Entry: Year 2002 May 26, 2004



YEAR 2002

1/1/2002 - “Open House” di rumah kita pula ..ala kadar sahaja. Mama cuma jemput kawan-kawan semasa di UMBC dulu. Tiga antaranya bekerja dengan mama di Labuan Re sekarang ! Kawan-kawan mama kata , mama ada ramai “cronies” !

11/1/2002 - Mama mula berkerja dan Adique pula pergi kesekolah buat kali pertama.
Mama dapat lapuran Adique melalak sakan cari mama . Selepas kena sergah dengan abah, barulah Adique bersiap nak ke sekolah . Adique tension …….dahlah di tinggalkan mama , lepas itu kena pergi ke sekolah buat pertama kalinya.

Dahnia pun tak kurang hebatnya. Dia dah pandai repond…….suka tersenyum bila di tegur dan kadang kala dia pula yang menegur. Sampai herot-herot bibir dia nak mengeluarkan suara. Adique sangat excited.


15/1/2002 - Baru Jumaat lepas start kerja, hari ini mama terpaksa cuti emergency kerana Adique demam. Demam sebab kena belajar ? Nampak gayanya adique tak suka ke sekolah. Sangka adique sekolah tu tempat nak bermain dengan kawan-kawan. Bila kena belajar , terus demam terkejut !!!

9/2/2002 - Mama cuti panjang sampai 17/2/2002. Sekolah tutup seminggu dan serentak dengan Tahun Baru Cina. Kakak Sha dan Mariss akan sampai esok.

11/2/2002 - Dania genap 3 bulan. Dah mula mengereng badan dan mulutnya bising macam anak kucing ! Imran ( sebagaimana Adique di kenali di sekolah) rajin melayan Dania “berborak”. Dania pula becok dan murah senyuman…Berbanding dengan Imran, Dania jarang bangun malam , setakat sekejap untuk menyusu sahaja. Lepas tu tidur semula. Mama panggil dia “Angel”….sebab dia baik sangat. Jarang menangis dan suka tengok TV !

19/2/2002 - Mama masih demam. Sambung cuti sakit dua hari tapi sempat ke IKEA beli perabut ! Dua almari untuk abang Zeck dan mama, sofa bed untuk Imran dan cabinet kasut untuk semua. Next nak beli kotak plastik besar untuk mainan Imran. Rumah kita dah sarat dengan barang-barang terutama mainan Adique. Sekarang di tambah pula dengan mainan Dania !

20/2/2002 - Pagi-pagi lagi Abah dah ke Airport untuk ke Alor Setar. Mama pula bertolak ke office jam 7.00 pagi. Kami berdebar menantikan reaksi Adique bila dia sedar yang kami berdua tiada dirumah. Selalunya Abah akan hantar Adique ke sekolah sebelum ke pejabat. Hari ini Bibiq Alis dan abang Aziz sahaja…. Pukul 9.00 tepat mama talipon bibiq di rumah. Katanya Adique nangis sikit saja dan dah pun kesekolah, malah keluar awal dari biasa ! Macam tu lah si Adique ini…..kalau kami ada manjanya berlebih-lebih. Kalau kami tiada pandai pula dia membawa diri Mama selalu risaukan si Imran….bukan Dania.
Sewaktu mama talipon Adique lepas pulang dari sekolah, dia terus bertanya mama dan abah di mana serta pukul berapa nak balik. Balik “gelap” atau “terang” ? Bila mama kata yang mama balik “terang” dan Abah pula balik “gelap” dia terus memberi tahu bibiq yang Abah balik malam dan mama pula balik pagi !

21/2/2002 - Ukuran yang Adique tahu hanyalah “kilo” , “terang” (siang) dan “gelap” (malam) . Pernah Adique meminta di belikan buku cerita dan dia merungut “dah berapa kilo Adique baca buku yang sama je…..” Kami terus tergelak !


22/2/2002 - Kita ke majlis Tahun Baru Cina di rumah kawan abah Uncle Chua di PJ. Mulanya Adique enggan ikut dan paksa pula mama duduk dirumah saja. “Biar abah saja yang pergi !” marah Adique. Lepas di pujuk barulah dia nak ikut, itu pun selepas merempan merenyuk hinggakan mama hampir hilang sabar. Lepas makan dia terus nak balik. Mujurlah ada kolam renang, jadi dapatlah mama “distract” Adique sambil berjalan-jalan di taman sementara abah berbual dengan rakan-rakannya.

23/2/2002 - Pukul 6.30 pagi mama dah bangun berkemas kain baju nak balik kampung Hari Raya Haji. Dulu kena siapkan pakaian Imran, kini bertambah pula dengan keperluan Dania. Macam nak pindah banyaknya kain baju yang hendak di bekal. Kalau tak bawa banyak-banyak , takut tak cukup ! Di tambah pula dengan karenah Imran yang kuat muntah. Satu beg plastic besar pula di penuhi dengan trucks !

Auntie Lina beritahu yang Munir dulu pun selalu menangis bila bersekolah di Q-Dees sewaktu abah menceritakan hal Imran yang meraung setiap kali nak ke sekolah. Kami sepakat beranggapan yang kurikulum di Q-Dees terlalu serius buat kanak-kanak sebaya Imran. Malah Mak Long yang merupakan seorang guru pun bersetuju. Kata Mak Long, biasanya kanak-kanak sebaya Imran di biarkan lebih bermain dari belajar. Jadi tidaklah terasa terlalu tertekan dengan homework dan nak belajar menulis.

Ooops ! Botol susu Imran tinggal di kampung. Abah kata tak payah risau sebab dah memang nak putuskan Imran dari botol susu ! Imran memang malu minum susu depan orang yang tak di kenali tapi tak boleh tidur selagi tak dapat puting !

25/2/2002 - Imran tak kesekolah . Mulanya menangis, tapi bila di beritahu yang dia tak payah ke sekolah hari ini , terus diam. Abah nak carikan Tadika baru untuknya.

Imran kata dia tak suka sekolah “chu-dis” (Q-Dees). Malah dia tak suka kawan-kawannya. Kononnya kawan-kawan suka “buat” dia, computer rosak dan swimming pool kotor ! Macam-macam alasan. Semuanya negatif….maklumlah , orang dah tak suka.

26/2/2002 - Tadika Afdal dah penuh, tak boleh terima pelajar baru lagi. Abah cuba di “Putera puteri” pula dan alhamdullilah Imran boleh mula belajar esok. Bila mama tanya tentang sekolah baru, Imran kata “sekolah tu belajar sikit-sikit saja” . Dia lah yang tahu !!! Semoga lepas ini Imran tak melalak ke sekolah.

27/2/2002 - Mama dah pasang kusyen pengadang pada katil. Dania lasak , suka menendang hinggakan kepala selalu terhantuk pada dinding katil. Bakul tidur pula dah mama simpankan kerana Dania dah terlalu panjang. Kepala dan hujung kaki dah hampir mencecah dinding bakul. Dia selalu menendang-nendang dan mengangkat punggung. Kalau di baringkan di bantal, dia akan mengereng dan jatuh terlangkup ! Seperti biasanya dia tak akan menangis, sekadar merungut-rungut . Malah bila terjaga malam pun dia tak akan menangis . Kadang-kadang mama sengaja jengah katil Dania dan dia akan tersenyum. Kalau di biarkan , dia akan main sorang-sorang sampai boring…..baru nangis ! Mama rasa macam tak ada baby…tak perlu kerap berjaga malam. Malah sampai sekarang pun abah tak perlu bergilir jaga malam .

28/1/2002 - “Hari ini Adique sekolah best Ma ! “ Belumpun di tanya , Imran dah beritahu mama. Nampaknya dia dah seronok dengan sekolah baru. Katanya lagi hari ini main padang….ada bola kecil, ada bola besar, makan mee sedap dan belajar Aa Bi Ci (A,B,C) . Kawan mama Auntie Kamaryah pun talipon pagi tadi terkejut nampak Imran di “Putera Puteri” sebab dia tahu Imran bersekolah di Q-Dees. Bila mama beritahu yang Imran dah pun berhenti dari Q-Dees sejak kelmarin, dia tak hairan malah bersetuju yang syllabus pelajaran di Q-Dees terlalu serius untuk kanak-kanak sebaya Imran.

Harap-harap masalah sekolah dah selesai !

2/3/2002 - Sementara abah bertukang di rumah, kita bertiga ke rumah nenek. Dania membuat satu kejutan…..dia meniarap ! Nenek pun terkejut memandangkan Dania baru berumur 3 ½ bulan. Cepat betul . Mungkin kerana badan dia kecil , jadi punggung tak berat ! Dia akan menangis bila tangan nya tersepit dan terasa letih. Sampai merah padam muka Dania tergesel dengan lantai. Lehernya masih belum kuat lagi . Pulang ke rumah, Dania pun tunjuk talent pada abah. “Bertambah kemek lah hidung ! “ kata abah……… Imran pula sibuk nak “membantu” Dania. Terjerit-jerit kami risaukan Dania terseliuh tangan.

3/3/2002 - “Ada apa-apa nak beli mama ? “ tanya abah sebelum ke Ampang Point . Belum pun sempat mama menjawap, Imran dah mencelah…….”beli nenan (mainan) !” Abah tersenyum. Kata abah “ cubaan yang bagus tapi cuba lagi lain kali !!! “ Imran pun tersenyum juga. Dia pun tahu - cuba-cuba nasib …
Untung-untung dapat….

5/3/2002 - Masalah lagi……….Imran meraung merayu-rayu tak mahu kesekolah. Kata gurunya dia tak suka bila di alihkan ke kelas tahun 5 . Patutlah malam tadi dia merungut yang kelas sekarang di tingkat bawah, bukan tingkat atas lagi. Rupa-rupanya dia dah kena transfer . Imran baru saja berumur 4 tahun bila masuk sekolah tapi di anggap berumur 5 tahun mengikut tahun kelahiran 1997. Mujur cikgu boleh bertolak ansur dan akan membenarkan Imran duduk di kelas tahun 4 buat seketika. Tapi………Bibiq Alis perlu ke sekolah lagilah nampaknya..!!

7/3/2002 - Semalam happy pergi sekolah,tapi hari ini meraung lagi.Mujurlah masih mahu ke sekolah selepas abah pujuk. Entah sampai bila Imran nak
meraung ?! Dania pun nampaknya dah pandai meraung juga. Kalau dah lapar, tak boleh mandi dan tak boleh pakai baju. Mesti beri susu dulu . Dah kenyang baru boleh mandi dan pakai baju dengan aman. Belajar dari abang Imran lah ni……Tak dapat megiring pun dia akan marah !

8/3/2002 - Dania dan Imran kena inject . Dua-dua meraung . Imran kena “trick” kononnya doctor nak check “bobot” (bontot) dia. Doktor beri isyarat supaya abah pegang tangan Imran dan terus inject. Terkejut beruk dia !! Sampai di rumah , dia kata “Adique tak mahu pergi klinik lagi….benci ! “ Marah betul dia. Malam tu Dania demam…..

10/3/2002 - Kelmarin, doctor kata Dania agak pendek walaupun berat badan dia ok. Tapi doctor terkejut bila mama beritahu yang Dania dah meniarap memandangkan lehernya masih lembik..

Tapi hari ini Dania buat kejutan lagi. Lehernya tegak memandang sekeliling ! Marah doctor kutuk dia tak kuat, agaknya.

11/3/2002 - Hari Jadi Abah yang ke 45 . Dania pula genap empat bulan. Mama, Abah , Imran dan abang Zeck makan besar di Victoria Station (Dania belum boleh join lagi ! ). Imran minta duduk dalam “coach” keretapi. Sempat dia komen yang pembinaan “coach” keretapi tu tak betul ! Konon nya tingkap di pasang tak betul , tak ada skrew dan macam-macam lagi .. Lepas tu dia sibuk tanya kenapa Fish & Chips tak sampai lagi. Kecoh.

Penuh satu meja. Ada Lobster, Oyster , Scallop , Steak , Salad , Mushroom soup…….Abah kata kita cendekel…dia yang punya birthday tapi kita pulak yang makan besar . Lepas tu dia pulak yang bayar !! Sampai di rumah , mama pening kepala kerana makan terlalu banyak lemak. Sewaktu kami sedang nak naik tangga , tiba-tiba Imran suruh berhenti. “Berhenti…..semua berhenti! “ Kami semua pun terus berhenti tercegat mengikut perintah.

“OK……tunggu situ sampai besok ! “ kata Imran dan terus menaiki tangga . Abah jeling Imran…. Loyar buruk betul kau ni ya……..!!

13/3/2002 - Abah ke Pulau Pinang. Jadi mama pulang naik train dan singgah di KLCC. Mama belikan Dania “Minnie Mouse”, “Beanie Bear” dan “Winnie the Pooh”.
Seronok tengok anak patung. Cantik-cantik,rasa nak beli semua !

14/3/2002 - “Kenapa abah tak balik?Kenapa abah tidur sana? …..tak berhenti-henti Imran bertanya. Sedih hati sebab jarang berenggang . Mama terpaksa memujuk dan dia diam bila di beritahu yang abah akan pulang malam nanti. Jam lima pagi Imran terjaga dan terus di tegur abah. Barulah tersenyum……..

15/3/2002 - Cuti awal muharram. Abah main golf dan kita pula ke rumah nenek , biar Imran bermain puas-puas. Malamnya kita dinner di restoren Siam pilihan mama……uwek ! tak sedap langsung ! Menyesal tak sudah. Gara-gara terpikat dengan hiasan kedai…….

16/3/2002- Dania makan kentang bercampur carrot lecek. Abah sempat ambil gambar untuk mengabadikan hari istimewa ini ! Lepas tu mama dan Imran berebut pulak nak suapkan Dania. Dania pula sibuk meronta-ronta. Gamat !

21/3/2002- Malam tadi Imran meraung sebab abah habiskan tembikai dia. Macam drama “batu belah batu bertangkup”…….berjam-jam tak henti menangis. Akhirnya mama jeritkan ! Kena lepuk dengan bantal , baru senyap. Abah gantikan dengan satu biji tembikai yang besar…..makan sampai puas !


Sekarang ini Imran dah masuk episod kuat melalak pulak. Pantang silap sikit , melalak. Banyak kali abah hampir hilang sabar. Abah kalau marah..mama pun takut ! Satu lagi, dia suka terjerit-pekik. Dania sampai menangis ketakutan. Kadang-kadang sampai mengigau……Sabar je lah…..

26/3/2002-“Imran sayang mama tak ?”
“ Sayang…..”kata Imran.
“ Banyak ke sikit ? tanya mama lagi.
“ Penuh -penuh…….sampai atas , sampai tumpah ! “ jawab Imran . Mama tergelak, macam isi dalam botol bunyi nya………

30/3/2002-Dania ikut shopping di KLCC. Melalak……..tak selesa. Tambahan pula hidungnya yang tersumbat berjangkit selsema dari abang Imran. Kita yang lain pun selsema juga tapi kerana kepedasan makan ayam panggang “Nandos”. Memanglah pedas , kata abang Zeck. Mama dah beri amaran tapi semua nak cuba konon………

Dalam ribut-ribut membeli cokelat, Imran dah cicirkan beg shopping berisi cekak dan kelip rambut kakak Sha………. Rugi RM 38 ! Tambah beli cokelat lagi baik……Bila kami tanya, selamba je dia jawab “tak tahu…”. Nak marah pun tak patut. Dia dah tentu budak kecil, kita yang dewasa lah yang cuai ..

19/4/2002- Bibiq Umi pulang ke Medan. Bermulalah episod “ Titanic “ …….rumah macam kapal pecah ! Dania melalak selsema , aircon di bilik rosak , kain baju satu lori , ruang tamu berselerak dengan tilam dan bantal , burung riuh berkicau ……gamat !!!

4/5/2002 – Filem “ Spiderman “ sedang galak di tayangkan di pawagam. Kita pula hanya menonton VCD di rumah. Sedang kami leka menonton, tiba-tiba Imran mengatakan yang dia pun dah jadi “spiderman”. Bila di tanya bila masanya, dia jawap “ hari tu……..tapi bila Adique lompat, eh…tak lekat !” Berdekah-dekah kami semua ketawa…

7/5/2002 – Dania masuk hospital kerana Bronchitis. Imran pun turut tidur hospital dengan mama. Bertambah pening pesakit di wad bila orang “yang tak sakit” seperti Imran buat kecoh seumpama hospital itu rumahnya sendiri ! Kebetulan bilik bermain bertentangan dengan bilik Dania dan dapat pula kawan yang di gelar “spiderman” yang tak kurang hebat kenakalan nya. “Spiderman” namanya Safuan dan dia cedera terbakar . Dah sebulan tinggal di hospital untuk pembedahan plastic. Ampang Puteri dah jadi rumah dia dan semua orang dah kenal. Malah dia akan ikut nurse dari bilik ke bilik melawat pesakit hingga tengah malam ! Boring agaknya….

Dua kali sehari , Dania akan di beri Nebuliser dan di ikuti dengan Fisioterapi (sedut lendir). Kesian mama lihat setiap kali badannya yang kecil di tepuk kuat dan tiub getah pula di masukkan melalui hidung dan tekak. Terjerit pekik dia menahan sakit . Rasa nak menangis bila mama melihat keadaan Dania begitu. Kali pertama , mama tak berani nak pegang tapi lepas itu mama yang pegang sendiri kerana kurang yakin dengan orang lain. Takut dia pegang terlalu kuat sehingga menyakitkan baby Dania.


11/5/2002- Hari Sukan Tahunan Tadika Putera Puteri. Imran masuk acara “jalan kura-kura” dan “bump the ball”. Yang lebih gamat adalah ibu bapa yang terjerit pekik seronok. Lucu menyaksikan karenah anak-anak yang kadang kalanya terpinga-pinga tak tahu nak buat apa. Imran pula “cool” sahaja. Sesekali menggosok mata kerana mengantuk. Ada seorang murid yang jalan terlalu perlahan – memang macam kura-kura !!! Gambar video yang mama ambil pun bergoyang-goyang sebab tergelak…

13/5/2002- Dania keluar hospital, Fulya pula yang masuk hospital kerana ceret-beret. Nenek kata kaki Fulya yang macam “Kentucky Fried Chicken” dah hilang. Dulu mama suka usik nak “goreng tepung”. Aiman ok tapi kakak Syiera pula kena chicken pox. Nenek pulak kena darah tinggi dan hamper-hampir masuk hospital juga . Manakala bibiq masing-masing masih belum pulang dari Medan. Bayangkan lah kecohnya !


15/5/2002 – Dania dah nampak ceria tapi masih terjerit ketakutan bila terjaga dari tidur. Masih teringat dia di debuk dan di sedut agaknya sampai jadi phobia. Mama ada lagu untuk Dania…


“siapa senyum manis……….semut datang, teng..teng..teng !!!

22/5/2002 – Bibiq Umi dah selamat pulang ke KL semula. Semua orang lega…..terutama bibiq Alice yang demam tapi terpaksa terus bekerja kerana bibiq Umi belum pulang lagi….

24/5/2002 – Keluar hospital terpaksa menangung sakit nak tumbuh gigi pula. Tapi hari ini senyuman Dania semakin manis dengan satu batang gigi yang dah jelas nampak hujungnya. Bila kami sentuh gusinya, Dania akan terus gigit ! Cinen mama dah banyak kali jadi “mangsa”. Lepas dah gigit dia senyum pula…seronok !

25/5/2002 – Dania nak pegang botol sendiri sampai terjolok mata. Apa lagi…terpekiklah. Nampak gayanya Dania ni baby baran . Jangan sesekali ambil barang dari tangan nya , pasti menjerit marah ! Permainan kegemaran ialah beg plastik ! Dania suka kan bunyi plastik bergesel . Lagi pun dia tak rasa sakit bila menggigitnya…..

29/5/2002 – Dania “fly” ke Kuantan buat pertama kali. Tapi Imran pula yang gayat bila kapalterbang terlanggar awan. Terpaksalah mama memeluk kedua-dua. Lepas cinen, Dania lelap hingga tiba di Kuantan !

31/5/2002 – Pulang ke KL dan Imran masih gayat. Masa kecil dulu tak pernah pula dia takut ‘flying’ …..Semua orang dah cuti sakan dan shopping sakan. Sha dapat basikal baru, baju baru dan jeans “Levis” lagi ! Mama dan Marris pula sakan membeli kasut..

8/6/2002 – Dania mula “mengensot” . Masa meniarap dulu pun dia ‘start’ di rumah nenek. Mengensot pun di rumah nenek ! Geli hati bila melihat Dania angkat punggung tinggi-tinggi dan terus tertonggeng !

17/6/2002- Mama seronok membeli baju Dania. “Gasaklah …….anak belum pandai apa-apa , mama dah gila melaramkan anak dara dia…….” kutuk abah !

20/6/202 – Dania dah nak merangkak. Dia akan melutut dan cuba bergerak tapi tak kemana ! Bergoyang-goyang kedepan kebelakang macam anak rusa baru lahir , lepas tu tergolek. Bila dapat gerak, dia mengundur………

27/6/2002 – “semut manis” dah merayap satu rumah. Laju pulak tu ! Di halang dengan bantal pun dah tak berguna sebab Dania boleh “cross” bantal tu. Abang Imran akan terjerit pekik bila Dania datang mengacau. Tapi dia tetap sabar dan tak marah Dania , sebaliknya hanya mengangkat mainan nya jauh-jauh. Tapi sekejap saja Dania datang lagi ..!

2/7/2002 – Abang Imran sangat sayangkan Dania . Di cium, dipeluk dan selalu di agah . Malah Dania akan melonjak keseronokan setiap kali nampak Imran. Imran kata dia sayang Dania sangat banyak, sampai atas, sampai penuh , sampai tumpah …

4/7/2002 – “Hai…Ma !” tegur Imran semasa mama sedang nak keluar pintu untuk ke pejabat. Berderau darah mama…habislah, mesti meraung ! Tapi Imran senyum sambil bertanya pukul berapa mama akan balik. Mama terus peluk Imran . Dia dah tak menangis lagi……….! Kebetulan hari ini adalah hari kemerdekaan America. Imran pun dah merdeka nampak nya !! Tak lagi meraung setiap kali mama pergi kerja.

8/7/2002 – Mama silap. Imran masih meraung bila tersedar dari tidur dan nampak mama nak pergi kerja. Sepanjang mama mandi, dia terus menangis …..


Hari ini kita dapat kereta baru….Ford Escape . Satu hari suntuk di JPJ kerana komputer rosak . Tahun lepas , mama dapat road tax dalam masa dua jam tapi kali ini nasib kurang baik. “Imran nak pergi sekolah naik kereta baru. Nanti malu orang tengok kereta satu lagi dah busuk “ eksyen Imran. Bukan ‘busuk” …….. “buruk” !!! Imran senyum tersipu-sipu…

11/7/2002 – Dania dah mula nak duduk…tapi merangkak belum pandai lagi ! Silap-silap boleh terbalik . Mama terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga…..letakkan bantal atau tunggu di sebelah. Pantang nampak sesuatu, dia akan tersenyum “excited” dan terus meluru kearah nya. Laju ! walaupun hanya mengensot saja……..Bila tersenyum, nampak gigi tiga batang yang tak sama tinggi !

12/7/2002 – Imran hantar mama ke pejabat. Dalam perjalanan sempat minum susu tapi bila mama usik suruh bawa susu kesekolah, dia senyum “Nanti teacher Imran marah ! “ katanya… Tahu pun malu !

13/7/2002 – Sah Dania dah pandai duduk. Seharian dia leka duduk walaupun belum tegak betul. Badan Dania lembut macam ahli Gymnastic….kadang-kadang rasa ngeri bila lihat kakinya satu kedepan dan satu lagi ke belakang – lurus macam aksi “split” seorang ahli jimnastik !! Ketawa pun dah terkekeh-kekeh bila mama ‘punchau’ pusat dia…

17/7/2002- “Adique nak jadi ‘transformers’ besar , nak pijak mama !! “ Begitulah marahnya Imran bila mama tak kasi dia tukar channel Cartoon. Network. Cepat-cepat mama tutup muka dengan bantal kerana nak tergelak. Abah jegah di pintu dan katanya inilah kes paling buruk pernah terjadi seorang emak bergaduh dengan anak kecilnya ………

21/7/2002 – Beli TV Sony 21 “ dan DVD Player untuk bilik tidur. Imran tak perlu lagi nak bergaduh dengan abah bila nak tengok “transformers dan “ultraman” . Sorang tengok sports, sorang tengok cartoon…………….habis, mama nak tengok apa ? Beli TV satu lagi ?!!

28/7/2002 – Dania suka menonggeng dan merayap bawah meja. Dah pandai tunduk bila nak masuk bawah palang kerusi. Tetapi kadang-kadang menjerit bila tersangkut. Susah abah nak ambil gambar Dania menonggeng sebab dia akan meluru kearah abah bila nampak kamera. Mulut pun becok…malam tadi jelas dengar Dania sebut “abah” dan “mama”…………

20/7/2002 – Seperti biasa, Imran mesti bawa tidur setiap mainan baru tapi basikal terlalu besar nak letak atas katil . Jadi tidurlah si Imran bersama kunci basikal sahaja !!! Rancangan mama nak shopping siang tadi terpaksa di batalkan apabila Imran tetap bertegas nak balik rumah kerana nak cuba basikal baru. Abah kopak RM 215 /=

21/7/2002 – Imran beli kasut baru (RM 99 ) , colour pencils (RM 18) dan bubbles satu
botol besar (RM 20).
Abah beli TV dan VCD player baru . (RM 1,670)
Mama ..? Tengok-tengok saja……..
Dania .. ? Belum pandai lagi……(nasib baik!)

23/7/2002 – Mama beli frying pan dan Imran terus minta nasi goreng telur sebab nak main “masak-masak” . Tapi kali ini tak perlu bubuh bawang, hanya nasi dan telur sahaja. Imran yang tuang minyak, pecahkan telur , kacau dan tuang nasi. Masa dia kecil , Bibique sampai luka tangan mencincang bawang. Cincang bukan sebarang cincang, kena laju-laju dan bunyi kuat-kuat “macam mama buat” kata Imran.

31/7/2002 – Abah pesan mama mesti rekodkan yang Dania dah duduk tegak tanpa terbalik ke belakang lagi ! Abah pula terkejut bila mama beritahu yang Dania pandai main mata ! Kejam kelip dan terus tersenyum……….gatal !

1/8/2002 –Sejak hari Isnin, abang Imran ikut hantar mama ke pejabat. Sanggup bangun awal . Lepas beli kuih dekat office mama , terus di hantar abang Aziz kesekolah. Selalunya tertidur dalam perjalanan. Setiap malam sebelum tidur, Imran akan pesan mama jangan tinggalkan dia esok pagi !! Dania pula akan terkebil-kebil bila kami ucap “bye-bye” dan cium dia. Kadang – kadang dia melonjak keseronokan, kadang-kadang dia buat muka “puzzled”.

4/8/2002 - Sejak pagi lagi Imran dah meraung bila di beritahu yang mama nak pergi kerja jauh-jauh ke Labuan . Dia resah melihat mama susun pakaian. Kali ini abah suruh mama beritahu perkara yang sebenar dan jangan menyorok lagi. Kata abah Imran dah cukup besar dan dah patut faham. Tapi Imran tetap melalak jugak !! Mujurlah dia tak meraung semasa di airport. Buat pertama kali Imran hantar mama ke airport dan mama tahu dia sedang “berperang” dengan perasaan. Bila mama ucap bye-bye , Imran tak mahu tengok muka mama……..



8/8/2002 – Imran menangis sebak di talipon suruh mama balik “sekarang jugak” . Tiba-tiba dia kata bye-bye dan terus terdengar suara Imran meraung…Sayu rasa hati mama tapi mujurlah Dania belum pandai apa-apa dan asyik leka tersenyum saja …

12/8/2002 – Dania masuk hospital lagi. Kali ini , dia kelihatan kuning seluruh badan macam kena jaundice. Terjerit pekik bila kena cucuk ambil darah . Mama yang tengok pun terasa bersalah.

13/8/2002 - Jantung , hati dan buah pinggang Dania semua ok. Cuma nak tunggu keputusan pemeriksaan darah , minggu depan. Malam ini kita boleh balik. Tak selesa tidur di hospital………..sejuk !!

20/8/2002 – Mama ke Singapore pulak selama 4 hari. Imran menangis lagi bila teksi dah tiba. Tapi tangisannya tak sekuat selalu, dah reda sikit. Mama dah janji akan belikan LEGO .

23/8/2002 – Sakit jiwa shopping di Singapore. Setiap dollar Singapore, kita kena bayar RM 2.20 . Dua kali ganda !! Baik shopping di KL saja bila ada MEGA SALE-dah tentu murah. Mujurlah mama terjumpa LEGO “FI” offer separuh harga (tapi sebenarnya sama harga kalau dalam ringgit Malaysia). Terus mama beli . Imran pasti happy !

24/8/2002 – Tension betul terperangkap dalam jam. Dahlah rindu pada keluarga, lambat pula nak sampai rumah !! Seronok tengok Imran yang happy sangat bila dapat LEGO , terus buka kotak …………..Dania pula seronok dapat cinen !! Mama belikan baby Dania stoking dan topi ….

5/9/2002 – Conference di Bali sampai 8/9/2002. Tinggalkan famili lagi. Kebetulan semuanya berturut-turut. Rancangan kita nak bercuti ke Australia terpaksa di batalkan sebab abang exam. Nak ke Bali pula tak sempat sebab abah belum buat passport.

8/9/2002 – Pulang dari Bali naik ERL bersama Abah dan Imran. Kakak Sha dan Mariss dah tiba sejak Jumaat lagi bersama ibunya dan di jemput abah dari airport.

9/9/2002 – Bertolak ke Cameron Highlands. Sejuknya !!! Bercuti sakan – minum Devonshire Tea bersama fresh scones di Bala’s chalet dengan strawberry jam, butter dan cream……..enaknya tapi mahal sekali ! Hujan dan angin yang kuat membuatkan kita semua menggigil. Ada yang tak mandi….Ssssshh. Dania di bawa keluar waktu pagi sahaja kerana kurang sejuk. Itupun bajunya mama pakaikan berlapis-lapis. Malam-malam kita merayap ke bandar , singgah di pasar malam dan borong bunga !

11/9/2002 – Bertolak pulang ke KL pukul 3 petang. Kereta sarat dengan sayuran dan bunga-bungaan. Imran leka bergaduh dengan kakak , Dania pula leka nak korek barang-barang ………….gamat .

• 1st anniversary Sept 11 Twin Towers collapsed.

12/9/2002 – Melawat Nenek Edah di University Hospital – stroke. Kakak Sha dan Mariss ke KLIA naik ERL dengan abah for the first time.

15/9/2002 – Kita balik kampong tengok pakcik Nizam bertunang. Seperti biasa, Imran “cancelled” nak “yak”. Adique boleh tahan ma………… Kesian dia. Sebelum ini , Imran lebih rela ‘yak’ di longkang sambil di tertawakan oleh semua orang !!!

16/9/2002 – “Nak kena sayang atau nak kena marah ? “ mama akan tanya Imran setiap kali mama nak naik darah kerana kenakalan nya . “Nak kena marah ! – jawab Imran-si loyar buruk. Abah tersenyum. Gene loyar buruk siapa agaknya yang Imran bawa ???? Dania pula semakin lasak dan garang. Tak pandan dengan badannya yang kecil, suara bukan main lantang dan pandai melawan ! Jangan di halang dan jangan ambil barang dari genggaman dia. Alamat menjerit lah si kurus tu dan bila kita pulangkan- dia akan campakkan……………! Tiga kali mama pulangkan, tiga kalilah kena baling !

17/9/2002 – Setiap pulang dari pejabat, Dania akan excited dan menegur dengan suara “ah”. Lepas tu dia kan merangkak laju minta di dukung. Pandai jealous kalau nampak abang Imran di dukung , dia akan meronta-ronta minta di dukung juga. Abah suka sakat ! Yang bestnya dua-dua bibique tak laku bila dah ada mama.. Dania tak mahu ikut bibique tapi akan “tergoda” bila bibique acah kononnya nak pergi jalan-jalan.

22/9/2002 – Dah pandai melolong ! Mama nak ke toilet pun, Dania nak ikut ! Airmata sangatlah murah , baru menangis tak sampai seminit pun dah teresak-esak. Bergumpal dengan Imran berebut mainan pun dah jadi perkara biasa. Seronok tengok Dania “curi” susu Imran. Dania akan menerpa dan terus rampas botol Imran. Lepas tu dia dengan happy nya akan berbaring sambil hisap susu…..! Imran apa lagi, terjeri-jeritlah…….

23/9/2002 – Dah bermula episode pecah lutut, pecah bibir dan pecah kepala. Baju Imran berdarah tapi dia selamba saja terus kan bermain. Bila kita tanya “siapa buat?” , dia jawab “orang cina”……….(musuh ketat dia , tapi sampai sekarang kami tak tahu yang mana satu.) Imran suka buat cerita khayalan, jadi terpaksalah kami tapis halus-halus……….. Tapi kata bibique memang ada budak cina yang suka kacau geng Imran……..

25/9/2002 – Geli hati tengok Dania mengejek Imran melalak. Imran leka meraung nak ikut mama, Dania leka meniru gaya Imran menangis. Herot-berot bibir Dania bila meniru tangisan Imran. Sebenarnya si Imran tu cranky mengantuk…………

12/10/2002 – “Sari Pub” di Bali kena bom ! Lebih dari 180 orang mati dan kebanyakannya Australian.

18/10/2002 – Dania jatuh dari kerusi ! Kami panic dan terus ke Ampang Puteri . Benjol di dahi baru nak kelihatan semasa dalam perjalanan ke hospital. Abah memang dah pegang Dania tapi tiba-tiba dia melonjak dan abah terlepas. Mama yang ada dekat situ pula tak sempat nak sambut. Lega hati kami bila doctor sah kan tak ada apa-apa. (Mana tak panic. Lepas menangis sekuat hatinya, Dania terus tidur !) .

