|
1/1/2004 – Sehari suntuk abah menguruskan kereta. Gear reverse sahaja yang boleh masuk, jadi kereta tak boleh jalan langsung. Spoiled New Year kita ! Imran kata “boring day”……….Dania pula ,happy saja. Best jadi baby, tak ada masalah langsung dalam kepala otak. Tidur, makan, minum dan “yak” ! Lepas tu menyanyi…. Dania semakin pandai melaram. Nak pakai baju cantik, nak pakai rantai dan nak pakai lipstick . Mujur mama ada lip gloss …itulah yang jadi ‘lipstick’ Dania tapi dia selalu hairan kenapa tak merah ?! Bukan main panjang munjung dia bila menyapu lipstick. Bial dah siap semua, dia akan tanya “ana beg nyanya” (mana beg Dania?)…..kena pula carikan handbag kecil…! 3/1/2004 – Orientasi Tahun Satu S.K. Taman Setiawangsa. Gamat ! 761 yang mendaftar cuma 461 yang di terima masuk. Setiap kelas ada 46 orang. Yang kelakarnya Cuma Imran seorang yang pakai seluar pendek. Gara-gara kedegilan abah . Sudah mama beritahu beli seluar panjang tapi abah berdegil nak beli seluar pendek juga. Imran nampak nervous tapi masih ok. Dia seronok sebab Amar dan Adam pun ada. Malah kawan lamanya Abrar pun ada cuma masih rasa malu-malu sebab dah lama tak jumpa. Melihatkan terlalu ramai yang nak bayar yuran, kami batalkan niat nak jelaskan hari ini. Nanti saja bayar pada guru kelas…. - Abah silap lagi, Imran sekolah petang bukan pagi ! Hari Isnin kena tukar sessi sekolah agama pula. – Terpaksa ke KLCC nak beli seluar panjang. Mungkin boleh tukar , jadi kami akan datang lagi esok. 4/1/2004 – Mujur dapat tukar kepada seluar panjang cuma tambah duitnya. Tidaklah membazir….Kami belikan beg tanpa roda kerana menurut kajian cikgu sekolah, beg ini berat dan ada yang sampai 6 Kilo tanpa buku ! - Kenduri rumah nenek Busu Hanim yang nak ke Mekah 18/1/04. 5/1/2004 – Imran mula bersekolah. Abah saja yang hantar kerana mama tergolek kena “food poisoning”. Sendi-sendi mama rasa kejang dan ceret beret hingga nak pitam . Itupun mama gagahkan berjalan kesekolah waktu rehat jam 3.10 pm kerana takut Imran tak tahu nak beli makanan di kantin memandangkan terlalu ramai murid yang berebut-rebut. Selesai makan bekalan roti yang mama bawakan, Imran balik kekelas di tingkat 3. Baru saja mama nak berehat, tiba-tiba terdengar suara sebak Imran memanggil mama. Rupa-rupanya dia termuntah habis seluruh baju. Puas mama pujuk tapi Imran terus menangis nak balik walaupun mama dah bersihkan baju nya. Akhirnya mama terus dapatkan kebenaran guru untuk bawa Imran pulang atas alasan dia “kurang sihat”. Sebenarnya, Imran takut………. “boleh Imran pergi main rumah kawan?” tanya Imran dalam perjalanan pulang. “tadi kurang sihat, tapi nak main boleh pulak?” “orang tak sihat kena main lah…” “No way. You tak sihat , rest. Duduk rumah diam-diam” “Boring,boring…!!!” bentak Imran panjang betul akal ! You are definitely going to school tommorow !!!! 6/1/2004 – “Kenapa tak makan bekalan nasi goreng masa rehat ? “ tanya mama “Imran pergi kantin,tapi tak ada tempat duduk” “ Kenapa tak duduk tepi longkang ?” “kan mama kata longkang kotor…” - betul jugak. Imran, Imran… lurus bendol. Kena ajar ‘kemahiran hidup’ sikit … 8/1/04 – Imran dan pergi balik dari kelas ugama tapi sekarang melalak tak mahu ke sekolah. Puas mama cuba pujuk dalam talipon tapi tangisan nya begitu sebak hingga tak boleh bercakap. Akhirnya kami gave up dan Imran ponteng sekolah. Imran terlalu takut kesekolah hingga sering terasa nak muntah. Mama siap bekalkan tissue roll, beg plastic dan towel kecil – takut dia termuntah lagi….Dia masih belum boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah yang terlalu ramai murid. Selama ini kelas tadika Imran cuma ada 10 orang , sekarang satu kelas kena share dengan 45 orang murid yang lain. Guru pulak agak tegas ! 9/1/2004 – Lepas abah talipon dari Jakarta malam tadi, barulah Imran mahu ke sekolah. Mama akan gertak yang abah akan ‘get very upset’ setiap kali Imran ‘negotiate’ nak ponteng sekolah ! 14/1/04 – Tiket abah dah uruskan. Insyaallah , kita sekeluarga akan ke Tehran,Iran sabtu ini. Mama dapat bayangkan kekecohan menguruskan 5 orang anak. Dania pasti akan boring dan merayap dalam plane………oh pening !!! Imran pula mesti bawa ‘gameboy’ to keep him occupied. -Dah dua minggu mama kena naik train. Seksa hidup rasanya. Bila lah kereta nak siap…!? 16/1/04 –Mama dan abah jemput kakak di KL Sentral. Esok kita akan ke Tehran. 17/1/04 – Pagi-pagi lagi kita dah sampai di KLCC nak beli stokin , sarung tangan dan segala yang perlu. Di pasaraya, kita borong segala barang kering seperti rempah ratus dan maggi buat bekalan di sana. Kata abah masakan di sana kurang sedap. Berlepas ke Tehran flight Iran Air jam 11.30 pm. Pukul 8 malam kita dah bertolak ke KLIA dengan dua buah teksi. Di passenger seats pun ada beg ! Dalam plane kita terkurung setengah jam sebelum berlepas kerana ada masalah teknikal. Mama tidur atas lantai sepanjang perjalanan kerana beralah dengan Dania yang nyenyak tidur….Tak apalah asalkan dia selesa dan tak meragam…. 18/1/04 - Tiba di Tehran selepas 8 jam dan terkurung lagi setengah jam kerana tangga belum ada !! Waktu baru 5 pagi . Abah tak sempat ambil address kawannya Yusof dan waktu pula terlalu awal untuk talipon. Tersadailah kita sekejap. Mujur ada Internet café dan abah dapat ambil adress dari email . Kita berdedai naik dua buah teksi dan driver teksi pun sama sesat barat mencari tempat. Ketibaan kita agak mengejutkan kerana kawan abah tak pasti waktu dan tarikh sebenar kita akan tiba di Tehran. Abah never failed to create havoc ! Rumah mereka cantik sekali dan terletak di kawasa elit - kira macam Damansara Heights di KL. Petang itu kita kepasar mencari lauk pauk. 19/1/04 - Berjalan ke Istana Shah Iran. Ada lapan istana semuanya dan kita pilih dua istana utama sahaja. Rupa-rupanya jarak antara istana agak jauh dan jalannya berbukit-bukit. Dania tak mahu di dukung sesiapa kecuali mama. Rasa nak tercabut nyawa mendukung Dania yang sudah besar dan berat !!! Mujur cuma bayar untuk dua istana, kalau tidak rugi sahaja ….Kalau abah dengar cakap mama supaya belikan pram , tentu mama tak teruk begini. Dari situ kita pergi makan di restoran Iran. Kita pesan makanan agak sedikit tapi masih tak boleh habis kerana bahagiannya sangat besar. Kita bungkus bawa balik . Elok kita habis makan, hujan turun dan diikuti dengan snow !!! Seronok sakan you all bermain sambil menadah tangan menyambut snow. Pekerja disitu tersenyum simpul melihat gelagat kita semua … Dah kenyang, kita ke pergunungan Tochal. Dalam perjalanan , snow turun lebih lebat . “siapa hantar snow, mama ? “ tanya Imran “god sent the snow” jawab mama “oh..thank you god, thank you god !!! “ kata Imran seronok tak terhingga. Semua orang dah tak sabar nak bermain salji. Dalam cable car, Imran gayat dan agak takut setiap kali ia bergegar. “Nak putus ke mama ? “ tanya Imran agak runsing. Bila mama jelaskan ia bergegar kerana roda-roda ‘puley’, Imran kembali tenang tapi masih berpaut erat pada tangan mama yang diletakkan pada dadanya. Dania happy belaka . “Wow…! Kata Dania setiap kali dia nampak sesuatu dan akan melambai setiap cable car yang berselisih. Sejuknya semakin menusuk tulang ! Kita berhenti di station ke 5 . Kata tour guide Mr Sayed, bahagian lebih atas agak merbahaya. Mama dan Dania duduk dalam restoren sementara yang lain bermain salji. Bila hampir nak pulang barulah mama bawa Dania keluar. Dia terkekeh-kekeh tergelak melihat you all tunggang terbalik bermain gelunsur. “Z…buat agi…!” jerit Dania menyuruh abang Zeck menggelunsur. Tiba-tiba salji turun lebat dan Mr Sayed minta kita balik segera. Dia khuatir cuaca akan berubah menjadi ribut…Imran merungut tak mahu balik kerana belum puas. …. 20/1/04 – Mama tak kemana-mana kerana Dania nampak letih. Malah mama sendiri juga sangat letih. Kita masih ikut waktu Malaysia dan terjaga seawal jam 3 pagi. Mama akan terus mandi dan sediakan sarapan sementara Dania masih tidur. Kain baju bersidaian di kerusi . Diang api membuatkan kain baju cepat kering. Abang dan kakak sempat merayap ke kawasan berdekatan. Mereka pulang membawa berbagai manisan dan roti. Disini pastries agak murah dan sangat manis. Nampaknya kapalterbang akan senget ! Sebelah petang kita ke bazaar. Membeli sejadah buat bibiq di Kuantan dan di KL. Kakak pula sibuk membeli gelang buat kawan-kawan , Imran dan Dania leka bergaduh berebut bola getah . Mama beli beberapa helai tudung sebagai buah tangan. Kita makan di restoran Iran lagi. Abah nak tunjuk pada mama “Kalepachi” (rebusan kepala kambing) malangnya mereka hanya hidang waktu sarapan sahaja. Mama tak terkilan pun…….Mesti tak sedap sebab mereka tak bubuh sebarang rempah pun ! 22/1/04 – Membeli barangan kraf tangan . Mama beli Jam dinding dan frame gambar. Lepas tu kita minum juice buahan dan makan ice-cream – in winter ! Sejuk gila ! Kita berdiang dekat tong api yang memang di sediakan… Masih mencari “game boy” Imran yang hilang gara-gara nak sorokkkan dari adik kononnya . Macam orang tua - pelupa ! Umur tujuh tahun tapi macam tujuh puluh tahun…. 23/1/04 – Abah bawa you all ke Dizin Ski Resort. Jam 7 pagi bertolak dan di jangka sampai dalam masa 2 jam. Mama dan Dania tak ikut kerana takut Dania tak tahan. Kita bersama Uncle Yusof dan Auntie Siti ke flea market. Macam-macam barangan antik pun ada. Mama seronok membeli alas meja yang sangat murah. Carpetnya cantik-cantik tapi tak cukup duit. Dalam perjalanan pulang, kita singgah minum juice dan mama cuba ‘makjun”. Bunyinya macam rempah tapi sedap . Ada pisang, pistacio, walnut,raisin . dates dan susu. Sampai di rumah tak lalu makan kerana terasa kenyang di buatnya. Sedang leka menidurkan Dania, riuh rendah terdengar abah dan rombongannya pulang. Awal dah pulang –baru jam dua petang. Dah memang mama jangka mereka tak akan bertahan lama kerana kesejukan…Semua letih dan kelaparan. Betul jangkaan Auntie Siti yang semua makanan yang banyak tu akan habis nanti ! Mulanya mama risau melihatkan begitu banyak makanan sedia terhidang menanti kepulangan you all…susah payah Auntie Siti menyediakannya. Jam 7 malam kita ke rumah Auntie Siti dari Malaysian embassy, ada jemputan dinner. Gara-gara miscommunication, kita terpaksa berjalan kaki – uncle yusof suruh driver datang pukul 7 (malam) tapi dia sangka 7 pagi untuk ke airport. Semput mama dan abah bergilir mendukung Dania – naik bukit pulak tu ! Baru abah tahu betapa siksanya mama kerana tak bawa pram! Malam tu kita sibuk menyusun beg……………mungkin perlu pinjam beg uncle Yusof ?! Sumbat punya sumbat akhirnya kita berjaya dan cuma perlu pinjam sebuah beg kecil sahaja untuk simpan jackets…Dan mama terjumpa Game Boy dalam beg hitam ! Baru lega hati Imran….. 24/1/04. Jam 5.30 mama dan abah dah bangun. Pukul 7 pagi semua orang dah ready dan sempat bergambar sebelum bertolak ke airport. Kita ke airport di hantar driver uncle yusof bersama sebuah teksi. Seronok nak balik tapi sedih meninggalkan Tehran….Kesian Dania, baru nak settle down, kita dah nak balik KL. Dia nampak segar dan aktif berbanding hari-hari sebelumnya. Kecoh dalam plane kerana tempat duduk asing-asing. Cuma mama dan Dania je yang dapat duduk sama. Kita cuba minta tukar dengan penumpang bersebelahan tapi mereka tak mahu. Lepas satu jam, orang lelaki sebelah Dania beralih tempat. Padan muka dia ! Disuruh tukar tempat duduk, eksyen…Akhirnya sendiri tak tahan dengan gelagat Dania yang tak mahu diam. Mujurlah wanita tua yang duduk sebelah Dania sangat understanding dan sentiasa tersenyum sambil berkata “never mine” setiap kali di tendang Dania yang nyenyak tidur…Dania lelap most of the time dan cuma terjaga satu jam sebelum mendarat di KLIA. Mama sangka Dania akan buat kecoh, tapi anak arab LAGI kecoh dan gamat ! Terpekik-pekik dan berlari kesana-sini. Dania cuma tergelak-gelak ( sesekali merengek) dan berlari antara deretan kerusi mama dan kakak Mariss. 25/1/04- Semua orang terlelap sampai jam 12 tengahari (baru jam 7.30 pagi di Iran). Kakak bangun lebih lewat dan bertolak pulang ke Kuantan flight jam 6.30petang. Lebih teruk lagi bila Dania tidur jam 6.30 petang hingga 9.30 malam dan lepas tu terus berjaga sampai pukul 2 pagi ! Dania masih ikut waktu Iran … 26/1/04 - Mengantuknya mama bila ke office. Imran nak cuba ‘cuti’ tapi no way ! Semua orang mesti pergi kerja/sekolah. Dah sedap bercuti sakan, cuba nak sambung lagi konon…Hari-hari dia bertanya bila sekolah nak cuti lagi sampai mama naik bengang! 28-29/1/04 – Mama tergolek demam-cuti dua hari. Tekak terlalu sakit hingga tak boleh menelan. Sesekali terasa demam dan selsema. Mujur Dania dan Imran ok. Cuma Dania seorang yang masih lagi memgekalkan waktu Iran dan tegak berjaga masa orang lain dah mengantuk tak tahan nak tidur !! 30/1/04 – Kerja sehari , lepas tu sambung cuti lagi ( Raya Haji & Hari Wilayah) . Cuti ganti campur semua sekali office tutup straight dari hari Sabtu hingga Selasa manakala sekolah tutup sampai hari Khamis . Seronok sakan si Imran ! 31/1/04 – Lepak rumah Mak Ngah dan lepas dah puas main pasir, kita singgah rumah nenek. 1/2/04 Raya Haji. Jam 12.30 pm bertolak pulang ke Kuala Pilah. Esok atuk Aji nak korban lembu seekor. Imran dan Dania sempat mandi di jeram bersama Munir dan Nazrin setelah abah tak tahan mendengar rengekan dan rintihan Imran.. 2/2/04- Pagi-pagi lagi semua orang dah bangun menanti ‘ketibaan’ lembu. Terkejut bila tengok 5 ekor lembu di bawa masuk ke kebun. Rupa-rupa nya hanya seekor yang nak di korbankan dan yang ramai tu adalah ‘ahli keluarga’ lembu yang sama mengiring perjalanan terakhir saudaranya…….Mama agak takut nak benarkan Imran melihat orang menyembelih lembu tapi rupanya dia lebih berani dari yang mama sangkakan. Petang itu ada kenduri kecil bersama orang kampung yang membantu menyempurnakan daging lembu siang tadi.,.. 4/2/04 – Abah ke Jakarta lagi. Kata abah , Malaysia dah jadi tempat persinggahan pulak kerana abah sering ke Jakarta dan Tehran . Kita selalu kena tinggal…….kesian kita. 14/2/04- Abah talipon pukul 12.30 tengahari memberitahu yang dia akan ke Tehran penerbangan jam 3.15 pm ! Macam ribut mama packing baju abah. Abah terpaksa ke Tehran dengan jalan mana sekalipun. Mujur Emirates ada tempat tapi terpaksa mengikut jalan panjang melalui Bangkok dan Dubai. Letih lah badan…… 16/2/04 – Baru terima talipon dari abah. Roaming service tak ada dan internet connection agak sukar. Di tambah pula dengan jadual meeting yang ketat. “Baba ? tanya Dania setiap kali mama pulang dari office. Bila mama beritahu yang abah kerja, “OOOoooo….” Jawab Dania. Macam biasa , setiap malam mama dan Imran sibuk dengan kerja sekolah. Hari ini Imran megah kerana dapat 2 bintang dan 5 “good”. Sebenarnya Imran boleh menulis dengan cantik tapi terpaksa ikut ‘mood’ dia . Dania pula sibuk nak belajar sama terutama bab mengeja. Kadang-kadang dia pulak yang ‘mengajar’ Imran membuatkan Imran bengang ! Berbaloi papan hitam yang mama belikan. Dua-dua suka menulis…….berangan jadi cikgu agaknya. 17/2/04 – Berkesan pujukan mama.Imran lebih rajin belajar sekarang . Mungkin dia pun serik mendengar mama mengamuk dan berleter. Setiap kali lepas menjerit pada Imran mama rasa bersalah. Kadang-kadang mengalir airmata mama…Dulu mama selalu hilang sabar bila dia terus terusan merengek tak mahu belajar dan nak ponteng sekolah. Malah nak start buat homework pun kena paksa. Guru yang garang dan homework yang banyak membuatkan Imran rasa tertekan. Kesian anak mama…. DiTehran,projek shopping Mall Sharvand di lancarkan. Sayangnya rombongan D8 dari Malaysia tak dapat menghadiri majlis hingga selesai kerana Datuk Bandar Tehran datang lewat dan mereka terpaksa bergegas ke Airport menyambut PM Pak Lah yang akan tiba untuk menghadiri D8 Summit. 18/2/04 – Terkejut kami melihat letupan di Khorazan, Iran. Lebih dari 200 penduduk kampung mati akibat keretapi yang membawa gasoline,sulphur,baja dan kapas meletup. Betul kata abah…setiap kali dia berada di sesuatu tempat, mesti ada sesuatu yang gempar berlaku. Mama nak hantar email suruh abah balik ! 19/2/04 – Pagi-pagi lagi abah dah call. Senang hati mama. Abah tak jadi pulang hari Jumaat sebab ada meeting lagi. Dia akan cuba pulang hari Ahad ini. 4/3/04 – Abah terpaksa bergegas ke Jakarta pulak. Mama paksa abah pulang hari Jumaat supaya dia sempat jumpa kita sebelum berlepas ke Tehran pula pada hari sabtu nanti. 6/3/04 - Mujur flight tengah malam, itupun masih sibuk ke pejabat hingga jam 6.30 baru pulang ! Jam 8.30 sudah bertolak ke KLIA…. KL dah jadi tempat persinggahan sahaja nampaknya. Tehran dan Jakarta dah jadi rumah abah.. 11/3/04 – Mungkin abah tak sempat pulang Sabtu ini. Rosaklah rancangan kita nak ke Melaka.. 14/3/04 – Alhamdullilah, kita sampai di Melaka jam 2 petang. Abah baru saja pulang dari Tehran jumaat malam . Imran kurang sihat kerana cirit birit dan muntah-muntah. Malah dia tidak kesekolah sejak hari Khamis lagi. Dia tambah frust bila kakak Shah dan Mariss tak jadi datang kerana ada kelas tambahan. Dania walaubagaimanapun nampak sangat ceria dan berselera sekali bila makan ! Sepanjang jalan asyik menyanyi…lepas tu mama pula yang jadi ‘Juke box’ menyanyikan lagu-lagu permintaan Dania seperti; “ittle-ittle” (twinkle-twinkle little star) “bani” (Barnie) “Ee Ii Oo (Old Mc Donald) ”Tot tet, tot tet “ (Hot cake,hot cake) “Be be bell” (Jingle bell) 15/3/04 – Pergi Zoo Melaka. Cantik dari Zoo KL. Dania seronok berlari kesana kemari dan sesekali meraung bila kehendaknya tak di turuti-spoilt ! Di tambah pula dengan Imran yang kuat menyakat. Boleh hilang sabar di buatnya. “Babang(abang)…jangan lali (lari). Jalan ! “ warning Dania pada Imran siap dengan menunding jari telunjuknya dan jelingan tajam ! Cakap pun pelat lagi, ada hati nak marah orang ! Ada tokoh yang Dania akan ‘take over’ jadi BIG sister nanti…. Petangnya semua orang tergolek. Bila mama kejutkan nak keluar makan, Dania berkeras tak mahu bangun. “Nanak (tak hendak) ! Nyanya (Dania) nak tidur !!!” Tapi dia bingkas bangun bila mama gertak “bye…….” Kita makan ikan bakar di Umbai –sedap makan kepah dan sotong goreng tepung bersama ikan bakar dan nasi lemak….Ooo la la..Dania melalak bila di larang bermain dengan kucing yang berkeliaran…kecoh ! 16/3/04 –Lepas check out , kita bertemu dengan keluarga Uncle Yusof (Tehran) dan makan tengahari lauk asam pedas ! Dania kurang sihat dan merengek. Malah sebelum check-out tadi, dia dan muntah beberapa kali. Nampaknya dia berjangkit dari abang Imran dan turut cirit birit. Selesai makan dan dalam perjalanan menuju ke kereta , Dania tiba-tiba muntah dan baju mama habis lencun. Mujur pekerja restoren yang kebetulan sedang membasuh pinggan turut membantu dengan membenarkan kami gunakan getah paip. Mama salin baju dalam kereta… Sempat singgah ke Muzium Maritime berbentuk kapal layar Portugis terletak di depan Bangunan Stadhuys. Imran seronok tapi Dania tidur nyenyak. Pasti pelawat-pelawat berasa hairan dengan bau masam (muntah)…!!! Abah terlalu mengantuk dan terpaksa tidur ditepi highway. Dania pula cirit birit hingga basah seluar. Mujur kemudahan di lebuhraya sangat baik dan kami tidak menghadapi sebarang masalah untuk mencuci. Bila dah bersih dan selesa, Dania kembali tidur… Imran memang dah tidur macam batang kayu.. 19/3/04 – Demam pilihan Raya semakin hangat. Kita sekeluarga tidur rumah nenek yang sesak macam asrama. Malam nya agak sunyi kerana Imran ikut mak Ngah pulang ke rumahnya. 20/3/04 – Kalau di tanya mana selipar atau mainan dia, Dania akan jawab “bawak bird…” (maksudnya telah di bawa lari oleh burung !) Gara-gara kami dan bibique selalu tipu macam tu pada dia kalau nak sorokkan sesuatu.. 21/3/04 - Mama beratur 3 jam nak mengundi ! Kali ini pilihan raya agak kecoh kerana banyak nama “hilang” dari register walaupun nama kita ada dalam computer-gara-gara tindakan SPR menyusun semula senarai nama-nama….Mujur nama mama dan Cik Na ada. Waktu mengundi di Sek. Lembah Jaya di lanjutkan sampai jam 7 malam…….. Yahoo…Terengganu jatuh ke tangan UMNO semula !! Sayang UMNO kalah di Kelantan dengan perbezaan undi yang amat sedikit……..next year maybe ? 22/3/04 - Computer crashed ! Rasa nak menangis bila di beritahu segala files yang mama simpan dalam hard-drive tak boleh di selamatkan lagi ! Mama tak kisah fail tu semua ….yang penting adalah ‘diary’ kamu berdua yang mama catat sejak tahun 2000. Terkedu mama hingga tak terluah kata-kata. Mujurlah ada copy dalam public drive tapi setakat bulan February. Dapat lah mama sambung semula berdasarkan memori saja……. Dulu semasa bekerja di UMBC, diary Imran sejak lahir jadi rosak sebelum sempat mama transfer gara-gara systems upgrading dari Window 95 ke Window 2000 .. kali ini ke XP systems pulak ! 27/3/04 – Mama potong rambut pendek… “Amoi…! “ ejek abah kerana rupa ‘cina’ mama semakin terserlah. Imran nampak cool je… Everything seems to be ok…. 29/3/04 – Abah ke Kuantan urus soal passport/tax. Seperti biasa, mama terkocoh-kocoh mengemaskan bajunya. Silap-silap dia akan terus ke Jakarta kalau tak sempat pulang ke KL. “I don’t like your hair ma….! “ tiba-tiba Imran komplen sebelum tidur . Ingatkan dia ok, rupanya dia memendam perasaan. Dah tiga hari baru keluar. 31/3/04 – 11.30 malam tadi baru pulang dari Kuantan, 7.30 pagi ini dah ke Jakarta pula. Sampai malam pun abah masih belum call. … Imran complained lagi pasal rambut mama yang pendek. Padahal bukan lah pendek macam jantan . “I don’t like your hair at the back…” rungut Imran tentang rambut mama yang melentik berekor di belakang. Tak habis-habis marah dia. Entah macamana kalau dia ada girlfriend esok……….Baru nak masuk tujuh tahun dah nak control mama. Abah pun tak kisah, dia pulak yang lebih ! 1/4/04 – Rupanya abah terlepas flight (biasalah tu….) ! Sangkanya flight pukul 9.30 am rupa-rupanya jam 9.15 am. Tersadailah abah di KLIA selama 4 jam. By the time dia selesai meeting di Jakarta, hari dah lewat malam- sebab itulah dia tak nak call mengganggu kita tidur. Abah akan pulang petang nanti jam 6.30 pm – jangan terlepas flight lagi ! “Mana babah ? “ “ilan…(Iran) “ jawab Dania . Walau kemana pun abah pergi, Dania tetap kata abah pergi Iran ! Dia tak kisah sangat kalau abah tak ada, tapi Imran nampak runsing kalau abah overseas…. 2/4/04 – Imran nampak semakin bersemangat bersekolah dan lebih bertanggung jawab buat homework . Dia sendiri risau kalau homework tak siap. Malah akan melalak kalau mama pulang lewat. Tepat 5.30 pm mama akan keluar dari office . Imran pulang antara jam 6.20 pm – 7.00 pm. Rehat sekejap, mandi, makan dan buat homework bersama mama. Sesekali berperang dengan Dania yang sama menyibuk nak buat “homework”. Mama belikan satu set colour pencils untuk Dania tapi dia tetap nak yang Imran punya. Asyik bergaduh sampai mama hilang sabar dan terjerit-jerit jadi ‘Tarzan’. Akhirnya bibique kena duduk dalam bilik temankan Dania tengok VCD ‘Barney’ sementara kami selesaikan homework. “Siapa lukis ni…?” mama tanya Dania sambil menunjuk dinding “Nyanya……” jawab Dania dengan penuh bangga. “No (jangan) tulis dinding…!” mama melarang “nak tulis….!” Dania melawan siap dengan jelingan . “No tulis dinding, tulis atas kertas…” Mulanya dia menjeling, tapi kemudian terhangguk-hangguk setuju…. Harap-harap lepas ini tak adalah lukisan di atas dinding….kena cat lagi ! Bibique leka memasak , Dania leka melukis ……. Lepas tu bila mama minta bibique buatkan mama secawan kopi… “No kopi ! “ jerit Dania membalas dendam. Bila Imran minta nasi… “No nasi, no kasi (jangan kasi) bibique !! Dania melarang…Garang bukan main ! Pandai berdendam tak padan kecil…….. 4/4/04 – Pergi KLCC. Imran pula buat kecoh nak ‘yak’ lepas makan. Terpaksa mama suruh abah tamatkan meeting dan bawa Imran ke toilet……. Dania yang dah sememangnya mengantuk sebelum kesana, terus ‘lentok’ dalam pram selepas satu jam bermain , makan di Burger King dan habis sebotol susu. Mama heret pram macam orang heret troli golf supaya Dania dapat berbaring. Hiruk pikuk KLCC lansung tak ada effect pada Dania. 8/4/04 – Confirmed mama akan ke Vietnam dan Cambodia- seminar dan lawatan ke pejabat clients. Sebelum ini, lawatan mama ke Bangkok bulan November di batalkan dan di tukar ke Bali pula pada Oktober nanti. Tak sangka dapat pula rezeki untuk ke Hanoi dan Phnom Penh. Kalau ada rezeki lagi, dapat ke Bangkok juga July ini…Kesian anak mama kena tinggal. Abah kena tunggu rumah pulak ! Sebelum ke luar Negara , mama akan bawa you all bercuti di Cameron Highlands…fair ?! 9/4/04 – Hari sukan SK Taman Setiawangsa. Imran ambil bahagian dalam acara “Bola Dragon Ball”. Lari ok…tapi baling bola tak masuk bakul ! Kena ulang 3 kali. Dania tak sempat tengok abang kerana leka tidur . Masa abang Imran sedang berlumba, Dania masih nyenyak tidur di rumah. Abah pun tak dapat tengok kerana tak tahu dah masih berada di Iran. Abah hantar email rasa kesal tak dapat tengok Imran sukan. Malah mama sendiri pun baru tahu . Lepas tu kita tersadai di klinik nak ambil antibiotic untuk bisul Imran manakala selsema & demam buat Dania. 10/4/04 - Mama pulak yang demam. Abah masih belum pulang, Abang dah balik Kuantan cuti semester. Akhirnya kita talipon Pak Cu suruh drive kita kerumah nenek . Nasib baik Pak Cu pun dah pulang bercuti, kalau tidak mati kutu kita duduk rumah – kereta ada tapi mama tak boleh drive ! 12/4/04 – 6.30 am , Abang Aziz pulak tak timbul kerana kurang sihat . Mama SMS abah suruh jemput nanti petang kerana hamper setiap petang hujan lebat dan tak di duga abah jawab balik ! Rupanya dia dah tiba di Dubai…dan sedang minum kopi sementara menunggu flight ke KL…. Imran yang kebetulan tak sekolah hari ini (kerana sukan) bertambah excited menanti di rumah..Abah akan tiba jam 2.15 petang nanti. 13/4/04 – Gelihati melihat Dania berlari kehulu-kehilir diiringi lagu “Wee Willie Winkie” yang mama di paksa nyanyikan. Dia meniru aksi Willie Winkie berlari-lari memeriksa bilik tidur…….Kemudian ambil kain buruk di dapur suruh pakaikan scarf seperti mana Willie pakai. Lepas tu suruh mama nyanyi lagu “Thumbkin” pulak… “Where is Thumbkin? Here I am…here I am…. How are you today sir Very well and thank you Run away, run away ….” Dania pun sama menyanyi siap meliuk lentok jari jemari dan bontotnya… 18/4/04-Mujur mama tak jadi tinggalkan Dania dengan Bibique dan abang Imran di rumah Mak Ngah . Dia bantai mengamuk histerical dari tengah malam sampai ke subuh. 5 kali mama kena bangun memujuk hingga hilang sabar di buatnya ! Dan puas melalak dia akan minta sesuatu dan terus berhenti menangis ! Yang tak tahannya, Dania ambil masa yang lama untuk ‘reda’…. 25/4/04 – Jam menunjukkan pukul 10.30 malam. “How am I going to school tomorrow, ma ?” tanya Imran. “Why?” “I think I am going to be sick….” Mama dan abah tersenyum. Esok nak deman, hari ini dah tahu ! 11.30 malam…badan Imran terasa panas bila mama nak tukarkan baju tidur. Memang betul dia demam rupanya .... 26/4/04 Jam 3 pagi Imran bangun dan tanya lagi macamana dia nak pergi sekolah.. “ok….you tak payah pergi sekolah esok kerana you demam..” “tapi mama kena hantar dan bagi surat..” “ok nanti mama buatkan surat” barulah Imran boleh tidur dengan tenang…………… 2.00 petang - mama talipon kerumah . Terdengar Dania dan Imran terjerit pekik berebut talipon. “Hai mama !” sapa Dania “Mana Milan (panggilan Dania pada Imran)” “main Keelan” (main dengan Keelan- anak jiran sebelah rumah). “mama nak cakap dengan Milan, please ” “tak payah, Nyanya nak tutup….” jawab Dania , tak kasi mama cakap dengan Imran. Selepas beberapa kali di pujuk baru dia pass talipon pada Imran. Imran sounds happy je…macam orang tak sakit pun ! 30/4/04 - Kakak Sha dan Mariss tiba dari Kuantan. Esok nak ke Cameron Highlands sempena cuti 4 hari (Wesak & Maulud Nabi). 1/5/04 – 7 jam baru sampai Cameron ! Jalan jam bagai nak rak bermula dari tol Damansara sehinggalah ke Simpang Pulai. Silap besar ! Kakak Sha nak kencing pun terpaksa postponed ! Bertolak jam 10 pagi, jam 5 petang baru sampai…Di Cameron pun jam hingga stesen minyak pun habis minyak !! Kita terus ke hotel, makan dan tidur keletihan……… 2/5/04 – Hajat di hati nak jalan-jalan tapi jalan tetap jam. Terpaksa pergi ke kebun sayur yang jauh dari pekan Tanah Rata. Dah petang barulah kita dapat bersiar-siar ke Taman Rama-Rama. Dania terjerit pekik seronok. Masa kita pergi tahun lepas, dia masih terlalu kecil… Hajat nak makan steam boat pun tak kesampaian kerana restoren tak cukup dapur ! malah kalau datang lambat pun makanan dah habis .. 3/5/04 – Sakan membeli sayur dan bunga. Buah strawberi dengan jamnya sekali. Kalau boleh nak bawa balik aiskrim strawberi tapi apakan daya…….. Distesen minyak terpaksa beratur hampir 20 minute baru sampai turn kita. Perjalanan pulang agak ok walaupun jalanraya masih sibuk dan tak boleh pandu laju (elok jugak). Abah tersilap beli pau , nak beli pau Tanjung Malim tapi terbeli pau Tapah !!! 9/5/04 – Mama ke Vietnam . Airport nya cantik di kelilingi sawah padi yang sedang menghijau. Cuaca juga nyaman sekadar 25 darjah celcius. Cuma suasana bising kerana semua orang suka bunyikan hon !! Rupanya kebanyakan simpang tak ada traffic light jadi mereka terpaksa bunyikan hon sebagai amaran…….Banyak betul motosikal dan kenderaan di pandu agak perlahan di bandingkan dengan Malaysia…….Bangunan cantik - di pengaruhi penjajah Peranchis. Jadual kerja mama agat ketat jadi tak berpeluang melancong. Sekadar membeli sedikit buah tangan.. 12/5/04 – Mama ke Cambodia. Sempat transit di Vientienne selama 45 minit dan tak di benarkan keluar. Walaubagaimanapun, dapat jejak kaki di bumi Laos semasa keluar dari kapal terbang. Nothing interesting to buy from the airport though. Cambodia lebih teratur dan tenang. Tiada lagi bunyi bingit orang hon ….Kawasan juga lebih bersih di bandingkan dengan Vietnam. Namun mama sedih melihatkan kesusahan mereka. Betapa mewahnya kita hidup di Malaysia…Airmata mama mengalir bila 2 orang kanak-kanak merayu-rayu mama membeli buku dari mereka. Mama sudah pun membeli 3 buah buku dari seorang lelaki yang putus kaki akibat perang. …Malah boss mama dan memberi USD 1 dollar seorang-agak banyak bila di tukarkan ke matawang Riel. 19/5/04 – Abah pula ke Iran jam 11.30 malam. Tinggallah kita berperang bertiga…Sekarang mama kerap ke luar negara dan terpaksa bergilir dengan abah. Mujur cuma untuk jangkawaktu yang pendek. Kata abah dia mungkin balik hari Sabtu depan – 10 hari di Iran. Abah perlu ke Dubai dan Esfahan..Bila abah balik kita akan bercuti di PD dan lepas tu mama akan berlepas ke Singapore selama 5 hari... turn abah jaga anak !! 26/5/04 - Dania suka sangat menyanyi...terpekik-pekik ! Cuci bobot (bontot) pun boleh jadi lirik dalam lagu ciptaan dia sendiri....Geli hati di buatnya. 28/5/04 - Gempa bumi di Tehran ! Mama terima SMS dari abah dan terus buka CNN. Kering darah dan menggigil lutut mama - panik. Tapi mengenangkan abah yang hantar message memberitahu, he should be ok. Lagi pun abah akan berlepas pulang malamnya nanti... 31/5/04 - Abah baru pulang dari Iran...lamanya ! Imran kata mama penipu setiap kali jadual abah di tukar . Sepatutnya kita dah berada di PD hari ini tapi terpaksa tangguh hingga esok kerana abah baru saja pulang....dan terpaksa ke office . Imran happy dengan Skate Board baru, Dania dapat Teddy Bear, mama dapat subang dan perfume dan abang Zeck dengan perfume baru juga...Abah pun tak kurang shopping beli baju di Singapore semasa stranded di sana akibat flight delayed dari Dubai.. Semasa gempa berlaku, abah dalam dapur di rumah uncle Yusoff. Lampu chandelier berayun-ayun dan kepala terasa pening. Tak sempat nak lari turun dari tingkat 6. Mujur semua berlaku sekejap aje dan cuma tingkap di tingkat bawah sekali yang pecah ! Hai abah....kalau terjadi apa-apa, mama tak tahu nak buat macamana. Masa tu kepala mama dah berserabut gila... 1/6/04- Imran meraung-raung marahkan abah yang pulang lewat dari office. Abah janji nak bertolak ke PD jam 3 petang tapi tertunda lagi hingga jam 7 malam. Sampai PD sudah jam 9 malam , kita jalan-jalan dan pulang ke hotel -tidur ! 2/6/04- Sakan bermain pasir di hotel- aktiviti kegemaran...Waktu petang kita makan durian di pekan batu 3 dan sambung lagi bermain pasir di tepi pantai. Sampai senja baru nak pulang ! Seronok mama dan abah melepak atas tikar sambil memerhatikan you all berdua yang sesekali tergelak dan sesekali terpekik terlolong bergaduh ! 4/6/04 - Balik kampung Kuala Pilah pulak. Esok Pak Uda nak kahwin dan kita akan mengiring ke rumah pengantin perempuan di Melaka .... 6/6/04 - Mama ke Singapura hingga Jumaat . Business visit dan kursus. Dania ok tapi Imran sedikit distraught. 11/6/04 - Baru tiba dari KLIA jam 6.30 petang, berehat satu jam , keluar makan dan terus bertolak ke Kuala Pilah lagi. Kali ini kenduri di rumah atok Aji pulak. 23/6/04 - Abah masih di Iran sejak 21/6/04 . "Mummy....I got something for you......" kata Imran. Dia keluarkan satu kertas siap berekor-ekor... "layang-layang ke? tanya mama. "No . This is Happy Mother's Day...." rupanya Imran buatkan kad ucapan untuk mama. Ada tulisan 'hepi..bebe.....' sebab dia masih belum cekap mengeja. "Imran terlupa nak kasi mama. Imran buat sendiri. Tak tiru kawan pun" kata Imran penuh bangga. Mengalir airmata mama ....its not the gift, its the thought that counts. How true ! Hanya pelukan dapat mama berikan tanda terima kasih kerana mama tak terkata apa-apa. ...tersentuh hati mama. Anak-anaklah yang membuat seorang ibu terasa begitu bahagia... 28/6/04 - Babah balik dari Iran, lebih awal dari jangkaan. Mama dapat "surprise" -perfume Issey Miyake. Nice ! Kata abah perfume tu paling popular in Europe. Tak kisahlah....yang penting abah ingat kat mama. Mama dah ada 7 botol perfume (tapi abah tak tahu...he...he...) Dania dapat Barney ........ 4/7/04 - Giliran mama - ke Bangkok pulak untuklima hari. Imran sedikit upset tapi Dania selamba je....... 8/7/04 - Letihnya pulang dari Bangkok kerana jadual meeting yang ketat dan cuaca yang panas. Untuk mengelakkan traffic jam yang sememangnya sangat hebat di Bangkok, kami terpaksa menggunakan MRT. Baju mama sampai basah dek peluh. Shopping sikit-sikit . Tahun ni semuaorang pakai Thai silk ! 14/7/04 - Abang Aziz tak datang jadi Pak Lang Atan yang hantar mama ke office kerana abah dah bertolak ke Jakarta subuh tadi. Abah pergi berapa hari ? tanya Imran . Bila mama kata cuma satu malam sahaja, dia tanya pula "kenapa sekejap sangat" ? Pergi lama complain ,pergi kejappun complain. Dania yang best - tak kisah. Sesekali baru tanya. asalkan dapat turun main di padang dia dah cukup happy. 25/7/04- Siang tadi Imran dan Dania dapat basikal baru kerana dua-dua nampak macam 'kartun' bila mengayuh basikal . Kaki masing-masing dah panjang , basikal pula dah terlalu kecil ! Imran dapat mountain bike dan Danii pula dapat basikal roda empat . Sangka mama dia tak pandai kayuh, rupa-rupanya bukan main confident dan laju di mengayuh dalam Carrefour. Tak kasi mama pegang pulak tu ! Mama risau di langgar barang-barang dan orang yang lalu lalang....Bila sampai di kaunter, basikal Danii yang bertayar mati sama mahal dengan basikal abang Imran ! Basikal abang dapat harga istimewa kerana ada sale...Nak tak hendak terpaksa bayar jugalah....tak sanggup nak dengar Dania menjerit satu carrefour !!! Abah transfer RM 6000/- 28/7/04 - Imran minta sambung cuti "demam". Banyak cantik ! Dia seronok dapat ponteng mengaji dah dua hari . Kata kawan dia Adik/abang (sikembar) , "kalau demam kenapa boleh main basikal?" Imran bengang ! Esok nak ponteng, hari ini Imran dan bagi 'notice' in advance. Alasan nya....nak tidur supaya tak ngantuk bila tengok concert Barney . Concert Barney amat mengecewakan. Imran dan Dania nampak boring. Dania pula menangis nak turun ketingkat bawah sebab dia nak jumpa Barney sedangkan tiket kita cuma RM 70(itupun dah mahal!) dan terpaksa duduk di tingkat atas yang curam dan menggayatkan ! Stage agak kosong sahaja.........tak banyak props pun. 7/8/04 - Atok Aji "ditabalkan" sebagai "Datok Seri Amar Menteri" satu pangkat dalam adat Negeri Sembilan. Ada tembakan senapang 10 das lagi ! Kita usik atok macam pengantin kerana siap berkompang.... 8/8/04 - Mimpi ngeri mama pun bermula. 22 delegasi dari serata dunia akan tiba di Istana Hotel menyertai kursus yang di tanggung oleh office mama . Letihlah berulang alik kesana.... 14/8/04 - Mama bawa Imran ke Genting Highlands bersama semua delegasi . Selepas sakan bermain di Snow World (teringat percutian kita di tehran, Iran) Imran ajak mama naik "the Flying Dragon" -dalam hati mama it should be ok kalau Imran pun berani naik - tapi ternyata sangkaan mama sangat silap ! Kering darah mama bila roller coaster tu 'corner baring' - macam nak mati rasanya. Mama peluk Imran kuat-kuat- Ya Allah...kenapalah aku naik tadi !!!! Mama yang takut pun terpaksa buat-buat berani kerana kalau mama nampak takut, pasti Imran akan lebih takut. Imran sendiri pun nampak menyesal naik train tu... Lepas train 'maut' kita naik train 'ulat bulu' yang sangat lembab pulak...kemudian Imran naik 'bumper car' dua kali. Kita sambung dengan Gondola atas air dan yang terapung dan akhir sekali suffer pening kepala atas Ferris Wheel kerana pusingan nya yang terlalu lama. Letih mama mendengar Imran winging ..... Sebelum pulang , Imran sempat belit mama belikan dia Water Gun....tak sampai hati mama nak menolak permintaan Imran. Tak kan selepas sehari suntuk berseronok , mama nak biarkan anak mama pulang dengan airmata berlinangan.... "Thank you for taking me to genting highlands ma...Thank you for the games, buying me the water gun, the icecream , the candyfloss ...everything that Imran nak..." kata Imran sebelum tidur. Sejuk hati mama dan hilang rasa letih....... 15/8/04- "Nyanya nak!" kata Dania sambil menunding kearah barang kemas dalam showcase. mujurlah kami memang ada niat nak membelikan dia gelang. Tanpa banyak karenah, Dania duduk di kerusi sambil mencuba satu persatu. Abah pesan cuba satu saja at a time - takut dia tak mahu bukak...! Kami belikan gelang loceng RM 250 ...kemudian makan Mc Donald (permintaan Dania) dan beli groceries di Giant. Sampai rumah , mama tidur hingga di kejutkan abah jam 6.30 petang - keletihan selepas selesaikan semua urusan delegasi dari overseas tu........... 21/8/04- Cuti sekolah bermula dan kita bercuti di Kuantan. Mujr dapat bilik di MS Garden kerana semua hotel berdekatan pantai penuh kerana sambutan Hari kemerdekaan akan di sambut di bandar Kuantan pada tahun ini. Guna lebuhraya baru yang sememangnya cantik dan cepat. Perjalanan sepatutnya cuma 2.5 jam tapi jadi lewat kerana ada lori terbalik berdekatan Genting highlands. 22/8/04 - Kita ke Kemaman makan seafood di Restoren Malaysia. Lapar gila menunggu lama kerana terlalu ramai pelanggan waktu cuti sekolah....tak kan nak patah balik ke Kuantan kerana hajat kita sememangnya nak makan di sini. Petang, kita ke pantai pula... 23/8/04 - Balik KL. Dari Tol ke Tol cuma 2.5 jam - best !! Boleh lah kita ke Kuantan dan Terengganu selalu........Next trip - Awana Kijal ! Kakak Sha pun kata kita dah lama tak kesana. 24/8/04 - tidur rumah nenek pulak. 25/8/04 - Kakak Syiera dan Syafika ikut kita balik. Seronok sakan Imran dan Dania ada kawan. Hari hari nak swimming , main basikal dan merayap . Sesekali bergaduh ! 27/8/04 - Kakak Syiera dan Fika dah balik. Dah puas swimming (termasuk di KLCC) , kulit you all semua dah gelap macam anak India ...Fika yang dulunya menangis nak balik tapi sekarang merengek nak tidur rumah kita lebih lama lagi . Siapa tak seronok asyik bermain setiap hari , main dan swimming ikut suka di KLCc dan pergi makan burger !!! 8.30 pm - Abah bertolak ke KLIA untuk ke Iran lagi .... 31/8/04 - Kita semua berkumpul di rumah nenek, macam hari raya pulak . Esok nenek dan Atok akan ikut keluarga Atok Chad pulang ke Miri. Dari Mama hinggalah ke baby Kasih semuanya memakai inai yang di lukis oleh kakak Shafina . Imran pun tulis namanya atas lengan. Adam menunggu inai kering sampai tertidur, Pak teh pula sanggup memegang tangan baby Kasih sampai inai nya kering !!! Elok juga kalau kita pakaikan inai pada semua anak-anak yang nakal setiap minggu biar dia orang semua duduk diam-diam kurang-kurang setengah jam menunggu inai kering ! Malamnya, Dania, Syafika & Kasih dapat cincin dari Nenek Win....Dania punyalah bangga pakai cincin- sesuatu yang memang di idamkan tapi belum sempat mama belikan. Malah dia dah pun minta mama belikan rantai, gelang kaki , subang......matilah kami ! 1-5/9/04 - Mati kutu tak kemana. Pak Cu ke Miri ikut Atuk, jadi tak ada siapa nak drive us around. 2/9/04 - Ex Timbalan Menteri Anwar Ibrahim di bebaskan....apa akan jadi nanti ?! 4/9/04 - Nyanya penatlah....rungut Dania bila kena naik tangga.... 6/9/04 - Abah pulang dari Iran. Mama ambil cuti setengah hari. Abang Zeck dapat talipon baru, Mariss dapat Gameboy, Imran dapat LEGO , Mama dapat perfume dan Dania pula dapat Spider yang sentitive kepada bunyi - sesuai dengan Dania yang kuat menjerit !!! Mula-mula Dania takut , lepas tu dia asyik terjerit pekik dan terkekeh ketawa setiap kali Spider tu bergerak akibat jeritannya... Imran pula leka dengan Racer Car LEGO nya............ lepas itu semua orang tidur petang- macam abah yang jet-lagged. Petangnya Dania ajak pergi jalan-jalan naik kereta sambil menggayakan baju baru yang mama beli di KL Sentral semasa menunggu abah tiba. "Nyanya tidur boleh ?" tanya Dania yang memang nampak mengantuk. Belum sempat kemana , Dania dah lelap.... 12/9/04 - Projek masak lobster ! Atok beli 3 ekor lobsters dari Miri . Terkial-kial mama nak membelah kepalanya yang sangat keras dan tambah susah kerana jari mama sememangnya perit akibat luka. Akhirnya kita minta pertolongan si 'pakar' - En Mazlan Duaji yang kata nya pernah bekerja di restoran semasa di Australia dan antara tugas dia ialah membersihkan lobsters...perfect !!! Malam tu kita jamu selera beramai -ramai - lobster kukus berkuah sweet sour..yummy ! 17/9/04- Imran nak pergi Toy R Us , Dania nak jalan-jalan naik kereta.......semuanya akan abah turutkan kerana mama akan ke Melaka hingga Ahad....giliran abah jaga anak ! Baru sekejap tadi mama call ke rumah, semua sounds ok. Imran sedang makan nasi lemak , Dania dah mandi .... 19/9/04 - Walaupun mama di kelilingi kawan-kawan sepejabat termasuk dari Labuan, rasa sunyi kerana famili tidak ada bersama. Semasa di Water World, mama cuma joined the telematch - jangan staff menganggap mama sombong....Sedang orang lain bermandi manda , mama cuma duduk sorang-sorang baca surat khabar. kalau anak-anak mama ada bersama, pasti seronok dan gamat swimming !! Mama belikan Milan dan Dania sehelai tshirt buat souvenir ...Hujan lebat dalam perjalanan pulang. Tak sabar nak balik rumah. 29/9/04 - Sejak minggu lepas, Milan dan Dania complained mama balik lambat. Bulan ni jadual mama penuh dengan meeting dan kursus kerana nak mengelak bulan puasa. Apakan daya, kita makan gaji. Kalau boleh, mama lagi nak duduk rumah jaga you all berdua...Masa berlalu terlalu cepat. Tahu-tahu Milan dan sekolah, Dania dah keletah bercakap. Mama harap you all akan kenang saat-saat kami bawa you all bercuti, picnic , shopping dan bermain di KLCC.....setiap hujung minggu. Mama dan abah "spoil" kan kamu berdua setiap hujung minggu kerana hari-hari yang lain kami sangat sibuk bekerja mencari rezeki... 2/10/04 - Imran dan Dania merengek tak dapat berjalan-jalan. Abah demam dah seminggu - semput betul. Setiap beberapa langkah, abah kena berhenti tarik nafas. Ventolin pun dah tak berkesan kerana batuk abah agak teruk sekali ni....Imran mengungkit janji abah nak bermain layang-layang...Dania pula sibuk nak kerumah nenek . 5/10/04- Dania terliuk lentok atas meja makan menggayakan spec hitam .....kami risau dia terjatuh kerana leka bergaya ! Pernah dia pakai spec dan kasut tinggi mama dan bila di tanya nak kemana, dia kata nak pergi sekolah...bukan main eksyen, kata abang Zeck ! Sekarang ini, rambut berikat, pakai "cilip-cilip" (klip rambut) , spec hitam dan minyak wangi sebelum turun ke padang !!! Habislah minyak wangi mama.... Lebih lucu lagi bila dia sapu gel atas rambut dan tanya samada "macho" atau tidak (ikut abang Imran) !! 7/10/04 - Petang semalam dah pergi ke site 'Ukay Perdana" dan setuju nak book rumah superlink 2.5 tingkat type 'C' lot 209 - rumah di lereng bukit mengadap ke KL Skyline , tapi lepas mama dah beritahu salesman , faxed the details to Talam Corporation office dan dapatkan Undertaking letter for housing loan dari Labuan Re.....abah tukar fikiran lagi ! Mama faham Abah nak yang terbaik, tapi I couldn't help but feel frustrated yet again.....Kami bertelagah sikit. Abah marah sebab mama diam dan masam muka. Mama tak reti nak marah-marah....lebih suka berdiam dari membebel secara irrational . Orang sedang marah pasti akan mengeluarkan kata-kata yang tak sedap. Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata buruk padahnya. Sekalipun di ucapkan "sorry" , hati yang terguris akan ingat sampai bila-bila.....maka itulah mama lebih suka berdiam diri sehingga rasa marah hilang dan fikiran lebih rational. Rasa sedih yang teramat.... 8/10/04 - Salesman dah tanya. Abah minta dia kurangkan "fee" untuk lot 001 (ada tanah di tepinya) Mereka minta duit 'kopi' RM 30,000 kalau nak lot yang satu ni.... 13/10/04 - Semalam mama buat iklan dalam internet dan hari ini seorang ajen hartanah dari WTW responded. Abah dah tengok bungalow lot seluas 7500 kaki persegi - besar ! Dalam kawasan Gombak - Taman Harmonis. Very good price at only RM 30 per sq ft. Nampak nya abah pun terpikat dan terus pergi tengok. Jam 5 petang, mama pula pergi tengok. Sebelah kiri tanah dah banyak bungalow, sebelah belakang ada bungalow jutawan - besar nak mampus ! Rumah kita (kalau jadi) pasti namapak macam reban ayam nanti ....he ...he 14/10/04 - Emergency leave - balik Kuantan kerana abah ada urusan dengan income tax. Selesai urusan rasmi, kita ke Swiss Garden sementara tunggu kakak pulang dari sekolah. Jam 2.30 petang ., mama dah jadi "life guard" di swimming pool, lepas tu beralih pulak bermain pasir pantai, kemudian main tepi pantai, balik semula dalam swimming pool , keluar swimming pool main pula di playground. Abah tiba bersama kakak dan keropok leko panas ... Sambung lagi ke tepi pantai dan sampai hajat Imran nak main layang-layang ! Mula-mula kita semua hampir give-up kerana layang-layang tak boleh naik, rupa-rupanya abah pasang terbalik ! After 15 minutes berusaha, layang-layang terbang megah di angkasa . Pernah tersangkut di pokok tapi mujur dapat lepas kembali..... Seronok sakan semuanya- 3 jam tersadai di pantai. Jam 6 petang kita check-out , terus dinner di MIDO dan hantar kakak pulang. Hujan lebat sepanjang jalan dan kita berhenti "tidur" 3 kali ! Tepat jam 12 tiba di Setiawangsa. Esok hari pertama berpuasa............... 15/10/04 - Semua orang berpuasa kecuali Dania. Imran berpuasa sampai Zohor - dia sendiri panggil "PUASA ZOHOR" . Bila mama suggested dia "puasa Asar" - Imran panik. "Macam mana nak pergi sekolah kalu perut Imran lapar???" dia terus bertanya sampai mama beri 'greenlight' puasa sampai Zohor sahaja....Orang semakin kurus, tapi Imran semakin montel dan boroi-selera bukan main besar sekarang ini ! Hujan lebat sangat dan kami tiba dari office jam 6.45 minit . Tak sempat nak membeli belah.Mujur bibiq dah masak dan kami berbuka ala kadar dengan apa yang ada sahaja...Imran dan Dania pun sama menyibuk... 20/10/04 -Abah jumpa lawyer untuk urusan pembelian tanah di Taman Harmonis. Kalau semua ok, insyallah kita akan bina bungalow idaman mama....Kalau ini benar-benar terjadi, termakbullah doa mama untuk memiliki rumah by the time i turn 40. This will be one of the best birthday celebration !!! Dulu mama sambut hari jadi yang ke 32 dengan berkursus di London, kenaikan pangkat dan berkahwin..... Kita melawat anak uncle Atan yang baru saja pulih dari pembedahan appendix. Kuku Dania warna pink (guna magic colour) - kononnya nail polish , mata purple - guna eye shadow mama dan leher pula bersalut rantai emas . Rambut lengkap dengan cilip-cilip(klip rambut). Mak Lang pun geli hati melihat gelagat Dania yang 'kaki melaram'. Esok mama nak belikan satu utas rantai biasa supaya dia tak minta rantai mama lagi.. 22/10/04 - Imran tidur rumah uncle Rosli ...... 23/10/04 - Imran ikut uncle Rosli balik Kuala Pilah... 24/10/04 - Imran pulang dari kampung jam 12.30 tengahari......selsema dan pening kepala....naik tangga tercungap-cungap tapi masih gagah bermain . Jam 9 malam kita keklinik kerana Imran nampak sukar bernafas dan dadanya bergerak kencang...nak bercakap pun tak boleh kerana terbatuk-batuk... Jam 4 pagi kita berulang ke klinik ....sekali lagi di berikan nebuliser... 25/10/04 - 8 pagi kita keklinik mendapatkan surat doktor dan terus ke Hospital Ampang Puteri. Doktor terus nasihatkan Imran di masukkan ke hospital sebaik sahaja di periksa..Imran ketakutan - takut injection. Lepas rawatan oxygen/nebuliser mask, nurse ajak Imran berborak sambil memasukkan jarum di atas tapak tangan kiri....Semua berjalan lancar, Imran sedikit sakit tapi tidak menangis pun - Bravo !!! Kita di berikan bilik 646 dan mama pun akan tidur hospital sama... Boringnya....tak ada Astro, berpuasa dan aircon sejuk sangat ! Sesekali kita turun ke kedai runcit di tingkat satu sekadar menghilang kan rasa boring Imran yang jelas 'tersiksa' terkurung dalam bilik. Berkali-kali dia minta nak pulang kerumah - tapi macamana mama nak rawat kalau Imran lelah lagi ? Mama dah cukup panik semasa melalui saat-saat Imran di serang Asthma di rumah hari tu........... Bila Imran tidur, mama tengoklah segala drama swasta yang tersiar di TV - tak kira bahasa apa, sekalipun mama tak tahu hujung pangkal ceritanya! Mama memang tak boleh tidur siang meskipun berguling atas katil berjam-jam. 26/10/04 - Doktor nasihatkan Imran tinggal di Wad sehari lagi...kerana wheezing nya masih kuat , kahak masih terkumpul dan pernafasan belum lancar... Setiap pagi dan petang, Imran kena tepuk di belakang (theraphy) untuk memudahkan pengeluaran lendir kahak yang terkumpul.... Kita sempat berbuka di rumah nenek dan balik kerumah sekejap - menjemput Dania ! Begitulah tugas abah sejak isnin , berulang-alik ke Ampang Puteri. Kalau abah tak ada tak tahu macam mana ... Malam ini meriah ...Imran dan Dania bergaduh, berebut LEGO ....Dania pula menyibuk setiapkali Nurse dan doktor datang.... 27/10/04 - Yahoo... ! boleh balik rumah . Bill RM 2,300 untuk 2 hari !! .....tapi mujur majikan mama akan ganti balik. Hospital swasta memang charge gila-gila. Ubat sahaja dah RM 800 ! kalau mama tak bekerja....ke hospital kerajaan lah kita . Tak mampu nak duduk bilik 'private' macam di Ampang Puteri... Jam 3.00 petang kita sampai rumah. Imran masih 'terseksa' kerana abah tak kasi dia bermain di luar.... 30/10/04 - Abah Ke Dubai dan Iran dan di jangka pulang 5/11/04 ...Pak Cu akan ambil alih tugas menjemput mama dari office kerana musim hujan dan mama masih belum boleh memandu lagi !!!! 4/11/04 - Abah tak jadi pulang seperti yang di jadualkan. Dia terpaksa ke Nousha (utara Iran) dan akan cuba pulang hari sabtu (tiba di KL hari Ahad tengahari)...Imran pun dah 'gagah' semula dan bertambah gagah kerana mama benarkan dia ponteng sekolah ! Peperiksaan dah habis, pergi sekolah pun sekadar bermain dan tidur- malah cikgunya sendiri galakkan murid-murid ponteng ! 6/11/04 - 12.30 abah tiba di KLIA . Abah pulang dari Nousha jam 4 pagi untuk dapatkan flight jam 11 pagi ke Dubai. Mujur meeting tidak berlanjutan , kalau tidak abah masih berada di Tehran.... 7/11/04 - Pergi potong rambut bersama Dania. Buat pertama kali Dania potong rambut di Salon ! Elok dia duduk diam , tak seperti di rumah ! Senget menget kalau mama yang potongkan rambutnya kerana Dania tak mahu duduk diam. Hari Raya ini biarlah rambut Dania nampak senonoh sikit ... Dari salon, kita semua ke KLCC nak beli kasut . Imran dan selesai, Dania pula masih kecoh memilih kasut sendiri. Asal ada manik dan labuci dia akan jadi tak tentu arah seronok-semua nak di belinya. Bila dah pakai, tak mahu buka sekalipun kasut tu ketat. Bila salesgirl tunjukkan yang baru , barulah Dania nak tanggalkan kasut manik yang sebelah putih dan sebelah lagi biru !!! Dia pakai terus...... Akibat mengantuk, Dania merengek nak berdukung. Kami cuma belikan baju Imran dan terus beredar pulang dengan tujuan nak beli baju Dania nanti esok saja bila pulang dari office kerana susah nak memilih bajunya kerana asyik berdukung. Sedang abah singgah membeli pastry , Dania menangis teresak-esak sambil bertanya kenapa tak belikan baju nya . Rupanya anak sekecil ini pun dah tahu berkecil hati...Mama pujuk supaya dia setuju duduk atas pram untuk memudahkan mama memilih bajunya dan kami masuk ke kedai semula. Dalam kereta, Dania minta di pakaikan baju raya pula. Tersenyum-senyum begaya dengan baju dan kasut baru.......... 11/11/04 - Mama mula bercuti sehingga 21/11/04 - 11 hari untuk beraya sakan ! Kita ke Kuantan jemput kakak. 12/11/04 - Selamat Harijadi yang ke 3 dan 7 buat Dania dan Imran !! 9 am - kita ke hospital dan doktor kata Imran dah sihat cuma sedikit batuk dan di bekalkan dengan antibiotik. 7 pm- Celebrate di Road house Grill . Dania tersentak bila waiters nyanyikan lagu buat Imran dahulu. Kami pun silap. Sepatutnya mesti nyanyikan untuk Dania (Miss terpeliot) dulu.... 13/11/04 - Oven buat hal. Cuma sempat masak kek buah, chocolate chips cookies dan mixed fruit cookies.....Terbantut rancangan nak buat cookies banyak-banyak. 14/11/04 - Lepas beraya rumah nenek Ampang, kita pulang ke Kuala Pilah. Nasib malang- abang Faiz(taukeh mercun) dah balik Seremban. Depan rumah penuh dengan serpihan kertas mercun yang mereka bakar malam tadi. Hampa hajat semua orang nak bermain sakan dengan bunga api.. 15/11/04 - mana boleh tak mandi Jeram ! Sempat masak mee hoon buat bekalan makan di tebing sungai... 16/11/04 - Pulang ke KL. Kakak pulang ke Kuantan dulu bersama ibunya.... 17/11/04 - Lepas rehat sehari di KL, kita bertolak ke Awana Kijal , Trengganu. Tiba di hotel, terus ke swimming pool, main pasir pantai dan mandi laut. Celik mata , Dania dah ke swimming pool sambil makan roti di tepi pool. Mama dan abah terpaksa bergilir bersarapan. Sementara kita tersadai di pool dan pantai, abah pergi ke Kuantan menjemput kakak... 19/11/04 - Dania meraung tak mahu balik ke KL. Katanya bilik hotel itu adalah rumah dia ! Gamat ... 20/11/04 - Pergi beraya rumah uncle Yusof. dania tertidur-masih keletihan . Bial nak pulang...dia meraung lagi !! 21/11/04 - Beraya rumah nenek embun, semua ok - tengok ayam, burung , ikan dan tortoise . tapi bila nak balik , Dania buat hal lagi. Dia tak mahu balik ! Nenek embun boleh 'baca' kehendak Dania. Dia suruh bawa balik tortoise dan akan belikan uncle Amin yang lain...Baru settled masalah. 22/11/04 - Perang dingin bermula.... 25/11/04 Mama belikan Imran X-Box....Mulanya nak beli Playstation 2 tapi berubah fikiran bila tengok kecanggihan X-Box. 26/11/04 - Pak Ngah seleluarga , Atok dan nenek datang berhari raya. Abah keluar meeting...sampai mereka balik masih belum pulang. 28/11/04 - Mama apologised. Semua ok tapi abah masih tak ada mood nak cakap dengan mama..... 30/11/04 - Kami bawa doktor kerumah atok-barulah dia nak ke hospital selepas "dileteri" oleh doktor sendiri ! Lututnya dah bengkak akibat terjatuh di rumah Mak Ngah tapi masih berdegil...Atok dapat 'kasut raya' baru - simen fibreglass biru dari pangkal peha hingga buku lali ! Bila Dania tanya kenapa kaki atok bersimen , mama kata atok naughty - asyik loncat-loncat sampai kaki patah! Dania menganguk tanda setuju....! 2/12/04 - Abah ke jakarta. Kata abah dia sangsi nak naik Lion Air sebab baru saja kes terhempas dan 31 orang mati di Solo...EEee nauzubillah ! Ya Allah panjangkan umur kami berdua...biarlah sempat sekurang-kurangnya kami tengok Imran dan Dania graduate... 4/12/04 - Abah call dari Jakarta ucap happy birthday buat mama ! First time dia teringat on time - selalunya missed ! Setiba dari Jakarta, Abah bawa mama dinner di Concorde sehingga jam 1 pagi ....seronok-terasa diri di hargai ! Kami makan malam sambil di serenade oleh band music. Abah minta lagu 'Teluk Bayu' manakala mama pula minta lagu 'Bessame Mucho" . Dah 40 tahun umur mama !!! Imran dan Dania nyenyak tidur di rumah.... 8/12/04 - Abah missed Anniversary ke 8 - biasalahkan...Tapi abah bawa mama lunch di Hilton -Sentral. Nasib malang- restoren penuh. Jadi kami makan di hotel bersebelahan - Le Meridien. Sedap, cuma steak nya tiba agak lewat. Tapi kami dapat cookies dan pastries percuma sementara menanti...ok jugak ! 17/12/04 - Abah ke Dubai/Tehran/Dubai/Bangladesh/Dubai/KL dalam masa 5 hari - terbarai badan ! 25/12/04 - Kita balik Kuantan . Mama dengan rasminya memberitahu bahawasanya mama pregnant ! Tidur satu malam di MS Garden, makan sedap di "Phuket" Tom Yam, makan sakan keropok lekor, satar dan otak-otak dan singgah Pantai Teluk Cempedak sementara tunggu kakak ambil baju nak ikut pulang ke KL. Ombak di pantai agak ganas dan mama terjerit pekik melarang Imran dan Dania dari bermain ke tengah pantai. Mulanya nak main pasir saja, lepas tu cecah kaki dalam air saja...tahu-tahu dah mandi laut. Abah kata tak dapat nak larang bila Imran merungut-rungut dan Dania merengek-rengek nak mandi "vich" (beach) .... 26/12/04 - Tsunami melanda Asia !!! Di Kuala Muda,Kedah dan Penang ramai yang mati dan tercedera. Semua orang terkejut - tak sangka Malaysia boleh mengalami Tsunami....Rasa macam dalam movie . Gempa bumi di banda Acek berskala Richter 9.0 . yang ke 4 terkuat sejak 1900 !! Di Phuket,Thailand mayat bergelimpangan di pantai kerana ramai pelancong sedang bercuti/berkelah di pantai sempena cuti Krismas... 31/12/04 - Seluruh negara suram. PM arahkan semua majlis keraian di batalkan. No parties, no bunga api. Sebaliknya sembahyang khas di adakan buat semua mangsa gempa dan tsunami. ........Penutup tahun yang sungguh menyayat hati..........Selamat tinggal 2004. Semoga tahun depan keceriaan akan kembali..... |
| mysstery December 9, 2005 01:16 AM PST i know who u are.. | ||
| Namey6pyo] March 16, 2005 12:14 PM PST kau tu bangsat negara | ||
| Leave a Comment: |