|
01/01/2003 – Mama dah 38 tahun. Imran dah 5 tahun dan Dania pula dah 1 tahun . Abah yang banyak sekali – 46 tahun !! Mama dan abah makin tua (di badan tapi muda di hati) , Imran dan Dania makin nakal ! 3/1/2003 – Kita ke sekolah tadika “Kindicare” . Mula nya Imran tak mahu masuk tapi akhirnya terpikat juga hatinya nak tengok sekolah baru. Dari kindicare kita ke sekolah rendah Setiawangsa pula. Cepat-cepat Imran kata dia nak sekolah di Kindicare bukan di sekolah rendah. Padahal tadi dia beria-ria tak mahu sekolah. Agaknya dia panic bila kami daftarkan namanya di situ dan kebetulan pula murid darjah satu sedang sibuk dengan orientasi mereka. 6/1/2003 – Imran ke Tadika. Kata abah, semua ok ! Mama tak dapat hantar kerana terlibat dengan Management meeting . 20/1/2003 – “You speak English “…kata Imran . Perkembangan yang menggalakkan kerana baru dua minggu bersekolah, Imran dah sibuk berbahasa inggeris hinggakan kami kena “warning” kalau bercakap melayu. Walau pun ‘broken” dia tetap mahu bercakap inggeris dan tak rasa takut-takut. Lega hati mama sebab mulanya mama risau dia akan terasa tersisih. Bila kami tanya tentang sekolah, Imran kata sekolahnya best dan auntienya baik . Alhamdullilah, semua berjalan lancar…….. 24/1/2003 – SKP Project confirmed deferred. The end or the beginning….?! 1/2/2003 – Cuti tahun baru Cina bersambung dengan Hari Wilayah . Cuti dari Sabtu sampai selasa. Anak kawan abah (Husna) semasa di Australia meninggal dunia kerana accident di Kesas highway. Seorang lagi masih dalam ICU. Sedih mengenangkan nasib mereka kehilangan anak ………. Anak-anak mama yang dua orang ni asyik “membuli” mama sepanjang cuti . Kalau di marah, Imran akan membebel-bebel dan mengungkit segala kisah lama yang dia teringat . Kisah bulan lepas pun kadang-kadang “di baca” semula. Dari marah , kami bertukar jadi gelihati ! Antara leteran Imran ialah; “siapa ajar buat anak macam ni ? Tak ada anak baru tahu ! “ “kalau Imran mengamuk, macam mana ?” “ you jahat ya..Imran letak dekat luar baru tahu ! “ “Kalau you tak bagi tengok kartun, Imran tak kasi you masuk bilik! Dania pula leka berjalan dan dia seronok dengar bunyi yang terkeluar dari kasutnya. Pernah dia ketuk kasutnya pada muka mama semasa mama sedang tidur ! Terus duduk atas riba dan hulurkan kakinya . Lepas tu jarinya menunding ke pintu ajak jalan-jalan…. Begitulah setiap petang ……. 4/2/2003 Imran sanggup tak ikut shopping kerana takut terlepas peluang nak berenang kalau kami balik lambat. Selalunya dia akan meraung tapi kali ini Imran for the first time volunteer tak mahu ikut ! Pulang dari kedai kami ikut berjemur di swimming pool. Abah berenang sama dan Imran pula menunjukkan aksi “octopus” nya ……..” Mama, ini octopus busuk……..(Imran pun membiarkan dirinya hanyut…). Loyar buruk ! 5/2/2003 – Satu scorpion jantan dan satu lagi scorpion betina . Kalau bergaduh memang hebat . Tak padan dengan saiz kecil, Dania akan bergumpal dengan Imran berebut mainan. Babak jerit-menjerit tak payah nak cerita……….Sesekali Imran pula yang meraung bila Dania “pukul curi” !!! 26/2/2003 – Dania kena tinggal tapi Imran ikut mama ke Genting Highlands . Bibiq tak kasi bawa Dania sebab sejuk dan lagi pun mama pergi satu malam sahaja. Satu hari suntuk abah melayan Imran di “Funtasy Land” ketika mama menghadiri meeting. Petang sambung lagi sebelum bertolak pulang ke KL. Imran minta abah binakan rumah secantik bilik hotel lengkap dengan taman permainannya sekali….. !!!. “Abang missed you”………kata Imran sambil memeluk Dania. Dania pun cute memeluk Imran dan meletakkan pipi nya ke pipi Imran. Dania semakin aktif dan cerdik. Kalau dengar musik, dia akan melonjak-lonjak dan menggoyangkan badan menari . Lagu “Ase lehe” (les ketchup song) tak usah cerita…….macam Saloma !! Cuma lebih laju… 10/3/2003 – Kami gelar Dania “anak buaya” sebab dia suka ‘bercakap’ macam anak buaya baru lahir “Eeiak “ . Kalau dia nampak sesuatu dia akan ‘bertanya’ eeiak ? Dia juga hairan melihat bird-bird abang Imran ! 16/3/2003 – Dania adalah kanak-kanak pertama yang makan dalam bathtub ! Mama buka pintu bilik air supaya terang kerana lampu dalam bilik dah terbakar tapi Dania yang pantang nampak bilik air terus terkedek-kedek masuk. Dia menjerit sakan bila mama suruh keluar . Abah pun terpaksa mengalah dan biarkan dia main dalam bilik air . Sudahnya mama terpaksa suapkan makan sambil Dania “beristirehat” dalam bath tub !! Lepas tu mama terus mandikan dia dan Bibiq bawa berjalan-jalan di swimming pool … 23/3/2003 – Dulu mama yang tepuk-tepuk lantai suruh Dania berbaring tapi sekarang, Dania pula yang tepuk-tepuk lantai suruh mama baring sebab dia nak cinen….! 26/3/2003 – Bila kami pergi kerja Dania akan flying kiss siap dengan bunyi “cup” sekali ! Bila kami pulang, dia akan terlonjak-lonjak lepas itu samada dia akan tarik baju mama mencari cinen atau heret handbag mama masuk bilik – tugas baru ! Malah dah pandai akan tangan bila ditanya “siapa Alisya Dania ? “ Imran pula dah fasih berbahasa Inggeris walaupun masih belum betul grammarnya . Dia berani ……..langsung tak menunjukkan bahasa inggeris itu satu masalah pada dia. Berbaloi mama hantar ke sekolah Kindicare. Dulu panggil kami mama dan abah tapi sekarang dah tukar “Mummy and Daddy” pulak ! Bila kami tak menyahut, baru dia tukar semula.. Favourite word Imran ialah “why” - letih mama menjawab soalan “cepu emas” tanpa henti…… 27/3/2003 – Mama dah beli kesemua lapan siri buku belajar membaca untuk Imran. Mama risau sangat biala cikgu kata Imran selalu cendekil bila bab belajar . Sakit perut lah, mengantuk lah , demam lah……….tapi bab bermain dia sihat pulak ! Malah kalau belajar dengan mama pun Imran akan cuba cengkelat . Siap “tawar-menawar” dengan mama. “Boleh tak satu hari belajar , satu hari cuti ?” tanya Imran. “Abah rotan baru tahu ! “ jawab mama. “Mama ni…!!! jerit si Imran lagi……… Si Dania pun dah dajal. Dia akan tarik wayar Astro dan bertepuk tangan bila gambar hilang ! Lagak macam jantan – memanjat, melompat sampai tertonggeng-tonggeng . Tak tahu serik. Langgar dinding entah berapa kali . Dania tak suka berjalan , dia suka berlari dan berjenkit kaki macam orang menari ballet….. 31/3/2003 – Makin di suruh sebut “mama” makin kuat Dania menjerit “abah” ! Dia lebih suka meleser pada abah dari mama . Kalau hisap susu, dia akan menyelit atas ribaan abah. Tapi abah tetap kalah - sebab mama ada cinen……..! Petang ini kita ke Fun Fair . Dah seminggu Imran mengamuk bila kami tak jadi kesana kerana hujan hampir setiap hari . Abah ‘pentipu’ ! . Imran nak hantar masuk “meraka”. Gasak, tak tahu ……abah kena bakar ! Macam-macam dia membebel. “Everytime I want something , your turn, your turn only………!!!” antara ayat paling popular…. 1/4/2003 – Mama mula ambil alih tugas baru. Pening kepala sebab tak pernah buat sebelum ini. Zaman balik jam 5.30 dah berakhir ……kena biasakan balik selepas pukul 6.30pm pulak. Mesti Imran dan Dania akan complain . Cinen lambat sikit lah Dania !! 3/3/2003 – Genap 3 tahun mama bekerja di Labuan Re . Dari Assistant Manager naik pangkat ke Manager dalam masa 10 bulan. Bila nak jadi Senior Manager pulak ? Semoga murah rezeki ……bukan tak bersyukur, cuma sekadar merancang masa depan. Abah ke Jakarta lagi. Cadang mama nak ikut tapi tak sampai hati nak tinggalkan anak kesayangan mama yang dua orang ni . Abah akan buat kan passport dan bawa you all pergi on the next trip ! 6/4/2003 – Kita ke KLCC nak beli LEGO untuk Imran (sebab abah tak sempat nak beli di Jakarta) , kasut untuk Dania dan repair spec. abah yang pecah kerana terpijak. Imran pilih robot ‘transformer’ dan Dania sibuk mencuba semua kasut yang dia boleh capai ! Akhirnya kami belikan kasut kulit warna putih yang di pakai terus . Lepas itu Dania tak mahu naik pram , nak jalan sendiri kemudian terus berlari. Mama dan Imran pun terpaksa berlari sama. Mencurah-curah peluh mama di buatnya. 10/4/2003 – Jam 2 pagi Dania bangun menangis terjerit-jerit. Mama panik . Abah baru saja ke Kuantan malam tadi. Mama kejutkan bibiq dan sama-sama kami cuba pujuk Dania. Kami urut punggung dia yang di suntik semalam, mama berikan Gripe Water kalau-kalau Dania kembung . Mungkin sakit gigi ? selepas hampir setengah jam barulah Dania diam dan mahu cinen dan tidur nyenyak sampai pagi..Sakit perut agaknya. 18/4/2003 – “Mummy,mummy,mummy………” Dania membebel sorang-sorang. Dia ikut abang Imran yang dah jadi mat salleh panggil mama dan abah “Mummy and Daddy” sekarang. Bahasa Inggeris Imran semakin lancar dan dah pandai menjawab dalam bahasa Inggeris lagi ! Bila mama suruh Dania panggil “baba” , dia sebut “babi,babi,babi” pulak !! Ha…ha…ha… 20/4/2003 – Dania nampaknya dah pandai membezakan antara mama dan abah . Dulu dia tetap nak panggil mama “abah” walaupun berkali-kali di ajar. Dia juga suka dengar musik , menari dan kadang kala “menyanyi” dengan gaya tersendiri. Tangan meliuk lentuk , bahu kekiri kekanan dan leher pula terlentuk ! Dia suka sangat tengok binatang dan suka memeluk anak pantung sambil ditepuk-tepuk tanda sayang. 21/4/2003 – Bila Imran berborak sambil menyebut perkataan “cantik” , tiba-tiba Dania pun menyebut “chitik” . Dia dah mula nak bercakap sambil meniru . Malah dah pandai tunjuk kucing dan sebut “tat” (cat). Tapi gaya berjalan masih macam orang mabuk todi ! Kadang-kadang terlanggar meja dan pernah merempuh dinding kerana tak sempat brek ! Mana tidak nya, tak tahu berjalan -asyik berlari ke hulu ke hilir !!! 25/4/2003 – “ Mama….tolong sikit , computer ni dah menaip sendiri lagi ! laung abah . Imran yang sedang tengok TV pun cepat –cepat menyibuk nak tolong konon. Dalam kami sibuk-sibuk mencuba , Imran terus kata “V” abah, “V” mama ! Abah yang dah tension , suruh Imran duduk diam-diam . Alangkah kami terkejut rupa-rupa “V” yang di maksudkan oleh Imran ialah “View” dan memang betul pun kami kena masuk screen ‘view’ dan “unchecked” the “speech” tool !!! Kami terpaksa minta maaf pada Imran . Walaupun dia belum pandai membaca tapi dia dah kenal huruf pangkalnya. Rupa-rupanya dia hafal cara kami buat sebelum ini ……….Computer savy betul anak mama ini… 1/5/2003 – Kenduri di Pilah sempena perlantikan Atuk Aji sebagai ketua suku “Tiga Batu” . Atuk sekarang bergelar “ Datuk Amar Menteri “ ? Mama pun tak berapa pasti. 7/5/2003 – Ma…don’t sit like that. Your blood cannot “walk” …tegur Imran bila melihat mama duduk bersimpuh. Nak tergelak mama tapi buat selamba saja takut Imran rasa malu. Bukan cannot “walk” , cannot “flow” sayang ooi ! Dia translate “jalan” kepada “walk”. He…He… 12/5/2003 – Dania yang baru baik demam , merengek sakit nak tumbuh gigi pulak. Selera makan baru nak datang semula tapi sekarang dah tak boleh makan pulak, malah minum susu atau cinen pun dia tak mahu. Bertambah kurus kering anak dara mama. Dia lebih suka minum air kosong dari cawan .... 15/5/2003 – Imran pulak yang demam. Dia menangis kesakitan kerana tekaknya tak boleh menelan. Bergilir-gilir anak mama sakit. 17/5/2003 – Abah,mama dan Imran berjumpa guru darjah – Auntie Shanti . Katanya , Imran berani mencuba apa saja . Semua orang puji Imran cepat pandai bercakap bahasa Inggeris kerana berani bertutur walaupun sebelum ini langsung tak pandai. Tapi dia agak cengkelat bila tiba bab belajar. Macam macam alasan-mengantuk , letih….Orang lain dah pandai membaca tapi Imran masih belum boleh lagi. Sedih mama tengok anak mama yang masih terkial-kial belajar. Tapi bila dia cuba cengkelat , mama pun naik darah juga. Airmata Imran yang meleleh menghiris hati mama tapi mama terpaksa berkeras juga supaya dia tumpukan perhatian. Adakah Imran anak masalah belajar atau saja nakal ? 18/5/2003 – Nampaknya dua-dua dah gagah semula. Kita semua ke taman permainan di KLCC. Dania seronok sungguh dapat berlari merayap kesana sini.Imran pula battery belum fully charged….masih agak monyok. 21/5/2003 – Expedisi mencari durian di Kampung Pandan . Agak sukar mencari kerana durian masih belum masuk musim tapi demi Imran kami merayau mencari . Akhirnya kami belikan sebiji- RM 24 !! Isi nya besar tapi cuma 6 biji. 2 untuk Imran, 2 mama , 1 abah dan satu untuk abang Zeck. Bila dah tinggal sebiji untuk abang Zeck , Imran bertanya “Kenapa Imran dapat dua? “ “sebab you baby abah” jawab Abah “ kenapa tak bagi 3 biji ? Abang Zeck tak payah lah…….” Soalan yang berisi…………… 24/5/2003 – Dania semakin ketagih “menyinen”. Kalau bukan kedua-dua tangan yang menggentel, kakinya pulak yang akan di angkat ke cinen mama ! Memang sukar nak percaya tapi itulah keunikan cara Dania cinen. Malah dia boleh “cubit” cinen antara jejari kakinya !!! Abah kata nak ambil satu gambar buat bukti … 25/5/2003 -Kita lepak dekat KLCC . Orang tak ramai dan Dania sakan bermain buaian hingga tak mahu turun. Waktu nak balik, Dania facinated pulak dengan lampu-lampu dalam pavement. Satu-satu di sentuhnya . Sampai hujung, dia patah balik dan ulang semula ! Jenuh kami memujuk ajak balik. Dania tak mahu di dukung kerana nak bebas. Terpaksa lah kami mengikut di belakang Dania yang terkedek-kedek. 26/5/2003 - Menangis, merajuk ……..hampir setiap malam. Tak pasal-pasal Dania akan terjerit pekik mengamuk di tengah malam. Tak lain tak bukan gara-gara bergaduh siang tadi. Kadang-kadang bila Dania membaling badan, mama akan sergah dan letakkan di atas tilam supaya dia berhenti ‘tantrum’. Malangnya, abang Imran yang super-protective pulak yang tension. “Imran geram ni…….! Jerit Imran sampai mengetap bibir “Kenapa pulak ? tanya mama “Dah ada baby tak tahu nak jaga. Buat dia nangis-nangis ! “You selalu sakat dia sampai nangis tu ? “Imran tak apalah…….gurau je ! Gelihati tengok Imran yang marah-marah melihat mama sergah Dania. Begitulah Imran, kalau dia yang buat tak apa. Tapi kalau orang lain yang buat adik dia, macam ayam sabung dia marah ..Pernah ada baby yang datang menyentuh Dania semasa bermain di KLCC dan tiba-tiba Imran terus datang macam ayam sabung terus memeluk Dania. Dania yang tak tahu apa-apa hanya tersengeh-sengeh . Mama terpaksa explained pada Imran yang baby tu bukan nak usik adik dia tapi nak ajak bermain sama-sama. Lepas tu baru dia “cool” sikit. 30/5/2003 – Cuti sekolah dah bermula sejak semalam. Kakak Sha dan Marriss tiba di KL Sentral tepat jam 11.15 malam tadi. Malam ini kita makan besar di Taman Cahaya . Ketam nya besar dan berkulit keras . Abang Zeck pun tak boleh pecahkan claws nya ! Nampaknya abang kena tambah “work-out” di gym kerana dah dikalahkan olen si ketam ! 31/5/2003 – Ke Port Dickson . Walaupun hanya sekejap sahaja tapi Imran seronok sakan menggali lubang air bersama kakak. Dania pula cepat-cepat duduk didalamnya ! A-eh …a- eh….. (air,air) kata Dania sambil mengocak air dengan kakinya. Terjerit-jerit kami melarang kerana habis pasir naik ke muka.. 2/5/2003 – Kakak pulang ke Kuantan di hantar abang Aziz. Tinggallah Imran dan Dania berdua. Imran pernah bertanya “kenapa abah Shasha dah mati?” . Mama jelaskan yang abah Mazlan tu abah Shasha jugak . “Tapi kenapa?” tanya Imran lagi . You dan Shasha share abah Mazlan, tapi mama lain-lain . “kalau macam tu campur-campurlah….” Imran bertambah confused. Semakin besar semakin curious dia…….. 3/6/2003 – Imran menonton wayang buat pertama kali . Kita tengok “Finding Nemo’ di TGV di KLCC . Terkekeh-kekeh Imran tergelak dan sesekali menguap kerana mengantuk. Apakan daya, abah cuma dapat beli tiket untuk tayangan jam 9.30 malam kerana yang lain dah kehabisan. Pulang kerumah abah sempat menyakat halang Imran naik tangga dulu. “I am the leader ! “ kata Imran dan berebut rebut naik tangga. … 5/6/2003 – Malam tadi Kakak Syiera dan Syafika tidur dirumah kita buat pertama kali. Syafika telah “diluluskan” kerana tak merengek lagi. Dulu semua orang takut nak bawa Fika berjalan kerana kuat melalak. Malah Imran pun belum berani sangat ikut sesiapa berjalan jauh tanpa mama. Paling tidak, Imran minta bibiq temankan. Selepas bermain sakan, berendam dua jam di swimming pool, makan curry puff , makan nasi goreng , makan kuih kacang…………mereka pulang jam 10 malam. Syafiaka dah nampak monyok kerana tak biasa berenggang dari famili … 18/6/2003 – Abah sibuk bertanya pada Imran apa dia buat di sekolah hari ini , dengan selamba dia jawab “I don’t need to tell you……” Terkedu abah. 19/6/2003 – Abah ke Jakarta lagi……Seperti biasa Imran terasa kehilangan . Malah Dania pun dah pandai miss abah. Bila dengar pintu di buka, Dania akan bertanya…Babah ? Dania kurang sihat , siang dia aktif tapi malam nanti dia tergolek demam..Mama baru bercadang nak bawa you all untuk injection ! 20/6/2003 – “Penangih cinen” semakin teruk . Sejak dah pandai cakap , cepat saja dia menyebut “nak !” sambil menunjuk dada mama. Khayal menyinen sambil menggentel dengan KAKI ! Imran suka menyakat pura-pura nak cinen – apalagi, menjeritlah Dania. Episod tarik-menarik dan tolak-menolak pun bermula…….Dania pun semakin cheeky……dia akan singkap bajunya dan tanya “nak ?” Mama dan abah akan cuit cinen dia dan Dania pun terkekeh-kekeh ketawa !!! Bukan main loyar buruk… 28/6/2003 – Kita kerumah nenek nak tengok Pak Cu berangkat ke Politeknik Ungku Omar, Kelantan. Sampai juga hajat Pak Cu nak sambung belajar selepas dua tahun menunggu . Dania pula sibuk bersalaman dan meniup “flying kisses” sambil tersenyum menampakkan gigi ‘bunny’ nya………Dia dah tak takut lagi. Imran pula leka bermain sakan dan bergaduh dengan anak Mak Ngah ! 1/7/2003 – “Bibik…Bibik….! “ sudah jelas betul sebutan Dania sekarang. Kalau bibik tutup pintu, dia akan sibuk mengetuk sambil terjerit pekik memanggil. Tapi perkataan yang dia tahu masih terhad kepada :- ‘nak” (nak cinen !) ‘mamam’ (makan) ‘nanak’ (tak hendak) ‘tat’ (cat) ‘a..er’ (air) ‘night..night’ (nak tidur) ‘angan aah………(jangan lah) ‘citik’ (cantik) ‘caceh” (terima kasih) ‘wa….’ (keluar) 7/7/2003 – “Imran F1 , mama F- Zero “ kata Imran pada Abah. Bila ditanya kenapa, jawab Imran “because you are girl – slow !! “ Umur baru 5 tahun setengah dah jadi Male Chauvanist ! “Calit sikit ! “ abah dan Imran menyakitkan hati mama…….. 13/7/2003 – Kita ke Kuantan dan tinggal di Glory Apartments Cherating. Abang Aziz dan Bibiq Alis ikut sekali. Seronok tinggal disana kerana apartmentnya besar (3 bilik) dan pantainya dekat malah bersebelahan dengan tempat nelayan menurunkan tangkapan ikan. Sedang kita semua leka tengok ikan, Dania pula sibuk mengejar lembu sambil menunding jari “cat” !! . Sebelah petang, kita main pasir di pantai - dimulai dengan pergaduhan berebut alat-alat pengorek antara Dania dan Imran . Terpaksa mama jarakkan antara kamu berdua ……..barulah aman. Imran seronok menapis air mencari sea shells dan sesekali mengejar ketam yang lari lintang pukang . Bila Imran tengok yang shells tu sebenarnya hidup dan bergerak-gerak, dia jadi panik bila terasa sesuatu di bawah tapak kaki. Sangka Imran ketam nak gigit dia ! Air surut jauh sekali dan sangat cetek . Dania berlari-lari keseronokan . Kadang-kadang dia melompat-lompat dalam air. Merah padam muka dia bila tertonggeng dan tertelan air masin tapi tak juga serik-serik. 15/7/2003 – Senang hati kami bila terima pengesahan dari Kementerian yang Imran di terima masuk ke Sek. Kebangsaan Setiawangsa. Dekat dengan rumah dan tak payahlah Imran bangun terlalu awal untuk ke sekolah……. 19/7/2003 – Imran menuntut abah menjemput kak Syiera dan Fika seperti yang di janjikan minggu lepas . Selepas sakan mandi di swimming pool (dimana Dania pun sama berenang bersendirian) , sambung pula dengan main basikal lepas tu mandi, makan , buat homework…..sampai akhirnya bateri masing-masing padam ! Dania terlalu seronok sampai mengigau manakala yang lain tergolek berdengkur. Hari ini Dania tak mahu di pimpin lagi ketika dalam kolam. Dia confident berdiri dalam air yang sedikit rendah dari dagunya. Sesekali tenggelam , tapi tetap tak takut ! 20/7/2003 – Rumah sepi kerana kakak Syiera dan Fika dah balik dan Imran pula ikut kerumah Mak Ngah. Menjelang petang mama ‘miss’ sangat abang Imran . Terbayang-bayang dia turun naik mencari kawan-kawannya. Kalau ada rumah asyik bergaduh ………tapi bila tak ada terasa sunyi sangat……. Dania pula rasmi di putuskan dari “cinen” hari ini. Bila dia terasa garam yang mama letakkan di cinen, dia terkejut dan terus menangis sedih…………..Mama pun turut kesian tapi kalau lebih lama di biarkan, lagi susah nak berhenti. Sepanjang hari Dania bersedih. Nampak saja muka mama, air mata pun berjujuran……Bila mama cuba ‘offer’ , Dania terus menggeleng ‘nanak’ !! 21/7/2003 – Mama kalah dengan airmata Dania. Dia tak boleh tidur dan menangis histerical. Akhirnya mama berikan juga cinen. Dia terus lelap dengan nyenyaknya…….. 28/7/2003 – Abah ke Jakarta lagi. Mama cuti kerana Dania demam lengkap dengan mata yang merah kerana jangkitan. Imran pun kurang sihat tapi masih aktif bermain di luar sekalipun mama larang. Bila dimarah, mama pulak yang kena jerit. Geram betul di buatnya…… Sebelum tidur, Imran bertanya kenapa mama “asyik beranak tapi suka marah anak ? “ “sebab you nakal dan degil” jawab mama “kalau Imran dengan Dania lari, you tak ada baby macam mana ?” “you nak lari ke mana ?” “ larilah jauh-jauh…….” “ok lah….you pergi cari mama yang suka anaknya nakal dan degil” “Tak nak lah………!!!” jerit Imran Dania terkejut dari tidur bila Imran menjerit. Apa lagi, dia pulaklah yang menjerit……. 30/7/2003 – “Daddy lied ! “ “why you said that ? “ “he said 3 days, he still don’t come home yet ! ” “I think he will buy me present…….” Oh…o ….mama kena hantar message pada abah 31/7/2003 – Abah tiba hampir tengah malam. Hadiah untuk Imran ? Setokin Spiderman……..! Sebenarnya abah tak sempat nak cari mainan dan bila tiba di KLIA, kedai pulak dah tutup. Itupun mujur abah dapat balik KL setelah menjumpai Passport yang tercicir dalam teksi di Jakarta ! Saja nasib abah baik kerana kawannya teringat nama pemandu teksi tu…… 1/8/2003 – Menyertai school excursion ke Zoo Negara. Imran excited naik bas sekolah . Mama , abah dan Dania pula naik kereta dan bertemu di pintu masuk. Zoo agak lengang kerana hari Jumaat…tapi jadi gamat kerana gelagat anak-anak kecil dari Kindicare ! Sewaktu makan tengahari di Mary Brown , abah pasangkan lagu ‘Les Ketchup’ dan kelihatan seorang anak kecil dan Dania menari dengan tangan mereka macam Saloma…….. 2/8/2003- Bibiq di rumah nenek bantu nenek masak . Dirumah kita pulak macam kapal pecah. Abah cuba daftarkan Imran di sekolah agama tapi dah penuh. Masaalah ni……………. 4/8/2003 – Abah berulang ke sekolah agama lagi dengan harapan akan di buka kelas tambahan tapi nampaknya tak ada….Kita cuba ke sekolah yang satu lagi tapi sessinya sebelah petang pulak . Tak sesuai kerana Imran bersekolah pagi…..Macamana ni ..? 5/8/2003 – Dania semakin rancak menyanyi. Malah dia boleh ikut rentak lagu “happy birthday” yang mama ajarkan. Gian cinen pun dah nampak berkurangan . Bila mama acah nak bagi cinen, dia pulak yang kata “uwek!” Ada beberapa perkataan baru yang di sebut , seperti ; “ pah”..(tumpah) “no..no” (jangan) “teh” (air teh ‘o’) – bertambah seorang lagi peminat teh-o ! • abah ke Kuantan tengok kakak Sha yang tak sihat dan muntah- muntah • JW Marriot di Jakarta kena bom ! 14 orang di sahkan mati dan beratus yang lain cedera , malah ada yang parah……… 6/8/2003-Anak dara dah pandai bergaya…..suka pakai kasut tinggi mama, minta nak pakai rantai, berangan gunakan make-up dan lipstick ! Pernah Dania sapukan glue stick ke bibirnya kerana dia sangka hujungnya yang warna merah tu adalah lipstick ! Mujurlah isinya dah habis, jadi kami biarkan saja. Tersenyum simpul dia……. lepas mandi, dia akan pilih baju sendiri . Kalau kombinasi pakaian itu nampak lucu, tahu lah siapa yang pilih….Kalau bergaya dengan handphone nampak macam ‘real’ mengalahkan business woman. Dia suka tiru gaya abah bercakap di talipon, berjalan kehulu ke hilir , tergelak-gelak dan suka kata “ya..ya…” berkali-kali seolah-olah bersetuju…….padahal bukan ada orang di talian ! Mama belikan dia selipar berbunga warna pink . Dia seronok dan kata “satik” (cantik) ! 10/8/2003 – Hantar Imran ke Megakidz di Megamall, Bangsar menghadiri majlis harijadi Hidayat rakan sekelas di Kindicare. Meremut manusia kerana musim Megasales……..abah tak dapat masuk parking area dan terpaksa tunggu sahaja di dalam kereta sementara mama dan Dania menunggu Imran didalam kompleks. Satu lagi bala – rupanya bau masam dalam kereta yang di cari selama ini datang dari botol berisi susu basi (yang dah jadi keju) di celah pram Dania . Botol tu tertinggal di situ sewaktu pulang dari zoo tempohari. Sewaktu dalam lif, semua orang nampak hairan dengan bau yang tersangat masam . Mama dan Imran buat tak faham je……..he..he… Setelah dua jam, akhirnya Dania pun resah dan terpaksa mama bawa masuk ke dalam Megakidz juga. Dia leka bermain gelongsor ……..Habis majlis, Imran pulak leka bermain bersama Hidayat hingga tak ingat nak balik. Mujur kebetulan ada announcement dan mama terpaksa “menipu” kononnya mereka kata Megakidz nak tutup……Di satu sudut, kelihatan seorang lagi kawan Imran berguling atas lantai tak mahu balik !! 13/8/2003 – Imran mendaftar disekolah kebangsaan. Hari ini Imran potong rambut buat pertama kalinya di kedai mamak ! Dia takut tapi akhirnya relax bila mama terus pujuk …..Nampak smart . Patutnya kita potong rambut dulu sebelum ambil gambar untuk sekolah tadi ! Dania semakin becok dan dah pandai meniru gaya orang bercakap. Malah pandai mengikut rentak lagu “happy birthday” . Abah pada mulanya tak percaya tapi Dania dengan bangganya tunjuk talent dia... Pasal berjoget tak payah cerita. Pandai tengok TV dan ketawa berdekah-dekah. Yang tak best nya , dia pun dah pandai mengajuk cakap mama (macam abang Imran) bila mama marah dia. Manja terperok…….cenggeng sangat, melalak saja kalau kena tegur ! Abah kata seorang lagi anak dia di jangkiti penyakit “mama laitis”. 18/8/2002 – Mama dah tak ‘wise’ lagi sebab wisdom tooth mama terpaksa di cabut ! Sudahlah demam, selsema dan batuk ditambah pula dengan sakit gigi. Nak jadi cerita , nurse pula beritahu doktor tak dapat datang waktu pagi kerana keretanya rosak ! Sikit punya malang nasib mama ……….Imran dengan Dania pula semakin kronik penyakit “mamalaitis” mereka. Melekat dengan mama 24 jam - bertambah demam di buatnya ! 19/8/2003 – Semakin lucu gelagat Dania bila menyanyi dan menari…”Bah bi bah…to ya….(happy birthday to you…) . Gasaklah…janji dapat nyanyi ! Dia pun akan sama menyanyikan lagu tema pertandingan nyanyian “Akademi Fantasia” (style dia sendirilah….) dan yang hampir sama hanya bunyi hujungnya saja..Orang bertepuk dia pun sama bertepuk siap dengan sorakan sekali….Kalau di suruh tunjukkan gigi, dengan bangga dia akan tersenyum dari telinga ke telinga menunjukkan barisan gigi-gigi kecil dan gigi ‘bunnies’ nya yang empat batang tu….Gigi dan penuh tapi bercakap belum jugak lagi… Pantang dapat keluar , dia tak akan mahu masuk rumah sampai kena paksa. Terpekik terlolong macam orang kena seksa. Kadang-kadang siap berguling atas lantai……..eee…. 20/8/2003-Pukul 6.30 pagi Dania buat hal melalak mengamuk-ngamuk . Macam tu lah dia kalau terlalu excited siang tadi. Jam 7.30 pulak mama terima call dari abah memberitahu tayar belakang pecah terlanggar sesuatu (batu?)di jalan raya. Tak sempat nak cakap habis, abah terpaksa bergegas nak berlepas ke Jakarta..Yang tak bestnya, dia bawak kereta abang Aziz ! Aduh…gi mana ini sih….? 7.50 pagi Imran pulak melalak liat nak ke sekolah kerana mengantuk. Bila suruh tidur awal, banyak songelnya…macam-macam alasannya…Ikutkan hati semua orang kena jerit nanti ! Tension betul.. 24/8/2003- Abah, Mama dan Imran ke Pasar Dato’ Keramat. Tengahari itu kita makan lauk ketam masak lemak cili api , sup ayam , kerang rebus , sayur campur dan sambal belacan…….. “lama mama tak masak steak…” kata Imran. Potong steam betul………mama dah penat masak macam-macam, dia mintak steak pulak ! 29/8/2003 – Mama demam. Cuti panjang hingga kehari Isnin tak bermakna lagi. Hidung tersumbat, kepala pening dan tekak pula teramat sakit akibat batuk yang teruk . Imran bersama Bibiq pula tidur di rumah nenek…Tinggallah Dania bersama kami , aman damai tak bergaduh tapi leka merengek dan bergayut “cinen”. 30/8/2003 – Abah mengamuk bila mama mintak tolong kemaskan makanan di dapur. Kecil betul hati mama di buatnya………Baru sekali mintak tolong dah buat macam tu. Itupun kerana mama demam, kalau tidak tak adalah mama nak mintak tolong langsung ! 31/8/2003 – Hari Merdeka yang di cela dengan amukan abah . Mama cuba lupakan, tapi hati kecil ini tetap terguris. Hanya gelagat Dania dan Imran yang mengubat hati…Kedua-dua anak mama yang sangat mama sayangi – harta pemberian tuhan yang tak ternilai buat mama.. 2/9/2003 – Mama masih MC. Demam belum kebah dan badan masih terasa lemah . Batuk mama agak teruk hinggakan Imran melarang mama baring di sebelahnya kerana dia terkejut setiap kali mama terbatuk. Dania pun akan menangis bila terkejut oleh batukan mama. Mama terpaksa sembamkam muka ke bantal ……. 3/9/2003 – Dania dah mula nak bercakap. Antaranya; “Oooo dap” (oh sedap) “ma…pat” (mama cepat) “ya awa” (Ya Allah !) “Jatuh” “Atid” (sakit) “nyanyi nyanyi” (piano) “uwar” (keluar) “tacut” (kasut) 7/8/2003 – Lepas Imran tidur di rumah nenek/mak ngah, giliran Syiera dan Fika pula bermalam di Setiawangsa. Mulanya semua ok. Pergi swimming, main basikal dan dinner di Mc Donald. Ketika semua orang berbaringan depan TV, tiba-tiba Fika melalak nak balik. Puas kita semua memujuk tapi tak laku. Dia miss ketiak abah nya…Akhirnya terpaksalah Pak Ngah jemput balik. Mujur rumah dekat ! Malam tu Imran bertanyakan soalan ‘cepu emas’ lagi. Sedang kita semua menonton National Geographic, Imran bertanya “ Sekarang ni tak ada apa-apa…Zero kan. Macam mana ada telur ular? “ Mama serahkan pada abah untuk menjawabnya…pandailah abah nak menyelesaikan kemusykilan Imran…. 8/8/2003 – Kita ajak Kak Syiera ke KLCC. Rupanya dia tak pernah kesana dan rasa seronok sangat tengok padang permainan yang sangat luas. “Rugi tak bawa baju mandi ! “ rungut Syiera…Rugi Kak ngah (Fika) ! Tak sempat sampai rumah, dua-dua dah tergolek dalam kereta. Cuma Dania yang masih segar dan sibuk menyanyi lagu “Mat Cool”. “Mak..mak…mak……kata Dania. Lucu sekali ! Lepas hantar kakak Syiera, Dania pula “out” dalam perjalanan pulang.. 11/9/2003 – Abah ke Jakarta. Ulang tahun ke 2 tragedi WTC. Risau jugak. Mama berdoa semuanya selamat….Mama paksa abah pulang awal sebab mama nak ke Labuan.. 14/9/2003 – Mama berlepas ke Labuan. Imran ‘cool’ saja, tak macam dulu lagi. Cuma syaratnya agak ketat- mesti beli LEGO “plane”.. 17/9/2003 – Dah puas mencari tapi masih tak jumpa LEGO yang Imran hendak. Terpaksalah main tipu…….mama suruh abah beli di KLCC dan sorokkan ! Tiba di rumah , Imran seolah-olah boleh “baca” rahsia di sebalik pembelian LEGO tu. “Siapa beli LEGO ni mama ? “ Bila mama mengaku, dia terus kata “hari tu mama kata LEGO tak ada dekat Labuan . Mama tipu ye ? “ Mama terus potong cakap dia dan tanya samada dia suka atau tidak. “Thank you ma…….I like it ! “ Selesai satu masalah……….. Dania pula seronok sakan dapat cinen……..dan cawan LEGO (sebenarnya dapat free). Imran pun turut memeluk mama .”I missed you ma…” Itulah kelebihan ada anak-anak menanti kepulangan… Imran , Dania………….mama sayang you !!! dan abah juga . 19/9/2003 – Bertolak ke Bukit Tinggi , Pahang . Mama ada seminar di Colmar Tropicale manakala you all semua merayau sakan……Sempat tengok “magic Show” pada malam nya. Dania pula kena cakar rabbit ketika di Rabbit Farm sebab dia tak mahu lepaskan bila rabbit tu meronta-ronta. Swimming pula sekejap aje kerana menggigil kesejukan…Ada gambar lucu abah mengendong Dania dengan kain batik jawa ketika mendaki tangga di Japanese Tea House…Dalam hutan tu Dania sakan menyanyi……… 23/9/2003 – Hari tu Imran yang sakit telinga , hari ini Dania pula . Kata doktor, kedua-dua belah telinga Dania ada “compacted ear wax” . Sebab tu lah dia rasa tak selesa dan tak balance. Di tambah pula dengan selsema. Cranky ……….tapi masih boleh menyanyi ! Sesekali menyanyi , sesekali merengek… Semalam , ketika menonton National Geographic kita semua terpegun tengok ikan yang cantik berwarna warni di dasar laut. “Oooo….banyaknya ikan ‘Finding Nemo’ – tapi tak best lah “ jerit Imran. Bila ditanya kenapa , dia jawab “sebab tak boleh bercakap” ! Kita semua ketawa lepas tu.. 26/9/2003 – Sejak semalam Imran merengek nak cuti sekolah. Siap ‘tawar-menawar” dengan abah. Tak sihatlah…, satu hari sajalah…dia nak buat something lah….Pagi ni betul-betul dia tak pergi ke sekolah akibat cirit-birit. Kesian dia,,,,,,,,,,,,,, 5/10/2003 – Mama ke Singapore pula. Imran cool saja tapi dah siap berikan mama code number LEGO yang dia nak. Sepanjang hari mama menghafal nombor nya…..4094 ! Conference bermula esok, jadi petangnya sebaik tiba di Singapore, mama terus kekedai mencari LEGO idaman. Mission accomplished. 4094 dah jumpa ! Dania pula mama belikan anak patung lion lengkap dengan baby nya sekali. 8/10/2003 – Dari airport , mama terus ke office. Jam tiga mama pulang kerumah kerana malam nanti ada dinner pula di Prince Hotel dan terpaksa keluar awal kerana jalan akan ditutup sempena raptai OIC. Dalam kereta Imran dah terlelap menunggu mama . Bila di kejutkan , Imran tersenyum. “I missed you ma……..” Ikutkan hati tak mahu pergi dinner. Letih nya tak terkata………..Kesian anak mama , kena tinggal lagi ! Dinner start lewat tapi jam 10 malam mama dah pulang. Lebih baik mama balik tengok anak-anak kesayangan mama yang sudah empat hari kena tinggal. Tiba depan pintu, Imran dan Dania sudah menunggu. Masih belum tidur rupanya. Dania menggosok-gosok mata kerana mengantuk tapi masih tersenyum……..Cinen sekejap, Dania terus lelap. Imran sempat berborak…..lepas mama peluk dan cium “nite-nite” , tahu tahu dah senyap. 11/10/2003 – Concert Imran di Kindicare . Berbagai gelagat hinggakan mengalir airmata mama kerana terlalu banyak tergelak. Ada yang melalak di sebalik tabir sebelum concert bermula ! “I want my mummy ………..!” Lepas tu berdiri tercegat, meraung , sedangkan orang lain sibuk bernyanyi. Ada juga yang seronok sakan, menari dan bergaya habis ! Imran cool saja dan terus tersenyum bila nampak mama berdiri di barisan depan. Sayang sekali video kita rosak….Pagi itu fahamlah kami kenapa Imran complained pada Bibiq, partnernya ‘tak cantik’ . Rupa-rupanya, pasangan dia anak negro…….tapi manis juga ! Tak padan dengan kecil , pandai pulak memilih………. 12/10/2003 – Kita kerumah Zariq dan Fuliya untuk birthday party. Mama belikan Fuliya basikal. Dania pun kena beli juga supaya tak berebut. Tapi tiba di sana, ramai yang nak naik basikal Dania hinggakan dia tension. Akhirnya mama cinenkan dan dia tertidur dalam kereta. Kita singgah bermain di rumah nenek selepas majlis selesai dan pulang kerumah jam 7.30 malam. Rupa-rupanya marah Dania masih belum habis . Pantang silap sikit, dia mengamuk berguling-guling lebih satu jam. Akhirnya abah sergah……..barulah berhenti. 21/10/2003 – Mama dan abah ke Masjid India nak cari “Kurta” buat Imran. Esok Kindicare nak sambut “Children’s day sekali gus Deepavali . Lepas beli baju, kami sakan beli kuih-kuih/manisan India mengalahkan orang India yang nak beraya ! Agak sukar nak cari kuih-kuih tu masa hari biasa… Tiba dirumah mama terus suruh Imran cuba sebelum mama cuci. Sedang sibuk memakaikan Imran baju baru, Dania pula datang bertanya “ cantik?” . Sudah…………kami tak belikan ‘baju cantik’ untuk dia ! Apa lagi tercebik lah minah yang kuat terpeleot tu…….Mujurlah kami dapat pujuk dengan ‘umpan’ kuih yang kami beli tadi. Dia dah pandai jealous…….kalau beli untuk abang, mesti beli something untuk di juga. .. We learnt our lesson, alright ! 24/10/2003 – Cuti Deepavali. Abah di Kuantan sejak malam tadi . Kita pula akan bertolak balik Pilah esok. 25/10/2003 – Tiba di Pilah jam 3 petang . Rumah atok sedang kecoh dengan renovation works. Habuk merata tempat tapi Imran seronok sakan main pasir bersama Munir dan Nazrin. Walau mama takutkan kononnya ada tahi kucing pun , tak jalan juga. Orang jarang dapat main pasir ! Dania seperti biasa sibuk dengan ayam dan kucingnya. Subuh hari Dania terjaga dan tergelak-gelak meniru ayam berkokok. 26/10/2003 – Mulanya sibuk nak balik kerana tak ada ‘aircon’ tapi selepas mandi dijeram dan bermain pasir, Imran minta tidur semalam lagi. Malangnya esok nak sekolah jadi kena blaik jugalah. Sempat singgah di Langat beli durian. Mama dan bibiq pening………….bau durian ! 31/10/2003 – Tun Mahathir bersara jadi PM………..Toh Puan Dania pula bersara cinen! Berkesan akhirnya teknik meletakkan garam pada puting susu. ”Uwekk……..bucuk !” kata Dania. Setiap kali mama offer cinen, dia akan mengeluarkan lidah uwekk…! 2/11/2003 – “Apa burung tu buat ?” tanya Imran pada abah bila dia nampak burung jantan bertengek atas burung betina. “Dia nak bertelur” jawap abah. “Mama….you pun naik atas badan orang ke bila you nak bertelur ?” tanya Imran lagi. “Tak…..mama bawa baby dalam perut” kami cuba mengelak. Mujur Imran tak bertanya lebih lanjut. Wow ! soalan cepu emas lagi !!! You were too young for us to explain. 4/11/2002 – Mama belikan seluar raya buat Imran. Ketika memakaikan seluar Imran, Dania pula datang bertanya- “cantik?” dan terus menanggalkan seluar. Mujur mama ada belikan untuk dia juga. Dah pakai, langsung tak mahu buka lagi ! Niat di hati nak carikan anak dara mama sepasang baju kurung…..Imran memang kena beli baju melayu kerana nak mula mengaji. Mama bercuti 6/11 semata-mata nak pergi shopping … 6/11/2003 – Dah beli baju anak-anak kesayangan mama. Dania nampak cute berbaju kurung warna pink ! Tapii malangnya saiz kasut pula terlalu besar…….terpaksa berulang ke KLCC lah nampaknya. 12/11/2003 You berdua genap 6 dan 2 tahun. Kebetulan Kindicare cuti Nuzul Quran . Bibiq teman you berdua tidur rumah nenek. Sakan bermain bunga api…….gamat kerana semua cucu nenek berkumpul. Cuma baby Danial yang tersengeh-sengeh tak mengerti. Kami serba salah, kalau di beritahu, Imran akan minta hadiah , teruklah kami kena beli hingga tiga kali ! - sambutan di sekolah - sambutan di rumah nenek - sambutan malam ini ? Puasa lah…… 22/11/2003 –Mengecat rumah. Sejak minggu lepas lagi nak cat tapi abah suruh tangguhkan. Last minute baru nak sibuk segala- galanya. Itupun selepas bertekak ! Mana nak kemas rumah, nak pasang langsir, nak masak kuih………….eee…geramnya. Tapi mama berterima kasih kerana abah membantu. Dia rasa bersalah agaknya? 25/11/2003 – Hari Raya Puasa . Konon nak pergi masjid, tapi sudahnya sembahyang atas katil ! Pukul 10 pagi kita ke rumah atok ampang dan kemudian bertolak ke kampung. Seronok sakan. Main bunga api ‘missile’ 36 das…gamat satu kampung . Macam pertunjukkan bunga api di KLCC…….Tapi Dania ketakutan walaupun dia sempat mengajuk bunyinya…”eeeaaak….bom ! 29/11/2003- BBQ di rumah nenek sempena hari jadi Imran dan Dania. Semuanya mama masak sendiri termasuk kek–perisa strawberri lagi ! Dalam perjalanan terpaksa ditatang oleh bibiq takut terlangkup. Setiap kali abah corner, kita semua akan bersiap sedia. Biar bibiq yang jatuh, tapi jangan kek nya ! Dania dah sibuk practice lagu Happy birthday to you dalam perjalanan. Macam tu lah dia…suka menyanyi. Waktu kita semua menyanyi , Dania seronok sangat dan bertepuk tangan . Mana yang baru tahu birthday you berdua adalah hari yang sama, semuanya terkejut ! 4/12/2003- Imran sambut birthday di sekolah pula.Setiap orang mama sediakan satu pack cokelat dan magic colours. Malam dinner di Road House Grill dengan kakak syiera- birthday mama. Dania buat sepah……..sebab tulah mama pilih Road House Grill. Buatlah sepah sebanyak mana , tak ada siapa nak marah………Kulit kacang merata-rata … 5/12/2003 – Last day Imran ke tadika. Pakai baju Melayu lengkap sempena Raya Puasa dan bawa hadiah buat Auntie Shanti sempena Christmas. Semalam mama dah berikan hadiah buat Imran untuk di letakkan bawah christmas tree. Somehow……..Imran tahu hadiah itu dari mama … 06/12/2003 – Kami ke Kindicare-report card day. “Imran is a very sweet boy” komen cikgu Shanti. Jam 12 tengahari, rumah penuh dengan keluarga uncle Atan dan Mak ngah. Pak Teh dan Pak Chu pun ada. Semua orang pergi swimming……..lepas tu makan tengahari. Imran , Dania , Adam, Syiera, Fika, Aiman, Uncle Atan anak beranak semua swimming. Semua jadi anak Hindu berjemur dan mandi tengah panas ! Dipanggil abah suruh makan tengahari pun tak ada siapa yang peduli... 7/12/2003 – Wedding Anniversary yang ke 7. Seperti biasanya, abah tak ingat. 14/12/2003 – Kita makan kenduri kahwin. Anak kawan abah (Dr Rahman) di Universiti Malaya dan sepupu mama Karmila di Pantai Dalam. Semasa di Universiti Malaya , Imran nampak tasik dan canoe. “Boleh Imran sekolah kat sini ?” “Bila dah besar nanti dan belajar rajin-rajin…bolehlah” “Lama nya ….not fair !!!” 16/12/2003 – “No fun….so boring !” komplen Imran. Jadi abah hantarkan kerumah mak ngah. Dania pula leka menyanyi. TV dirumah dah kena conquered by Dania dengan CD “EIEIO………..(Old Mc Donald). Kadang kadang dia suruh mama nyanyi kan. Bila salah pilih lagu , cepat- cepat dia suruh “stop”. “Ikel…ikel…” . Puas lah kami mencuba lepas satu lagu ke satu lagu tapi semua salah ! Rupa- rupanya, Twinkle,twinkle !! Cara Dania nyanyi; Itel…itel ……(twinkle,twinkle) Up…up..up (up above the world so high…) tergelak besar kami semua-macam bunyi rekod rosak ! 20/12/2003 – High Tea di KL Tower . Imran minta sushi tapi malangnya tak ada. Dania pula leka menyanyi dan bercakap sambil melecek makanan. Lepas tu main pula dengan butter. Bila dah boring, Imran main game boy , Dania pula sibuk berlari kehulu ke hilir. Gamat KL tower dengan anak-anak staff Labuan Re ! Abah pun join sama sebelum berlepas ke Iran malam nanti… 25/12/2003 – Imran ikut mama ke pejabat. Gamat dengan soalan soalan ‘cepu emas’. Mulut bising hinggakan mama susah nak buat kerja. Kejap dia main Game Boy, conteng-conteng dan akhir sekali main baling roket kertas. Kawan mama di sebelah pasti bengang ! Yang nyata Imran seronok dan nak ikut lagi . Cuma leceh sikit kena turun naik bas, teksi dan LRT kerana abang Aziz cuti, abah overseas dan mama tak boleh drive……….Imran sempat berleter bila mama beritahu yang kita kena naik bas. Mujur Dania tak ikut sama ,kalau tidak lagi gamat dunia !!! Jam 1 tengahari dari office kita ke KLCC pula. Ramainya manusia sempena cuti Krismas…Lepas makan Kentucky, Imran ajak balik sebelum sempat mama nak beli apa-apa. Dalam teksi, Imran berdengkur….. 26/12/2003 – Abah landed in KLIA pukul 10 malam dan tiba di rumah hampir jam 12 tengah malam. Kami tidur lewat kerana abah masih jet- lagged dan bayangkan apabila mama bangun pagi, muka hadapan akhbar mengatakan 5,000 ribu orang mati kerana gempa bumi di bandar Bam, Iran ! Kawan mama Auntie Liza pun talipon bertanyakan kabar. Semua orang yang tahu abah ke Iran jadi risau. Harus mama mati sakit jantung kalau abah masih di sana. Syukur abah dah pulang…..Walaupun gempa bumi itu berlaku 1000 km dari Teheran, mungkin abah tak dapat pulang kerana flight mungkin kena cancel. Menjelang tengahari, berita mengatakan 20,000 orang terbunuh. Kejadian berlaku waktu subuh semasa ramai masih tidur dan mereka terperangkap dalam runtuhan bangunan. Hati mama terusik melihat ibu-ibu menangisi kematian anak-anak mereka……… Masa abah pulang dari Yemen, perang berlaku. Kami pulang dari London, Lady Diana mati accident . Abah pergi Jakarta, Hotel Mandarin kena bom. Mama pulang dari Europe, Euro tunnel terbakar, mama pulang dari Bali, Kuta kena bom ! Nauzubillah………..jauhkan kami dari sebarang bencana…Ya allah, panjangkan umur kami. Mama nak lihat anak-anak kesayangan mama membesar . Mama sangat sayang kan you all berdua. Jadilah anak-anak yang baik…. 31/12/2003 – Walaupun office tutup setengah hari, mama terpaksa terus bekerja sampai petang macam biasa. Dah lah lewat, kereta pulak rosak ! Bila abah talipon tow truck AAM, tak ada siapa yang jawab talipon – semua dah celebrate new year agaknya !!!! Malam tu kita tawakal saja tinggalkan kereta di tepi Jalan Kg Bharu …. Bila suruh tidur awal, semua tidur lewat . Bila mama suruh tidur lewat, pukul 10.00 malam Imran dan Dania dah berdengkur. Tinggal lah mama berdua dengan abah tengok bunga api. Tergerak mama nak kejutkan you all tapi abah kata lupakan saja – nanti melalak cranky .. |
| Leave a Comment: |