Doktor di unit kecemasan tu kata file Dania sangat tebal , tapi orangnya kecil saja……..

22/10/2002 – Sekali lagi panic bila Dania tiba-tiba demam dan timbul benjol baru yang lebih besar !! Dah lima hari berlalu , malah benjol yang lepas dah pun hilang. Dania was the first patient jumpa doctor pakar Haliza pagi tu. Lepas buat
x-ray pada kepala ( dan Dania terpekik-pekik takut) , tenyata tempurung kepala dia cantik bersih tak ada keretakan. Benjol tu disebabkan salur darah yang halus pecah dah darah berkumpul secara sedikit demi sedikit. Sebab itulah lepas 5 hari baru timbul benjolnya. Doktor kata mungkin makan masa nak hilang dan kadang-kadang sampai 6 minggu.

27/10/2002 – Kita balik Pilah . Asalnya kita tangguhkan nak balik kampung sebab Imran demam tapi di ganti pula oleh Dania. Bertambah kurus anak dara mama ! Selalu merengek tapi mujur masih lalu makan walaupun tak seperti selalu.

Dalam perjalanan Imran sibuk mengira……bila mama tanya 5 + 5 jadi berapa , Imran jawab jadi “banyak” ! “pandai anak abah ! kata abah yang sedang memandu dan di sambut dengan ketawa besar !!!!

Bila di suruh baca alfatihah , dia main langkah bacaan sesuka hati , bercampur dengan kula’uzubirabbinnas dan tak jumpa hujung ayat. Abah kata Imran macam “rekod rosak” berulang-ulang ! Of course kami tak boleh betulkan sebab Imran kata “teacher ajar macam tu “.

29/10/2002 – Kereta Ford Escape kena lentung depan mini market JSS jam 7.30 malam oleh sebuah lori barang warna putih di pandu seorang wanita ! Mama dan abah sedang sibuk memilih barang dapur, tiba-tiba abang Aziz talipon . Koyak bumper depan sebelah kiri tapi mujur body kereta tak kena apa-apa. Abah “cool” berurusan dengan dia………mama , bengang betul ! Tapi tak cakap apa-apa.

30/10/2002 – Entah kenapa Dania asyik menangis sejak mama balik dari kerja jam 6.45 pm hingga abah pulang jam 9.30 malam. Demamnya nampak dah sembuh tapi dia terus merengek. Mungkin kerana hidung yang tersumbat, nak tumbuh gigi atau kembong perut ? Yang peliknya bila abah balik , dia terus reda dari menangis. Keletihan dan mengantuk atau cari abah ?

31/10/2002 – Abah dah dapat passport baru pagi tadi. Tiba-tiba jam 1.00 tengahari dia talipon beritahu nak ke Perth , Australia ! Dania dan Imran tak ada passport , macam mana nak ikut ?

1/11/2002 – Pukul 6.30 pagi abah dah bertolak ke airport untuk ke Australia. Jam 10.30 malam kita pula “berangkut” ke rumah nenek. Habis segala tikar bantal mama bawa kesana . Biar senang dan biar Imran tak complain ! Dia selalu merungut bantal nenek keras ! Tak lupa mama bawakan “Playstation” sekali !

2/11/2002 – Atok give-up sebab cucu-cucu nya dah conquer television kerana bermain Playstation. Dania pula sibuk menukar channel TV bila dapat remote control. Terpekik-pekik Imran mengamuk sebab tak boleh concentrate pada Game . Bayangkan lima orang cucu bertempiaran dalam rumah ! Yang dua orang lagi belum sampai ! Ada yang main Game , yang main remote controlled car dan yang leka bergaduh ! Sesekali melalak dan terdengar Pak ngah membebel sebab asyik bergaduh.

6/11/2002 – Mula berpuasa .

9/11/2002 – Dah empat hari berturut-turut hujan lebat . Tak dapat pergi beli kuih lagi ! Elok juga ,kalau di fikirkan. Selalu membazir bila membeli-belah dengan keadaan perut yang lapar. Tambahan pula yang berbuka Cuma empat orang-mama, abah , bibique Umi dan abang Zeck.( Tapi selalu jadi lima orang sebab Imran yang tak puasa pun menyibuk sama. Itupun abang Zeck selalu beli kuih-muih ketika pulang dari kolej. Kakak Sha kena tunggu kakinya yang patah sembuh dulu sebelum boleh travel. Kuranglah kemeriahan berbuka puasa tahun ini….

12/11/2002 – SELAMAT HARI JADI !! Imran 5 tahun dan Dania genap setahun. Mulanya Imran merengek tak mahu kesekolah kerana selsema tapi berubah fikiran bila mama ingatkan tentang kek dan cokelat yang mama sediakan untuk di bawa ke sekolah. Sengaja Mama lewat pergi kerja untuk menghantar Imran ke sekolah. Abah masih belum pulang dari Jakarta. Imran ‘cool’ saja tapi dia nampak seronok bila bercerita tentang sambutan harijadi bersama kawan-kawan….Tak lupa dia kata “sorry” pada kedua-dua bibique kerana tak dapat bawa kek pulang untuk mereka. “Habis kawan adique makan” , katanya.

Dania tak tahu apa-apa…….yang penting dapat dukung dan cinen mama……Happy dah !!!

Abah pulang dari Jakarta jam 2 pagi. Imran dan Dania yang dah tidur awal terus terjaga langsung ajak mama bermain. Tersenggut-senggut mama menahan mengantuk. Akhirnya abah tutupkan lampu dan paksa semua orang tidur! “Berdosa buat anak macam tu tau ! , rungut Imran.

13/11/2002 – Sejak beberapa hari ni, Dania eksyen berdiri tanpa berpaut pada apa-apa ! Tapi bila mama acah , dia takut nak melangkah .. Kadang-kadang dunia aman damai bila mereka berdua bermain tanpa sebarang “masalah”. Ada kalanya terpekik lalang bergaduh. Imran tak suka di ganggu , Dania pula tak mahu kalah. Berebut-rebut . tarik menarik ! Satu hari mama balik-lebam di muka . Hari yang lain , calar pulak. Kata bibiq , Dania akan mengamuk dan sembamkan mukanya ke lantai ! Garang tak pandan dengan saiz. Sesekali mama sergah, Dania akan terdiam dan memalingkan muka – takut ! Lepas tu empangan pun pecahlah……………

18/11/2002 – Dania dah tahu makna “cinen”. Walau sedang menangis mengamuk pun dia akan diam bila mama sebut “nak cinen?” . Dia akan terus menarik baju mama dan merengek pula ! Sambil cinen, kaki Dania akan terhayun ke kiri dan ke kanan . Mama mesti letakkan bantal untuk dia “parking” kaki. Mula pula bising macam baung !

20/11/2002 – “Ba.. ba..” sebut Dania bila bibiq suruh dia bye-bye mama nak ke pejabat.
Dah pandai memanggil walaupun sekadar bunyi “ah…!” sambil tangan menggamit . Kalau mahukan sesuatu, dia akan menghulurkan tangan macam orang nak minta duit !

21/11/2002 – Kakak Sha dan Mariss akan tiba flight 4.30 pm ! Mama dan abah kelam-kabut nail ERL . Nyaris lagi bag kakak hilang kerana ada penumpang tersalah ambil ! Waktu kami tiba di KLIA jam 6.30, bag kakak dah pun di pulangkan semula……..

22/11/2002 – Berbuka puasa di Concorde . Mahal tapi tak sedap ! Cuma seronok kerana cukup quorum – abah, mama dan kelima-lima anak . Kakak Sha jadi “princess” kerana masih belum boleh berjalan kuat (kaki retak). Marriss pula jadi “personal assistant” !

24/11/2002 – Kecoh lagi - abang Aziz di syaki demam denggi ! Abang Aziz sakit , bibiq Alice pun tak datanglah…..Rumah macam kapal pecah ! Bibiq Umi kelam kabut melayan karenah lima orang anak dan tambah teruk bila Dania nak berdukung sentiasa.

26/11/2002 – Abah cranky…….agaknya tension kena drive sendiri di saat kerja tengah banyak. Yang jadi mangsa ? siapa lagi kalau bukan mama. Tak pasal-pasal kena sergah. Tak pa……………..berdosa buat isteri macam tu. Kecil hati mama………..

03/12/2002 – Abang dan kakak pulang beraya di Kuantan pulak . Rumah kembali sunyi…..Imran “mati kutu’ tak ada orang nak ajak bergaduh !


04/12/2002 Harijadi mama yang ke 38 ……tak ada siapapun yang ingat . Abah apatah lagi…….. Pukul 7 pagi mama terima ucapan melalui SMS dari Auntie Maziah dan Liza. Mama ke pejabat macam biasa . Yang menceriakan adalah senyuman innocent dari Dania dan rengekan dari Imran. Biasalah tu, tak jumpa “stesen”.

6/12/2002 – Hari Raya puasa . Tengahari beraya diAmpang dan petang pula bertolak ke Batu Kikir. Yang ada cuma uncle Atan dan famili. Yang lain belum sampai lagi. Dania leka berdukung nak tengok ayam ……Imran pula mengendeng bunga api dari Pak Lang Ariffin. Bila mereka dah balik……Imran bergaduh dengan Atok Aji .

14/12/2002 – Birthday celebration di rumah Atok Ampang. Panik bila “black-out” ! Imran bertambah seronok terjerit pekik dalan gelap bersama cousins kakak Syiera, Syafika , Zariq dan makcik Safiah . Mama risau sampai lupa nak hidangkan makanan . Abah cool saja sibuk barbeque . Terasa macam di tepi pantai pulak ……..Bulan terang dan bintang berkelipan. Mujurlah ada kawan Pak cu dapat betulkan. Sayangnya mama tak dapat rakamkan Imran main bunga api (dan Pak The bakar mercun 8 kaki panjang !) Gara – gara abah tak mahu beli batteri video camera yang dah rosak. Menyesal tak sudah ! Abah selalu tak endah cakap mama .

“Seronoklah Mak long…macam Raya Cina ! “ kata kakak Syiera. Lepas bakar mercun, kita tiup lilin . Tiba-tiba lampu padam lagi dan semua orang bersorak lagi ! Suasana jadi gamat tapi seronok. Dania pula tetap terlentok mengantuk !

22/12/2002 – Dania berjalan 4 langkah dan tertonggeng ! Yahoo……….dia dah nak berjalan walaupun masih takut-takut. Orang lain dah pandai berlari tapi Dania masih manja terperok . Mungkin dia fikir tak perlulah nak berjalan sebab tukang dukongnya ramai !

25/12/2002 – Dania dah jadi “official tukang pasang dan tutup kipas “. Mama dah tinggikan sampai maximum tapi Dania pun dah tinggi jugak. Setiap kali kita pasang kipas dia cepat-cepat datang tutup dan akan bertepuk tangan bangga ! Jangan sekali-kali di halang- nanti dia berguling-guling mengamuk dan lebih teruk lagi bila Dania menghantukkan kepala nya ke lantai berkali-kali !!! Baran. Pasal merajuk , bagi pada Dania ….

31/12/2003 – Open house/barbeque di rumah nenek lagi. Kali ini untuk Pak Lang, Pak Cu dan Pak Teh . Makan besar lagi. Baju raya rasa dah ketat. Imran seronok sakan bermain dan tepat jam 12 malam kita dapat tengok bunga api dari jauh. Walau pun tak seberapa tapi tak kurang seronoknya.



   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments