeck jangan pergi mana-mana……duduk munah (rumah) saja ! Siapa ‘abang’ dan siapa pula ‘adik’ ? Dunia dah terbalik……!!!

2/10/2001 - Auntie Nurul pula bersalin . Bertambah kecoh Adique bertanyakan bila baby dia pula nak keluar. Adique suka betul dengan baby…..Dia dah tak sabar kerana Kakak Syira dan Zariq dah dapat baby masing-masing. Nampaknya kita kena cari nama lain sebab Auntie Nurul dah pun namakan baby dia “Alisya”. Mungkin kita bubuh Misya Dhania ? Annissa Dhania ? Anissa Hanis ? Alisya Hanis /

10/10/2001 - “Adique sayang baby…..abah tu jahat ! “ bisik adique pada perut mama.
Bila mama tanya kenapa dia kata abah jahat ……jawab adique “abah tu…..dia kata nanti baby dah keluar dia nangis uwek….uwek….” Mama pesan abah supaya berhati-hati sikit…….Abang Fariz bukan main “protective” dengan baby dia !

19/10/2001 - Management meeting di Guoman Resort,PD sejak semalam. Petang nya Abah, Sha,Marriss dan Adique tiba. Keadaan mula gamat……mujurlah bibique ada membantu. Kalau tidak ….harus terberanak mama melayan karenah masing-masing !! Setiba di bilik, adique terus bertanya kenapa mama tak balik semalam. Bial mama kata sebab adique “buat” mama, terus dia jawab “Adique shorry lah……….”.

21/10/2001 - Lepas tiga hari berjemur , semua orang macam anak Hindu ! Abah terbakar kulit kerana golf manakala yang lain terbakar kerana swimming berjam-jam lamanya . Tapi semua orang enjoy. Sha dapat pakej percutian, Mariss dapat vase dan Adique happy dengan lampu kecilnya. Semasa lucky draw, nama mama yang pertama di panggil……jadi hadiah nya pun yang terkecil lah !

22/10/2001 - Mama ke hospital untuk routine check-up. Alhamdullilah confirmed tak ada kencing manis. Doktor juga mengesahkan yang anak mama itu perempuan…..”hamburger sign” nampak jelas sekali.

31/10/2001 - Tak puas hati…….mama suruh doctor confirm sekali lagi. Sahih perempuan dan dia print sekali image scanning yang di lakukan. Siap di tanda kan anak panah menunjukkan jantina baby ! Kita dah tetapkan 12/11/2001 untuk pembedahan……..sama dengan birthday Adique . Mama berdoa semuanya berjalan lancar dan di kurniakan anak yang sihat dan sempurna….
Selesai jumpa doctor……tiba-tiba Adique merengek sambil marah-marah . Rupa-rupanya dia sangka mama dah nak keluarkan baby ! Patient lain yang berada di bilik menunggu pun tersenyum melihat mama memujuk Adique yang dah tak sabar lagi nak tengok baby . Kata Adique kawan-kawan nya semua dah ada baby, jadi kenapa baby dia belum juga keluar-keluar ? Lambat sangat , kata Adique lagi.

4/11/2001- Kita sarapan di kedai tosei dekat Ampang Point dan terus kerumah nenek sementara abah pula ada meeting. Petang itu kita ke Supermarket Giant pula bersama famili Mak Ngah dan nenek. Pukul 9.30 malam barulah abah jemput kita pulang. Dalam perjalanan pulang, Adique meleteri abah bila di beritahu yang dia masih ada meeting. “dah malam pun tak habis-habis kerja. Tak payah, duduk munah (rumah) saja. Nanti adique kunci pintu…..adique buang kunci hilang ! “

Mama tergelak…….padan muka abah ! Anak pun dah pandai complain. “Tolong lah Dik…jangan garang sangat…..abah takut !!!

5/11/2001 - Bila di beritahu yang mama akan namakan baby girl “Alisya Dhania”……Adique komen “macam nama kawan Adique, Daniel je……apa sama saja ? “ Tak sangka Adique nak komen macam tu ! Bukan main lagi anak mama seorang ni…….Tentang nama Alisya tu dia tak komen pulak . Dah setuju agaknya ?

7/11/2001 - Last day sebelum cuti panjang……..meja di office sudah “clear” . Esok mula bercuti untuk berehat sebelum operation pagi Isnin 12./11/2001.

11/11/01 - “Lapur diri” di Ampang Puteri . Adique kelihatan riang bila di beritahu yang mama nak “keluarkan “ baby walaupun sesekali dia akan bertanya kenapa kita semua ke hospital. Bermulalah episod tidur di Wad/bilik 317…..mama atas katil manakala Abah dan Adique tidur di lantai beralas selimut tebal dan tilam bujang. Kali ini kita tak dapat katil extra…….tak cukup ! Mama resah tak boleh tidur - tension, takut ! Bilik ini cuma selang beberapa pintu dari bilik 323 - bilik Faris dulu…….


12/11/01 - Pukul 1.30 tengahari troli sampai di bilik . Mama dah bersiap sejak awal pagi kerana operation asalnya di jangkakan pukul 9.00 pagi tetapi tertangguh akibat patient terlalu ramai . Sementara menunggu doctor sampai, mama sempat melihat keadaan dalam bilik pembedahan. Berderet patient terbaring…ada yang menunggu giliran , ada yang masih belum sedar dari pembedahan. Makin kecut perut mama. Inilah yang di maksudkan “penantian itu satu penyiksaan” !
Jam 2.00 petang mama sudah terbaring “bersedia” di meja pembedahan. Tangan dah tersedia di suntik cuma menunggu masa untuk di bius. “Doktor dah datang “ nurse beritahu.

“Ini oksigen, sedut perlahan-lahan, mengucap” kata-kata akhir dari nurse sebelum mama lelap …………………………….

Hari dah petang barulah mama tersedar. Kecewa dan berdebar bila di beritahu yang baby tak boleh menangis semasa di lahirkan dan terpaksa di simpan dalam incubator . Hasrat mama nak tengok baby sebaik saja tersedar , macam waktu mama melahirkan Adique dulu. Sudahlah badan lemah…..bertambah lemah bila tak dapat tengok anak mama.

Kakak Sha dan Kakak Marris yang baru tiba dari Kuantan pun rasa kecewa kerana tak dapat tengok baby……..

13/11/2001 - Hanya abah yang berulang alik ke nursery mengikuti perkembangan baby. Kata abah pernafasan baby terpaksa di bantu dengan corong oksigen. Paru-paru baby di penuhi cecair hinggakan dia tak boleh bernafas . Baby tak boleh di bawa keluar dari nursery, jadi terpaksalah mama bersabar dan tunggu hingga terdaya turun dari katil. Kali ini mama rasa lebih gagah dari sewaktu kelahiran Fariz. Doktor pun terkejut kerana mama tidak banyak menggunakan morphine yang di sediakan untuk menahan sakit.

14/11/2001 - Dengan perlahan-lahan mama turun dari katil. Sakitnya tuhan sahaja yang tahu. Mama ke nursery dan melihat baby buat pertama kali. Merah kulit baby terbaring dalam incubator. Rasa terharu tengok tangan nya bercucuk jarum dan termengah-mengah bernafas. Mama Cuma dapat memegang baby tapi tak dapat nak peluk. Air mata mama mengalir deras tapi mama bersyukur kerana baby selamat walaupun ada sedikit kesulitan. Bersyukur sangat kerana di kurniakan sepasang anak sekalipun amat seksa…….

15/11/2001 - Mama keluar dari hospital . Baby masih perlukan rawatan dan pengawasan jadi terpaksa di tinggalkan di hospital buat seketika. Rasa “kosong” bila balik tanpa baby . Kini tahulah mama apa perasaan seorang ibu bila kehilangan anak…… Walaupun mama tahu anak mama selamat di hospital, airmata mama tetap mengalir bila nak pulang.






16/11/2001 - Susu mama membengkak kerana tidak di hisap baby. Puas mama cuba memerah gunakan pump, tapi tak berhasil. Akhirnya tiada jalan lain melainkan “pinjam” baby Aiman , anak Mak Ngah. Selepas Aiman menyusu barulah susu mudah mengalir dan boleh di pam keluar. Kiranya Aiman dah jadi anak mama jugalah………walaupun hanya menyusu sebelah kanan sahaja.

Tiap-tiap hari mama perah susu dan abah akan hantar ke hospital . Baby tetap di berikan susu badan walaupun mama tiada di hospital. Hati mama puas walaupun tak dapat susukan sendiri.

17/11/2001 - Kata abah baby dah nampak lebih kuat…..mungkin akan discharged tak lama lagi. Mama dah tak sabar menunggu .

19/11/2001 - Baby tiba di rumah jam 3.15 petang . Seronok bukan kepalang dan terus mama sambut dari pelukan abah. Itulah pertama kali mama dapat peluk dan cium baby. Kami letakkan baby di sebelah abang Fariz yang nyenyak tidur . Bila tersedar, Fariz terus cium baby. Terubat lah hatinya…….lama sangat tunggu baby nak balik dari hospital.

4/12/2001 - Umur mama genap 37 tahun dan mama dapat hadiah harijadi istimewa…. anak perempuan yang mama hajat kan ! Termakmul doa mama selama ini. Walaupun tak ada celebration dan abah pula ada jemputan berbuka puasa diluar, mama tetap happy makan ayam panggang “Kenny Rogers” bersama kentang bakar yang abah belikan.

7/12/2001- Ulang tahun perkahwinan yang ke 5. Ada peristiwa hebat………Adique “yak” di toilet buat pertama kalinya ! Selama ini dia enggan walaupun di paksa. Macam-macam alasan yang akan di berikan setiap kali bila di suruh. Satu masalah dah selesai, tapi ada satu lagi……..macam mana nak putus dari botol susu ?

16/12/2001 - Hari Raya Puasa. Kita beraya di Ampang sahaja. Doktor tak galakkan travelling kerana Dania masih under observation. Lagi pun dia baru saja berumur 35 hari ! Imran seronok sakan collect duit raya. Rezeki Dania pun murah . Di celah bakul tidur sentiasa ada Ang Pow !

20/12/2001 - Mama sendiri terasa yang mama dah jadi panas baran. Abah kata mama kena “post natal” blues. Adique selalu kena marah dengan mama apabila nakal sedikit…..Apakah kesakitan yang mama tanggung membuatkan mama cepat marah ? Sedih hati mama bila lihat Fariz tertidur. Rasa bersalah yang teramat bila mengenangkan yang mama telah memarahi nya sebelum ini….
Adique………bila Adique baca ini nanti, Adique tahukan yang mama sangat sayang you……


31/12/2001 “Open House” di rumah nenek . Mama “sorok” Dania dalam bilik kerana ada tetamu yang demam dan ramai yang merokok. Mama takut Dania lemas dan sesak nafas. Terpaksa pulang awal kerana rumah nenek dah sesak dengan tetamu.

Sempat tengok bunga api di KLCC dari balkoni …….Tahun baru lagi …..

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments